You are on page 1of 19

MODUL DUNIA KOMPUTER

MEMPERIHALKAN KOMPUTER DAN


FUNGSINYA
MAKSUD DAN JENIS-JENIS KOMPUTER
MAKSUD KOMPUTER

Alat elektronik yang dapat:


Menerima data.
Memproses data.
Menyimpan data.
Menghasilkan output.
ISTILAH ASAS KOMPUTER

ISTILAH MAKSUD
Peranti Peralatan yang disambung kepada sistem
unit.
Perisian Program atau arahan yang memberitahu
komputer apa yang harus dilakukan.
Data Fakta mengenai sesuatu benda atau orang
seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan,
dan sebagainya.
Maklumat Data yang telah diproses menjadi sesuatu
yang bermakna.
JENIS-JENIS KOMPUTER

Komputer peribadi
Komputer mudah alih
Konsol mainan berkomputer
Pelayan
Komputer benam ( embedded )
Komputer tangan ( hand held )
Komputer tablet
TAHUKAH ANDA ?

Komputer dapat menyimpan data yang banyak!


Komputer boleh melaksanakan berjuta-juta arahan
sesaat!
Kegagalan komputer adalah disebabkan oleh kesilapan
manusia memberikan arahan.
TAHUKAH ANDA ?

Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud ‘compute’ atau


pengiraan. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan
matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak.
Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin.
Pada asalnya, tugas ‘komputer’ hanyalah khusus kepada
penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk
pelbagai tugas lain selain daripada tugas matematik.
BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPUTER DAN
KOMPONEN SISTEM UNIT
BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPUTER

KOMPONEN FUNGSI
Monitor 1. Untuk paparan maklumat.
2. Mempunyai pelbagai jenis dan saiz.
Sistem Unit 1. Sebagai ‘otak’ komputer.
2. Mengawal operasi komputer.
3. Menerima dan melaksanakan arahan.
Papan Kekunci Digunakan untuk menaip data ke dalam
komputer.
Tetikus 1. Digunakan untuk memberi arahan kepada
komputer.
2. Memilih item yang dipaparkan pada skrin
komputer.
KOMPONEN BAHAGIAN HADAPAN
SISTEM UNIT

Pemacu Cakera Optik


Pemacu Cakera Liut
ON / OFF
Port Audio
Port USB
KOMPONEN BAHAGIAN BELAKANG
SISTEM UNIT

Port PS2
Port USB
Port Audio
Port Monitor
Soket Input Arus Ulang Alik ( AC )
Port Rangkaian
TAHUKAH ANDA ?

JENIS-JENIS MONITOR

Monitor jenis CRT ( cathode ray tube )


Monitor jenis LCD ( liquid crystal display )
Monitor jenis LCD touchscreen
TAHUKAH ANDA ?

JENIS-JENIS PAPAN KEKUNCI DAN


TETIKUS

Papan kekunci QWERTY dan tetikus yang


menggunakan Port P/S2 atau Port USB.
Papan kekunci dan tetikus tanpa wayar ( wireless ).
INPUT, PROSES, OUTPUT DAN STORAN
INPUT

Input adalah aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer.


Data dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti:
1. Menaip data secara manual menggunakan papan kekunci.
2. Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan
tetikus.
3. Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan
pengimbas.
PROSES

Proses adalah langkah


menukarkan data kepada
maklumat yang berguna.
OUTPUT

1. Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh


Komputer selepas data diproses mengikut arahan yang
diberikan oleh peranti input.
2. Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di
monitor, teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan
apapran di projeKtor LCD.
STORAN

Storan ialah tempat untuk


menyimpan data untuk tujuan
kegunaan masa hadapan.
hak milik:
applemerah

You might also like