You are on page 1of 18

COMPUTER SYSTEM

OPERATION
IT-020-3:2013
COMPUTER
TROUBLESHOOTING
LA2: PERFORM COMPUTER
TROUBLESHOOTING AND REPAIR

DISEDIAKAN OLEH:

KU SITI NOR HABIBAH BT KU MOHD R


MASALAH KOMPUTER

Cakera Keras
Cakera keras merupakan peranti storan yang paling popular.
Membaca, menulis dan memadam data adalah tugas yang dilakukannya.
Cakera keras yang digunakan oleh PC terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
1.Modified frequency modulation (MFM)
2.Enchanted small device interface(ESDI)
3.Small computer system interface(SCSI)
4.Integrated drive electronic(IDE)
• Semua jenis cakera keras memerlukan penjagaan supaya tidak berlaku
kerosakan. Perkara-perkara yang boleh membolehkan berlakunya kerosakan
cakera keras ialah:
a)Sektor rosak
b)Kabel reben longgar
c)Jumper salah
d)Sambungan kuasa longgar
e)Mesej system invalid atau “boot failure. Insert boot disk in drive A”
f)BIOS bervirus
g)Cakera keras tidak diaktifkan di dalam BIOS
h)Kabel raben dipasang terbalik
CARTA ALIR KEROSAKAN
• Senarai semak (checklist) digunakan untuk membantu membuat pemeriksaan
terhadap kerosakan cakera keras. Berikut merupakan senarai periksa pantas
kerosakan cakera keras:
periksa keadaan cakera keras dalam BIOS
periksa jumper master dan slave
periksa sambungan kabel IDE dan kuasa
periksa dengan program fdisk keadaan cakera keras
jalankan scandisk
periksa cakera yang dibekalkan semasa pembelian
DISKET
• Setiap disket jenis 5 ¼ - inci dan 3 ½ - inci mempunyai struktur fizikal yang
berbeza.
• Permukaan luar disket dibaluti jaket plastic.
• Jaket pada disket 3 ½ inci lebih keras daripada disket 5 ¼ inci.
BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)

• Bekalan kuasa komputer peribadi terbahagi kepada 3 jenis iaitu :


• Advanced technology extended (ATX)
• Advanced technology (AT)
• Extended advanced technology extended (EATX)
• Kerosakan bekalan kuasa berlaku apabila komponen elektronik dalamannya
terbakar terutamanya fiusnya.
• Kabel-kabel bekalan kuasa bersentuhan juga boleh menyebabkan berlaku litar
pintas.
• Kipas bekalan kuasa yang dipenuhi debu menyebabkan komponen elektronik
bekalan kuasa menjadi panas dan timah patri menjadi cair.
PERTUKARAN PERKAKASAN

• Memory
Ingatan (RAM) – Kebanyakan komputer riba peringkat pertengahan didatangkan
terus dari kilang dilengkapi dengan 3-4 GB DDR2 RAM, manakala komputer
riba tahap yang lebih tinggi mempunyai peningkatan ruang ingatan sehingga 8
GB ingatan DDR3.
Netbooks bagaimanapun, adalah biasanya dilengkapi dengan hanya 1 GB RAM
untuk memastikan kos pembuatannya menjimatkan.
• CPU
Unit pemprosesan pusat (CPU) – Komputer riba CPU mempunyai ciri
penjimatan kuasa ke hadapan dan kurang menghasilkan haba berbanding dengan
pemproses-pemproses komputer meja.
Terdapat satu pelbagai jenis CPU yang direka untuk komputer riba bermula dari
intel (pentium M, celeron M, intel core dan core 2 duo), AMD (athlon, turion 64,
dan sempron), VIA TECHNOLOGIES, transmeta dan lain-lain.
Dalam komputer-komputer riba lain CPU dipateri pada papan induk utama
komputer riba tersebut dan tidak boleh ditukar-ganti.
• Hard disk
cakera keras - Komputer riba mempunyai saiz 2.5 inci(64mm) atau
1.8inci(46mm)- berbanding dengan komputer meja 3.5inci.
Kebanyakan komputer riba yang berkategori netbook mempunyai ssd(solid state
drive). Kebanyakan saiz kebiasaan sekarang adalah diantara 250GB hingga ke
500GB.
MENGENALPASTI MASALAH KOMPUTER

• Kesilapan sendiri.
Masalah yang disebabkan oleh pengguna sendiri termasuklah terlupa membuka
suis atau memasukkan plug pada soket yang salah, meletak cakera dalam
pemacu cakera yang salah, menekan kekunci (key) yang salah, kurang mahir
dengan perisian (software), memberikan arahan yang salah (incorrect command)
dan menggunakan perisian (software) yang telah rosak.
• Masalah biasa pencetak
Peralatan luaran seperti pencetak dan kabel juga boleh mendatangkan masalah
kepada operasi komputer.
Umpamanya air minuman yang tumpah ke atas cakera boleh menyebabkan
komputer anda menghadapi masalah.
Begitu juga pencetak yang kehabisan kertas juga mampu menyebabkan
komputer tidak dapat mengeluarkan output yang dikehendaki.
• Masalah biasa monitor
Sekiranya anda menggunakan monitor pada komputer yang tidak serasi, maka
monitor anda tidak dapat membuat paparan dengan sempurna.
Jika monitor anda tidak memaparkan warna yang sepatutnya atau skrin menjadi
lebih besar dari keadaan biasa, sila periksa samada komputer anda telah
dipasangkan dengan driver yang sesuai bagi monitor anda.
• Masalah biasa hard disk
Jika cakera anda mengalami kerosakan sektor (bad sector) misalnya, ia boleh
menyebabkan program komputer tidak dapat dijalankan dan ini akan
menyebabkan keseluruhan sistem komputer tidak dapat digunakan.
• Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas bukan menjadi punca
kerosakan, barulah boleh membuat kepastian atau kesimpulan bahawa yang
rosak ialah komputer itu sendiri.
• Kerosakan mungkin berpunca dari litar bersepadu (chip/IC).
• Dengan mengetahui litar bersepadu manakah yang rosak barulah boleh dibaiki
komputer dengan menggunakan peralatan khas.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like