You are on page 1of 20

2.

2 PERKAKASAN
2.2.1 PERANTI INPUT

Hasil Pembelajaran :

1. Mengenalpasti Peranti Input yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.

2.2.1 Peranti Input


 Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar
data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti
televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna
berinteraksi dengannya.
 Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama,
pemprosesan serta sebagai output.
 Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh
dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :

i - Teks

1. Papan Kekunci (Keyboard)

Rajah 2.11: Papan Kekunci

Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai
bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci. pada
kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur
QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan
Y.

ii - Grafik

Rajah 2.12: Mesin Pengimbas

1. Mesin Pengimbas
Peranti in menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian
kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah
diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.

2. Kamera Digital

Rajah 2.13: Kamera Digital

Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada
cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan
meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.

3. Pengimbas Kod Bar

Rajah 2.14: Pengimbas Kod Bar

Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas Bar
Kod digunakan untuk input data dari kod bar ke dalam komputer. Kebanyakan barang-barang
sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.

iii - Audio
Rajah 2.15: Mikrofon

Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk
digital. Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. sedangkan peranti
pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.

iv - Video

Rajah 2.17: Kamera Web

Rajah 2.16: Kamera Video

Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.

v - Lain-lain
1. Skrin Sesentuh

Rajah 2.18: Skrin Sesentuh

Peranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output.
Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh
pada skrin. Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM Bank, telefon
pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.

2. Peranti Penunjuk

Rajah 2.19: Tetikus

Rajah 2.20: Kayu Ria


Peranti ini digunakan untuk memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).

2.2 PERKAKASAN
2.2.2 PERANTI OUTPUT

Hasil Pembelajaran :
1. Mengenalpasti Peranti Output yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.

2.2.2 Peranti Output


 Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan
maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat,
digunakan atau didengar oleh pengguna.
 Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada
dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke
bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh peranti output adalah
seperti :

i - Monitor

Rajah 2.22 : LCD Monitor

Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya.
antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan
Plasma Display.

Rajah 2.23: Projektor LCD

ii - Projektor LCD

Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah
bilik atau kawasan yang luas.

iii - Pencetak

Rajah 2.24 : Pencetak


Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk
cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali
sebagai Soft Copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah
Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.

Rajah 2.25 : Pembesar Suara

iv - Speaker Audio
Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat
dalam bentuk bunyi/audio.

2.2 PERKAKASAN
2.2.4 STORAN
Hasil Pembelajaran :

1. Menjelaskan jenis dan fungsi storan :


o Storan Utama (RAM, ROM)
o Storan Kedua (Medium Magnet, Magnet Optik, Ingatan Kilat

2.2.4 Storan
Rajah 2.31: Contoh Peranti Storan

 Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan


data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan
pada bila-bila masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet
dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
 Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi
kepada dua iaitu
o Storan primer
o Storan sekunder
 Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM
(Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory)
 Sementara itu, storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai
jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program komputer dan dokumen.
 Storan primer pada sesebuah komputer bersifat 'volatile' atau meruap
manakala storan sekunder adalah 'non-volatile' atau tidak akan terjejas
walaupaunn arus tidak lagi melaluinya.
 Muatan data di dalam peranti storan, utama atau sekunder, disukat dengan
menggunakan sukatan bait iaitu KB(kilobait, MB(megabait), GB(gigabait) dan
TB(terabait).

Pengukuran Data Dalam Sistem Komputer.

BIT = A BINARY DIGIT SET TO EITHER A '1' OR '0'


BYTE = 8 BITS
KB KILOBYTES = 1,000 BYTES
MB MEGABYTES = 1,000,000 BYTES
GB GIGABYTES = 1,000,000,000 BYTES
TB TERABYTES = 1,000,000,000,000 BYTES
PB PETABYTE = 1,000,000,000,000,000 BYTES
EB EXABYTE = 1,000,000,000,000,000,000 BYTES
ZB ZETTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000 BYTES
YB YOTTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000,000 BYTES
i - Storan Primer (RAM, ROM)

 Storan primer berada berasingan dengan CPU tetapi ia selalu berinteraksi atau
dicapai oleh CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum
boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu :
o Ingatan Capaian Rawak (RAM)
o Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

 RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses
oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suiz elektrik
dimatikan, semua data yang disimpan dalam RAM akan hilang.
 Fungsi RAM adalah seperti berikut :

Rajah 2.32 : RAM

o Menyimpan aturcara sistem pengendalian dan perisian sistem yang


bertindak sebagai antara muka di antara perkakasan dan aturcara
aplikasi dan juga mengawal sumber komputer.
o Menyimpan aturcara perisian aplikasi seperti pemproses kata,
hamparan dan pangkalan data semasa perisian tersebut digunakan.
o Menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima untuk
peranti input atau storan sekunder untuk diproses atauuntuk dihantar ke
peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan.
o meyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan.
o Menyediakan ruang storan tambahan kepada aturcara atau data jika
diperlukan. ini berlaku jika komputer mempunyai ruang storan ingatan
yang berlebihan.

Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Rajah 2.33: Cip ROM

 Cip ingatan baca sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan semasa
pengilangan. Ciip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna.
Ia telah ditetapkan semasa diperingkat kilang lagi.
 "Baca sahaja" bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai aturcara yang
ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM
ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input
or Output System) iaitu set aturcara rutin asas dalam komputer.
Rajah 2.34: Konfigurasi BIOS

 BIOS boleh dilihat semasa komputer mula-mula dihidupkan. Ia memaparkan


maklumat perkakasan komputer dalam beberapa saat sahaja. Untuk mencapai
atau mengkonfigurasi BIOS, anda boleh menekan beberapa kunci seperti DEL
atau F2 atau F10 pada papan kekunci.
 Fungsi ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti
arahan menghidupkan komputer, bahasa penterjemah aras tinggi dan sistem
pengoperasian.

ii - Storan Sekunder

 Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk


menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang
bekalan kuasa.
 Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dihapuskan. Storan ini tidak meruap
kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik yang
tidak memerlukan bekalan tenaga.
 Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.

Fungsi Storan sekunder adalah seperti berikut :

 Menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen
secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa.
 Menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah
komputer.
 Menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utiliti seperti Microsoft
Office, Winrar, Kaspersky , Antivirus dan sebagainya.

Antara jenis-jenis storan sekunder ialah :


Jadual 2.5: Storan Primer dan Storan Sekunder
Rajah 2.38 : Pergerakan Data di antara Storan

SISTEM PENGOPERASIAN (OS)

-- Artikel ini masih dalam proses pembikinan --

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Menyatakan fungsi OS
 Menyatakan perbezaan antaramuka OS

DEFINISI
- Sistem pengoperasian atau operating system (OS) adalah set program-program yang
dipasang dalam cakera keras.
- Tanpa OS, sesebuah komputer langsung tidak berguna atau tidak beroperasi.
- Antara tugasan OS ialah
o mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan
o menyedia antara muka pengguna
o membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna

OS bertindak mengkordinasi perkakasan dan perisian

JENIS-JENIS OS PADA PLATFORM BERBEZA


- Platform adalah kombinasi perkakasan komputer dan sistem pengoperasian yang berbeza
untuk membolehkan perisian lain beroperasi bersamanya.
- Platform yang berbeza melibatkan perbezaan dari semua segi iaitu senibina komputer, sistem
pengoperasian, bahasa pengaturcaraan dan antara muka pengguna.
- 3 jenis platform berbeza ialah
o Platform PC atau keserasian IBM
o Platform Apple
o Platform Pelbagai (Cross-Platform)

Jenis Platform
FUNGSI OS
- OS adalah set program komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer. Ia
berfungsi dalam mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan seperti pemprosesan
(CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dll. Ia juga
menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk
kegunaan pelbagai pengguna.
- Antara fungsi OS ialah:

I) Menghidup dan mematikan komputer


- bertugas sebaik sahaja suiz komputer dihidupkan
- perlu ditutup dengan arahan shutdown

II) Menyediakan antaramuka pengguna (User interface)


- membenarkan pengguna mencapai dan mengarah sistem komputer
- pengguna boleh memasukkan data dan arahan serta mendapatkan maklumat dan informasi
dari komputer

III) Menguruskan data dan perisian lain


- menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras
- menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder
kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder
IV) Pengurusan ingatan utama (RAM)
- mengawal dan menguruskan RAM agar ia dapat digunakan secara optimum dan terancang
- menguruskan data yang tersimpan di dalam RAM agar ia dapat diproses atau untuk dihantar
ke peranti output atau disimpan ke dalam storan sekunder selepas pemprosesan

V) Mengurusan perkakasan
- berfungsi untuk menyelaras dan menjejaki setiap perkakasan
- memberi arahan kepada perkakasan agar mengikut tugas masing-masing berdasarkan
arahan tersedia atau dari pengguna.
- melibatkan komponen input, output, storan sekunder dan ingatan utama.

ANTARAMUKA OS
- Adalah sebahagian daripada sistem pengoperasian yang anda dapat lihat dan berinteraksi
dengannya, dengan program atau dengan pengguna lain.
- Kepentingan adalah membolehkan pengguna berinteraksi dengan perisian untuk mengawal
cara kemasukkan data dan arahan serta cara maklumat dipaparkan.

- terdapat 3 jenis antaramuka pengguna iaitu:

I) Pacuan perintah (command-based user interface)


-b

II) Pacuan menu (Menu driven)


-b

III) Antaramuka pengguna bergrafik (Graphical user interface)


-b

Perbezaan antara OS

PERISIAN APLIKASI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Menyatakan jenis dan menghuraikan kegunaan perisian aplikasi iaitu (Pemprosesan


Perkataan, Hamparan Elektronik, Persembahan Grafik)

DEFINISI
- Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna
dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
- Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan
maklumat lain di laman web semasa melayari internet.
- Jenis perisian aplikasi ialah
o perisian pemprosesan perkataan
o perisian hamparan elektronik
o perisian persembahan
o perisian pangkalan data
o perisian grafik
o pelayan internet
o penerbitan meja

JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN APLIKASI

Pemprosesan Perkataan (Word Processing)

- Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel,
kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan
import/eksport dokumen.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen
seperti memo, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip.
- Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat, jurnal, log wayang gambar dll.
- Kelebihan perisian:
o mencipta dokumen dan menyunting semula
o mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dll.
o menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke dalam cakera
o mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak semula dll dengannya.
- Contoh: Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer, Corel WordPerfect dan TexMaker

Hamparan Elektronik (Spreadsheet)


- Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia
berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-
nombor ditukar.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh
menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk
grafik/data.
- Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data belanjawan persendirian yang melibatkan
pengiraan yang kompleks dan dapat menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik
ataupun bentuk cetakan.
- Kelebihan perisian:
o mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod
o menyusun dan menyisih rekod
o membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan
formula.
o memeaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
- Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro

Perisian Persembahan (Presentation)

- Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan mengabungkan unsur


animasi, audio, video dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan
persembahan tidak membosankan.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti digunakan untuk mempersembahkan/membentang
data dan idea kepada pelanggan atau orang awam. Elemen persembahan mungkin terdiri
datipada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga.
- Kelebihan perisian:
o menarik minat penonton/pengguna
o memberi motivasi kepada penonton/pengguna
o mudah difahami oleh penonton/pengguna
- Contoh: Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance.

Pelayar Internet (Browser)


- Pelayar web adalah aplikasi untuk melayari internet. Ia menterjemahkan bahasa-bahasa
pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat dipahami pelayar internet.

- Kelebihan perisian:
o menyimpan alamat (URL) sesuatu web kegemaran atau yang sering dilawati
o mencetak maklumat yang menarik dalam laman web
o menjejak sejarah laman web yang pernah dilawati sebelum ini
o memindah turun fail-fail seperti format fail pdf, mp3, doc dll
o membuat naik fail-fail tertentu ke komputer pelayan
- Contoh: Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari dan Opera.

You might also like