Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan
GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR
PENGENALAN

Pemarkahan skrip jawapan pelajar atau calon dalam menjawab soalan terutamanya soalan berbentuk subjektif memerlukan satu pendekatan atau kaedah. Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh menjadi alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM) yang sesuai, diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih daripada seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahannya.

Tugasan ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Sebagai melengkapkan tugasan ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.

- 1-
Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan
GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan
KRITERIA PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN

Memeriksa skrip jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut.

(i)
Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan
maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak
soalan
(ii)
Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran
menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan
matang serta penggunaan bahasa yang tepat
(iii)
Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan,
kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan
kreativiti dalam teknik penulisan
PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM)

Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi ujian sumatif contohnya seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

- 2-
Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan
GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei yang digunakan sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh pemeriksa. Kaedah pemarkahan tersebut ialah kaedah analitik (analisis / perincian ) dan kaedah holistik (atau global , impresif, tanggapan ) (Abdul Aziz (1993: 155). Pemarkahan holistik boleh digabungkan dengan pemarkahan analitik, dan boleh dinamakan kaedah eklektik.

KAEDAH PEMARKAHAN ANALITIK

Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur- unsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan keber sepaduan unsur-unsur berkenaan.

Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan

- 3-
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more