You are on page 1of 14

SISTEM SELULAR E5122/U3/ 1

SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami prinsip serta ciri-ciri sistem radio selular,


saluran radio dan antena.
- Memahami gambarajah blok sistem radio selular.

Objektif Khusus :

 Mengenali sistem radio selular


 Menerangkan prinsip serta ciri-ciri radio selular
 Melukis gambarjah blok komunikasi ‘mobile’
 Menerangkan fungsi bagi setiap blok komunikasi mobile
 Membezakan saluran kawalan dan saluran suara
 Mengenali jenis-jenis dan ciri-ciri antena
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 2
SISTEM KOMUNIKASI

3.0 Pengenalan

Sistem Komunikasi Radio Selular merupakan satu bentuk komunikasi dua hala
antara pengguna unit mobile dengan menggunakan penghantaran gelombang
radio. Selain daripada, radio selular atau telefon biasa yang dipasang di kereta,
juga terdapat model telefon selular mudah-alih yang boleh dibawa kemana-mana.
Setiap telefon selular, membenarkan penggunanya disambungkan dengan sistem
telefon talian, yang membolehkan mereka membuat panggilan ke serata dunia.

Syarikat ‘Bell Telephone Company’, bahagian AT&T telah mereka sistem radio
selular diakhir tahun 70-an dan dilaksanakan sepenuhnya pada awal 1980. Pada
masa sekarang, perkhidmatan telefon radio selular boleh didapati di seluruh dunia.
Ianya dikenali sebagai ‘Advanced Mobile Phone Service’(AMPS).

Agaknya macam mana telefon


yang tak ada kabel ni boleh
digunakan untuk bercakap.

3.1. Prinsip Radio Selular

Konsep asas sistem radio selular, selain menyediakan satu kawasan dengan
pemancar dan penerima, sistem ini membahagikan perkhidmatannya kepada
kawasan yanag lebih kecil yang dipanggil sel seperti dalam Rajah 3.1
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 3
SISTEM KOMUNIKASI

MTSO

Sel

Rajah 3.1 Pembahagian sel dan kedudukan stesen selular

Setiap sel terdiri dari penerima dan pemancar berkuasa rendahnya sendiri yang
dipanggil ‘Radio Base Station’(RBS) bagi membolehkan ia menyediakan
perkhidmatan kepada penggunanya dalam liputan beberapa kilometer persegi.
Setiap sel disambungkan dengan talian telefon atau gelombang mikro kepada
Pusat Kawalan Utama yang dikenali sebagai ‘Mobile Telephone Switching
Office’(MTSO).

Ciri-ciri Sistem Komunikasi Radio Selular ;


 Apabila kenderaan bergerak keluar dari satu sel kepada sel yang lain, maka
secara automatik sistem akan mensuiskan kepada RBS yang berikutnya.
 Penerima pada setiap sel akan mengawasi kekuatan isyarat unit mobile
tersebut. Apabila kekuatan isyarat jatuh ke paras bawah daripada aras yang
ditetapkan atau rujukan, maka ia secara automatik akan disuiskan pada paras
yang lebih tinggi melalui RBS yang terdekat.

Komponen-komponen asas Sistem Komunikasi Radio Selular yang terdapat


dalam perkhidmatan komunikasi ialah Unit mobile, Radio Base Station (RBS) dan
Mobile Telephone Switching Office (MTSO). Fungsi-fungsi bagi komponen asas
ini adalah seperti berikut ;
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 4
SISTEM KOMUNIKASI

i) Unit Mobile
 Merupakan peralatan pengguna yang digunakan untuk membuat dan
menerima panggilan.

ii) Radio Base Station (RBS)


 Merupakan stesen sel pengawal-luar ‘site controller’yang berfungsi
mengikut arahan-arahan dari MTSO.
 Menggunakan setiap saluran radio yang terdapat dalam setiap sel yang
merangkumi saluran suara dan saluran kawalan.
 Menyelia panggilan yang merangkumi pengawasan terhadap kualiti
percakapan dan pengukuran terhadap kekuatan isyarat suara.
 Menghantar dan menerima isyarat suara dan data daripada dan kepada
pengguna.
 Bertindak sebagai perantaramuka di antara pengguna dan sistem.

iii) Mobile Telephone Switching Office (MTSO)


 Merupakan pusat pensuisan telefon berdigit yang bertindak sebagai
jantung kepada sistem
 Melaksanakan pensuisan iaitu penyambungan dan pemutusan antara
rangkaian selular dengan rangkaian telefon awam.
 Menerima dan memproses data-data yang diterima daripada RBS
merangkumi status unit-unit mobile, data-data diagnostik, maklumat-
maklumat bil, data-data berteks dan sebagainya.
 Melaksanakan pengaliran bagi menentukan sel-sel yang sesuai dan
saluran radio yang diperlukan apabila panggilan hendak dibuat.
 Melaksanakan penyeliaan yang menentukan dan mengemaskini lokasi-
lokasi unit mobile apabila berlaku pergerakan daripada satu sel ke sel
yang lain.

AKTIVITI 3.A Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

Nyatakan ciri-ciri sistem komunikasi radio selular.


Berikan fungsi asas bagi RBS dan MTSO

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 13).
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 5
SISTEM KOMUNIKASI

3.2. Unit Telefon Selular

Rajah 3.2 menunjukan gambarajah blok asas bagi unit radio selular. Ia boleh
diaplikasikan kepada unit yang besar seperti unit yang dipasang di dalam
kenderaan (mobile radio) atau unit mudah-alih seperti telefon bimbit (telefon
mudah-alih). Namun, kedua-dua unit mempunyai fungsi yang sama, tetapi unit
yang besar ini menggunakan kuasa yang amat besar berbanding dengan telefon
bimbit.

Telefon ini mengandungi lima bahagian utama iaitu pemancar, penerima,


synthesizer, unit logik dan unit kawalan. Radio mobile dan telefon bimbit
berkongsi satu antena untuk proses penghantaran dan penerimaan.

Fungsi setiap blok bagi Rajah 3.2 ;

i. Pemancar
 Merupakan pemancar FM berkuasa rendah, berjulat frekuensi 825
MHz hingga 845 MHz.
 Terdapat 666 saluran penghantaran pada jarak 30 kHz antara satu sama
lain. Contohnya, Saluran 1 berfrekuensi 825.03 MHz, Saluran 2 pada
825.06 MHz; maka perbezaan frekuensinya adalah 30 kHz dan ia akan
berterusan sehingga 666 saluran.
 Kuasa pancaran bagi antena radio mobile ialah 3 W manakala, bagi
telefon bimbit kuasa pancarannya ialah 500 mW.

ii. Penerima
 Merupakan penukar-berkembar (dual-conversion) superhetrodin.
 Semasa penerimaan isyarat dari RBS, kuasa penerimaan unit telefon
selular adalah rendah. Maka, penguat RF digunakan dalam penerima
untuk menaikan paras kuasa.
 Julat frekuensi bagi penerima ialah 870.03 MHz hingga 870.98 MHz.
 Juga, terdapat 666 saluaran penerima pada jarak frekuensi 30 kHz
antara satu sama lain.
 Bagi setiap saluran, frekuensi pemancaran dan penerimaan dibezakan
pada jarak 45 MHz. Contohnya; pada Saluran 1 frekuensi pemancaran
adalah 825.03 MHz manakala, frekuensi penerimaan bagi Saluran 1
adalah 870.03 MHz, maka nila perbezaan antara kedua-duanya ialah
45 MHz.
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 6
SISTEM KOMUNIKASI

Pemancar

Frequency
Synthesizer

Penerima

Unit Logik

Unit Kawalan

Telefon bimbit

Rajah 3.2 Blok asas bagi radio selular.

iii. Frequency Synthesizer


 Merupakan bahagian yang menjana isyarat bagi penggunaan pemancar
dan penerima.
 Unit ini menggunakan litar PLL (Phasa Locked Loop), dimana osilator
hablor akan menyediakan frekuensi yang diperlukan.
 Apabila satu unit selular hendak menerima panggilan, komputer di
MTSO akan memilih saluran yang tidak digunakan. Kemudian, MTSO
akan menghantar isyarat berkod digit kepada penerima.
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 7
SISTEM KOMUNIKASI

iv. Unit Logik


 Ia mengandungi litar kawalan utama bagi unit selular.
 Bahagian ini menggunakan mikroprosessor iaitu RAM dan ROM.
 Selain itu, ia mengandungi litar tambahan yang digunakan untuk
mentafsirkan isyarat dari MTSO atau sel, serta menjana isyarat
kawalan bagi pemancar dan penerima.

v. Unit Kawalan
 Terdiri daripada speaker dan mikrofon, serta litar pendailan nada-
sentuh (touch-tone).
 Mikroprosessor di Unit Kawalan mengawal paparan LCD dan
penunjuk-penunjuk di unit telefon bimbit.
 Di samping itu, ingatan dalam mikroprosessor di Unit Kawalan
mampu menyimpan nombor yang kerap dipanggil dan juga sistem
pendailan automatik.

AKTIVITI 3.B Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

1. Senaraikan 5 bahagian utama unit telefon selular.


2. Nyatakan perbezaan frekuensi diantara pemancar dan penerima.
3. Kuasa keluaran maksimum bagi pemancar unit mobile ialah ……….
4. Frekuensi pemancar berjulat dari ……………… hingga …………….

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 13).
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 8
SISTEM KOMUNIKASI

3.3. Saluran Radio

Saluran radio merupakan laluan dua arah pencaran radio antara RBS dan unit
mobile. Setiap saluaran menggunakan frekuensi yang berlainan untuk pancaran
daripada RBS dan satu lagi pancaran dari unit moblie ke RBS. Frekuensi yang
berbeza digunakan bertujuan untuk mengelakkan gangguan atau pertindihan
isyarat penghantar dan penerima. Namun begitu, frekuensi atau saluran yang sama
boleh digunakan oleh sel-sel yang lain yang berada jauh antara satu sama lain.

Terdapat dua jenis saluran radio iaitu:


i) Saluran kawalan
ii) Saluran suara

3.3.1. Saluran Kawalan


 Setiap sel mempunyai satu saluran kawalan yang hanya digunakan
untuk penghantaran data (bukan suara).
 Saluran kawalan mengawal aliran data secara berterusan apabila unit
mobile di‘ON’kan.
 Apabila pengguna bergerak dari satu sel ke sel yang lain, terminalnya
akan diselaraskan kepada satu saluran kawalan yang baru. Pertukaran
ini berlaku secara automatik oleh kesemua sistem kawalan yang
beroperasi dalam sistem tersebut.
 Saluran kawalan dengan kualiti penerimaan yang terbaik akan dipilih
dan terminal set mobile seterusnya akan diselaraskan kepada saluran
ini sehinggalah kualiti penerimaannya berkurangan.

3.3.2. Saluran Suara


 Ialah saluran yang membawa isyarat perbualan dan ianya digunakan
semasa perbualan berlangsung.
 Setiap sel biasanya mempunyai antara 7 hingga 23 saluran suara.
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 9
SISTEM KOMUNIKASI

 Disamping membawa isyarat perbualan, saluran ini juga berfungsi


sebagai laluan untuk:
a) penjana nada SAT (Supervisory Audio Tone)
b) pesanan data
c) pengesanan pengisyaratan nada
d) penghantaran ringging order

Untuk makluman anda, antena digunakan


sebagai media perantaraan di antara
penghantar dan penerima isyarat.

3.4. Antena

Terdapat dua jenis antena yang digunakan di RBS iaitu omnidirectional dan
directional.

i. Omnidirectional
 Merupakan antena yang mempunyai keseimbangan dalam
penghantaran dan penerimaan isyarat.
 Ianya digunakan di kawasan kurang penduduk
 Kawasan liputannya berbentuk bulat dan setiap penghujung
bulatan kawasan liputan akan bertindih antara satu sama lain,
rujuk Rajah 3.3.
 Hanya menggunakan satu elemen sahaja
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 10
SISTEM KOMUNIKASI

Kawasan liputan

RBS

Rajah 3.3 Kawasan liputan antena omnidirectional.

ii. Keberarahan (Directional)


 Suatu antena yang mempunyai sifat keberarahan, di mana
pemancaran adalah pada arah-arah yang tertentu.
 Memerlukan tiga antena yang disusun secara berdekatan
supaya setiap antena mempunyai sudut 1200 liputan, rujuk
Rajah 3.4.
 Ianya digunakan dikawasan yang luas penggunaanya seperti di
bandar-bandar.

Antena

Sel

Rajah 3.4 Antena directional.


SISTEM SELULAR E5122/U3/ 11
SISTEM KOMUNIKASI

AKTIVITI 3.C Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

Terangkan konsep saluran kawalan


Jelaskan konsep antena directional.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 13).
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 12
SISTEM KOMUNIKASI

PENILAIAN Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.


KENDIRI

Berikan fungsi RBS dan MTSO.


Lukiskan gambarajah blok asas bagi sistem selular.
Terangkan fungsi bagi setiap blok di atas.
Berikan perbezaan di antara antena omnidirectional dan directional.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 13
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON 3.A Sila semak jawapan anda dengan jawapan


dibawah.

- Apabila kenderaan bergerak keluar dari satu sel kepada sel yang lain, maka
secara automatik sistem akan mensuiskan kepada RBS yang berikutnya.
- Penerima pada setiap sel akan mengawasi kekuatan isyarat unit
mobile tersebut. Apabila kekuatan isyarat jatuh ke paras bawah
daripada aras yang ditetapkan atau rujukan, maka ia secara automatik
akan disuiskan pada paras yang lebih tinggi melalui RBS yang
terdekat.

2. Rujuk nota 3.1.

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


3.B dibawah.

Pemancar, penerima, synthesizer, unit logik dan unit kawalan


45 MHz
3 Watt
825 – 845 MHz

RESPON 3.C Sila semak jawapan anda dengan jawapan


dibawah.

rujuk nota 3.3.1.


rujuk nota 3.4.(ii)
SISTEM SELULAR E5122/U3/ 14
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON Semak jawapan anda.


KENDIRI

Rujuk nota 3.1, (i) dan (ii).


Rujuk Rajah 3.2.
Rujuk nota 3.2.
4.
OmnidirectionalDirectionalKawasan liputan berbentuk bulatan dan bertindih
antara satu sama lainKawasan liputan seimbang dna tersusun secara heksagon
dan tidak bertindihKawasan pancaran antena 3600 perRBS.Kawasan pancaran
antena 1200 perRBSRBS berkedudukan ditengah-tengah selRBS
berkedudukan dipinggir sel.Digunakan di kawasan pendalamanDigunakan di
kawasan bandar atau pengguna ramai.

You might also like