BIOGRAFI IMAM AL-SYAHID HASAN AL-BANNA
Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan dibandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliaumenamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugassebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliaumengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegangteguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa,buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakatmendapat hidayah.Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sinibeliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa oranganggota ikhwan lain.Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesiceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakanlawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnyawujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golonganlelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan
Maahad Ummahat al-Muslimin
bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan. Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Denganperpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah keKaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembangdan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namunsegala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkitmemperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupiakidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan diKaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramahyang diadakan.Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukansukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki TelAviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianatiperjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindakmenahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidakterhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam diKaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikandiri.