You are on page 1of 3

ததசசய வககதத தமசழதபதபளதளச ஜஜவவதச ததவடதடமத

72500 ஜஜவவதச, நநகசரச நசமதபசலவனத டவரலத கசஸத.


SJK(T) LADANG JUASSEH, KM 12 JUASSEH, 72500 JUASSEH
NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS

KOD SEKOLAH :NBD 1067 NO TEL : 06-4981984


EMAIL SEKOLAH : nbd1067@1bestarinet.yes.my FAKS SEKOLAH : 06-4982479

MINIT MESYUARAT UNIT KEBAJIKAN 1/2019

TARIKH: 8.1.2019 (ISNIN))


MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SJKT LADANG JUASSEH

KEHADIRAN :
1. PN. S. JAYATHI (GURU BESAR)
2. PN. G.THAMILVAANNI (GURU PENOLONG KANAN HEM)
3. CIK.B.SATHIA THARISHINY (PENYELARAS UNIT KEBAJIKAN)
4. PN.A.YOGESWARI
5. PN.C.GOMATHI
6. CIK.N.MENAGA
7. PN.S.THILAGAH
8. EN.S.RISIKESH

1. PERUTUSAN PENGERUSI (PN.S.JAYATHI)


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang dapat hadir
dalam mesyuarat UNIT KEBAJIKAN bagi tahun 2019.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah memberikan kerjasama yang
padu dalam menjalankan tugas yang diberikan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4. PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT
4.1 Unit Kebajikan akan menyenaraikan lagi nama murid miskin untuk tahun 2019 bagi
murid yang tercicir seterusnya memastikan murid-murid yang berkelayakan
mendapat bantuan yang sewajarnya. Bilangan murid yang layak masih belum
dikenal pasti.
4.2 Bagi tahun 2019 nama murid akan dikenalpasti pada sepanjang tahun 2018
bagi melancarkan bantuan yang akan diberikan.
4.3 Unit Kebajikan akan bekerjasama dengan guru kelas bagi memastikan tiada murid
yang tercicir.
4.4 Segala lampiran pendapatan yang diberikan oleh ibubapa atau penjaga perlu
lengkap bersama dengan penyata gaji ibu bapa yang terkini sekiranya ibu bapa tiada
slip gaji, ibu bapa perlu sertakan bersama pengesahan pendapatan oleh ketua kampung/ ketua
sidang. Unit Kebajikan mahu murid yang mendapat bantuan akan selaras dengan unit -unit lain
agar bantuan yang diberikan tidak mengalami keciciran dan tiada masalah pengulangan bantuan.
4.5 Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang layak menerima
bantuan .

Tindakan: Penyelaras

5. LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN UNIT KEBAJIKAN MURID


5.1 Penyelaras aliran Unit Kebajikan Murid adalah seperti berikut:
Tahun 1: Cik.B.Sathia Tharishiny
Tahun 2: Pn.A.Yogeswari
Tahun 3: Pn.C.Gomathi
Tahun 4: Cik.N.Menaga
Tahun 5: Pn.S.Thilagah
Tahun 6: En.S.Risikesh

5.2 Penyelaras aliran ini akan menyemak kelayakan murid iaitu:


5.2.1 Menyemak dan memastikan murid yang layak diberi bantuan jika berlaku
sebarang perkara yang perlu diberi bantuan seperti kematian ibubapa, kemalangan,
kebakaran dan sebagainya.
5.2.2 Memastikan murid mendapat bantuan yang sewajarnya.

Tindakan: Semua guru


6. HAL-HAL LAIN
6.1 Semua aktiviti Unit Bantuan Kebajikan Murid akan diagihkan mengikut kadar
yang sewajarnya kepada murid yang memerlukan.

7. PENUTUP
7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Minit disediakan oleh, Disemak oleh:

__________________ _______________________
(B.SATHIA THARISHINY) (PN.G.THAMILVAANNI)
PENYELARAS UNIT KEBAJIKAN GPK HEM
SJKT LADANG JUASSEH SJKT LADANG JUASSEH

You might also like