You are on page 1of 19

BAHAGIAN A Jawab semua soalan SOALAN 1 (a) Berikan maksud Perlembagaan Persekutuan.

[2] (b) Jelaskan perbezaan jaringan kawasan tempatan (LAN) dan jaringan kawasan luas (WAN). [2] (c) Nyatakan tiga peranan usahawan dari sudut mikro. (d) Huraikan tiga bentuk Koperasi. [3] (e) Apakah matlamat kerajaan Malaysia memperkenalkan program Penswastaan. [2] (f) Jelaskan tiga perlindungan bukan tarif. [3] (g) Berikan tiga peranan warga korporat dalam memupuk masyarakat penyayang. [3] (h) Jelaskan secara ringkas objektif penubuhan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) . [2] (i) Terangkan maksud konsep enkod dan dekod dalam proses komunikasi. [2] [3]

(j) Apakah perbezaan komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi melintang. [3] SOALAN 2 (a) Terangkan Teori Keusahawanan mengikut pandangan ahli-ahli berikut:i. Max Weber ii. Mc Clelland iii. Joseph Schumpeter

[6]

(b) Dalam proses menjana idea baru, terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan oleh sesebuah organisasi. Jelaskan. [9]

(c) Jelaskan dua pendekatan asas mencari peluang perniagaan yang dinyatakan di bawah; i. Pendekatan `dalam-luar ii. Pendekatan `luar-dalam [10] BAHAGIAN B Jawab dua soalan sahaja SOALAN 3 (a) Jelaskan lima hak-hak pekerja yang mesti dilindungi oleh majikan menurut Akta Kerja 1955. [10] (b) Bincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perniagaan moden [10] (c) Berikan kebaikan dan keburukan Internet [5]

SOALAN 4 (a) Selain daripada bantuan kewangan, terangkan tiga kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada usahawan. [9] (b) Pengeluaran secara kontrak merupakan satu strategi yang diwujudkan melalui kaedah perikatan strategik:i. Terangkan bagaimana pengeluaran secara kontrak boleh dilakukan. ii. Jelaskan tiga kelebihan pengeluaran secara kontrak. [6] (c) Jenayah kolar putih adalah salah satu cabaran usahawan masa kini. Terangkan lima cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan dalam mencapai kejayaan [10] SOALAN 5 (a) Encik Khalid selaku ketua kampung di Kampung Ulu Desa, bercadang untuk menubuhkan koperasi Kedai Runcit untuk kemudahan penduduk di kampung tersebut yang jauh dari bandar. Beliau berjumpa dengan anda selaku pegawai di Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penubuhan, prinsip dan aktiviti koperasi. i. Terangkan tiga jenis koperasi beserta aktiviti dan satu contoh yang sesuai . [6] ii. Terangkan proses penubuhan koperasi kedai runcit tersebut.

[10] (b) Koperasi Kedai Buku UMK Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar UMK dan Syarikat Usaha Maju Kelantan (UMK) Sendirian Berhad adalah tiga entiti yang berbeza. Terangkan perbezaan ketiga-tiganya dari aspek kawalan undang-undang, pengurusan pemasaran dan pengurusan kewangan. [9] SOALAN 6 (a) Terangkan tiga cara firma-firma asing beroperasi di Malaysia. (6) (b) Huraikan empat risiko yang mungkin dihadapi oleh firma-firma asing di Malaysia. [11] (c) Perniagaan antarabangsa sangat penting bagi sesebuah negara. Jelaskan kepentingan tersebut. [8]

SOALAN 7 (a) Barat dan Timur mempunyai pendekatan etika dan tanggungjawab sosial yang berbeza. Huraikan pendekatan etika dan tanggungjawab sosial dari perspektif timur dan barat dari segi hubungan manusia dengan manusia. [6] (b) Jelaskan lima masalah kepenggunaan yang sering diperjuangkan oleh Persatuan Pengguna di Malaysia pada masa kini. [10] (c) Huraikan peranan badan-badan berikut: (i) Better Business Bureau (BBB) (ii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) [9] SOALAN 8 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bentuk komunikasi yang berlaku antara pihak pengurusan atasan dengan pegawai-pegawai bawahan di dalam sebuah organisasi perniagaan. [12] (b) Huraikan empat kelebihan komunikasi lisan dengan memberikan contoh yang sesuai. [8]

(c) Encik Ahmad adalah seorang usahawan yang berjaya, senaraikan lima kaedah mendengar yang berkesan yang diamalkan oleh Encik Ahmad dalam mentadbir organisasinya. [5]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM PKPSM 2009 CADANGAN SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2 ( 946 / 2 ) SOALAN 1 a. Perlembagaan Persekutuan : Undang-undang utama negara yang membincangkan perkara-perkara penting seperti hak individu, kuasa kerajaan pusat, kuasa kerajaan negeri, kuasa raja dan aspek lain. [2m] (b) LAN : Jaringan yang merangkumi kawasan geografi seperti pejabat dan kampus universiti melalui kabel untuk berkongsi perkakasan, perisian dan sumber data. WAN : Jaringan yang merangkumi satu kawasan geografi yang lebih daripada 1 KM dan seluas separuh glob melalui gelombang mikro atau komunikasi satelit untuk berkongsi maklumat di tempat yang berjauhan di antara satu sama lain. [2 x 1m =2m] (c) 3 peranan usahawan dari sudut mikro : Menyumbangkan idea & melakukan pembaharuan. Mengembeleng pengeluaran Mengurus, mengeluar & mengedar Menangani ketidakpastian Merancang berdasarkan idea & peluang yang dapat dikenalpasti. =3m] (d) Tiga Bentuk Koperasi : Koperasi rendah / asas : faktor-faktor

[3x1m

Koperasi di mana ahlinya terdiri daripada individu-jumlah keahlian 100 orang Koperasi menengah : Ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat rendah-keahlian min ialah dua koperasi peringkat rendah. Koperasi tinggi / atasan : Ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat menengah dgn keahlian minima ialah dua koperasi peringkat menengah. [1m x 3=3m] (e) Matlamat Penswastaan : Meringankan beban kewangan kerajaan. Tingkatkan kecekapan, daya & mutu pengeluran. Mengagihkan sumber ekonomi secara cekap. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Mempecepatkan pencapaian objektif. [mana-mana 2 x 1m =2m] (f) 3 Perlindungan Bukan Tarif: Kouta - amaun kuantiti produk yg dibenarkan dibawa masuk ke sesebuah negara utk tempoh tertentu. Embargo - sekatan perdagangan ke atas sesebuah Negara lain sama ada eksport @ import. Mengadakan kempen membeli barangan tempatan - menggalakkan rakyat membeli produk tempatan. Kawalan pertukaran - Kawalan ke atas pertukaran mata wang asing di kalangan pengimport. Subsidi & elaun pelaburan- Membolehkan keluran tempatan dijual pada harga lebih murah. [mana -mana 2x1m = 2m] (g) 3 Peranan Warga Korporat: Membantu golongan miskin melalui derma, biasiswa & pinjaman. Menjaga alam sekitar tidak mencemarkan alam sekitar apabila lakukan aktiviti perniagaan Begiat dalam aktiviti sosial seperti gotong royong & program rakan muda Sediakan kemudahan awam - kerusi awam, lampu jalan, perhentian bas dll [3x1m =3m] (h) Objektif Penubuhan FOMCA : Menguatkan pembangunan pergerakan pengguna di Malaysia Menyelesaikan isu-isu pengguna dan mempromosikan hak-hak pengguna Menjadi badan penasihat kepada semua persatuan pengguna di Malaysia. [3x1m=3m]

(i) Maksud Enkod dan Dekod: Enkod : Tindakan penghantar menterjemah mesej kepada simbol-simbol yang dapat difahami oleh penerima seperti perkataan,gerakan anggota badan, ayat & tutur kata.

Dekod Tindakan penerima mentafsir / menterjemah maklumat yang diterima drp penghantar kpd makna / maksud / maklumat yang difahami penerima. [2x1m=2m] (j) Perbezaan Komunikasi Menegak, Mendatar dan Melintang i. Komunikasi menegak ii. Komunikasi mendatar iii. Komunikasi melintang Komunikasi antara peringkat yg berbeza. Komunikasi anatar peringkat yg sama. Komunikasi antara peringkat bawahan dari bahagian lain dengan peringkat atasan dari bahagian yang lain [1m x 3=3m] SOALAN 2 a. Max Weber : Memasukkan elemen keagamaan sebagai asas kegiatan ekonomi Membuat kajian terhadap golongan Protestant dan berpendapat kegiatan ekonomi adalah dalam konteks sistem Kapitalisme [2] Mc Clelland : Mengemukakan Teori Kehendak Kepada Pencapaian Usahawan mesti mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan lebih suka mengambil tanggungjawab ke arah mencapai matlamat dengan usaha sendiri [2] Joseph Schumpeter : Inovasi sebagai inti keusahawanan Menyatakan tindakan usahawan adalah diibaratkan penggerak ekonomi dan usahawan lah yang membawa kepada pembangunan ekonomi [2]

b. Tiga kaedah menjana idea baru, Sumbangsaran :

Pengumpulan idea baru melalui pembentukan kumpulan [1] Senaraikan semua idea dari kakitangan Idea dikumpul, analisa dan dipilih yang terbaik Idea orang lain tidak boleh dikritik untuk menggalakkan mengeluarkan idea secara bebas. [ max 2]

Kumpulan Fokus : Tinjauan kendiri yang melibatkan kumpulan individu 6 12 orang [1] Ahli kumpulan membincangkan sesuatu isu bersama seorang fasilitator [1] Peniaga dapat mengetahui secara terus reaksi pengguna terhadap produk [1] Analisis Kemahiran Tenaga Manusia : Analisis tentang pengumpulan maklumat mengenai tenaga manusia dalam organisasi [1] Maklumat dikumpul seperti nama pekerja, latarbelakang, sifat-sifat, kemahiran, kelayakan istimewa, gaji, jenis pekerjaan [1] Bertujuan untuk memperkenalkan produk baru, membuat keputusan, merancang [1] c. i. Pendekatan `dalam-luar : Berdasarkan kemahiran, kebolehan dan latarbelakang diri usahawan Melibatkan penilaian diri individu : a. Proses mengenalpasti kemahiran diri yang menonjol b. Pengalaman yang dimiliki dalam bidang-bidang tertentu Mempunyai pengetahuan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman Con : Pengalaman bekerja di syarikat kewangan bererti usahawan mempunyai pengetahuan tentang pembiayaan perniagaan [5] ii. Pendekatan `luar-dalam : Pengenalpastian peluang perniagaan yang wujud daripada persekitaran Aktiviti yang dilakukan ialah melakukan pengunjuran dan pemantauan Menterjemahkan keadaan umum persekitaran kepada peluang pernigaan secara khusus Sumber maklumat diperoleh daripada buletin perniagaan, jurnal-jurnal perdagangan dan suratkhabar Con : Peluang dari perubahan struktur penduduk, rancangan pembangunan kerajaan dan wujud industri baru. [5]

SOALAN 3 (a) Lima hak hak pekerja : 1. Tempoh gaji 2. Pendahuluan gaji 3. Potongan dari gaji 4. Keutamaan gaji 5. Sistem truck 6. Hari rehat 7. Tempoh waktu bekerja 8. Hari kelepasan/cuti umum 9. Kerja lebih masa 10. Cuti tahunan 11. Cuti sakit [mana-mana lima,fakta ,huraian1:max 10m] b) Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Perniagaan: Menyokong Perlaksanaan Operasi Perniagaan Sistem rekod lebih kemas dan tersusun dari segi kemudahan penyimpanan & pengekstrakan data. Menyokong Pembuatan Keputusan Keputusan yang lebih tepat dapat dibuat berdasarkan data-data yang cukup dan lengkap daripada komputer. Mempercepatkan Pengagihan Maklumat Maklumat penting dapat disebarkan,maklumat mutakhir seperti pasaran saham dunia dapat diketahui dan lain-lain dapat dilakukan supaya syarikat dapat bertindak cepat untuk mencapai kelebihan bersaing. Membantu Menjimatkan Masa & Meningkatkan Produktiviti. Ahli perniagaan boleh mengadakan mesyuarat pada waktu yang sama walaupun berada di tempat yang berasingan, misalnya dengan mengadakan telesidang. [fakta ,huraian 2m:max 10m] c) Kebaikan dan keburukan Internet: Kebaikan Dapat berinteraksi secara global Mengurangkan kos komunikasi Mempercepatkan pemindahan pengetahuan Menjimatkan masa Keburukan Penyebaran maklumat yang tidak benar secara meluas melalui internet. Unsur-unsur lucah mudah didapati Unsur-unsur hiburan yang keterlaluan Hubungan antara manusia tiada kemesraan/rapat [3 kebaikan, 2 keburukan. 1m setiap satu]

SOALAN 4: a. Selain bantuan kewangan; Kemudahan Pemasaran : 1. Membantu usahawan mengedar dan memasarkan produk ke luar dan dalam negara 2. Bantuan pasarkan produk seperti FAMA, MATRADE, MALAYSIA BEST Tapak Kilang / Infrastruktur / Prasarana / Ruang niaga 1. lokasi bagi sesebuah perniagaan mendirikan kilang atau tempat operasi 2. berdekatan kawasan sasaran pasaran atau zon perindustrian yang menawarkan pelbagai kemudahan infrastruktur 3. agensi kerajaan seperti PKEN yang menyediakan kemudahan ruang niaga untuk usahawan muda 4. badan berkanun MARA dan UDA Khidmat nasihat/perundingan/bantuan teknikal/R&D 1. usahawan dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran 2. merangkumi perundingan pengurusan, cara untuk meningkatkan kualiti produk dan produktiviti organisasi, pembangunan dan reka bentuk produk 3. disediakan KPU, UDA dan MEDEC Program pembangunan usahawan / latihan keusahawanan kurusus yang ditawarkan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra di Malaysia misalnya program pembangunan vendor, program mentor-mentee, program pembangunan francais. Dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Fakta 1m, Huraian 2m 3 x 3m = 9m) Mana-mana 3, semak 3 teratas. b. i. Pengeluaran secara kontrak boleh dilakukan : Apabila syarikat pengeluar tempatan mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat asing (1) untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan di loji pengeluaran negara asing (1) hasil pengeluaran syarikat penerima kontrak akan diimport kembali oleh syarikat di negara pemberi kontrak (1)

ii. 3 kelebihan pengeluaran secara kontrak : dapat memperoleh bekalan tenaga kerja dengan mudah dapat memperoleh bekalan bahan mentah dengan mudah

menerima galakan insentif daripada kerajaan tempatan c. Lima cabaran usahawan : Persaingan pelbagai produk yang berkualiti dari syarikat lain. Perubahan teknologi produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan dipasaran mudah menjadi usang Persekitaran ekonomi keadaan ekonomi yang tidak stabil baik dalam negara atau luar negara Perundangan undang-undang yang ketat dan sering berubah menimbulkan pelbagai masalah. Globalisasi menjadikan persaingan semakin pesat dalam dunia tanpa sempadan. Politik keadaan politik yang kurang stabil seperti perebutan kuasa pemerintahan menimbulkan pelbagai implikasi kepada usahawan. (Fakta 1m, huraian 1; 5 x 2m = 10m) SOALAN 5 (a) i) Jenis Koperasi Pengguna Tiga jenis koperasi : Contoh Koperasi Kedai Buku UM Koperasi Sekolah Koperasi Perumahan Guru-guru Melayu. Bank Rakyat,Bank Persatuan MCIS Koperasi Pekebun Kecil,Peneroka FELDA Koperasi Pengangkutan Kedah Bhd,lain-lain cth releven

Aktiviti Utama Membekalkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan seperti buku, makanan dan lain-lain dengan harga yang berpatutan dan tidak menindas ahli. Koperasi Memajukan projek-projek perumahan untuk Perumahan kesenangan ahli bagi membeli rumah. Koperasi kredit Menyediakan perkhidmatan perbankan dengan dan bank kadar faedah yang rendah dan baik untuk ahli, menerima deposit dan juga menyediakan kemudahan kredit kepada ahli. Koperasi Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan Insurans insuran untuk membantu ahli. Koperasi Memajukan tanah pertanian. Pembangunan Tanah Koperasi Perkhidmatan Pengangkutan Pengangkutan

( Pilih 3 Jenis SHJ, 1 jenis 2 M ) a) (ii) Proses Penubuhan Koperasi :

i. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui JPK Wilayah atau negeri. [mak 1] ii. Setelah mendapat kelulusan dari JPK , satu jawatankuasa penaja (m) yang terdiri dari 10 orang(m) dibentuk untuk melakukan tugas-tugas awalan seperti berikut :

a. menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan(m) b. menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan kegiatan-kegiatan lain serta menentukan objektif penubuhan koperasi berkenaan(m) c. menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK () d. mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli. Jawatankuasa penaja perlu memastikan terdapat tidak kuarang dariapda 100 orang ahli yang berdaftar sebelum mesyuarat agong penubuhan dijalankan(m) [mak 3] iii. Mengadakan Mesyuarat Agung untuk: (m) a. Mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi(1m) b. Menerima undang-undang kecil (1m) c. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi(1m) Seorang pegawai dari JPK akan hadir(m) untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am. [max 2] iv. Menghantar dokumen pendaftaran kepada Ketua Pendaftar Koperasi tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat(m) dan dokumen-dokumen yang perlu diserahkan : a. borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh 10 orang AJK Penaja (m) b. 3 naskah undang-undang kecil koperasi (m) c. minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-kurangnya oleh 50 orang yang hadir(m) [mak 3] v. Setelah pendaftaran diluluskan, satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh JPK sebagai pengiktirafan bukti sah pendaftaran. [mak1]

b. Perbezaan Koperasi Kedai Buku UMK Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar UMK dan Syarikat Usaha Maju Kelantan (UMK) Sendirian Berhad Kop.Kedai Buku UMK Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 dan didaftarkan Majlis Perwakilan Syk. Usaha Maju Pelajar UMK Kelantan Sdn. Bhd Ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 di Jabatan Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan perlu didaftarkan dengan

Perbezaan

Penubuhan/Kawalan Undang-undang

Kawalan PengurusanPemasaran

dengan Jabatan Pembangunan Koperasi [1] Usaha pemasaran tertumpu kepada pemasaran keahlian iaitu untuk mengalakkan lebih ramai ahli koperasi melalui kemudahan dan aktiviti yang dijalankan. [1]

Pendaftaran Pertubuhan [1] Usaha pemasaran tertumpu kepada individu yang berpotensi menjadi ahli dan pihakpihak yang berpotensi untuk menderma melalui aktiviti faedah bersama yang dijalankan [1] Menyediakan Penyata Penerimaan & Pembayaran Tunai atau Penyata Pendapatan & Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira sekiranya perlu. [1]

Pendaftar Syarikat [1] Tertumpu kepada aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan dan memasarkan/ menjual kepada pelanggan[1]

Kawalan Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan adalah terbatas dan dibawah kawalan Ketua Pendaftar Koperasi. Koperasi mesti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. [1]

Kawalan kewangan lebih bebas dan tidak terikat dengan Pendaftar Syarikat dan ia dikawal oleh Lembaga Pengarah Syarikat Menyediakan Penyata Pendapatan dan Kunci-kira-kira utk menunjukkan keuntungan /kerugian syarikat[1]

SOALAN 6 6 (a) Tiga cara firma asing beroperasi di Malaysia i. Import : Merujuk kepada aktiviti membeli barangan dari negara luar untuk dijual atau digunakan di dalam negara sendiri. Syarikat asing membeli keluaran dari Malaysia untuk digunakan oleh negara asing Kegiatan-kegiatan import oleh firma-firma asing mengakibatkan Malaysia menerima pendapatan dari negara asing ii. Eksport : Merupakan aktiviti menjual barangan yang dihasilkan dalam negara ke luar negara Sebagai contohnya firma asing mengeksport barangan modal ke Malaysia Kegiatan-kegiatan eksport ini mengakibatkan Malaysia membayar wang kepada negara asing dan wang Malaysia mengalir keluar ke luar negara iii. Kontrak Pengeluaran : Kontrak pengeluaran ialah pemberian kontrak kepada pengilangpengilang luar negara mengeluarkan sesuatu produk sesebuah syarikat. Negara yang menerima kontrak ( pengeluar) akan menjual produk tersebut di pasaran negara tersebut atau menjual kepada negara lain. Pemberi kontrak dan pengeluar produk tersebut akan terikat dengan perjanjian dan syarat-syarat mematuhi kontrak. Contohnya Coca Cola memberi lesen kepada syarikat di Malaysia untuk membotol dan mengedar produknya di pasaran Malaysia. Syarikat Malaysia perlu membayar royalti dan harga bahan adunan bancuhan Coca Cola kepada syarikat induk di Amerika. iv. Francais : Satu kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan dengan sebuah syarikat induk ( francaisor) memberikan hak kepada syarikat lain atau individu ( francaisi) untuk memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. Francaisi akan membayar sejumlah yuran atau peratusan tertentu daripada jumlah jualan yang diperoleh kepada syarikat induk Terdapat beberapa jenis francais iaitu frnacais berformat, francais bertanda nama , francais pengedaran produk, francais penganjur

Contoh francais ialah Syarikat Mc Donald, Pizza Hut. v. Usahasama : Satu kerjasama atau gabungan beberapa syarikat antarabangsa tempatan yang bertujuan untuk menjalankan sesuatu perniagaankan yang bermotifkan keuntungan secara bersama. vi. Perlesenan Perlesenan melibatkan pemberian kebenaran dan oleh firma asing kepada syarikat tempatan bagi tempoh tertentu untuk mengeluar dan memasarkan produk atau perkhidmatan. Banyak universiti dari luar negara memasuki Malaysia dengan kaedah ini. vii. Perkhidmatan Satu bentuk produk yang tidak nampak dan boleh dirasa kepuasannya. Kegiatan perkhidmatan boleh diimport atau eksport terutamanya melibatkan kemahiran dan kepakaran yang tidak dimiliki oleh sesuatu negara. Contoh perkhidmatan perundingan, idea perniagaan dll. viii. Pembuatan Pengeluaran barangan keperluan pengguna di kilang. Pengilang boleh ke luar negara membuka kilang secara sendirian atau usahasama. Contoh syarikat Jepun menggunakan kemudahan di Malaysia seperti bahan mentah dan sumber tenaga untuk mengeluarkan barangan dan kemudiannya membawa ke negara asal untuk dijual.

ix. Operasi serah kunci Sebuah syarikat asing mereka bentuk, membina dan menyiapkan kemudahan atau kilang diluar negara. Apabila projek tersebut siap ia akan menyerahkan kemudahan itu kepada syarikat tempatan untuk dikendalikannya. Pilih mana-mana tiga, semak tiga teratas sahaja, setiap fakta 1m+ huraian 1m] ( b) Empat jenis risiko PAB 1. Tukaran mata wang asing perubahan dalam kadar pertukaran mata wang asing berlaku apabila mata wang sesebuah negara mengalami peningkatan atau penurunan nilai berbanding mata wang negara lain. Terdedah kepada risiko yang dikaitkan dengan perubahan kadar tukaran asing. Pendedahan terbahagi kepada 3 iaitu : Pendedahan transaksi, terjemahan dan operasi. 2. Penghantaran balik tunai dan dividen Apabila firma asing hendak membawa keluar wang / keuntungan ke negara asal Ada sekatan / tahap jumlah wang tertentu yang dibenarkan contoh yang sesuai [ mak 6]

3. Risiko kadar faedah firma asing membuat pinjaman/pembiayaan dalam negara perubahan kadar faedah/ kenaikan kadar faedah menyebabkan bayaran balik tinggi 4. Risiko Politik pemilik negaraan pertukaran kerajaan pergolakan politik/rusuhan perubahan dasar 5. Risiko Kredit Merujuk kepada kemungkinan negara pengeksport yang menjual keluaran ke negara asing gagal untuk mendapat bayaran daripada negara pengimport. Kegagalan pembayaran baki hutang apabila kadar faedah meningkat. Ini berlaku kerana kaedah pengurusan antara negara yang berlainan adalah berbeza. Pilih mana-mana 4 fakta teratas dan 1 fakta + huraian 2m c. Antara kepentingan perniagaan antarabangsa 1. Meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan i. pasaran bagi perniagaan dalam Negeri agak terhad dan tepu ii. sekiranya syarikat dapat memasarkan barangan dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa, mereka akan mendapat liputan pasaran yang lebih luas. iii. Perniagaan antarabangsa perlu mewujudkan sasaran pasaran yang baru dan membolehkan peniaga memasarkan barang dan perkhidmatannya dengan lebih cepat jika lokasi pasaran barunya berdekatan dan ini akan menjimatkan masa. [mak 11]

2. Mendapat bahan mentah yang lebih murah dari negara asing. Peniaga mengambil peluang mendapatkan bahan mentah yang lebih murah dengan beroperasi di luar negara. Bahan mentah lebih murah dan berkualiti, kos tenaga kerja yang lebih murah berbanding negara sendiri. 3. Dasar kerajaan yang memberi galakan kepada peniaga untuk menceburi perdagangan di peringkat antarabangsa. peniaga yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa biasanya diberikan galakan oleh kerajaan seperti pengurangan cukai, taraf perintis dan sebagainya.

Keadaan ini memudahkan peniaga untuk menjalankan perniagaannya dan sekaligus membolehkan mereka mengeluarkan barang dengan harga yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. 4. mendapatkan pindahan teknologi peniaga yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa berpeluang untuk bekerjasama dengan tenaga profesional asing. Keadaan ini memudahkan peniaga untuk mempelajari teknologi moden 5. Meningkatkan pulangan kepada pelaburan apabila sesebuah syarikat tempatan membabitkan diri dalam perniagaan antarabangsa, mereka akan mendapat status taraf perintis yang membolehkannya memperolehi pengecualian cukai dan lain-lain kemudahan. Teknologi yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran dan kos bahan mentah yang murah diluar negara dapat memberi pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda. Fakta [1] + huraian [1] maksimum 8 markah ( PILIH 4 )

SOALAN 7 (a) Hubungan manusia dengan manusia Pendekatan Barat: Aristotle - kehidupan bermoral bergantung kepada manusia sendiri (1) Plato - orang yang melakukan kejahatan bukan kerana dia jahat tetapi kerana dia jahil Protagoras - manusia bebas untuk menentukan nilai baik dan nilai buruk Agama Kristian, manusia harus hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain Ahli masyarakat yang kaya perlu membantu ahli masyarakat yang kurang mampu. (1 fakta, 1 markah: maksima 3 markah) Pendekatan Timur: Agama Islam - manusia perlu membantu antara satu sama lain, contohnya menolong balu atau anak yatim melalui pembayaran zakat. Peniaga Islam menjalin hubungan yang baik dengan pekerja, contoh pembahagian tugas dan pemberian yang adil Pelanggan dilayan dengan adil tidak menipu Falsafah Confucius mengutamakan toleransi, harmoni dan perpaduan antara manusia. Menekankan individu sebagai pusat hubungan manusia Menekankan hubungan baik dalam keluarga dan antara angggota masyarakat. (1 fakta 1 markah, maksima 3 markah) Diterima mana-mana yang munasabah. (b) LIMA masalah kepenggunaan: Inflasi: Menaikkan harga barang Menurunkan nilai mata wang tempatan mengurangkan kuasa beli pengguna

Kekurangan penawaran barang kekurangan penawaran barang keperluan akan menjejaskan taraf hidup rakyat menggalakkan aktiviti menyorok barang menaikkan harga barangan Keselamatan pengguna Penjualan barang tiruan Penjualan barang lama yang telah tamat tarikh luputnya Penjualan barang yang tidak berkualiti daripada luar Negara pada harga yang murah ekoran dasar lambakan. Pencemaran alam sekitar Penggunaan bahan kimia, pembuangan sisa toksik, tumpahan minyak dan pendedahan kepada bahan radioaktif Boleh membawa penyakit, memusnahkan hidupan air dan darat serta menjejaskan taraf hidup rakyat

Kekurangan maklumat Pengguna jahil tentang hak-hak mereka Penyebaran maklumat yang tidak betul atau tidak tepat mengenai keluaran dan pengiklanan yang mengelirukan (1 fakta 1 markah, huraian 1 markah: 1F + 1H = 2m) (c) Peranan : (i) Better Business Bureau membekalkan maklumat perniagaan menyelesaikan sesuatu aduan membekalkan maklumat kepenggunaan menawarkan khidmat timbangtara menggalakkan aktiviti perniagaan beretika menyebarkan maklumat melalui media massa (maksima 4 markah) (ii) Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: mengawal dan memantau aktiviti perdagangan memberi perlindungan kepada pengguna mendaftar dan menyelia syarikat mendaftar perniagaan mentadbir aspek hak cipta mengamalkan sistem perniagaan yang lebih baik (maksima 5 markah) SOALAN 8 (a) Bentuk Komunikasi Ketua Eksekutif

Ketua Jabatan B Ketua Jabatan C Ketua jabatan A Penyelia C Penyelia B Penyelia A

Mendatar Menegak Melintang (1 markah) ( 1 markah)

(1 markah)

Komunikasi Menegak : dalam rajah, Ketua jabatan A member arahan kepada penyelia A antara peringkat bahagian atas / ke bawah komunikasi dua hala lebih kerap objektif ialah menggalakkan interaksi dan dapat member motivasi (maksima 3 markah) Komunikasi Mendatar : dalam rajah, Penyelia A berbincang dengan penyelia B antara sama taraf, jawatan , unit kaedah menyelesaikan masalah secara berkumpulan objektif ialah selaraskan kerja atau menyelesaikan masalah secara menyeluruh ( maksima 3 markah) Komunikasi Melintang : rajah, Ketua Jabatan C ingin mendapatkan maklumat tentang operasi jabatan C daripada penyelia B tidak formal bawahan bahagian lain dan atasan bahagian lain tujuan, kurangkan birokrasi (maksima 3 markah) (b) 4 kelebihan komunikasi lisan dengan contoh:

1. mesej boleh dihantar dengan cepat [1 m], contohnya menyampaikan berita melalui media elektronik [1 m] 2. gabungan penggunaan peralatan visual dan peralatan audio membolehkan mesej disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik, contohnya mengiklan melalui televisyen 3. maklum balas boleh diterima dengan cepat daripada penerima jika timbul sesuatu masalah yang memerlukan penyelesaian segera, contoh yang sesuai 4. penghantar boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada penerima sekiranya maklum balas yang diterima sukar difahami, contoh yang sesuai. (maksima 8 markah) (c) 5 kaedah mendengar dengan berkesan: mendengar dengan penuh kesabaran berusaha untuk memahami perasaan pihak yang bercakap peruntukkan masa yang mencukupi untuk mengadakan perbincangan mengelak daripada mengemukakan soalan secara langsung dan member pendapat yang bercanggah kemukakan soalan yang ringkas berusaha untuk mengenal pasti sebarang perkara yang tidak diluahkan atau fakta yang tertinggal memberi pandangan yang ikhlas berusaha untuk memfokus kepada kandungan maklumat, jangan mencelah sehingga pihak yang bercakap berhenti bercakap mengelak daripada membuat penghakiman sehingga semua maklumat atau fakta dinyatakan. ( maksima 5 markah, terima mana-mana yang munasabah) Mana-mana 5, atau lain-lain isi relevan 1

You might also like