You are on page 1of 19

TUTORIAL MINGGU 2

Bincang dalam kumpulan kecil tentang


pantang larang pelbagai kaum di
Malaysia.

Disediakan oleh:
Noor Farah Iziyanti bt Abu Rahim
Nur Nadia bt Abdul Gaffor

(PISMP KAJIAN SOSIAL 2) SEM 5 2011


KAUM MELAYU
Pantang Larang Umum
PANTANG LARANG SEBAB PANTANG LARANG
Anak dara jangan menyanyi di dapur, untuk mengelak masakan hangus kerana
nanti kahwin dengan orang tua. leka menyanyi.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya
mata akan buta tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk
tangan
Jangan duduk di atas bantal kerana Supaya menjaga bantal daripada dipecah
dipercayai boleh naik bisul atau dikoyak, dan tidak sopan kalau
perkakas yang digunakan untuk melapik
kepala diletakkan di bawah punggung
Tak boleh duduk atas tangga ketika Pada waktu maghrib sepatutnya kita
Maghrib, nanti dirasuk hantu. menunaikan solat fardhu maghrib

Jangan tidur selepas makan nanti perut Kerana proses penghadaman dalam
jadi buncit. perut kita mengambil masa selama 2 jam.
Pantang Larang Perkahwinan
PANTANG LARANG RASIONAL
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 Untuk mengelak berlaku tohmahan
hari sebelum diijabkabul. masyarakat. Ia juga untuk menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang
timbul akan membuatkan wajah
pengantin lebih berseri.
Jangan bercermin terutama selepas
maghrib ke atas bagi mengelak diri dari -
perkara sihir.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana
dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada -
hari perkahwinan.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga
lelaki (simpan diri). -
Jangan cukur kening ditakuti akan
menghilangkan seri muka. -
Pantang Larang Kehamilan
PANTANG LARANG RASIONAL
Jangan mencaci atau menceritakan Agar menjaga pertuturan agar tidak
kecacatan dikhuatiri anak yang bakal lahir melukakan hati orang lain.
juga akan cacat.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, Bagi menjaga kenteteraman keluarga,


dikhuatiri mengalami kesulitan ketika terutamanya apabila tinggal bersama
melahirkan anak mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak Melihat matahari sewaktu gerhana


mendapat tompok hitam atau bermata mampu menyebabkan mata menjadi
juling. buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah Disebabkan penyidai biasa rendah,
ampaian, nanti anak gagap. dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan
jatuh, dan boleh membahayakan
kandungan
KAUM CINA
Pantang Larang Umum
Nombor

Nombor 8 adalah paling


digemari oleh orang Cina
kerana sebutannya dalam
bahasa Kantonis dan
Mandarin bererti tuah.

Nombor 4 pula
melambangkan kematian
oleh itu ia jarang digunakan
sebagai nombor plat kereta,
alamat dan lain-lain.
Misai dan Janggut
Sesiapa yang gemar menyimpan
misai ataupun janggut boleh
dikatakan membawa kecelakaan ke
atas si keluarga and saudara mara
lelaki itu

Seorang yang memiliki misai


ataupun janggut akan di
kategorikan sebagai pekerja buruh
atau pekerja bawahan, kerana ia
tidak mempunyai masa untuk
bercukur, justeru itu dikaitkan
dengan kelas bawahan.
Memotong Kuku

Memotong kuku jari kaki atau tangan


pada waktu senja akan mengalu-
alukan kehadiran hantu dan roh-roh
jahat

Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah


dibuangkan di tempat yang tersembunyi,
kerana mengikut adat, ia boleh digunakan
untuk menjatuhkan sumpahan terhadap
pemilik kuku itu.
Pantang Larang Perayaan (Tuah Baik)
• Membiarkan lampu menyala
Membuka pintu dan semalaman dipercayai
tingkap dianggap menghalau hantu dan puaka
menjemput masuk tuah pembawa musibah yang
pada tahun baru. mampu mempengaruhi
nasib sekeluarga sepanjang
tahun.

Gula-gula dan manisan Memakai selipar baru yang


dimakan untuk "memaniskan" dibeli sebelum tahun baru
bermaksud memijak orang
nasib sepanjang tahun bagi
yang bergosip tentang
pemakannya.
pemakainya.
Pantang Larang Perayaan (Tuah Buruk)
Menyapu lantai juga
Perbualan mengenai
kematian tidak sesuai di dilarang pada hari
hari terawal Tahun Baru
Cina kerana dianggap
pertama kerana ini
tidak bagus. akan menyapu keluar
tuah bagi tahun baru.
Menggunting rambut juga ditegah
kerana perkataan bagi rambut sama
bunyinya dengan hasil. Maka
menggunting rambut juga dipandang
sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
KAUM INDIA
Pantang Larang Umum
PANTANG LARANG
Tuan rumah tidak boleh membenarkan Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh
tetamu yang pertama kali datang tuan rumah.
menziarahi melakukan kerja seperti
membasuh pinggan. Dipercayai akan
membawa sial.
Jangan makan di tempat gelap, dipercayai Takut termakan benda lain atau bersepah.
makanan dikongsi bersama hantu.

Jangan asah pensel di kedua-dua belah, Nanti tercucuk ke mata atau tangan.
dipercayai ibubapa akan sentiasa
bergaduh.
Pantang jangan bersiul waktu malam, Bising, menganggu
dipercayai ular akan masuk rumah.
PANTANGLARNG RASIONAL
Tidak digalakkan melawat bayi yang baru - takut-takut mengganggu bayi tersebut
lahir dan menyebabkan dia terkejut.
O
R
A
N
G

A
S
L
I
Pantang Larang Sebelum Ambil Tumbuhan

Elakkan
pertelingkahan di Tidak boleh bercakap
rumah sebelum sembarangan semasa
keluar ke hutan mencabut pokok seperti
mengeji, mengata dan
bercakap kasar.

Jika bertindih
dengan pokok lain, Jika
ia tidak boleh terjumpa batu atau
dicabut. pokok ganjil, jangan
ditegur.
Pantang Larang Ketika Mengandung
PANTANG LARANG SEBAB
Wanita hamil tidak boleh berjalan malam dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk
halus.
Wanita hamil tidak boleh memakan akan menyukarkan proses kelahiran kelak
semua jenis sotong
Wanita mengandung tidak boleh dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan
mentertawakan binatang seperti monyet menyamai haiwan berkenaan

Mereka dilarang memakan ikan yang Dikhuatiri berlakunya tumpah darah


bewarna merah ketika melahirkan bayi
PANTANG LARANG SEBAB
Mereka dilarang mengetuk paku pada kerana dikhuatiri bayi
kayu di sebelah petang atau ibu akan sakit atau mati

Suami tidak memegang alat menangkap dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu nanti
ikan kerana terlekat uri.
Tidak boleh makan buruan yang telah dipercayai kandungan akan gugur.
ditembak
Memotong buluh/tebu mesti mengikut untuk mengelakan bayi dalam kandungan
ruas. dalam keadaan songsang

You might also like