You are on page 1of 1

KRT ZON JALAN TEKUKUR BANDAR PUTARA

NO. 12379 JALAN TEKUKUR, BANDAR PUTRA


81000, KULAIJAYA JOHOR
NO.TEL: 0137575752

Rujukan tuan:
Rujukan kami:
Tarikh : 24 Disember 2010

Kepada,
Tuan Haji Md. Rofiki bin Dato' Hj. A. Shamsudin, P.I.S.
YDP Majlis Perbandaran Kulaijaya,
Kulaijaya Johor Darul Takzim

Tuan
MEMOHON PEMASANGAN KHEMAH SEMPENA PERASMIAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) ZON
JALAN TEKUKUR

Merujuk kepada perkara di atas, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon bantuan daripada pihak
Majlis Perbandaran Kulaijaya bagi melicinkan perjalanan Program Perasmian Skim Rondaan Sukarela.

2. Antara pengisisan dalam program ini adalah pemberian sijil kepada angota-anggota SRS dan juga
ceramah cegah jenayah oleh pegawai polis dari IPD Kulaijaya.

3. Untuk makluman pihak tuan, kami memohon agar pihak tuan dapat memasang 2 buah khemah dan
menyediakan 100 buah kerusi dan 5 buah meja. Permohonan ini dibuat kerana persatuan penduduk
dan KRT Zon Jalan Tekukur tidak mampu menyewa peralatan tersebut. Khemah-khemah dan kerusi
tersebut digunakan untuk acara perasmian.

3. Berikut adalah butiran tentang program tersebut


a. Tarikh: 31 Disember 2010 (Jumaat)
b. Masa: 8.00 (Perasmian oleh Ketua WHIP MPKU)
c. Tempat: Jalan Tekukur 13 (di hadapan rumah 12392)

4. Diharapkan tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sebarang masalah boleh
menghubungi 0137575752

Sekian terima kasih.

“Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian”

Yang benar,

……………………………………………..
(MIZAN BIN IBRAHIM)
Pengerusi KRT
Zon Jalan Tekukur Bandar Putra

s.k Setiausaha KRT

You might also like