You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘SEPAKAT BESTARI’


JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Disediakan :

Cawangan Pehubungan dan Pembangunan Masyarakat


Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
Jabatan Penerangan Malaysia
Wisma Sime Darby
Kuala Lumpur.
KERTAS KERJA
PROGRAM ‘KARNIVAL SUKAN RAKYAT KG.TELOK BAKONG ’
MUKIM LAMBOR TAHUN 2011

1. TUJUAN
Tujuan Kertas Kerja ini adalah untuk memohon kelulusan bagi
melaksanakan Program ‘KARNIVAL SUKAN RAKYAT ’ yang akan
dijalankan oleh JKKK Padang Marhum, Telok Bakong Hulu, Kg.Paloh,
Belia 4B dan Komuniti BESTARI Mukim Lambor pada tahun 2011.

2. TAKRIFAN
a. Sepakat Bestari merujuk kepada aktiviti yang dijalankan melibatkan
tiga (3) atau lebih Komuniti BESTARI dalam sesuatu daerah.

3. LATAR BELAKANG
a. Terdapat 1097 Komuniti BESTARI di seluruh negara yang ditadbir
oleh 147 Pegawai Penerangan Daerah.
b. Komuniti BESTARI ditubuhkan di setiap mukim seluruh negara
yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan.

4. OBJEKTIF
a. Menjalinkan hubungan kerjasama antara Komuniti BESTARI di
dalam sesebuah daerah sejajar dengan fokus utama
perkongsian maklumat dan hubungan antara Komuniti
BESTARI.
b. Menggalakkan keterlibatan ahli-ahli Komuniti BESTARI dalam
menguruskan program secara bersama-sama.
c. Mewujudkan semangat perpaduan antara kaum dan agama
dalam sesebuah daerah.

1
d. Memberi penjelasan tentang isu-isu semasa kepada
masyarakat peringkat akar umbi di Komuniti BESTARI.
5. RASIONAL
a. Komuniti BESTARI merupakan jaringan komuniti yang telah
diwujudkan oleh Jabatan Penerangan di setiap mukim yang mana
jumlah minimum dalam setiap daerah sebanyak 3 buah K-
BESTARI.
b. Komuniti BESTARI mempunyai struktur pentadbiran yang
sempurna dan teratur serta mempunyai Ahli Jawatankuasa yang
berkemampuan untuk melaksanakan program tersebut.

6. KUMPULAN SASAR
Masyarakat umum di kawasan Komuniti BESTARI yang terlibat.

7. KAEDAH PELAKSANAAN

a. Pelaksanaan program sepakat Bestari dilaksanakan di


peringkat Daerah. Setiap daerah perlu melaksanakan program
ini sekali setahun bergantung kepada jumlah Komuniti
BESTARI di dalam sesebuah daerah.

b. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan


semua Komuniti BESTARI di dalam setiap daerah. Dalam
hubungan ini Pegawai Penerangan Daerah sebagai
setiausaha Komuniti Bestari Daerah perlu memilih sebuah
Komuniti Bestari yang bersesuaian untuk menjadi tuan rumah
pelaksanaan program. Bagi Daerah yang mempunyai lebih
daripada tiga Komuniti BESTARI perlu melaksanakan
program "Sepakat Bestari”.

2
c. Kaedah pelaksanaan program ini tertakluk kepada struktur
Komuniti Bestari Negeri-Negeri. Bagi negeri Johor, Melaka,
Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak, Pegawai
Daerah atau Pengarah Penerangan Negeri akan bertindak
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana untuk
melaksanakan program sepakat Bestari dan Pegawai
Penerangan Daerah sebagai Setiausaha.

d. Manakala bagi negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang


dan Selangor, Pengarah Penerangan Negeri akan bertindak
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana manakala
Pegawai Penerangan Daerah bertindak sebagai setiausaha.

e. Bagi negeri Perlis dan WP Labuan, Pengarah Penerangan


Negeri bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
manakala Penolong Pengarah PKPM bertindak selaku
setiausaha.

f. Bagi WP Kuala Lumpur, Pengarah Penerangan Negeri akan


bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
program dan Pegawai Penerangan Kawasan sebagai
setiausaha.

3
8. PELAKSANAAN ’SEPAKAT BESTARI’

Aktiviti Sepakat Bestari hendaklah dilaksanakan untuk tempoh 1-2


hari, bergantung kepada kemampuan kewangan. Sekiranya
mempunyai sumber yang mencukupi dan mendapat sambutan baik,
program ini boleh dilaksanakan lebih daripada satu hari. Pegawai
Penerangan Daerah perlu menggunakan kebijaksanaan, bagaimana
untuk menarik minat masyarakat untuk hadir dalam program “Sepakat
Bestari" yang dianjurkan. Keperluan dan kehendak kumpulan sasar
perlu diberi perhatian dan diambil kira untuk memastikan pelaksanaan
program mencapai matlamat. Antara cadangan pengisian yang boleh
dilaksanakan dalam program "Sepakat Bestari" adalah seperti :-

a. Ucapan Pemimpin
b. Pameran produk Komuniti BESTARI
c. Pameran dan perkhidmatan kaunter Agensi Kerajaan dan Swasta
d. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
e. Pertandingan memasak dan gubahan untuk kaum wanita
f. Senamrobik
g. Sukaneka
h. Forum Perdana
i. Kenduri Kampung
j. Gotong Royong

9. IMPAK PROGRAM

a. Pelaksanaan program Sepakat Bestari akan memberi impak


kepada sesebuah Komuniti BESTARI untuk menjadikannya lebih
berkesan. Dengan gabungan serta kerjasama antara Komuniti
BESTARI boleh mewujudkan persefahaman yang erat di mana

4
gandingan ini boleh memberi daya saing yang sihat di antara
sesebuah Komuniti BESTARI.

10. AHLI JAWATANKUASA SEPAKAT BESTARI

a. Bagi Negeri Johor, Melaka, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah


dan Sarawak.

Pengerusi : Pegawai Daerah atau


Pengarah Penerangan Negeri
Setiausaha : Pegawai Penerangan Daerah

Ahli Jawatankuasa : Semua Pengerusi Komuniti BESTARI


: Agensi Kerajaan yang berkenaan

b. Bagi Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Pengerusi : Pengarah Penerangan Negeri

Setiausaha : Pegawai Penerangan Daerah

Ahli Jawatankuasa : Semua Pengerusi Komuniti BESTARI


: Agensi Kerajaan yang berkenaan

c. Bagi Negeri Perlis dan WP Labuan.


Pengerusi : Pengarah Penerangan Negeri

Setiausaha : Penolong Pengarah PKPM

Ahli Jawatankuasa : Semua Pengerusi Komuniti BESTARI


: Agensi Kerajaan yang berkenaan

d. Bagi WP Kuala Lumpur sahaja


Pengerusi : Pengarah Penerangan Negeri WP
Kuala Lumpur

5
Setiausaha : Pegawai Penerangan Kawasan

Ahli Jawatankuasa : Semua Pengerusi Komuniti BESTARI


: Agensi Kerajaan yang berkenaan

11. IMPLIKASI KEWANGAN


a. Perbelajaan untuk melaksanakan Program ‘ Sepakat Bestari’ akan
menggunakan peruntukan aktiviti Komuniti BESTARI.
b. Peruntukan bagi pelaksanaan Sepakat Bestari ialah antara RM
1,000.00 hingga RM 2,000.00 bagi setiap Komuniti BESTARI.

12. PENUTUP

a. Program Sepakat Bestari adalah merupakan program bersepadu


antara Komuniti BESTARI dengan Komuniti BESTARI yang lain
dalam sesebuah daerah. Program ini akan dapat menjadi ‘platform’
untuk mewujudkan perpaduan dan kesepakatan antara masyarakat
di dalam Komuniti BESTARI yang terlibat.

b. Program Sepakat Bestari juga akan memberi impak yang besar


terhadap sokongan masyarakat kepada kerajaan yang sedia ada
dengan mempunyai halatuju dan suara politik secara bersama.

Disediakan :

Cawangan Pehubungan dan Pembangunan Masyarakat


Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
Jabatan Penerangan Malaysia
Wisma Sime Darby
Kuala Lumpur.

6
Lampiran A
PELAN TINDAKAN
PROGRAM BERSEPADU KB BERSAMA KB

TAJUK KEPERLUAN PELAKSANA &


CIRI-CIRI PROGRAM
PROGRAM KUMPULAN TEMPOH STRATEGI / PELAKSANAAN KOS
PENGISIAN AKTIVITI
BERSEPADU SASAR PROGRAM
Masyarakat Umum
SEPAKAT J/K Pelaksanaan di Pengerusi
(mengikut 1 – 2 hari / sekali RM 1,000 hingga RM
Kenduri Kampung oleh Pegawai Daerah atau
BESTARI keperluan kawasan setahun bagi setiap 2,000 bagi setiap KB
Pengarah Penerangan Negeri
dan semasa) daerah
* Rujuk Lampiran B
Jumlah sasaran 1 program
J/K Kecil Aktiviti dipengerusikan
minimum 1000 Gotong royong sekurang-
oleh Pengerusi-Pengerusi KB
orang kurangnya 3KB
Peruntukan kewangan dikongsi
Sukan rakyat
bersama oleh KB
Tempat pelaksanaan
Persembahan kesenian
ditentukan oleh PPD
Ucapan pemimpin
Penyampaian bantuan
(opsyen)
Layar Bestari (opsyen)
Lain-lain aktiviti
bersesuaian

7
Lampiran B

ANALISIS KEPERLUAN KB

KUMPULAN SASAR KEPERLUAN AGENSI

 Nelayan  Maklumat bantuan & keperluan  LKIM/Jab.Perikanan


 Pekebun Kecil subsidi minyak.  RISDA/FELCRA
 Petani  Baja.  Jab. Pertanian
 Pekerja Kilang  Harga komoditi rendah.  Jab. Veterinar
 Belia/remaja  Sosial.  FAMA
 Penternak  Pembuangan pekerja, gaji &  Jab. Tenaga Rakyat
 Usahawan kecil KWSP.  MARA/TEKUN/AIM
 Penjaja  Peluang pekerjaan, kemahiran.  KWSP/PERKESO
 Pelajar  Bimbingan, motivasi, kaunseling.  KPDNHEP
 Penghuni rumah  Pengetahuan dan bantuan.  PBT
pangsa  Pinjaman dan bantuan.  Paj. Tanah & Daerah
 Setinggan  Kemudahan asas.  JPJ
 Dan lain-lain (mengikut  Lain-lain yang difikirkan perlu.  PDRM
kesesuaian lokasi)  Bank-bank
 Agensi lain mengikut keperluan
semasa

You might also like