You are on page 1of 6

PERSEMBAHAN QASIDAH SK PERMATANG JANGGUS SEMPENA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013 3 OGOS 2013

Pada minggu pertama di SK Permatang Janggus, saya dan 3 orang rakan praktikum telah di amanahkan dengan satu tanggungjawab untuk mengadakan persembahan murid bersempena dengan Majlis Khatam Al-Quran pada 3 Ogos 2013. Kami telah berbincang dengan Ketua Panatia Agama Islam sekolah ini dan telah mencapai persetujuan untuk mengadakan persembahan Qasidah. Sebelum ini, persembahan qasidah daripada murid belum pernah diadakan di sekolah ini dan ini merupakan projek sulung persembahan qasidah di sekolah ini. Kami telah diberikan kebebasan untuk memilih murid untuk persembahan ini dan kami telah bersepakat untuk menggunakan kesemua lelaki daripada kelas 5 Jauhari dan 5 Potensi. Latihan telah dimulakan seawal minggu pertama praktikum iaitu pada 17 Julai 2013 pada jam 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi. Latihan telah diadakan di Bilik J-Qaf dengan izin Ketua Panatia Agama Islam. Sepanjang latihan, kami juga dibantu oleh guru-guru J-Qaf dan guru-guru subjek agama Islam di sekolah ini. Latihan ini berterusan setiap hari sehingga pada hari persembahan. Qasidah merupakan satu persembahan yang memuji Nabi Muhammad S.A.W dan sangat terkenal di negara-negara Asia barat. Alhamdulillah seni qasidah ini mula menular dalam kalangan negara kita dan semakin hari, seni qasidah ini semakin berada di hati setiap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, kami menggunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan qasidah kepada murid-murid di sekolah ini dengan lirik bahasa melayu yang mudah untuk diikuti oleh semua masyarakat di Malaysia.

Semoga

dengan

projek

ini,

saya

dan

rakan-rakan

praktikum

dapat

menyumbangkan sedikit sumbangan kepada sekolah ini dengan harapan akan diteruskan sehingga selepas kami meninggalkan sekolah ini kelak insyallah.

Laporan disediakan oleh:

.. (MUHAMMAD FADHLI BIN OTHMAN) Guru Pelatih, IPG Kampus Tuanku Bainun.

Gamber Projek Qasidah Latihan sedang dijalankan

Memberikan penjelasan kepada murid

Menunjukkan gaya yang sesuai semasa mengadakan qasidah

Uztazah membantu menlancarkan latihan

Uztazah membantu menerangkan berqasidah

Rakan praktikum mengajar murid bermain gendang

Guru pelatih mengadakan demonstrasi bermain gendang

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran

You might also like