You are on page 1of 34

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011

TAJUK:
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1 2 3 4 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian 5 6

Tajuk

Muka Surat 1 2 3 4

Peta Lokasi Subang Jaya di Lembah Klang Peta Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya 8 9

Kaedah Kajian Dapatan Kajian Konsep Pencemaran Alam Sekitar Jenis Pencemaran di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya

7 8 9

Rumusan Lampiran Rujukan

28 29 37

1.0

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah

dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 Tahun 2011 dengan jayanya. Tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengalaman dan pengetahuan semasa membuat kajian pada masa hadapan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Subang Utama, Puan Rahanim Binti Abdul Rahimdan dan guru pembimbing saya, iaitu Puan Lim Lay Choo kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu ayahanda Lee Man Seng dan bonda Yeo Bee Lai yang turut membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka, kemungkinan besar saya tidak mampu menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya memerlukan motivasi, buah fikiran dan juga sedikit wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya, terutamanya rakan sekumpulan saya iaitu Lim Sing Yee, Leong Joe Yie, Yap Pei Er, Wong Tan Yuen dan Shemnics Leong Yuan Qi yang mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.

2.0

PENDAHULUAN Bagi memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Geografi untuk Penilaian Menengah

Rendah (PMR) 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi. Saya dan rakan-rakan saya memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kami memilih membuat kajian di kawasan SS18 kerana lokasi ini berdekatan dengan tempat tinggal saya di kawasan SS14. Rumah saya terletak kira-kira 800 meter dari kawasan kajian. Di samping itu, kami memilih kawasan SS18 sebagai kawasan kajian kerana kos kajian murah dan kami tidak perlu menaiki bas, kereta atau teksi untuk pergi ke sekolah. Sebaliknya, kami cuma perlu menaiki basikal dan berjalan kaki. Kami juga memilih kawasan SS18 sebagai kawasan kajian kerana terdapat banyak kawasan petempatan dan kawasan perniagaan di sini. Di kawasan SS18 juga terdapat jaringan jalan raya yang sibuk, iaitu Persiaran Tujuan dan Jalan Subang Utama. Saya mengambil masa kira-kira lima bulan iaitu dari bulan Febuari hingga Julai untuk menjalankan dan menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR Tahun 2011 ini. Kami menjalankan kajian selepas waktu persekolahan dan pada hujung minggu. Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpul secara berkumpulan.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang saya jalankan ialah:

1. Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18, Subang Jaya, Selangor. 2. Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18, Subang Jaya, Selangor. 3. Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18, Subang Jaya, Selangor. 4. Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18, Subang Jaya, Selangor. 5. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18, Subang Jaya, Selangor. 6. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

4.0

KAWASAN KAJIAN Kawasan yang dikaji untuk Kerja Kursus Geografi Tahun 2011 bertajuk Pencemaran

Alam Sekitar ialah kawasan kajian SS18, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kawasan SS18 yang juga merupakan salah satu kawasan Subang Jaya pada asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang dikenali dengan nama Seafield Estet. Pembinaan Subang Jaya bermula pada tahun 1974 oleh Sime UEP Berhad, iaitu sebuah Syarikat Pemaju Hartanah yang juga merupakan anak syarikat Sime Darby Berhad. Pada tahun 1988, Sime UEP telah merancang pembukaan tanah untuk pembukaan kawasan USJ. Pada tahun 1997, Subang Jaya telah dinaiktarafkan sebagai perbandaran. Pihak Berkuasa Tempatan pada masa itu, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah menyerahkan pentadbiran Subang Jaya dan USJ kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Kawasankawasan pentadbiran MPSJ tidak hanya termasuk Subang Jaya sahaja tetapi juga merangkumi USJ, Bandar Sunway, Puchong, dan sebahagian kawasan yang terdapat di Daerah Petaling. Selama beberapa tahun, Subang Jaya menjadi sebuah bandar yang lengkap dari segi perancangan kemudahan, pengangkutan, dan perhubungan. Pembangunan Subang Jaya telah mewujudkan kemudahan sekolah, kolej, hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya), dan beberapa kawasan perniagaan termasuk kompleks perniagaan (shopping complex) Subang Parade dan Carrefour. Kawasan Subang Jaya terdiri daripada kawasan SS12, SS13, SS14, SS!5, SS16, SS17,SS18, SS19 dan kawasan USJ. Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Klang. Subang Jaya

meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta mempunyai jumlah penduduk melebihi 55,000 orang. Kedudukan Subang Jaya adalah di sebelah barat daya Petaling Jaya. Kawasan kajian SS18 merupakan sebahagian daripada kawasan Subang Jaya. Kawasan SS18 terdiri daripada tanah beralun. Kawasan SS18 terletak di antara SS19 di barat, SS14 timur, SS17 di utara dan USJ 2 di selatan. Pola petempatan di kawasan SS18 berjenis berpusat jenis terancang dan berjajar mengikut jalan raya. Kawasan kajian SS18, Subang Jaya terletak tidak jauh dari Shah Alam, Damansara dan Sunway. Hal ini demikian kerana Subang Jaya terletak di tengah-tengah kawasan bandar dan bandar raya yang terkemuka di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Putrajaya dan Puchong. Kawasan SS18 terletak kira-kira 12 km dari Shah Alam, 14 km dari Damansara dan 4 km dari Sunway. Penduduk di kawasan ini dapat ke bandar tersebut dengan mudah dan dapat menggunakan segala kenderaan awam seperti bas dan teksi.

PETA-- LOKASI SUBANG JAYA DI LEMBAH KLANG:

PETA KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA:

5.0

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat dan data untuk melengkapkan kerja kursus saya. Antaranya termasuk:

1) Kaedah pemerhatian

Kami telah melakukan kaedah pemerhatian untuk menyatakan jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian SS18. Kami juga mengambil beberapa keping gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai. Sila rujuk lampiran untuk gambar-gambar tersebut.

2) Kaedah soal selidik

Kami telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk borang soal selidik yang disertakan di lampiran.

3) Kaedah Temu bual

Kami telah menemubual 3 orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian ini. Soalan yang kami berikan adalah tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18. Sila rujuk borang temu bual yang disertakan di lampiran.

4) Kaedah rujukan

Untuk melengkapkan laporan kami ini, kami juga telah menggunakan kaedah rujukan. Kami merujuk kepada buku teks, internet, buku rujukan dan beberapa orang sumber.

6.0

DAPATAN KAJIAN

6.1

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pencemaran alam sekitar merujuk kepada perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya. Akta Kualiti Alam Sekitar 1947 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, meletakkan atau mengeluarkan buangan sehingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam organisma-organisma lain. Antara pencemaran alam termasuk: Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran tanah Pencemaran bunyi Pencemaran bau Pencemaran visual Pencemaran terma Pencemaran radioaktif

y y y y y y y y

6.2

JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA

A) Pencemaran Udara Pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk abuk, asap, kabus dan gas beracun seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida dan gas metana yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor, kilang industri dan juga melalui pembakaran terbuka di kawasan ini. Semua gas beracun tersebut mampu mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan binatang. Pencemaran udara jelas kelihatan di kawasan kajian SS18. Sebanyak 97% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran udara yang serius. Hal ini demikian kerana udara tidak segar dan kelihatan asap-asap hitam dilepaskan ke udara oleh kenderaan-kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, van, lori, dan bas yang melalui jalanjalan besar di sekitar kawasan kajian. Contoh jalan besar tersebut ialah Persiaran Tujuan yang juga terletak berhampiran dengan kawasan kajian SS18.

B) Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi merujuk kepada bunyi bising yang keterlaluan serta boleh memekakkan telinga. Pencemaran bunyi terhasil daripada bunyi mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Seramai 98% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran bunyi. Kedengaran bunyi-

bunyi bising dari Jalan Subang Utama, Persiaran Jengka dan juga Persiaran Tujuan yang terletak berhampiran dengan kawasan kajian SS18. Perancangan yang kurang baik yang menempatkan jalan raya besar dan rumah kediaman secara bersebelahan menambah kepada pencemaran bunyi kepada penduduk di kawasan ini.

C) Pencemaran Bau Pencemaran bau ialah bau yang busuk dan menjijikkan yang menyukarkan pernafasan. Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekitarannya. Udara tercemar mampu mengganggu aktiviti harian penduduk. Seramai 78% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran bau. Hal ini demikian kerana longkang besar yang terletak di Jalan SS18/4G mengalami pencemaran bau yang teruk. Longkang tersebut telah melepaskan gas-gas yang tidak menyenangkan pernafasan ke udara. Kelihatan beberapa orang yang memicit hidung mereka semasa menghampiri longkang tersebut.

6.3

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA

Terdapat beberapa punca kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran alam sekitar yang serius. Antaranya termasuk:

A) Kenderaan

Sistem pengangkutan yang maju di kawasan kajian SS18 merupakan punca utama berlakunya pencemaran udara. Seramai 100% responden menyatakan bahawa kawasan SS18 mengalami pencemaran akibat penggunaan kenderaan. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan dilepaskan ke udara. Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan melepaskan Nitrogen Oksida(64%), Hidrokarbon(42%), Karbon Monoksida(66%), Plumbum(32%), Karbon Dioksida(30%), Benzena(74%) yang merupakan bahan beracun, asap, dan sebagainya daripada ekzos kenderaan. Semua gas-gas tersebut dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, bas, teksi, van dan lori yang dibaiki di kedai mekanik dan juga kenderaan yang melalui jalan raya besar di sekitar kawasan kajian seperti Jalan Subang Utama, Jalan Jengka dan Persiaran Tujuan. Pencemaran udara bertambah buruk dengan jumlah kenderaan yang banyak yang melalui jalan raya tersebut. Bunyi seperti hon yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor juga menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

B) Pembakaran Terbuka Pembakaran sampah-sarap dan daun-daun kering di kawasan kajian SS18 untuk tujuan mengurangkan sampah-sarap boleh membawa kepada pencemaran udara. Terdapat 89%

responden yang menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran akibat pembakaran terbuka. Partikel jelaga daripada pembakaran terbuka boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara di sekitar kawasan ini. Api dari pembakaran terbuka bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi api tersebut juga menjejaskan pertumbuhan flora dan kesihatan manusia.

C) Racun Serangga/ Racun Rumpai

Penggunaan racun serangga dan racun rumpai juga merupakan punca pencemaran. Racun serangga atau racun rumpai merupakan salah satu jenis pestisid, iaitu bahan yang digunakan untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan makhluk perosak. Racun serangga dan racun rumpai digunakan di kawasan kajian SS18 dari semasa ke semasa untuk membasmi nyamuk Aedes yang menyebarkan demam denggi dan juga untuk mengawal pertumbuhan rumpai di tepi jalan. Racun serangga dan racun rumpai ini juga digunakan di rumah. Mengikut hasil soal selidik saya, kira-kira 80% responden manyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mengalami pencemaran udara akibat penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Pestisid ini boleh terdiri daripada bahan-bahan kimia, agen biologi (seperti virus dan bakteria), bahan nyahjangkit atau segala peranti yang digunakan terhadap organisma perosak. Perosak di sini termasuklah serangga, tumbuhan patogen, rumpai-rumpai, moluska, burung-burung, mamalia, ikan, cecacing dan mikrob-mikrob yang bersaing dengan manusia untuk makanan, memusnahkan harta benda, dan menyebar penyakit, selain mengganggu kegiatan manusia.

D) Sampah-Sarap

Kawasan kajian SS18 juga dicemari dengan sampah-sarap yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Sampah-sarap tersebut dijumpai terutamanya dalam longkang besar yang terletak di antara Jalan SS18/4G dengan Jalan SS18/5. Pencemaran bau berlaku akibat pengurusan sampah yang tidak teratur di kawasan SS18. Kebanyakan residen memicit hidung mereka semasa tengah berjalan di Jalan SS18/4G dan Jalan SS18/5. Bau busuk daripada sampahsarap memaksa penduduk yang tinggal berhampiran dengan longkang tersebut untuk menutup tingkap dan pintu mereka. Sampah-sarap yang dijumpai dalam longkang tersebut merupakan sampah domestik, sampah komersial, dan sampah pembinaan.

E) Bahan Sisa Domestik Kawasan kajian SS18 dicemari dengan bahan sisa domestik. Bahan sisa domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid. Seramai 16 responden menyatakan bahawa kawasan SS18 mengalami pencemaran yang berpunca daripada sisa domestik. Bilangan penduduk yang banyak di kawasan kajian SS18 menandakan sisa domestik di kawasan ini juga banyak. Secara purata boleh dikatakan bahawa setiap individu menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari. Sampah domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu organik, inorganik dan sampah-sarap yang bersaiz besar. Contoh sisa domestik jenis organik ialah plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contoh sampah inorganik ialah kaca, tin logam, tin aluminium dan contoh sisa domestik yang bersaiz besar ialah barangan elektrik, sampah tanaman dan perabot. Peningkatan penghasilan sisa domestik ini telah menyumbang kepada masalah tapak pelupusan, pencemaran sampah dan pencemaran alam sekitar.

F) Pembinaan Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pengubahsuaian rumah penduduk di kawasan SS18. Sebanyak 60% responden menyatakan bahawa kawasan SS18 mengalami pencemaran akibat aktiviti pembinaan. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan dibuang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran oleh pekerja. Hal ini akan menyebabkan pencemaran kerana sisa pepejal akan menghakis keindahan alam. Pembinaan dan pengubahsuaian rumah juga menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi kerana sisa bahan binaan seperti abuk akan terbang ke udara dan bunyi yang dihasilkan oleh pembinaan mampu mengganggu pendengaran penduduk di sekitar kawasan tersebut. G) Perniagaan Kawasan kajian SS18 penuh dengan pelbagai pusat perniagaan dan deretan kedai. Seramai 80% responden bersetuju bahawa pencemaran berpunca daripada aktiviti perniagaan. Terdapat peniaga yang tidak menguruskan pembuangan sampah atau sisa makanan dengan baik, terutamanya kedai menjual makanan yang membuang sisa makanan ke dalam sistem perparitan. Perlakuan sebegini menyebabkan pencemaran kerana parit akan tersumbat dan mengeluarkan bau busuk. Pencemaran bunyi juga berlaku kerana pusat perniagaan dan deretan kedai selalunya mempunyai bunyi bising. Keadaan ini akan mengganggu ketenteraman penghuni kawasan tersebut.

H) Petempatan Petempatan juga menyebabkan pencemaran. Seramai 70% responden bersetuju bahawa pencemaran alam sekitar disebabkan oleh petempatan. Tong-tong sampah telah disediakan bagi petempatan di kawasan SS18. Namun, pembuangan sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya akan dikenakan kos pengangkutan. Penduduk membuangnya di tempat-tempat yang tersorok kerana mereka tidak mahu menanggung kerugian. Terdapat juga penduduk yang membuang sampah mengikut sesuka hati mereka sahaja. Hal ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran. Penduduk kawasan SS18 hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

6.4

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA

Pencemaran alam sekitar di kawasan SS18 meninggalkan pelbagai kesan negatif. Kesan negatif terhadap alam sekitar jelas kelihatan di kawasan ini. Antara kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18 termasuk: A) Hujan Asid Seramai 79% responden bersetuju bahawa kawasan SS18 mengalami hujan asid. Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Hal ini demikian kerana air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Gas-gas tersebut termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida, gas metana dan juga asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor, aktiviti pembakaran terbuka, sisa bahan binaan dan juga penyebaran racun serangga serta racun rumpai dalam jumlah yang banyak. Hujan asid mampu menyebabkan bangunan rosak, tanih menjadi lebih berasid, penyakit kulit terhadap masyarakat di sekitar kawasan ini dan juga penyakit respirasi seperti asthma. B) Jerebu Kawasan kajian SS18 selalu mengalami jerebu yang teruk akibat pembakaran terbuka di kawasan ini. Hal ini dapat dibuktikan kerana seramai 90% responden bersetuju bahawa kawasan SS18 mengalami jerebu. Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jerebu menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur dan kurang jelas. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang kurang

stabil dan pelepasan bahan-bahan pencemar menyumbang kepada pembentukan jerebu. Kesankesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong, batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. C) Penyakit Seramai 80% responden bersetuju bahawa pencemaran alam akan mengakibatkan penyebaran penyakit. Pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran bau yang dialami di kawasan kajian SS18 mampu menyebabkan penyakit yang membawa maut. Pencemaran udara menyebabkan manusia menghidap pelbagai penyakit seperti barah paru-paru, bronkitis, asthma, tuberkolosis, pneumonia dan sebagainya akibat menghidu udara yang tercemar. Pencemaran bunyi pula mampu menyebabkan kehilangan pendengaran. Jika telinga terus terdedah kepada kebisingan yang tinggi pada jangka masa yang panjang, telinga kita akan kehilangan pendengaran dengan kadar yang sedikit. Dengan ini, julat pendengaran seseorang individu akan dikurangkan. Individu tersebut tidak dapat membezakan bunyi konsonan seperti f, u, s, z, th, ch, dan sh juga selepas julat pendengarannya dikurangkan. Pencemaran bunyi turut memberi gangguan percakapan, gangguan mental dan gangguan tidur ke atas seseorang individu. Pencemaran bau akan menarik perhatian lalat, tikus, nyamuk, lipas dan pelbagai haiwan perosak lain untuk membiak di sekitar kawasan. Persekitaran yang dipenuhi dengan haiwan perosak juga menjadi tempat penyakit mudah merebak. Contoh-contoh penyakit ialah cirit-birit, malaria, dengue, Leptospirosis dan sebagainya.

D) Peningkatan Suhu Keadaan ini berlakunya terutamanya di kawasan kajian SS18 yang terdedah kepada pencemaran udara. Sebanyak 68% responden bersetuju bahawa kawasan kajian SS18 mengalami peningkatan suhu akibat pencemaran alam. Pencemaran udara merupakan punca utama peningkatan suhu. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Selain karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon, oksida nitrogen, habuk dan debu turut memainkan peranan dalam peningkatan suhu. Bahan-bahan pencemar ini menerima dan menyerap sinaran matahari gelombang pendek dengan banyak ke bumi dan menyebabkan suhu bumi meningkat. E) Udara Tercemar Udara di kawasan kajian SS18 adalah sangat tercemar jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar. Hal ini dapat dibuktikan kerana kesemua responden bersetuju bahawa kawasan kajian SS18 mengalami udara tercemar akibat pencemaran alam. Kelihatan beberapa penduduk yang memakai topeng mulut dan hidung semasa meniggalkan rumah mereka. Udara di kawasan ini dicemarkan dengan penggunaan kenderaan, pembakaran terbuka, pembinaan dan sebagainya. F) Bau Busuk Bau busuk dapat dikesan di kawasan kajian SS18 terutamanya di kawasan-kawasan yang terbiar. Seramai 80% responden menyatakan bahawa kawasan kajian SS18 mempunyai bau busuk yang berpunca daripada pencemaran alam. Bau busuk terhasil di kawasan SS18 kerana terdapat

sampah-sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik. Apabila sampah-sarap mula meluput, kehadiran lalat, ulat dan sebagainya akan menyebabkan sampah ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kesan-kesan yang dialami akibat pencemaran alam sekitar sepatutnya menyedarkan kita tentang kepentingan menyayangi dan menjaga alam sekitar ini yang merupakan kurniaan Tuhan. Kita sepatutunya bersyukur kepada Tuhan dengan memelihara dan memulihara alam sekitar ini yang semakin dicemari.

6.5

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN SS18, SUBANG JAYA

Terdapat banyak kesan yang dialami akibat pencemaran alam sekitar. Namun begitu, kesankesan tersebut dapat dikurangkan jika langkah-langkah di bawah dipraktikkan. Antaranya termasuk: A) Kuat Kuasa Undang-Undang Pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Undang-undang juga perlu diketatkan bagi menyedari penduduk tentang kesan-kesan pencemaran alam sekitar agar kawasan ini tidak tercemar. Penguatkuasaan undang-undang juga dapat dibuat dengan menggubal undang-undang yang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan munasabah. Antara contoh perundangan yang telah dibuat untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan). Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan) dibahagikan kepada 6 bahagian termasuk Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap, 1977) yang mengehadkan pelepasan asap kenderaan iaitu kepada 50 HDU, dan juga Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978) yang mengehadkan jarak kawasan perindustrian dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter. B) Kempen Cintai Alam Sekitar Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat

menggalakkan pengguna mengamalkan amalan mengitar semula bahan yang dapat dikitar semula. Sahabat alam menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. C) Pendidikan Alam Sekitar Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Kesedaran dalam kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pendidikan. Pendidikan alam sekitar adalah penting untuk membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Hal ini demikian kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini, kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat dapat dipupuk.

D) Petrol Tanpa Plumbum Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, petrol tanpa plumbum bermaksud petrol yang kandungan plumbumnya dikurangkan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Plumbum menjadi kusam (sebam) apabila terdedah kepada udara. Plumbum juga merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya), sama seperti raksa. Plumbum mampu merosakkan sistem saraf badan kita. Plumbum cenderung untuk bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang yang boleh membawa kepada keracunan plumbum. Keracunan plumbum ialah kondisi di mana sejenis besi plumbum meningkat dalam kandungan darah yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf, penyakit buah pinggang, penyakit yg berkaitan dengan jantung dan turut membagikan kesan kepada sistem peranakan. Dengan menggunakan petrol tanpa plumbum, kes keracunan plumbum akan berkurang. E) Catalytic Converter Catalytic converter juga dikenali sebagai pemangkin asap. Catalytic converter adalah alat yang dipasang pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam asap ekzos seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon. Catalytic converter berfungsi dengan menggunakan bahan pemangkin seperti platinum, paladium dan rodium untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air. Penukar bermangkin dua hala (two-way Catalytic Converter) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan hidrokarbon dan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan wap. Penukar bermangkin tiga hala (three-way Catalytic Converter) pula boleh mengoksidakan oksida-oksida nitrogen tertentu tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Kenderaan yang menggunakan catalytic converter mestilah menggunakan petrol tanpa

plumbum (bagi kenderaan berenjin petrol) atau minyak diesel bersulfur rendah. Hal ini demikian kerana plumbum dan sulfur adalah racun kepada bahan mangkin yang digunakan, bermaksud bahan-bahan tersebut menghalang bahan mangkin untuk berfungsi dengan sempurna dan akhirnya merosakkan bahan mangkin. Selain itu, beberapa bahan lain iaitu zink, mangan, fosforus dan silikon juga adalah racun kepada catalytic converter. Kita haruslah bersyukur kerana Tuhan telah memberkati kita pelbagai cara untuk mengurangkan kesan yang dialami akibat pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita patutlah bekerjasama dengan pihak kerajaan, masyarakat dan semua yang terlibat untuk mengurangkan kesan alam sekitar secara berkesan.

BAHAN GRAFIK Peta Minda 6.1: Jenis-Jenis Pencemaran

BAHAN GRAFIK Jadual 6.2: Punca-Punca Pencemaran di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kenderaan

Punca-Punca Pencemaran

Jumlah Responden 23 20 18 18 17 16 16 13 141

Pembakaran terbuka Racun Serangga/Rumpai Perniagaan Sampah Sarap Sisa Domestik Petempatan Pembinaan

Jumlah:

Sumber: Soal selidik dan temu bual dengan penduduk di kawasan kajian SS18

BAHAN GRAFIK Graf 6.3: Punca-Punca Pencemaran di Kawasan Kajian SS18, Subang Jaya

7.0

RUMUSAN

Saya bersyukur dan berbangga kerana dapat mempersembahkan Kerja Kursus Geografi pada masa yang ditetapkan. Kajian ini membolehkan saya memahami konsep pencemaran alam sekitar.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan SS18, Subang Jaya, Selangor iaitu pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran bau. Berdasarkan kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan SS18. Kawasan SS18 mengalami pencemaran kerana penggunaan kenderaan, pembakaran terbuka, penggunaan racun serangga dan racun rumpai, pembuangan sampah-sarap, pembuangan sisa domestik, pembinaan, perniagaan dan petempatan.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian SS18, Subang Jaya. Kawasan SS18 mengalami hujan asid, jerebu, peningkatan suhu, udara yang tercemar, penyebaran penyakit dan bau busuk akibat pencemaran alam sekitar. Saya turut dapat mengenalpasti langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan SS18, iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen mencintai alam sekitar dan pendidikan alam sekitar, menggunakan petrol tanpa plumbum dan memasang catalytic converter pada kenderaan.

Melalui kerja kursus ini, saya belajar menghargai dan mencintai alam sekitar yang merupakan ciptaan Tuhan. Saya sedar bahawa kita perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran yang dialami di kawasan SS18.

8.0

LAMPIRAN

GAMBAR/ FOTO

Gambar 8.1.1Pembinaan yang dijalankan di kawasan kajian SS18.

Gambar 8.1.2Sampah sarap yang dijumpai berhampiran dengan longkang besar yang terletak di antara Jalan SS18/4G dengan Jalan SS18/5.

Gambar 8.1.3Longkang besar yang terletak di antara Jalan SS18/4G dengan Jalan SS18/5 mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

SENARAI NAMA RESPONDEN SOAL SELIDIK DAN TEMU BUAL

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Casablanca Wong Chua Boon Keong

Nama Responden Peguam Penjaja Pelajar

Pekerjaan

Victor Tan Tze Chung Elizabeth Ganam Sam Ramesh Leong Mei Jing Cindy Yong John Thye Ong Siew Heok See Kuan Yeak Vincent Tang Tze Peng Wong Tan Yang Indo Sumalti Yeoh Fu Lai Asnah Binti Ahmad Keng Meng Chui Angie Tan Siew Ping Zamzida Ram Lee Jenny Lee Min Wee Wei Shu Yuan Mok Thye Lok Alkinson James Yeo Pek Tee

Peniaga swasta Polis Pengasuh kanak-kanak Suri rumah Pengurus Peniaga Pelajar Pelajar Peniaga Pengunting rambut Doktor Suri rumah Pesara Peniaga Penjaja Jururawat Pelajar Peniaga Pesara Pengurus

9.0

RUJUKAN

9.1 Buku Teks Buku Teks, Tingkatan 1 Geografi KBSM, Media Network Sdn. Bhd, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yoeng, 2002. Buku Teks Tingkatan 2 Geografi KBSM, Percetakan Saufi, Chonf Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003. 9.2 Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran http://www.scribd.com/doc/16516971/Pencemaran-Alam-Sekitar-Folio-Moralhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_bunyi http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara http://eprints.utm.my/8321/1/MohdAnuarJailani1999_EmisiEkzosDariKenderaanBermotor.PDF 9.3 Orang Sumber Puan Lim Lay Choo, Guru Geografi SMK Subang Utama. Puan Cindy Yong, Responden kawasan kajian. 9.4 Buku Rujukan Focus ACE PMR, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, Kang Chai Yoeng, Chong Hui Ling, Chong Yoon Choi, Darminar Singh, 2009.

You might also like