You are on page 1of 10

English Language and Literature Department

Faculty of Languages and Communication


FIK 3042 – English For Communication 2

Assessment
Assignment+ Quizzes=60%
Final Examination = 40%

For this course, you will be assessed as follows:

1. Quiz 1 – 15% (Online)

 Cloze Text with 30 Objective Questions.

 Questions will be based on Units 1 & 2.

 Evaluation Date will be on the 23th of April, 2011 (Saturday).

 Evaluation Time is at 12.00 – 1.00 pm (1 hour).

2. Quiz 2 – 15% (Online)

 Objective Questions and True/ False statements.

 Questions will be based on Units 3, 4 & 5.

 Evaluation Date will be on the 14th of May, 2011 (Saturday).

 Evaluation Time is at 12.00 – 1.00 pm (1 hour).

3. E- Learning – 10%

 A discussion topic will be posted on the forum in MyGuru every two weeks. A
total of 5 topics will be given.

 Respond to the topic given in about 40-50 words and provide at least one
comment to one of your friends’ responses to create a discussion.

 Each discussion topic with relevant/logical responses given will be awarded 2


marks.

 Students who respond to the discussion topic only will be awarded 1 mark.

 Comments such as “I agree with you” or “good idea/comment” to colleagues’


responses will not receive any marks.
4. Assignment – 20%

 Individual assignment

 Submission via online by 12.00 pm on the 29th of May, 2011.

 Please refer to the details for the assignment in MyGuru.

5. Final Examination- 40%

Tugasan FIK 3042

A.
1. Quiz 1 (15%)
1.1. close test ( 30 MCQ )
1.2. unit 1 & 2
1.3. Date : 23 April , time : 12pm – 1pm

2. Quiz 2 ( 15 % )


2.1. objektif + true / false question
2.2. Date : 14 Mei, time : 12pm-1pm

3. E- learning ( 10% )
3.1. every 2 weeks have 1 topics to respon. Totol 5 topics.
3.2. at least 1 comment

4. Assignment ( 20% )
4.1. write 2 report – English Program
4.2. 1500 words for each report
4.2.1. title
4.2.2. introduction
4.2.3. objectives
4.2.4. duration og the program
4.2.5. target group
4.2.6. report on the implementation of the program
4.2.7. strengths / weakness
4.2.8. suggestions / recommendation
4.2.9. conclusion
4.3. Times New Romen, size 12, 1.5 spacing
4.4. Due 29 May, time : 12pm

5. Exam ( 40% )
KKD 2063-SAHSIAH (Information from lecturer.)

1a) dptkan 2 isu yg b'kaitan sahsiah guru di luar ngr.

      isu pertama :b'kaitan dgn sahsiah +ve

      isu kedua    :b'kaitan dgn sahsiah -ve.

      Isu t'sebut perlu disertakan dlm tugasan.(2 markah)(1 isu = 1 markah)

b) bandingkan kedua-dua isu t'sebut b'dasarkan dua aspek yg anda pilih.

cth : -dari pelbagai aspek demografi ---jantina,lokasi,dsb.

      -dari pelbagai aspek psikologi --motivasi(burnout),letihlesu,dsb.

(8 markah) - isu +ve dari aspek satu.(2markah)

                  - isu +ve dari aspek dua(2markah)

                  - isu -ve dari aspek satu (2markah)

                  - isu -ve dari aspek dua (2markah)

2a) Huraikan dua aspek yg telah dibandingkan b'dasarkan:

  i)satu pendekat teori

  ii)satu nilai Bitara

- 3 pilihan pendekatan teori samada psikoanalitik,p'belajaran atau humanistik.

   (10 markah)       - isu +ve dr 1 pendekatan pilihan( 5 markah)

                           - isu -ve dr 1 pendekatan pilihan  (5 markah)

- 4 pilihan nilai Bitara

( 4 markah)     - isu +ve dari 1 nilai ( 2 markah)

                      - isu -ve dari 1 nilai (2 markah )

2b)Bincangkan cara bagaimana utk meningkat sahsiah guru b'dasarkan dua dipilih

( 8 markah)-meningkatkan isu +ve ( 4 markah)

                 - meningkatkan dan menangani isu -ve ( 4 markah)

Im hv no idea,very confuse about tis assignment. Lecturer din't discuss with us.


Pelaksanaan Kursus KPD 3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 secara PJJ

Bagi kursus 3 Bagi kursus 6


kredit kredit
1 Tutorial 10 jam
Jadual interaksi bersemuka bagi negeri yang cuti
hujungnya Hari Sabtu dan Ahad
2-3 Apr – 5 jam (Modul 1 Tajuk 1-10)
8-9 Mei – 5 jam (Modul 2 Tajuk 1 -10)
3-4 Jun – 10 jam (Modul 3 Tajuk 1 -5 DAN
ulangkaji/ integrasi semua unit)
2 Modul p&p (CD) MyGuru 10 jam
3 e-learning 12 jam
4 video p&p (MyGuru) 10 jam
Jumlah 42 jam

PENAKSIRAN asal yang terdapat dalam modul

Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan


2 Kuiz 20 Dalam talian menggunakan
MyGuru2
Unit Pengajaran beserta 4 Rancangan 60 Bercetak dan dijilid beserta
Pengajaran Harian yang berturutan salinan CD
(berpasangan atau bertiga)
Forum 20 Dalam talian menggunakan
MyGuru2
Jumlah 100

Diperincikan menjadi
Kuiz (20%)
Tiga (3) akan dijalankan secara atas talian sepanjang semester

Kuiz 1(5%)
1. 3 minggu selepas Tutorial 1 pada 2- 3- Apr iaitu 23-24 Apr 2011.
2. Berdasarkan 10 unit yg dibincangkan dalam Tutorial 1
3. Ujian atas talian selama 30 minit untuk 20 soalan (15 soalan aras pengetahuan/ kefahaman
berdasarkan modul DAN 5 soalan aras aplikasi/ analisis/ penilaian)
4. Sistem dibuka bermula Sabtu 8.00 pagi hingga Ahad 6.00 petang.
5. Pelajar dibenarkan menduduki ujian ini sebanyak maksima dua kali. Markah yang tertinggi
direkod.

Kuiz 2 (5%)
1. 2 minggu selepas Tutorial 2 pada 8-9 Mei iaitu 22-23 Mei 2011.
2. Berdasarkan 10 unit yg dibincangkan dalam Tutorial 2
3. Ujian atas talian selama 30 minit untuk 20 soalan (15 soalan aras pengetahuan/ kefahaman
berdasarkan modul DAN 5 soalan aras aplikasi/ analisis/ penilaian)
4. Sistem dibuka bermula Sabtu 8.00 pagi hingga Ahad 6.00 petang.
5. Pelajar dibenarkan menduduki ujian ini sebanyak maksima dua kali. Markah yang tertinggi
direkod.

Kuiz 3 (10%)
1. 1 minggu selepas Tutorial 3 pada 3-4 Jun iaitu 10-11 Jun 2011.
2. Berdasarkan 5 unit yg dibincangkan dalam Tutorial 3 (50% soalan DAN 50% soalan
gabungan Tutorial 1, 2 dan 3)
3. Ujian atas talian selama 30 minit untuk 20 soalan (15 soalan aras pengetahuan/ kefahaman
berdasarkan modul DAN 5 soalan aras aplikasi/ analisis/ penilaian)
4. Sistem dibuka bermula Sabtu 8.00 pagi hingga Ahad 6.00 petang.
5. Pelajar dibenarkan menduduki ujian ini sebanyak maksima dua kali. Markah yang tertinggi
direkod.

Unit Pengajaran beserta 4 Rancangan Pengajaran Harian yang berturutan (60%)


Dijalankan dalam kumpulan 2 atau 3 atau 4 orang
Output - Bercetak dan dijilid beserta salinan CD

Pecahan 1 (10%) – Perancangan awal


1. Kenalpasti satu tajuk/ tema matapelajaran yang diajar dan matlamat/ objektif/ hasil
pembelajaran dalam tajuk/ tema berkenaan
2. Hasilkan satu jadual penentu kandungan yang memaparkan satu siri rancangan pengajaran
harian (RPH)
3. Bagi setiap RPH, dengan ringkas terangkan hasil pembelajaran, bagaimana hasil
pembelajaran akan cuba dicapai (kaedah mengajar serta bahan bantu mengajarnya) dan
bagaimana hasil pembelajaran itu dikesan samada tercapai atau tidak (instrumen
taksirannya).
4. Dihantar secara atas talian 2 minggu selepas Tutorial 1 (pada 16 Apr 2011)

Pecahan 2 (40%) – Perincian pelaksanaan


1. Pilih empat (4) RPH yang berurutan
2. Bagi setiap RPH, tuliskan dengan lengkap pelaksanaan RPH berkenaan beserta bahan
bantu mengajar yang akan digunakan dan instrumen taksiran yang relevan.
3. Implementasikan sekurang-kurangnya satu RPH berkenaan.
4. Dihantar secara atas talian 3 minggu selepas Tutorial 2 (pada 29 Mei 2011)

Pecahan 3 (10%) – Refleksi selepas pengajaran


1. Kenalpasti dan terangkan dua (2) perkara yang baik tentang pengajaran anda itu dan dua
(2) perkara yang boleh dibaiki.
2. Huraikan cara yang boleh anda gunakan untuk membaiki pengajaran anda tu.
3. Diserahkan Pecahan 1 – 3 semasa Tutorial 3 (3- 4 Jun 2011) – soft copy dan hard copy
berjilid.

Forum (20%)
Pelajar akan berforum sebanyak 2 kali berdasarkan isu yang dipaparkan

Forum 1 (10%)
1. Selepas Tutorial 1 akan dipaparkan tajuk forum “Pentaksiran berasaskan sekolah” selama
tiga (3) minggu.
2. Bincangkan implikasi “Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)” kepada p & p diri saya di
sekolah. (tidak lebih 50 perkataan).
3. Setiap pelajar MESTI memberikan pandangan kendirinya terlebih dahulu sebelum respon
kpd pandangan pelajar-pelajar lain.
4. Paparan pertama (yang mengandungi pandangan kendiri) dan 9 hits bernilai 5% (10 hits x
0.5 = 5%). Baki 5% daripada kualiti yang di “post”

Forum 2 (10%)
1. Selepas Tutorial 2 akan dipaparkan tajuk forum “Perkara baru yang dipelajari semasa
Tutorial 2”. Forum dibuka selama 3 minggu.
2. Ceritakan apa perkara baru yang anda tahu berkaitan dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan
dalam Tutorial. (tidak lebih 50 perkataan).
3. Setiap pelajar MESTI memberikan pandangan kendirinya terlebih dahulu sebelum respon
kpd pandangan pelajar-pelajar lain.
4. Paparan pertama (yang mengandungi pandangan kendiri) dan 9 hits bernilai 5% (10 hits x
0.5 = 5%). Baki 5% daripada kualiti yang di “post” ditentukan oleh tutor

Rumusan jadual pelaksanaan kursus

Bil Mg Tarikh Peristiwa Catatan


1 2 2-3 Apr Tutorial 1 (sesi perbincangan) 5 jam antara tutor dengan
pelajar di pusat pembelajaran berkaitan Unit 1 – 10 Modul 1
2 4 – 24 Apr Forum 1“Pentaksiran berasaskan sekolah” 10%
Pusat ICT jumlahkan hits. (5%)
Tutor nilaikan kualiti perbincangan (5%) dan upload ke
mysis
3 16 Apr Pelajar hantar Pecahan 1 Unit Pengajaran (JPK, siri RPH 10%
dengan hasil pembelajaran dan ringkasan kaedah
penyampaian dan kaedah taksiran) melalui atas talian
Tutor gredkan dan upload ke mysis
4 23-24 Apr Pelajar duduki Ujian 1 (objektif) atas talian berdasarkan Unit 5%
1 – 10 Modul 1.
Pusat ICT jumlahkan markah (skor tertinggi) dan upload ke
mysis
5 8-9 Mei Tutorial 2 (sesi perbincangan) 5 jam antara tutor dengan
pelajar di pusat pembelajaran berkaitan Unit 1 – 10 Modul 2
6 10 – 29 Forum 2 - “Perkara baru yang dipelajari semasa Tutorial 2 10%
Mei Pusat ICT jumlahkan hits. (5%)
Tutor nilaikan kualiti perbincangan (5%) dan upload ke
mysis
7 22-23 Mei Pelajar duduki Ujian 2 (objektif) atas talian berdasarkan Unit 5%
1 – 10 Modul 2
Pusat ICT jumlah markah (skor tertinggi) dan upload ke
mysis
8 29 Mei Pelajar hantar Pecahan 2 Unit Pengajaran (4 RPH dengan 40%
perincian kaedah, bahan mengajar dan instrumen taksiran)
melalui atas talian
Tutor gredkan dan upload skor ke mysis
9 3-4 Jun Tutorial 3 (sesi perbincangan) 10 jam antara tutor dengan
pelajar di pusat pembelajaran berkaitan Unit 1 – 5 Modul 3
DAN integrasi Modul 1, 2 dan 3
10 3-4 Jun Serahan Tugasan Unit Pengajaran (semua pecahan) 10%
kepada tutor
Tutor gredkan dan upload skor ke mysis
11 10-11 Jun Pelajar duduki Ujian 3 (objektif) atas talian berdasarkan Unit 10%
1 – 5 Modul 2 (50%) DAN integrasi semua modul 1, 2 dan 3
(50%)
Pusat ICT jumlah markah dan upload ke mysis
100%

HURAIAN KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN 1

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Di akhir kursus KPD3016, anda diharap dapat:
1. Menilai pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan penaksiran (K6)
2. Menyusun atur perlakuan selaras dengan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan
penaksiran yang dirancang (P3)
3. Mempertahankan pelan pengajaran, penggunaan teknologi, dan penaksiran yang dirancang
(A3)
4. Berkebolehan mengenal pasti masalah dalam pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan
penaksiran, serta mencari penyelesaian alternatif (KBKM)

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincang dan membimbing pelajar membina kemahiran merancang pengajaran
dalam lima aspek utama berikut: (a) menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, (b)
memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran (c) memilih pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia alat dan teknologi yang sesuai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penilaian
yang sesuai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran. Pelajar akan mendapat kemahiran
menyedia set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan
mereka.

Uni Modul 1 Peng


t gubal
soala
n
1 ERTI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SERTA MODEL PENGAJARAN
Unit ini membincangkan erti dan matlamat pendidikan, pengajaran, serta
hubungannya. Di samping itu konsep model atau pendekatan umum pengajaran
juga dibincangkan.
2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Unit ini membincangkan maksud matlamat dan objektif pengajaran serta
perbezaannya dan juga maksud hasil pembelajaran, domainnya yang empat
(kognitif, psikomotor, afektif, dan sosial) serta komponennya yang lima bagi
membolehkan anda menulis hasil pembelajaran yang sejajar matlamat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
3 KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Unit ini menghuraikan maksud kurikulum dan menganalisis kandungan dan
struktur kurikulum dari aspek pengetahuan dan kemahiran.
4 TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU
Unit ini menghuraikan teras pengetahuan dan kemahiran, kebanyakannya
merujuk kepada idea Shulman, yang perlu ada pada seorang guru untuk
membolehkan beliau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru yang
berkesan.
5 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN 1
Unit ini menjelaskan secara terperinci setiap kemahiran yang menjadi asas
kepada kemahiran mengajar iaitu yang dipanggil kemahiran mikropengajaran.
Dalam unit ini tiga kemahiran mikropengajaran dibincangkan iaitu kemahiran
memulakan pengajaran, mencungkil idea, dan menyoal.
6 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN 2
Unit ini meneruskan perbincangan bagi enam lagi kemahiran mikropengajaran
iaitu kemahiran menerang, memperkukuh (secara positif), mengilustrasi dengan
contoh, membuat demonstrasi, menutup pengajaran, dan membuat refleksi.
7 PENDEKATAN MASTERI
Unit ini menghuraikan konsep dan falsafah pendekatan Masteri serta
memberikan contoh bagaimana ianya boleh dilaksanakan di bilik darjah.
8 PENGGUNAAN KAEDAH PENYUSUN AWAL (ADVANCE ORGANIZER)
Unit ini menghuraikan kaedah pengajaran menggunakan Penyusun Awal yang
merupakan satu kaedah yang mengaplikasi falsafah pendekatan Masteri yang
diketengahkan Ausubel dengan memberi contoh bagaimana menjalankannya di
bilik darjah.
9 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
Unit ini menghuraikan Teori Pembelajaran Konstruktivisme, prinsip asas
pembelajaran berasaskan teori ini serta peranan guru dan murid dalam
menjayakan pembelajaran melalui pendekatan ini.
10 PENDEKATAN INKUIRI
Unit ini membincangkan secara terperinci pendekatan atau strategi pembelajaran
inkuiri dan bagaimana strategi ini berkait dengan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme. Selain daripada itu jenis-jenis strategi, bagaimana
melaksanakannya, dan cabaran serta cara mengatasinya juga dibincangkan
dengan contoh spesifik bagi membantu anda melaksanakannya di bilik darjah.
MODUL 2
1 UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Unit ini menghuraikan maksud Unit Pengajaran dan Rancangan Mengajar Harian
dan bagaimana menulisnya dengan mengambil kira beberapa teori pembelajaran
supaya dapat menghasilkan satu perancangan mengajar yang baik.
2 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Unit ini menghuraikan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan
menunjukkan langkah demi langkah pelaksanaannya bagi membolehkan anda
melaksanakannya di bilik darjah. PBM didasari Teori Pembelajaran
Konstruktivisme dan Pembelajaran Inkuiri.
3 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Unit ini membincangkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek yang
menunjukkan banyak persamaan dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah.
Contoh khusus ditunjukkan supaya anda dapat mengaplikasinya dalam
pengajaran di bilik darjah anda.
4 PEMBELAJARAN BERASASKAN KES
Unit ini mendedahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kes yang jarang
digunakan di sekolah. Pembelajaran Berasaskan Kes juga merupakan salah satu
kaedah yang menyokong Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang
mementingkan penglibatan aktif pelajar. Persamaan dan perbezaaan antara
ketiga-tiga kaedah pembelajaran Unit 2, 3, dan 4 dihuraikan dalam unit ini.
5 PEMBELAJARAN KOOPERATIF: PENDEKATAN BERSTRUKTUR
Unit ini menghuraikan Pembelajaran Kooperatif melalui pendekatan berstruktur.
Prinsip utama pendekatan berstruktur dan beberapa struktur Kagan dihuraikan
termasuklah Numbered Heads Together, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-
Share, Three Step Interview, dan Corners.
6 PEMBELAJARAN KOOPERATIF: PENDEKATAN KURIKULUM
Unit ini menghuraikan Pembelajaran Kooperatif melalui pendekatan kurikulum.
Pendekatan kurikulum yang dihuraikan termasuklah Bahagian Pencapaian
Pasukan Murid atau Student Teams Achievement Divisions (STAD),
Pertandingan-Permainan-Pasukan atau Teams-Games- Tournaments (TGT),
dan Jigsaw.
7 TEKNIK MERANGSANG DAN MEMBINA KEMAHIRAN ANALITIKAL DAN
KREATIF
Unit ini membincangkan beberapa teori pemikiran serta teknik merangsang dan
membina kemahiran analitikal dan kreatif. Beberapa teknik yang dihuraikan
termasuklah Peta Minda, Pengurusan Grafik, Peta Konsep, Analogi, Pemikiran
Lateral, dan Kecerdasan Pelbagai.
8 PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN 1
Unit ini membincangkan konsep dan definisi teknologi dan media serta
kepentingan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
menjelaskan kepentingan komunikasi visual dalam menyediakan bahan bantu
mengajar, membincangkan Model ASSURE dan pemilihan media pengajaran.
9 PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN 2
Unit ini membincangkan prinsip-prinsip komunikasi visual dalam memilih elemen-
elemen yang sesuai untuk reka bentuk pengajaran yang berkesan. Turut
dibincangkan ialah kelas-kelas media serta kelebihannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
10 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Unit ini membincangkan maksud teknologi maklumat dan komunikasi,
peranannya dalam pendidikan dan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk
mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

MODUL 3
1 KONSEP PENAKSIRAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN
HASIL PEBELAJARAN
Unit ini menhuraikan konsep penaksiran, pengujian, pengukuran, dan penilaian
hasil pembelajaran secara umum dan perkaitan antara semuanya.
2 PENAKSIRAN KONVENSIONAL ATAU PENGUJIAN
Unit ini menerangkan dengan mendalam penaksiran konvensional atau apa yang
biasa disebut sebagai pengujian. Beberapa alat pengujian dibincangkan
terutama bagaimana menghasilkan ujian menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian
serta prosedur analisis item untuk memeriksa kualiti item.
3 PENAKSIRAN AUTENTIK
Unit ini menghuraikan penaksiran autentik sebagai penaksiran alternatif kepada
penaksiran konvensional kertas dan pensil. Proses dan prosedur melaksanakan
penaksiran autentik dalam mengukur pelbagai hasil pembelajaran dijelaskan
dengan memberikan beberapa contoh tugasan. Konsep rubrik dan penskoran
rubrik dalam mengukur hasil tugasan juga dibincangkan.
4 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Unit ini membincangkan kepentingan alat pengujian yang sah dan bolehpercaya.
Konsep kesahan dan kebolehpercayaan dan bagaimana menentukannya
dibincangkan.
5 PENSKORAN, PENGGREDAN, PENAFSIRAN, DAN PELAPORAN
Unit ini menghuraikan kaedah dan teknik penskoran, penggredan, penafsiran,
dan pelaporan yang boleh diaplikasi di bilik darjah. Semua perkara ini
dibincangkan mengikut pendekatan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria

You might also like