You are on page 1of 35

KECEMERLANGAN

BERTERUSAN
AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
GURU CEMERLANG
GRED KHAS C
MELAKUKAN
SESUATU PERKARA
TANPA MATLAMAT
ADALAH SEUMPAMA
BELAYAR DI LAUTAN
YANG LUAS TANPA
DESTINASI
(Hukama)
Jadilah benih yang baik,
dicampak ke laut menjadi
pulau, dicampak ke darat
menjadi rimba.
“Setiap anak didik perlu
diiktiraf kebolehan dan
keupayaan mereka kerana
setiap mereka ada
peranannya dalam
masyarakat dan negara.”
(Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak)
17 LANGKAH
MENUJU KECEMERLANGAN
1 MERANGSANG MINDA

Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai


keinginan yang mendalam untuk berjaya. Keinginan
merupakan motivasi bagi menggerakkan kita untuk
menaruh harapan, merancang, dan merangsang
minda untuk mengambil sesuatu tindakan bagi
mencapai sesuatu tujuan.
Pengetahuan semata-mata tidak akan
memberi sebarang kuasa. Kuasa peribadi
yang hebat hanya akan tercapai hasil daripada
kerjasama yang harmoni antara individu yang
mampu untuk menumpukan usaha mereka ke
arah pencapaian sesuatu matlamat.
Seluruh dunia mengetahui bahawa dalam dua
atau tiga tahun pertama perkahwinan,
lazimnya terdapat banyak perselisihan faham
antara pasangan yang berkahwin. Tahun-
tahun ini dianggap sebagai “tahun
penyesuaian”.
Guru Cemerlang yang akan Berjaya mestilah
fleksibel dan berupaya menukarkan cara
pemikirannya bersesuaian dengan situasi
yang dihadapi serta berupaya untuk
mengubah “moodnya” tanpa menunjukkan
sebarang tanda-tanda kemarahan atau hilang
kawalan diri.
2 MATLAMAT YANG KHUSUS

Untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi, kita


mestilah mempunyai matlamat dan rancangan yang
jelas dan khusus. Sesuatu yang berfaedah tidak
akan terlaksana tanpa perancangan yang khusus
dan dijalankan secara sistematik dan berterusan dari
hari ke hari.
3 KEYAKINAN DIRI

Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah percaya


kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan dan
keupayaan diri.
Percayalah, individu yang sentiasa ragu-ragu tidak
akan mampu mencapai sebarang kejayaan dalam
hidup mereka.
Kebimbangan dan ketakutan adalah musuh
utama kepada kejayaan diri. Enam ketakutan
asas manusia ialah:
•Takut dikritik
•Takut diserang penyakit
•Takut ditimpa kemiskinan
•Takut untuk menempuh hari tua
•Takut kehilangan orang tersayang
•Takut mati
4 PENGIKUT
ATAU PEMIMPIN?

Secara amnya, manusia boleh dikelaskan kepada


dua kumpulan iaitu pemimpin dan pengikut. Pengikut
selalunya tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan
yang besar dalam kehidupan mereka dan tidak akan
berjaya sehinggalah mereka Berjaya melepaskan diri
daripada taraf “pengikut” dan mula menjadi
“pemimpin”.
5 IMAGINASI

Tidak akan wujud sebarang pencapaian, sebarang


penciptaan, sebarang rancangan atau sebarang
matlamat khusus tanpa menggunakan daya imaginasi
manusia. Setiap sesuatu yang pernah dicipta atau
dibangunkan oleh manusia adalah berasal daripada
bayangan dalam minda manusia menerusi daya
imaginasinya.
Oleh itu, tidak kiralah siapa kita, apa yang kita
lakukan, berapa banyak wang yang kita ada,
sekiranya kita mempunyai minda yang sihat
dan berupaya menggunakan daya imaginasi
kita, lama-kelamaan, kita pasti akan
memperoleh kedudukan, penghormatan dan
segala kebaikan yang kita inginkan.
6 SEMANGAT
DAN KEGAIRAHAN

Ingatlah bahawa untuk mendapatkan matlamat,


semangat dan keghairahan hendaklah dikawal dan
disalurkan ke arah sesuatu matlamat yang jelas.
Semangat dan keghairahan yang tidak terkawal,
secara amnya, boleh mengundang padah.
7 KAWALAN PERASAAN

Individu yang cemerlang adalah individu yang berjaya


mengawal dan menyimbangkan emosinya. Emosi
yang tidak terkawal akan merosakkan sistem badan
malah kadangkala boleh membawa maut. Kegagalan
dalam mengawal perasaan telah banyak membawa
kekecewaan kepada manusia berbanding faktor-
faktor lain.
BUATLAH LEBIH
8 DARIPADA
YANG SEPATUTNYA

Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih


daripada sepatutnya, kita akan menggunakan segala
kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dengan
sepenuhnya.
Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih
daripada apa yang dibayar, kita akan berada
dalam kelompok istimewa. Kita pasti akan
menempa nama dalam bidang yang kita
ceburi dan akan sentiasa ada pasaran bagi
perkhidmatan yang kita tawarkan.
9 KEPERIBADIAN
YANG MENYENANGKAN

Keperibadian yang menyenangkan adalah


keperibadian yang tidak menunjukkan ciri-ciri
yang menentang.
Memupuk keperibadian yang menyenangkan
memerlukan tabiat pengawalan perasaan,
kerana kita pasti akan menghadapi berbagai
halangan dan dugaan. Ramai orang yang
akan mencabar kesabaran kita dan cuba
menghancurkan niat baik kita untuk berubah
ke arah kebaikan.
10 BERFIKIRAN TEPAT

Keputusan mendadak dan anggapan melulu yang


cuma bersandarkan pendapat yang tidak berasas
fakta adalah tidak bernilai sama sekali. Sesiapa
sahaja mampu menjadi seorang pemikir yang
berfikiran tepat jika kita sentiasa membuat keputusan
atau memberi pendapat hanya setelah kita meniliti
fakta-fakta berkaitan yang mampu kita perolehi.
11 PENUMPUAN

Individu yang mempu melakukan pelbagai pekerjaan


tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam
mana-mana bidang, selalunya tidak akan
memperoleh kejayaan dalam erti kata sebenar.
Jika kita mengimpikan kejayaan, maka kita
perlulah mampu menumpukan masa dan
tenaga kita ke arah mencapai matlamat dan
tidak terbawa-bawa dengan perkara-perkara
yang membazirkan.
12 KERJASAMA

Tiada siapa yang ingin bekerjasama dengan


seseorang yang berkeperbadian buruk, tidak
bersemangat atau tidak dapat mengawal perasaan.
Kejayaan akan kita kecapi hasil daripada usaha yang
teratur dan kerjasama yang harmoni.
13 KEMENANGAN
DALAM KEGAGALAN

Kegagalan adalah guru kehidupan yang terbaik.


Banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada
kegagalan sebelum kita dapat menikmati kejayaan
dalam hidup. Kegagalan merupakan satu rahmat
yang terselindung.
Namun, berjuta manusia membuat kesilapan
dengan menganggap bahawa kegagalan
adalah sesuatu yang muktamad sedangkan
kegagalan hanyalah bersifat sementara.
14 TOLERANSI

Sikap tidak bertoleransi datangnya daripada sifat


kejahilan dan keangkuhan seseorang. Individu yang
berilmu pengetahuan selalunya akan sedar bahawa
mereka tidak mungkin mengetahui segala ilmu
pengetahuan di dunia dan ini akan menjadikan
mereka lebih rendah diri dan tidak akan menilai
seseorang mengikut nilai-nilai mereka sendiri.
15 BUAT BAIK DIBALAS BAIK

Segala kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan


pasti ada balasannya. Jika kita pernah memfitnah,
maka tiba masanya kita difitnah. Jika kita memuji
seseorang, kita pasti menerima pujian kembali.
Jika kita menolong seseorang, sudah pasti kita
akan ditolong bila kita memerlukan pertolongan.
Yang pasti, kita tuai apa yang kita semai.
16 MEMELIHARA KESIHATAN

yang baik bergantung kepada:


•Gabungan makanan dan udara yang segar.
•Senaman yang sesuai.
•Kesihatan mental.
17 BERTAKWA
DAN BERTAWAKAL

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


“Jika hamba-hambaku bertanya padamu
tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa ketika berdoa kepada-Ku.”
(Surah al-Baqarah: 186)
BUAT ANAK-ANAK YANG
TERSAYANG
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Jadikan aku seorang guru yang lebih baik,
benar-benar boleh memahami anak-anak
muridku, jadikan aku seorang yang sentiasa
penyayang, bersopan-santun, tenang dan
sabar, jadikan aku seorang yang jujur, baik
hati, adil dan tegas.
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Jauhkan aku daripada bersifat zalim dan
kejam ke atas anak-anak muridku,
jauhkan aku daripada memalukan,
membodoh-bodohkan dan menghina
mereka, jauhkan aku daripada
mencemarkan pertumbuhan mereka
yang sihat.
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang
benar dan Kau redha, berikan aku
kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat
aku memberikan kepada anak-anak
muridku, kasih saying dan kebahagian
sejati, berikan aku taufik dan hidayah untuk
mendidik dan membimbing mereka ke arah
keimanan dan Ketuhanan dan disiplin yang
tinggi.
Ya Allah, Ya Tuhanku..
Layakkan aku menjadi seorang
guru yang berhemat dan berdisiplin
tinggi,layakkan aku menjadi guru
dan boleh dicontohi dan dihormati,
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Perkenankanlah restuku ini.
AMIN
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like