You are on page 1of 3

BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA

LUMPUR

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150 Kawat : PELAJARAN

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (8) Tarikh : 2 Ogos 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1995 : KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH


Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. 2. Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan meminta semua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas pengawalan dan pencegahan, supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Di antara langkahlangkah yang boleh diambil adalah seperti berikut : a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan. b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan menghidang makanan di dalam keadaan bersih dan kemas. d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. (Sila lihat Bab V Kawalan Kebersihan m.s. 22-27 dalam Buku Garis Panduan Kantin Sekolah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan, 1989 untuk keterangan lanjut). 2.1 Pihak sekolah juga adalah diminta untuk : a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali memasak makanan di dalam kawasan sekolah. makanan,

b. Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan. c. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. e. Bekerjasasama dengan Jabatan Kesihatan bagi peningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan. usaha-usaha

3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan simptom keracunan makanan adalah seperti berikut : Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening. 4. Pihak sekolah adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut apabila mengesyaki pelajar-pelajar/murid-murid mengalami masalah keracunan makanan. a. Laporkan dan bawa murid-murid/pelajar-pelajar yang disyaki ke klinik/hospital yang paling hampir. b. Laporkan ke PPD/JPN. c. Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid/pelajar-pelajar yang terlibat. d. Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dn Kementerian Pendidikan. e. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar. f. Dapatkan laporan lengkap kejadian dan sebab kejadian daripada Jabatan Kesihatan, dan hantarkan satu salinan laporan tersebut ke Jabatan Pendidikan Negeri (u.p. KPP HEM) dan satu lagi salinan ke Kementerian Pendidikan (u.p. Pengarah Bahagian Sekolah).

5. Dengan surat pekeliling ini semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah adalah diminta untuk memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah tegas pengawalan dan pencegahan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah. Surat pekeliling ikhtisas terdahulu Bil. 2/1983 dan Bil. 5/1988 dan Surat Pendidikan KP(BS/UKS)8614/2B/1a/Jld.II(32) bertarikh 12 Januari 1989, juga berkaitan dan perlu juga dirujuk. Kerjasama Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan adalah dipohon bagi memanjangkan surat ini kepada semua sekolah rendah dan menengah di negeri Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Y.B. Datuk Seri Haji Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like