You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

LAPORAN KIMIA
PENYULINGAN BERPERINGKAT
NAMA NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : EN. NASIR B. OTHMAN : MUHAMMAD FADHLI BIN OTHMAN : 910508-24-6565 : 2 PISMP SN/PJ

Praktikal 1 Minyak Objektif

Mengkaji penyulingan berperingkat petroleum

Radas/Bahan

1. Petroleum 2. Kertas turas 3. Chip Pocelain 4. Kaki retort 5. Termometer 6. Kelalang Penyulingan 7. Kondensar Liebig 8. Kelalang kon 9. Kasa dawai 10. Kaki tugu tiga 11. Piring Penyejat 12. Pembakar Bunsen

Teori

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai

dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. Petroleum terbentuk berjuta -juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan dan ya ng gas tinggi asli. akhirnya Petroleum

menghasilkan

petroleum

berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat . Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang

kompleks

yang

boleh

diasingkan

kepada

pecahan

berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan. Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan

berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahag ian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair. Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya tersendiri. Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil . Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan , proses peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut.

Langkah-langkah

Penyulingan berperingkat Petroleum

1. Segala radas telah di tetapkan mengikut rajah 1 2. Petroleum di dalam kelalang penyulingan telah dipanaskan secara perlahan-lahan 3. Pecahan petroleum yang pertama telah dikumpulkan pada suhu 30-80 C 4. Pemanasan telah diteruskan dan penyulingan telah dikumpulkan dalam kelalang kon yang berbeza mengikut suhu 80-120 C, 120-160 C dan 160-200 C.

Sifat-sifat hasil pecahan penyulingan petroleum

1. Warna bagi setiap pecahan penyulingan telah dikaji 2. Kelikatan setiap pecahan penyulingan telah diperhati dengan menyengetkan kelalang kon. 3. Bagi setiap pecahan, sedikit daripadanya telah dituang ke dalam piring penyejat dan dipanaskan. Warna api dan jelaga dihasilkan telah dicatatkan.
Langkah berjaga-jaga

1. Pastikan setiap pemasangan radas adalah ketat dan tidak akan tertanggal semasa melakukan eksperimen 2. Pastikan penunu Bunsen tidak dinyalakan terlalu kuat semasa memanaskan petroleum 3. Pastikan kipas di dalam makmal ditutup semasa melakukan eksperimen 4. Berhati-hati semasa menguji kelikatan minyak dan pastikan minyak tidak tumpah semasa menggoncang kelalang kon. 5. Jangan bermain-main semasa melaukan eksperimen

Gambar rajah

Rajah menunjukkan cara penyediaan radas dan bahan proses Penyulingan Berperingkat

Hasil kajian Pecahan Suhu ( C) Warna Kelikatan Kecenderungan kebarakaran

Petrol Nafta Kerosin Disel

30-80 80-120 120-160 160-200

Tidak bewarna Kuning Muda Perang Perang tua Hitam

Tidak likat Sedikit Likat Pekat Sangat Pekat

Sangat tinggi Tinggi Rendah Amat rendah

Perbincangan

Peningkatan takat suhu bagi setiap komponen hidrokarbon akan m enyebabkan kelikatan dan kecenderungan bakaran cecair dari pecahan tersebut semakin meningkat. Semua pecahan daripada proses penyulingan tersebut tidak larut dalam air. Setiap pecahan penyulingan yang dihasilkan adalah sebatian kovalen(covalent bond) iaitu kesemua pecahan boleh terbakar dan akan menghasil kan karbon dioksida dan air.

Kesimpulan

1. Petroleum dapat disuling menggunak an proses penyulingan berperingkat 2. Di beberapa takat suhu, minyak yang berbeza akan terhasil daripada proses penyulingan berperingkat 3. Setiap minyak yang terhasil yang berbeza mengikut suhu mempunyai sifat yang tersendiri.

Soalan

1. Bincangkan kecenderungan pembakaran pecahan petroleum.


Semakin tinggi takat didih pecahan itu Semakin sukar ia terbakar dan kuantiti jelaga semakin bertambah kerana peratus karbon per molekul semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu.

2. Bincangkan hubungan diantara takat didih pecahan dengan: a. Warna pecahan tersebut
Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu makin cerah warnanya. Ini kerana semakin rendah takat didih, semakin kurang jumlah karbon yang dihasilkan didalam pecahan tersebut.

b. Kelikatan pecahan tersebut


Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu makin kurang likat pecahan itu. Ini terjadi kerana ikatan kovalen yang terbentuk lebih tinggi berbanding di takat didih yang lebih rendah.

c. Jumlah jelaga yang dihasilkan


Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu makin berjelaga nyalanya. Ini kerana jumlah karbon yang dikandung pecahan tersebut lebih tinggi seiring berbanding pecahan yang lebih kurang takat didihnya.

3. Tuliskan persamaan kimia yang stabil untuk melambangkan pembakaran gasoline.

4. Pembakaran tidak lengkap gasoline akan menyebabkan pelepasan udara beracun seperti carbon monoxida dan Nitrik oksida. Tuliskan persamaan kimia yang stabil untuk melambangkan pembakaran tidak lengkap gasoline tersebut?

5. Apa itu biodiesel?

Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dih asilkan melalui tindak balas kimia lipid (contoh, minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol. Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin diesel diubah suai . Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan petrodiesel.

6. Apakah kelebihan menggunakan biodisel berbanding minyak petroleum?


Biodiesel mempunyai kelebihan berbanding diesel petroleum. Kelebihan utama biodiesel ialah sumber minyak ini dapat diperbaharui dan tidak akan habis berbanding minyak petroleum yang tidak dapat di perbaharui dan akan habis pada satu hari kelak. Biodiesel juga membantu dalam pengurangan pengeluaran gas rumah hijau, penebangan hutan, pencemaran dan kadar biodegradasi. Biodiesel dari keputusan minyak soya, pada purata, dalam 57% pengurangan gas rumah hijau berbanding diesel fosil, dan biodiesel dihasilkan dari minyak gris buangan menghasilkan 86% pengurangan.

Rujukan

1. Laurence M. Harwood, Christopher J. Moody. Experimental organic chemistry: Principles and Practice (Illustrated ed.). pp. 145147. 2. Perry, Robert H. and Green, Don W. (1984). Perry's Chemical Engineers' Handbook (6th ed.).McGraw-Hill 3. Fractional distillation, Wikipedia, the free encyclopedia di URL: http://en.wikipedia.org/wiki/Fractional_distillation 4. Tyson, R.L.. ""2006 Biodiesel Handling and Use Guide Third Edition" " (PDF). http://www.nrel.gov/vehiclesandfuels/npbf/pdfs/40555.pdf 5. "Biodiesel 101 - Biodiesel Definitions". National Biodiesel Board . Di URL http://www.biodiesel.org/resources/definitions/default.shtm

You might also like