You are on page 1of 13

KUALITI

ASUHAN

PELUANG
PENGALAMAN
UNTUK
IBUBAPA
PERLEKATAN FAKTOR-
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERLEKATAN

KELAKUAN SITUASI
BAYI KELUARGA
PERKEMBANGAN MORAL
•Perkembangan moral melibatkanperubahan pemikiran,
perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau
kesilapan.

• Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan


regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi
interpersonal yang melibatkan interaksi social dengan orang
lain di persekitaraan mereka.

•Pemikiran tingkah laku, perasaan dan personality seseorang


saling berkait rapat dalam penilaian moral seseorang
individu.
TEORI PERKEMBANGAN
MORAL PIAGET

•Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak


menaakul dan member hujah terhadap persoalan
melibatkan moral.

• Beliau merumuskan kanak-kanak 2 peringkat utama


pemikiran moral.
UMUR PERINGKAT CIRI-CIRI/PENJELASAN

4 HINGGA PERINGKAT
7 TAHUN MORAL  PERINGKAT PERTAMA PERKEMBANGAN MORAL
HETERONOMUS
 KANAK-KANAK MELIHAT PERATURAN SEBAGAI SESUATU YANG
DITETAPKAN DAN TIDAK BOLEH DIUBAH

 MEREKA MENILAI SESUATU TINDAKAN MELALUI AKIBAT.


CONTOHNYA: MEREKA MENGEMAS BARANG PERMAINAN KERANA
TAKUT DIMARAHI

 MEREKA SUKAR MENGUBAH SESUATU PERATURAN DAN


MEMENTINGKAN AKIBAT YANG DITERIMA DARIPADA SESUATU
PERBUATAN

7 HINGGA PERINGKAT  MEMPUNYAI CIRI-CIRI PERINGKAT PERTAMA TETAPI SUDAH MULA


10 TAHUN TRANSISI BERALIH KEPADA CIRI-CIRI PERINGKAT SETERUSNYA

10 TAHUN PERINGKAT  MULA SEDAR BAHAWA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DICIPTA


KE ATAS MORAL OLEH MANUSIA DAN BUKAN SESUATU YANG MUTLAK
AUTONOMUS
 MULA MENILAI SESUATU TINDAKAN BERDASARKAN NIAT DAN
AKIBAT

 BOLEH MEMPERTIMBANGKAN SESUATU PERLAKUAN MORAL


BERDASARKAN ASPEK-ASPEK SEPERTI NIAT, PERASAAN, KEADILAN
DAN TINGKAHLAKU
TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE
KOHLBERG

LAWRENCE KOHLBERG (1927- 1987)

•Dianggap sebagai pelopor utama dalam teori


perkembangan moral

•Beliau adalah ahli psikologi perkembangan dan


meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan.

•Merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi


social Universiti Harvard.

•Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan


perkembangan individu.
•Beliau mencadangkan peringkat perkembangan moral
individu dan merupakan pengkaji yang masyur dalam bidang
ini.

•Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat bahawa


penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif
seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap
pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada
peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang .

•Perkembangan moral oleh Kolhberg dikupad dengan lebih


terperinci di dalam tiga peringkat utama. Setiap tahap
mengandungi 2 peringkat penaakulan moral.
PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL
PERINGKAT 1: PERINGKAT 2:
ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN ORIENTASI GANJARAN PERIBADI
.

TAHAP 2: KONVENSIONAL
PERINGKAT 4:
PERINGKAT 3:
AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL DAN ETIKA
ORIENTASI PERLAKUAN BAIK
PERATURAN

TAHAP 3: POS-KONVENTIONAL
PERINGKAT 5: PERINGKAT 6:
ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDU ETIKA PRINSIP SEJAGAT
TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL

Tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Pada tahap


ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan
diterima akibat perlakuan tersebut. terdapat 2 peringkat. iaitu:

PERINGKAT 1: PERINGKAT 2:
ORIENTASI KEPATUHAN DAN ORIENTASI GANJARAN PERIBADI
HUKUMAN

•Pada peringkat ini,pemikiran moral


•Pada peringkat ini, individu
kanak-kanak lebih mementingkan diri
sendiri. melakukan sesuatu berdasarkan
keinginan untuk mendapatkan
•Mereka mematuhi dan mengikut balasan. Tingkahlaku didorong untuk
arahan kerana takutkan hukuman yang memuaskan kehendak sendiri.
akan diterima sekiranya melanggar
•Kanak-kanak melakukan sesuatu
peraturan.
kerana ganjaran yang bakal diterima.
Contoh: “apakah yang akan saya
dapat sekiranya saya melakukan apa
yang disuruh”
TAHAP 2: KONVENSIONAL

Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap


ini, individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi 2 peringkat, iaitu:

PERINGKAT 3: PERINGKAT 4:
ORIENTASI PELAKUAN BAIK AKUR KEPADA ALIRAN SISTEM SOSIAL
DAN ETIKA PERATURAN

•Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi •Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan


ukuran moral yang telah ditetapkan oleh peraturan, undang-undang dan ketetapan
ibubapa, guru atau orang persekitaraan. yang telah ditetapkan oleh masyarakat.
•Mereka menghargai nilai kepercayaan •Pada peringkat ini individu percaya
dan kepatuhan terhadap peraturan yang terhadap keutuhan undang-undang.
telah ditetapkan,
•Peraturan dan undang-undang perlu
•Mereka ingin melihat diri mereka sebagai dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan
‘anak yang baik’mengikut arahan. komuniti.
TAHAP 3: POS-KONVENSIONAL

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada
tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan
moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Terdapat 2 peringkat dalam
tahap ini, iaitu:

PERINGKAT 5: PERINGKAT 6:
ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDU ETIKA PRINSIP SEJAGAT

•Pada peringkat ini, individu berhujah •Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral
menggunakan nilai, hak dan prinsip. kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral
•Mereka menilai undang-undang yang seseorang.
ditetapkan berdasarkan hak individu.
•Pada peringkat ini individu telah mempunyai
•Pemikiran moral pada peringkat ini adalah kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang
berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan menepati hak-hak individu sejagat.
hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui
dalam sesebuah masyarakat. •Mereka mementingkan kesamaan hak kepada
semu individu dan menghormati maruah dan
•Mereka melihat undang-undang sebagai prinsip individu yang lain.
sesuatu yang fleksibel dan mempunyai
alternative.
Bantu pelajar
menilai
permasalahan
yang mereka
sedang dan akan
Bantu murid hadapi.
membuat hubung
kait antara nilai
yang dinyatakan Bantu pelajar
dengan menilai menilai
tingkahlaku yang berdasarkan
dibuat. perspektif orang
lain.
IMPLIKASI
PERKEMBANGAN
SOSIO-EMOSI
TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Pastikan semasa
Pastikan kelas anda
aktiviti pengajaran
menunjukkan kesedaran
dan pembelajaran
dan keprihatinan
murid saling
terhadap isu-isu moral
mendengar antara
dan nilai-nilai sejagat.
satu sama lain.
KESIMPULAN

•PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DALAM DIRI SETIAP KANAK-KANAK


AMAT PENTING DAN PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEJAK MEREKA
KECIL.

• HAL INI KERANA , PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI INI PASTI AKAN


MEMBERI KESAN ATAU MEMPENGARUHI DIRI KANAK-KANAK
TERSEBUT DAN SETERUSNYA MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK DI SEKOLAH .

•JUSTERU, IBUBAPA DAN PARA GURU DI SEKOLAH PERLULAH


MEMAHAMI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK DAN
MEMBANTU KANAK-KANAK UNTUK MENYESUAIKAN DIRI MEREKA DI
SEKOLAH SERTA MEMBANTU MEREKA UNTUK MENJADI SEORANG
INSAN YANG BERKEBOLEHAN DAN PANDAI BERSOSIAL DENGAN
ORANG LAIN.
DISEDIAKAN OLEH,

SATHIA THARISHINY A/P BALAKRISHNAN


&
PREMAH A/P GUNASEGARAN

1PISMP BT/PJ/KS (2010)

You might also like