You are on page 1of 2

UNIT 1 KOMPUTER DAN FUNGSINYA

1.1

MARI MENGENAL KOMPUTER


Teknologi komputer wujud dalam pelbagai jenis peralatan yang kita gunakan setiap hari.
Perkataan komputer berasal daripada bahasa Latin computare yang bermaksud pengiraan.
Komputer ialah alat elektronik yang berupaya untuk menerima data, memproses data,
menghasilkan maklumat serta menyimpan data dan maklumat. Komputer terdiri daripada
komponen perkakasan dan perisian.
Rajah yang berikut menunjukkan cara komputer memproses data.
Masuk
data

Proses
data

Hasil maklumat

Simpan data atau


maklumat
1.2

JENIS-JENIS KOMPUTER
Terdapat beberapa jenis komputer yang digunakan pada masa kini. Setiap jenis komputer ini
dikategorikan berdasarkan keupayaan pemprosesan dan tujuan penggunaannya.
1. Komputer atas meja
2. Komputer riba
3. Komputer tangan
4. Komputer benam
5. Komputer tablet

1.3

BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KOMPUTER


Bahagian-bahagian penting komputer terdiri daripada perkakasan yang digunakan untuk
memasukkan data, memproses data, menyimpan data dan memaparkan data. Contoh-contoh
bahagian penting komputer ialah unit sistem, papan kekunci, monitor dan alat penuding.
Unit sistem
- mengandungi komponen seperti Unit Pemprosesan Pusat (Central Prosessing Unit CPU),
papan induk, memori, sumber kuasa dan storan.
Monitor
- Peranti yang memaparkan data atau maklumat
Tetikus
- Alat penuding untuk memilih program dan menggerakkan objek pada paparan.
Papan kekunci
- Peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer.

1.4

1.5

Info TMK
Komputer tablet merupakan satu alat yang menggabungkan unit sistem, papan kekunci,
monitor dan alat penuding dalam satu unit.
KOMPONEN UNIT SISTEM
Unit sistem bagi komputer atas meja mengandungi komponen sistem komputer seperti Unit
Pemprosesan Pusat (CPU), papan induk, memori, soket input arus alang-alik (AC), pemacu
3. Input
cakera
optik, pemacu cakera liut dan port input dan output (I/O).
Memasukkan data
2. Storan
seperti teks,DATA
audio
PEMPROSESAN
Tempat data dan
1. Proses
dan imej ke dalam
Pengolahan
data oleh
maklumat disimpan
komputer dikenali
komputer
dikenalistoran.
sebagai
dikenali sebagai

4. Output
Menghasilkan olahan data
yang berbentuk cetakan,
audio atau paparan
dikenali sebagai output.

PERBENDAHARAAN KATA
Bahasa Malaysia
Bas bersiri semesta
Cakera padat
Ingatan capaian rawak
Komputer atas meja
Komputer benam
Komputer tablet
Komputer tangan
Pad sentuh
Papan induk
Pemacu cakera liut
Pemacu cakera optik
Soket input arus alang-alik
Storan
Unit pemprosesan pusat

Bahasa Inggeris
Universal serial bus (USB)
Campact disc (CD)
Random access memory (RAM)
Desktop computer
Embedded computer
Tablet computer
Hand-held computer
Touch pad
Motherboard
Floppy disc drive
Optical disc drive
AC input socket
storage
Central processing unit (CPU)

You might also like