You are on page 1of 36

LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

BAB 3
PEMBENTUKAN MALAYSIA
(MINGGU 3)

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 1


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pembentukan Malaysia

 Gagasan Malaysia

 Reaksi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura

 Isu Brunei dan Singapura

 Reaksi negara Asean (Indonesia dan Filipina)

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 2


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pembentukan Malaysia
 Paling awal gagasan penyatuan negeri-negeri di sekitar Tanah Melayu datang daripada
pihak British.

 Pada tahun 1955 David Marshall pernah mencadangkan Singapura bercantum dengan
Tanah Melayu.

 Gagasan Malaysia juga disuarakan oleh tokoh-tokoh di Tanah Melayu iaitu Ghazali
Shafie (1954) dan Tan Cheng Lock (1955).

 A.M. Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya memberi pandangan


percantuman dalam bentuk-bentuk yang lain.

 Pada 27 Mei 1961, dalam satu majlis makan dengan wartawan-wartawan Asia
Tenggara di sebuah hotel di Singapura, Tunku melahirkan hasrat untuk membentuk
Malaysia.

 Pengumuman itu dibuat setelah Tunku mengadakan beberapa pertemuan dengan


tokoh-tokoh tertentu termasuk dengan Lee Kuan Yew (Januari 1961), dengan Senu
Abdul Rahman mengenai tinjauan Senu ke Sabah, Sarawak dan Brunei (1960), dan
Mac Millan di London (1961).

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 3


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Lima buah negeri bercadang untuk bergabung membentuk negara baru


Malaysia. Negeri-negeri itu adalah:

 Negeri Brunei

 Negeri Borneo Utara British (Sabah)

 Negeri Sarawak

 Negeri Singapura

 Persekutuan Tanah Melayu

 Dikalangan lima negeri itu cuma Tanah Melayu sahaja yang bebas
daripada kuasa luar.

 Empat negeri yang lain itu masih dibawah naungan British.

 Kemasukannya ke dalam Malaysia akan membolehkan negeri-negeri


itu mendapat kebebasan daripada British.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 4


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 5


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Sebab-sebab Penubuhan Malaysia

• Menyekat ancaman Komunis di Asia Tenggara


• Mempercepatkan proses kemerdekaan
• Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi
• Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
• Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 6


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

MENYEKAT ANCAMAN KOMUNIS DI ASIA TENGGARA

• Kebimbangan Persekutuan Tanah Melayu adalah berkaitan dengan pengaruh


komunis yang semakin menyusup ke dalam kelompok berhaluan kiri.
• Pihak British dan Persekutuan Tanah Melayu tidak mahu tampuk pemerintahan
Singapura diambil alih oleh pemimpin-pemimpin berideologi komunis.
• Akibat dari berkembang fahaman komunisme, Persekutuan Tanah Melayu
menganggap bergabung dengan singapura adalah tindakan yang berbahaya.
• Namun setelah rundingan diadakan, cara terbaik untuk membendung fenomena
politik tersebut adalah dengan mengadakan percantuman dengan Singapura.
• Dari segi ekonomi, ramai berpendapat Singapura tidak mempunyai sumber ekonomi
yang cukup.
• Pengaruh komunis yang agak aktif sekitar tahun 1950-an sebenarnya telah merebak
juga sehingga ke Sarawak.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 7


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

MEMPERCEPATKAN PROSES KEMERDEKAAN

• Menerusi penubuhan persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak,


Brunei dan Singapura akan mendapat kemedekaan lebih awal dari yang
dijangkakan.
• Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah
penjajahan British sewaktu cadangan ini ditimbulkan.
• Pemberian kemedekaan yang lebih cepat pada negara-negara berkenaan akan
dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.
• Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan pada negara tersebut, pihak British khuatir
negara tersebut lambat-laun akan dipengaruhi oleh komunis.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 8


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

MEWUJUDKAN KERJASAMA DALAM BIDANG EKONOMI

• Melalui persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan


kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.
• Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu negara-negara anggota yang miskin.
• Apa yang penting melalui persekutuan Malaysia, ialah membantu mempertingkatkan
pembangunan ekonomi terutamanya di Sabah dan Sarawak manakala Tanah
Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menyumbang pada negara-negara
berkenaan.
• Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya
dengan sumber minyak manakala Singapura pula akan lebih selamat dan maju dari
segi ekonomi.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 9


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH


DAN SARAWAK
• Sabah dan Sarawak mengalami sejarah yang hampir sama dengan Tanah Melayu
kerana pernah diduduki oleh kuasa-kuasa barat terutama British. Namun, nasib
penduduk wilayah ini adalah tidak sama dengan nasib penduduk di Tanah Melayu.
• Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang
oleh bangsa asing.
• Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga sangat daif, infrastrukturnya
masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara.
• Tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan
kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar dan sangat sedikit dari kalangan kaum
Bumiputera.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 10


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

MENJAGA HAK DAN KEPENTINGAN KAUM BUMIPUTERA

• Pembentukan Persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera.
• Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini secara tidak langsung akan
menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini bermakna penduduk bukan Melayu
akan menjadi golongan terbesar.
• Justeru itu, untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan bumiputera tidak
terancam, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan
bumiputra kekal sebagai kumpulan terbesar.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 11


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Gagasan Malaysia

Singapura

Brunei

Sabah dan Sarawak

Tanah Melayu

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 12


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

SINGAPURA

• Pada amnya semua pihak bersetuju dengan konsep Malaysia dan pembentukan
sebuah negara dan kerajaan baru. Lee Kuan Yew paling berminat dengan idea
tersebut.
• Rakyat Singapura pada mulanya memberi sokongan tetapi perubahan politik
Singapura telah mengubah pendirian sebahagian rakyat Singapura.
• Parti Tindakan Rakyat (PETIR)/PAP dibawah pimpinan Lee Kuan Yew telah menerima
tentangan dari serpihan PAP iaitu sebuah parti sosialis - Parti Rakyat Singapura
(United People’s Party).
• Penentangan mereka mencapai kemuncak semasa pilihan raya kecil Hong Lim (April
1961) dan Anson (Julai 1961).
• Kekalahan PAP telah dijadikan pengajaran oleh Lee Kuan Yew dan memahami
tentang sikap sesetengah rakyatnya.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 13


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

BRUNEI

• Sambutan rakyat Brunei pada mulanya tidak sebulat suara walau bagaimanapun
sebahagian besarnya menyetujui pembentukan tersebut.
• Sultan Omar Ali Sarifuddin sendiri sangat berminat dan menganggap ia adalah satu
idea yang baik.
• Tetapi mendapat tentangan dari A.M.Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei
kerana dia ingin menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak di bawah nama
Kalimantan Utara.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 14


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

SABAH DAN SARAWAK

• Di Sabah dan Sarawak sambutannya amat mengalakkan. Mereka sedar penyertaan


ke dalam Malaysia bererti mereka akan bebas dari kuasa British.
• Mereka juga percaya ancaman komunis yang semakin membimbangkan akan lebih
mudah diatasi serta struktur penduduk yang akan berubah dengan penyertaan
Sabah dan Sarawak.
• Namun timbul kebimbangan daripada pihak-pihak tertentu kerana mereka takut akan
kehilangan hak mereka sebagai kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 15


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

SABAH

• Wujud penentangan pada peringkat awal di mana lahirnya parti politik yang pertama
pada Ogos 1961 iaitu:

1. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)- Donald Stephen.

2. Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara- G.S.Sundang pada Jun 1962.


– Satu parti politik ditubuhkan bertujuan menerima rancangan pembentukan
Malaysia iaitu:

3. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)- Datu Mustapha Datu


Harun.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 16


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

SARAWAK

• Di Sarawak, banyak pihak yang menentang kerana mereka melihat tiada faedah
ekonomi yang boleh diperolehi. Antara parti yang muncul di Sarawak seperti:

1. Parti Negara Sarawak (PANAS)- Temenggung Jugah.

2. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)- Ong Kee Hui.

3. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)- Stephen Kalong Ningkan.

4. Parti yang menyokong cadangan penubuhan Malaysia ialah Barisan


Rakyat Jati Sarawak (BERJAYA)

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 17


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

TANAH MELAYU

• Di Tanah Melayu, walaupun sokongan konsep Malaysia lebih menyeluruh


terdapat juga pihak-pihak tertentu yang berlainan pendapat.
• Pada peringkat awal sebilangan kecil pemimpin UMNO terlalu menimbang
untung rugi Tanah Melayu bergabung dengan Singapura melalui Malaysia.
• Bagaimanapun dengan kemasukan Sabah dan Sarawak kebimbangan
kepentingan kaum Melayu, terutama dari segi nisbah penduduk tidak lagi
begitu serius.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 18


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pembentukan Persekutuan Malaysia

 Lawatan Muhibbah ke Sabah dan Sarawak

 Kunjungan Tunku ke Brunei

 Rundingan Singapura

 Rundingan Kepentingan Negeri-negeri Borneo

 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan

 Suruhanjaya Cobbold

 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

 Misi Bangsa-bangsa Bersatu

 Referendum Singapura

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 19


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

LAWATAN MUHIBBAH KE SABAH DAN SARAWAK

• Tunku ingin memastikan rakyat Sabah dan Sarawak memahami


sepenuhnya konsep Malaysia dan tujuan penubuhan Malaysia.
• Tunku telah membuat lawatan muhibah ke negeri-negeri itu.
• Akhirnya, Tunku berjaya mengurangkan kekeliruan yang ada di kalangan
rakyat Sabah dan Sarawak.
• Beliau juga telah dapat mengurangkan kebimbangan mereka tentang
penguasaan kaum Melayu dalam Malaysia.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 20


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

KUNJUNGAN TUNKU KE BRUNEI

• Menjelang pertengahan tahun 1961, Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan


A.M.Azahari ingin mewujudkan Kalimantan Utara.
• Tunku telah mengambil keputusan untuk memberi penjelasan kepada rakyat
Brunei tentang konsep Malaysia. Maka, Sultan Brunei telah menubuhkan satu
suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 21


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

RUNDINGAN SINGAPURA

• Soal percantuman Singapura dengan Tanah Melayu mesti ditentukan bersama oleh
rakyat Singapura sendiri. Lee Kuan Yew sendiri ingin memastikan Singapura
mempunyai kedudukan yang selesa dalam Malaysia.
• Pada 23 Ogos 1961, mesyuarat rasmi pertama mengenai percantuman diadakan
antara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara persetujuan yang dicapai
termasuklah autonomi Singapura dalam hal-hal pendidikan dan tenaga buruh.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 22


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

RUNDINGAN KEPENTINGAN NEGERI-NEGERI BORNEO

• Tujuan utamanya adalah untuk menjamin kedudukan Sabah dan Sarawak dalam
Malaysia.
• Demi menjaga kepentingan negeri-negeri Borneo sebagai tanah jajahan British,
satu rundingan khas diadakan dengan Kerajaan British.
• Antara persetujuan yang dicapai ialah menerima keputusan rundingan Singapura-
Persekutuan Tanah Melayu, menjalankan pungutan suara di kalangan rakyat
Sabah dan Sarawak dan meluaskan perjanjian pertahanan England-Persekutuan
Tanah Melayu bagi melindungi asia Tenggara dari ancaman komunis.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 23


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN

 Pada peringkat awal, gagasan Malaysia telah ditentang oleh banyak pihak dari
Sabah dan Sarawak.Mereka akan kehilangan kuasa dalam politik, pentadbiran
dan ekonomi.
 Pihak British telah menjemput pemimpin Sabah,Sarawak dan Brunei
menghadiri Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel di Singapura.
 Melalui persidangan ini Tunku telah membentuk Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia untuk perbincangan lanjut.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 24


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

 Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada:

1. Tanah Melayu - Tunku dan Mohamad Khir Johari

2. Singapura - Lee Kuan Yew

3. Sabah - Datu Mustapha Datu Harun

4. Sarawak - Temenggung Juggah Anak Barieng dan Yeo Cheng Ho

5. Brunei - Datuk Setia Pengeran Ali


 Pada bulan Ogos 1961, mesyuarat pertama diadakan dan dipengerusikan
oleh Donald Stephen.
 Jawatankuasa ini mempunyai tugas memberi penjelasan kepada rakyat
dan mengumpul pendapat rakyat mengenai pembentukan Malaysia.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 25


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

SURUHANJAYA COBBOLD
• Pada bulan Nov 1961, Tunku telah berunding dengan Kerajaan British di London
tentang penubuhan Malaysia. Pihak British menyokong penubuhan tersebut.
• Hasil daripada rundingan itu, kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya
Cobbold pada Jan. 1962.
• Tugas utama suruhanjaya ini:

1. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang penubuhan


Malaysia.

2. Mencadangkan Perlembagaan baru bagi Malaysia.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 26


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

 Anggota Suruhanjaya Cobbold:

- Lord Cobbold

- Sir David Watherson

- Sir Anthony Abell

- Muhammad Ghazali Safie

- Wong Pow Nee


 Ahli Suruhanjaya Cobbold bertugas dari 19 Februari 1962 - 17 April 1962.

 Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemukakan laporannya iaitu:

A) mengesahkan bahawa lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong


gagasan malaysia.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 27


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

B) reaksi penduduk Sabah dan Sarawak secara khusus:

- kira-kira satu pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan


Malaysia.

- kira-kira satu pertiga penduduk menyokong tetapi kepentingan mereka


dilindungi.

- selebihnya menentang dan mahu Sabah dan Sarawak diberi kemerdekaan


terlebih dahulu.

- Syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold ialah:

- perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan


Malaysia.

- nama persekutuan yang diasaskan ialah Malaysia.

- Majlis Undangan Negeri Sabah Sarawak diberi kuasa dalam soal imigresen dan
agama.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 28


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

- perwakilan Sabah dan Sarawak akan diberi tempat dalam Parlimen.

- kedudukan istimewa kaum bumiputera sabah dan Sarawak akan dikekalkan.


 Tarikh penubuhan persekutuan Malaysia ditetapkan pada 31 Ogos 1963.
 Bagi menjamin hak dan keistimewaan rakyat Sabah dan Sarawak terjamin,
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) dibentuk.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 29


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)


 Berperanan menjamin hak dan keistimewaan penduduk Sabah dan Sarawak agar
tidak terjejas.
 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada Ogos 1962 dan diketuai oleh Landsdowne dan
timbalannya ialah Dato’ Abdul Razak Hussien.
 Ahli-ahli lain terdiri daripada:

- Donald Stephen dan Datu Mustapha Datu Harun dari Sabah.

- Temenggung Jugah dan Datu Bandar Abang Haji Mustapha dari Sarawak.
 Laporan JAK dikeluarkan pada 27 Februari 1963 dan menjadi asas Perlembagaan
Sabah dan Sarawak.
 Laporan JAK menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di
London pada 9 Julai 1963.
 Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasmi oleh Tunku Abdul Rahman di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September 1963.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 30


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

MISI BANGSA-BANGSA BERSATU


• Pada Jun 1963, Misi Bangsa-bangsa Bersatu telah ditubuhkan untuk mendapat
kepastian rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan Persekutuan Malaysia. Ini
adalah Kerajaan Filipina dan Indonesia mendakwa yang rakyat merasa sangsi
berkenaan konsep Malaysia.
• Hasil dari pungutan suara yang telah dibuat didapati lebih 2/3 rakyat Sabah dan
Sarawak menyokong konsep Malaysia. Namun hasil dari keputusan tersebut,
Filipina dan Indonesia tetap menentang.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 31


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

REFERENDUM SINGAPURA
• Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura.
• Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura menyokong pembentukan
Malaysia melalui Pilihan A.
• Dalam pungutan suara ini,rakyat Singapura diberikan tiga pilihan:

1. PILIHAN A, rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat2 yang telah ditetapkan
oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

2. PILIHAN B, rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan


Singapura akan menjadi seperti NNM lain dalam Persekutuan Tanah Melayu.

3. PILIHAN C, rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang
hampir sama seperti yang diperolehi oleh wilayah2 Borneo.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 32


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

ISU BRUNEI
• Sultan Brunei batalkan hasrat untuk menyertai Malaysia
• Perubahan ini disebabkan tuntutan baginda tidak dipenuhi
• Antara tuntutannya:
– diberi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen

– dibenarkan terus menguasai hasil minyak

– keselamatan Brunei terjamin

– supaya kekananan baginda dikira dari tarikh baginda menjadi Sultan

• Akibatnya, Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 33


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

ISU SINGAPURA
• Pilihanraya pertama Parlimen Persekutuan Malaysia diadakan pada tahun 1964.
• Lee Kuan Yew menentang Perikatan dan MCA.
• Berhasrat menggantikan MCA sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan
kaum Cina dan memainkan isu perkauman.
• Perjuangkan cogankata “Malaysian Malaysia”.
• Mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu.
• TAR mengisytiharkan Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 34


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Negara Asean - Indonesia dan Filipina

• Menentang penubuhan Malaysia.


• Sukarno melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963.
• Macapagal, Filipina menuntut wilayah Sabah
• Malaysia telah mengambil beberapa langkah:
– TAR mengadakan rundingan dengan Indonesia pada Mei 1963

– TAR, Sukarno dan Macapagal bersetuju mengadakan persidangan di Manila


pada Julai 1963

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 35


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 3: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Negara Asean - Indonesia dan Filipina


• Pakatan serantau ‘Maphilindo’ dibentuk.
• Bertujuan mewujudkan kerjasama serantau
• Bersetuju PBB meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hampir 70% bersetuju.
• Indonesia dan Filipina menolak laporan PBB.
• Memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia apabila penubuhan Malaysia
diisytiharkan pada 16 September 1963.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 36

You might also like