You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN

1.0 PENGENALAN
KRT Zon Jalan Tekukur merupakan KRT yang telah diiktiraf sebagai KRT Terbaik diperingkat Negeri Johor
pada tahun 2011 walaupun baru didaftarkan sebagai KRT pada tahun 2010. Jalan Tekukur Bandar Putra
merupakan salah satu taman yang terletak di Bandar Putra Kulaijaya dan taman ini mula didiami sekitar
akhir tahun 2006. Taman ini didiami sekitar 1500 penduduk oleh pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina
dan India. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh KRT Zon Jalan Tekukur sejak tahun 2006 hingga
sekarang. Antara aktiviti yang telah dijalankan secara konsisten setiap tahun ialah Program Jamuan
Jalinan Mesra, Hari Keluarga, Gotong Royong Perdana, Pertandingan Sukan, Program Kacau Dodol, Hari
Ibu, Hari Bapa, Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga. Program-program yang diatur ini bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan antara kaum dan menyemai semangat bergotong-royong. Masalah yang
dihadapi oleh penduduk di sini adalah kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Dana terpaksa dikumpul melalui sumbangan penduduk untuk menyediakan menyediakan
beberapa peralatan untuk melaksanakan program.

2.0 MASALAH DIHADAPI


2.1 Mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyewa khemah, kerusi dan meja
2.2 Kesukaran untuk meminta sumbangan daripada penduduk untuk menampung kos pemasangan
khemah
2.3 Tiada pihak yang ingin membantu membeli atau memberi sumbangan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memudahkan penduduk menjalankan lebih banyak aktiviti di taman.
3.2 Mengurangkan kos sewaanyang terpaksa di tanggung oleh penduduk.
3.3 Membantu persatuan untuk memperoleh wang tambahan melalui sewaan peralatan yang diperoleh.
4.0 MATLAMAT
Memastikan aktiviti yang direncanakan dapat dijalankan sepanjang tahun dan konsisten dengan kos
yang berpatutan.

5.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN


6.1 Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk Jalan Tekukur. Antara aktiviti yang telah
dijalankan sebagai aktiviti tahunan ialah:
a. Gotong Royong Perdana
b. Hari Ibu
c. Hari Bapa
d. Jamuan Jalinan Mesra
e. Hari Keluarga
f. Program Kacau Dodol
g. Yassin perdana
h. Jamuan Hari Raya
i. Marharban Perdana
j. Program Meraikan Kanak-Kanak Berkhatan

6.0 SUMBANGAN YANG DIPOHON


Antara peralatan yang ingin dipohon ialah:
i) Peralatan khemah
Bil Perincian Jumlah Harga
1 Khemah 2 unit RM5500.00
2 Kerusi 100 unit RM1500.00
8 Meja panjang 12 unit RM1000.00
JUMLAH RM8000.00

i) Pakaian Jiran Wanita


Bil Perincian Jumlah Harga
1 Baju seragam Jiran Wanita 40 unit RM2000.00
JUMLAH RM2000.00

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN


1. PROGRAM KACAU DODOL

2. KARNIVAL SUKAN

3.PROGRAM MERAIKAN KANAK-KANAK BERKHATAN

4. GOTONG-ROYONG PERDANA
5. SKIM RONDAAN SUKARELA

DI Sediakan Oleh Disahkan Oleh

…………………………………….. …………………………………………
(MOHAMED KHAIRUL BIN MOHAMED AMIN) (MIZAN BIN IBRAHIM)
Setiuasaha KRT Zon Jalan Tekukur Pengerusi KRT Zon Jalan Tekukur

You might also like