You are on page 1of 33

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala

kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam
kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada
liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda
dikunci ( Keypad lock ) .

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari
luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula
kereta anda.Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan
sistem penggera (alarm) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di
rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari
jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di
rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan
mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh
dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu
juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk
menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini
memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI


- Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan
dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.
Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu
melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ‘. Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang
penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila
anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI


- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan
dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit
nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon
bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda
dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa
sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan
berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun
sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun
menjualnya.  
PERGERAKAN BAHASA BADAN

Kepala
Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang
boleh membanggakan keluarga
Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang
iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari
sahabat mahupun keluarga

Mata
Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika
ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-
penyakit ringgan

Hidung
Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri
yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang

Telingga
Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika
cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-
beradik yang berjauhan

Bibir
Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika
bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik
Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih

Lidah&Lelangit
Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit
mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan

Kerongkong
Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan
daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian
runtuh
Bahu
Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik
pangkat secara mendadak

Siku
Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya
keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit

Telapak Tangan
Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4
jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi.

Telunjuk
Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak
menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat

Dada
Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri
bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati

Rusuk
Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang
bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan

Pinggang
Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan
melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan
memperoleh isteri

Kaki
Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki
kiri pula akan mendapat kebaikan
Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda
akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh
kekayaan
Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita
sakit.Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan
bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru

15 Rahsia Senyum & Tawa


Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya
untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda
'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis
sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan
perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun
payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah
mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak
keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau
dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang
berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda
mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak
pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan
nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu
sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah
semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian
dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu
menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya
mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada
sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila
kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan
senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya
menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan
seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun
iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-
kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali
sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami
masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum
dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan
badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah
tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting
untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam
darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti
bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ
dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA


KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah
lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak
cukup sekedar nya sahaja ok.

TULISAN BERUBAH-UBAH

Condong tulisan Tegak


Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai
bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat
keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini
juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang
dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan
memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka
juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena
tunggu lama!

Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak
kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang
dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti.
Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang
dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan Besar


Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut
caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia
juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Saiz tulisan Kecil


Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik.
Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar


Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis,
saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang
berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka
menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan
dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan Lebar


Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai
persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi
nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat


Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

RAHSIA DISEBALIK HIDUNG.

Hidung panjang : Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan
seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain
yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya.
Jadi janganlah anda sengaja 'mencari pasal' dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang
tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda
menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak
menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil : Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat
dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka
yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan
sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan.
Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang
yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain
dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra
keputusan tersebut. Ha... bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi...

Hidung paruh burung : "Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung,
nampak macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak
seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha... jangan tak tahu... mereka yang mempunyai
hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat
sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai
sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh
burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak
sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam : Ha... jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang
memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang
penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini,
bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat
kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi
memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti
peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi
pasangan anda. Bagi mereka yang berhidung kembang, kecil runcing, pesek dan lurus, pastikan
anda membaca artikel ini dalam bahagian kedua. Selamat menilik!

Hidung lurus: Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha...
mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka
adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan
sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu.
Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun
ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang: Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap
dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti
seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab
mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman,
sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing: Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat
berdiplomasi. Ha... jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka
juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah
terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi
janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek: Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat
berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka
perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan
sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan
baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka
boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
PERGERAKAN BADAN LELAKI

1. Menganggukkan kepala
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu
membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga
mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. dia adalah lelaki
yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. tetapi sayang, kadang-
kadang si dia bersikap keterlaluan. AWAS!

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari individu
disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan
kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4. Mengerakkan tangan dan badan


Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh
mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta.
olth itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap
pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka
menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan
pantang mengalah.

6. Memandang mata
ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian,
berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan
individu tersebut.

7. Sensitif pada jarak


Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada
sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan
individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya.
Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut
asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.  

MAKNA BENTUK KUKU

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :


Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki
orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :


Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap
dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini
sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :


Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang
kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia
melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :


Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga
kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :


Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah
menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :


Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-
was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :


Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi
darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang
penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :


Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya,
sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka
bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan
kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :


Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan
sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku.
Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi
berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :


Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di
sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :


Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan
memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :


Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya
besar yang boleh juga membawa kematiannya.  

RAHSIA EJAAN NAMA

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F - semua orang menyayangi anda.

G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.


H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J - anda seorang yang cemburu.

K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

N- anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O - anda seorang yang berfikiran terbuka.

P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q - anda seorang hipokrit.

R - anda seorang yang gemar social.

S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T - anda ada sikap canggih, amat canggih.

U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V - fizikal anda baik sekali.

W - anda suka menyendiri.

X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.

Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.  

 
PILIHAN KARIER MENURUT ZODIAK.

Libra
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati
peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, kaunselor, hakim, diplomat,
seniman atau ahli psikologi.

Aries
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang
memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional,
usahawan atau doktor gigi.

Taurus
Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggotakerja yang
baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan
seniman.

Gemini
Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini
merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis,
penterjemah atau ahli angkasawan.

Cancer
Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai
menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling .

Leo
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan
energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai
jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden.

Virgo
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha
mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor,
manager, usahawan dan penternak.

Scorpion
Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan.
Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia.
Sagitarius

Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang
tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok
sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar.

Capricorn
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai
pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau
pentadbiran, sebagai jurutera atau manager.

Aquarius
Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan
hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau
seniman.

Pisces
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa
yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta
berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor,
pemuzik atau ahli psikologi.

KISSING STYLE

a). Mata Tertutup


Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini
juga adalah jenis lelaki yang romantik
dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.

b). Mata Terbuka


Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya.
Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.

c). Cium dengan kuat


Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang
akan dilakukan isterinya.

d).Cumbuan Lidah
Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung
untuk mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika
si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini
mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.

e). Cium sambil membelai manja


Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan
kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat
menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan
juga emosi.

INDEKS CEMBURU KAUM LELAKI MENURUT BINTANG KELAHIRAN

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan
cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu
pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah
lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka
kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan
tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia
juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap
menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh
kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari
mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu
cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu
anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan
kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang
yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak
akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah
memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki
Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan
kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan
kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang
mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu
pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh
temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun
kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan
mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan
juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini.
Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana
cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan
imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin
menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan
mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh
menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi
cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka
dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga
cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui
hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan
kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan.
Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan
mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks : xxx posted by BLOGGER @ 4:08:00 AM  

24 Mac, 2008 Rahsia mengenal wanita dari cara berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita
yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,
mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga
terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai
lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai
menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka
menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk
menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat
yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk
hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan
cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang
teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa
yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini
hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang
sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya
tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak
mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan
bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang
yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini
kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air
mata. 3:42:00 AM  

MELALUI TULISAN

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat


Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan


Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat


Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah
kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper


Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri
(otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang,
mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri


• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih,
keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia,
tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang
bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada
orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna


• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang
walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan
Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup... posted by BLOGGER @

PERSONALITI BULAN KELAHIRAN

JANUARI

1. Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan


2. Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya di khianti
3. Sukar setia pada yang satu
4. Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
5. Bersikap romantik tapi tidak pandai menunjukkannya
6. Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannnya tapi tidak kisah sekirannya pasangannnya
cemburu terhadapnya
7. Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
8. Pasangan ideal: MAC, JUN , OGOS & NOVEMBER

FEBRUARI

1. Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah mengkhianati pasangan


2. Amat hormat pada pasangan
3. Amat suka memikat pasangan
4. Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
5. Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
6. Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran
7. Patuh kepada pasangannnya dan selalu menjaga hati pasangan
8. Kurang beremosi terhadap pasangannya
9. Amat menjaga penampilan diri
10. Pasangan ideal: MEI, SEPTEMBER, OKTOBER & DiSEMBER

MAC

1. mudah menawan hati pasangannya


2. Sentiasa ingin bersama pasangannya
3. Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
4. Sangat baik dalam menjaga hubungan
5. Amat sukar melupakan pasangan yang di cintai
6. Perasaan cemburu yang minimum
7. Sangat manja dan sering ingin di manjakan pasangannya
8. Mudah memilih pasangan tana berfikir waras
9. Sentiasa mengharap keistimewaan dari pasangan
10. Suka menuduh melulu tanpa usul periksa
11. Berprasangka terhadap pasangan
12. Pasangan ideal: JANUARI, MEI, OKTOBER & DISEMBER

APRIL

1. Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan
2. Selalu memendam perasaan terhadap individu
3. Sukar dan malu dan maluahkan isi hati
4. Sentiasa ingin diberi perhatian
5. Amat cemburu dalam perhubungan
6. Setia
7. Emosi cepat terusik dan mudah terluka
8. Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
9. Romantik
10. Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
11. Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
12. Pasangan ideal: APRIL, JULAI, NOVEMBER, DISEMBER

MEI

1. Amat mudah jatuh cinta


2. baik dan jujur dalam perubungan
3. pandai menarik hati pasangan
4. Perasaan cinta yang mendalam
5. Mudah untuk dipujuk
6. Kurang suka untuk sentiasa bersama
7. Mudah menerima cinta seseorang.
8. pandai mengatur hidup pasangan.
9. Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
10. Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tidak pandai memperlihatkan
11. Ambik berat dalam menjaga hubungan
12. Pasangan ideal: JUN, SEPTEMBER, OKTOBER & NOVEMBER

JUN

1. Amat pandai menjaga hati pasangan sekirannya dia perempuan


2. Sukar melukai dan memahami hati pasangan
3. Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
4. Cerewet dalam hubungan
5. Mudah merajuk dan mudah dipujuk
6. Cepat rasa bosan dalam percintaan
7. Kurang yakin dalam perhubungan
8. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
9. Elok untuk menjadi ibu yang baik
10. Dahagakan pujian dari pasangan
11. Pasangan ideal: JANUARI, MAC, MEI & OGOS

JULAI

1. Amat suka didampingi pasangan.


2. Sukar di mengertai oleh pasangan
3. Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
4. Amat mudah dipujuk dan berterus terang
5. Amat menghargai kesetiaan pasangan
6. Suka merajuk dan dipujuk
7. Setia terhadap pasangan
8. Suka mendengar dan tidak suka membantah
9. Cemburu tehadap pasangan
10. Suka menilai dan menjaga hubungan
11. Pasangan ideal: APRIL, JUN & JULAI

OGOS
1. Tidak serius dalam perhubungan
2. Mengambil mudah dalam perhubungan
3. kesetiaan di ragui
4. pandai memujuk pasangan
5. Suka memimpin pasangan
6, Romantik, pengasih dan penyayang
7. Kelam kabut dalam perhubungan
8. Sering bertukar pasangan
9. Sukar mencari pilihan yang tepat
10. Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minimum
11. Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan
12. pasangan ideal: JANURI, JUN, OKTOBER & DISEMBER

SEPTEMBER

1. Berso[an dalam hubungan


2. Bertolak ansur terhadap pasangan
3. Suka mengkritik pasangan
4. Sangat prihatin terhadap pasangan
5. Sangat sensitif dan emosi
6. pandai memahami pasangan
7. Sangat sensitif dan emosi
8. pandai memahami pasangan
9. Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
10. amat memilih pasangan
11. Sukar melupakan sekiranya hati terluka
12. Mudah simpati dengan erasaan dan masalah pasangan
13. pasangan ideal: MAC, JUN, OGOS, NOVEMBER

OKTOBER

1. Amat suka berkomunikasi dengan pasangan


2. Suka di sayangi dan menyayangi pasangan
3. Sopan terhadap pasangan
4. jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
5. Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
6. Sukar menerima pandangan pasangan
7. Emosi yang mudah terusik
8. Pengasih, penyayang terhadap pasangan
9. Cemburu dan terlalu cemburu
10. Romantik
11. Memahami pasangan
12. pasangan ideal: JANUARI, FENRUARI, APRIL, MEI, OGOS, SEPTEMBER, OKTOBER,
DISEMBER

NOVEMBER

1. Banyak helah dalam menghadapi pasangan


2. Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
3. Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
4. Degil dan ingkar dengan pasangan
5. Tidak suka dikongkong oleh pasangan
6. mudah ambik berat terhadap pasangan
7. Tidak menghargai perhubungan
8. Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung
9. perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
10. Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
11. pasangan ideal: APRIL & JULAI

DISEMBER

1. pemurah terhadap perhubungan


2. Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
3. Tergesa-gesa dalam perhubungan
4. Suka di dampingi oleh pasangan
5. Benci dikongkong
6. Suka mempengaruhi pasangan
7. Kurang berkerjasama dengan pasangan
8. Sealu cuba untuk mencari pasangan yang baru
9. Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
10. pasangan ideal: MAC, SEPTEMBER, NOVEMBER & DISEMBER posted by Moderator @
4:14:00 AM  

HURUF PERTAMA PADA NAMA

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-
kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka
tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah
yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang
dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati
orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar
memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang
tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu
tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu
terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya
suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri
urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang
dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain
tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan
sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras
kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-
sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun
atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan
kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai
menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan
tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan
kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan
berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun
sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar
menonjolkan diri.

  TAPAK TANGAN

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan
yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.
Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan
korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-
putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia
panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan
panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika
garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan
kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang
dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya
dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap
kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang
mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang
masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai
satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan
dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu
putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin
mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang
sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini '
curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka
dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu
garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan
ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau
apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak
tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)


Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan
nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan
menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu
meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana
sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak
putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak
begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak
tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia
selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi
yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak


Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila
tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu
mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak
garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal
anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna
jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka
merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai
garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan
bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan
mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan


Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu
sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang
memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu
memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan


Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat
garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu
mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan
ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal
dan maut di tangan Tuhan kan ?
 
MELALUI BUAH
1-JENIS LIMAU…
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.

Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula
gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai
kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan
kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh
mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu
hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya
utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn
kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg
terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu…

2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.

Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan
pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi
masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg
melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg
tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar
meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan
diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada
org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar
berseronok…

3-JENIS BUAH LADANG…


Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga
mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu
bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap
pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd
individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan
itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam
kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu
dlm setiap perkara yg kamu lakukan…

4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri
kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal
kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu
berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri
kamu sebagai individu yg berhati2…

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…


Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.

Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga
mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan
apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu
bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada
makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu
sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali
gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu
melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti…

6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.

Kamu ini "moody" lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan
adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg
benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga
akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah
individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan
masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi
memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan
individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg
yg berpendirian...

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…


Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan
segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering
berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu
miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan
terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil
berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi
lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani
cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu
seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…

You might also like