You are on page 1of 14

PANDUAN TUTOR 35

Lampiran IV

Spesimen Kertas
Peperiksaan
(Masa: 3 Jam)
.../-
Salinan Spesimen
Nombor indeks:

Sesi Akedemik 2007


Peperiksaan Penggal Kedua
Disember 2007

WLA105
Pendidikan Moral
Masa: 3 Jam

Arahan:

1. Pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi Sembilan (9) helai kertas


bercetak sebelum memulakan peperiksaan.

2. Kertas ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan B.

3. Jawab semua soalan di Bahagian A pada kertas jawapan MCQ yang


disediakan.

4. Jawab semua soalan di Bahagian B pada buku jawapan yang disediakan.

5. Sila tulis nombor indeks anda pada bahagian atas kanan kertas soalan ini
dan pada kertas jawapan MCQ.

6. Sila ikatkan kertas jawapan MCQ dengan kertas soalan.

7. Kertas peperiksaan atau sebarang kertas bercetak tidak dibenarkan dibawa


keluar dari dewan peperiksaan.

8. Tiada sebarang buku rujukan, kamus atau nota dibenarkan di dalam dewan
peperiksaan.

.../-
2

Bahagian A

Soalan Objektif
(30 markah)

Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang paling sesuai. Tandakan
jawapan anda pada kertas jawapan MCQ yang disediakan.

1. Perhatikan ciri-ciri di bawah. Nilai yang manakah mempunyai ciri-ciri tersebut?

I. Nilai ini mungkin diterima atau ditolak oleh peraturan sesebuah


masyarakat.

II. Nilai ini berubah-ubah dan tidak menentu.

III. Nilai ini akan berubah mengikut masa dan zaman.

A. Nilai subjektif
B. Nilai objektif
C. Nilai relatif
D. Nilai mutlak

2. Di antara pernyataan-pernyataan di bawah, yang manakah TIDAK BENAR?

A. Nilai mutlak biasanya sah dalam hampir semua situasi moral.


B. Nilai instrumental tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai
matlamatnya.
C. Nilai objektif ialah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi kerana nilai
ini berdasarkan satu set kriteria.
D. Nilai subjektif mungkin diterima atau ditolak oleh seseorang mengikut
pandangan sendiri.

3. Bila individu berkawan dengan seorang ahli profesional yang berjaya


semata-mata untuk mendapatkan pertolongannya, sifat peramahnya
merupakan nilai .

A. ekstrinsik
B. relatif
C. intrinsik
D. mutlak

.../-
3

4. Di antara pernyataan-pernyataan di bawah, yang manakah merupakan


pernyataan normatif?

A. Beg saya terletak di atas kerusi tinggi itu.


B. Ramai pemuda-pemudi gemar melayari Internet di kafe siber.
C. Mereka akan membeli kereta baru tidak lama lagi.
D. Bersenamlah untuk kesihatan badan.

5.
Kesalahan: Melakukan zina

Nigeria: Hukuman mati

Malaysia: Hukuman penjara


Berdasarkan situasi di atas, nilai yang paling sesuai ialah nilai .

A. subjektif
B. relatif
C. objektif
D. mutlak

6.
“Nilai yang mana patut diutamakan atau dipilih?”

Strategi penyelesaian masalah yang manakah menggalakkan manusia


mempertimbangkan persoalan di atas?

A. Pencairan masalah
B. Pembinaan hierarki
C. Analisa nilai
D. Kompromi

7. Agama atau kepercayaan yang mementingkan doa umum dan upacara


untuk mewujudkan saluran dan egen mengimbangkan dunia demi mengatasi
kuasa yang tidak baik ialah .

A. Taoisme
B. Buddha
C. Islam
D. Hindu

.../-
4

8. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai agama Hindu.

A. Penjelmaan dewa-dewi dikenali sebagai avatar.


B. Menurut agama Hindu, Tuhan diwakili dalam berbagai-bagai aspek dan
dikenali dengan pelbagai nama.
C. Demi mencapai penyatuan dengan Tuhan, insan haruslah bermeditasi
dan menyedari atma.
D. Penulisan dalam Bhagavad Gita adalah berkaitan dengan khutbah antara
guru dengan murid.

9. Apabila individu enggan mempengaruhi tindakan atau keputusan orang lain,


dia percaya bahawa setiap individu harus diberikan autonomi untuk membuat
keputusan sendiri, individu tersebut berpegang kepada Teori .

A. Moraliti Sosial
B. Egoisme
C. Utilitarianisme
D. Eksistensialisme

Soalan no. 10 dan 11 adalah berdasarkan situasi di bawah.

Di Afrika Selatan, kerajaan pernah mengamalkan Dasar Apartheid untuk


mendiskriminasikan rakyat kulit hitam dalam segenap hal berkaitan politik,
budaya, pendidikan, ekonomi, sosial dan perumahan.

10. Di antara jenis diskriminasi di bawah, yang manakah paling sesuai menerangkan
situasi di atas?

A. Diskriminasi jantina
B. Diskriminasi ras
C. Diskriminasi politik
D. Diskriminasi umur

11. Situasi di atas merupakan contoh yang mencerminkan Teori .

A. Moraliti sosial
B. Kewajipan
C. Eksistensialisme
D. Egoisme

.../-
5

12. Kumpulan yang menyokong pengguguran bayi dikenali sebagai .

A. Pro-life
B. Pro-chance
C. Pro-choice
D. Pro-right

13. Di antara pernyataan-pernyataan di bawah, yang manakah pernyataan


yang TIDAK BENAR?

A. Semua agama di Malaysia menentang hubungan sejenis.


B. Dalam isu alam sekitar, konteks antroposentrisme mengatakan bahawa
tindakan mengeksploitasikan alam sekitar boleh dijustifikasikan jika
hasilnya membawa keseronokan kepada orang ramai.
C. Salah satu masalah yang mungkin timbul di kalangan pasangan yang
bersekedudukan ialah kesukaran meninggalkan harta kepada pasangan
seandainya seorang daripadanya meninggal dunia.
D. Pengguguran dibenarkan di kalangan mangsa rogol kerana kandungan
mereka itu tidaklah mengikut kehendak mereka sendiri.

14.
I. Sering memihak kepada pihak yang berautoriti kerana mereka lebih
mampu menegaskan kemahuan berbanding dengan mereka yang
lemah.

II. Mengandaikan nilai-nilai yang berkonflik boleh dicapai pada kadar


tertentu.

Ciri-ciri di atas merupakan kelemahan-kelemahan Strategi .

A. Analisa nilai
B. Kompromi
C. Pembinaan hierarki
D. Pencairan masalah

15. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai agama Kristian.

A. Dalam agama Kristian, musim Lent ialah untuk menghayati pengorbanan


Jesus ketika bertapa selama 40 hari di gurun.
B. Penganut agama Kristian percaya kepada konsep syurga dan neraka.
C. Sepuluh Rukun ataupun The Ten Commandments tercatat dalam Kitab
Injil Baru.
D. Dua rukun utama yang diperkenalkan oleh Jesus ialah cintai Tuhan
dengan seluruh hati dan cintai jiran sepertimana individu mencintai
dirinya.
.../-
6

Pernyataan Benar dan Salah


(30 markah)

Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Tandakan =A= untuk pernyataan


yang BENAR dan =B= untuk pernyataan yang TIDAK BENAR pada kertas
jawapan MCQ yang disediakan.

16. Mengikut agama Buddha, individu yang sentiasa bertindak moral akan
mencapai karma, iaitu tidak akan dilahirkan semula.

17. Etika Keperibadian Mulia bersifat dogmatik dan mementingkan disiplin


hidup manusia.

18. Salah satu ciri insan bermoral ialah peka terhadap peraturan dalam
masyarakat.

19. Menurut Aristotle, seseorang yang bermoral haruslah percaya kepada


kehadiran Tuhan dan tindakannya mestilah menurut nilai-nilai agama.

20. Dua prinsip etika yang penting dalam membantu individu membuat keputusan
dan tindakan yang bermoral adalah kepedulian dan keadilan.

21. Di Malaysia, seseorang individu yang didapati bersalah dalam isu pengguguran
boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun.

22. Etika Utilitarianisme dikenali sebagai Prinsip Kebahagiaan Terbanyak.

23. Prinsip Kewajipan mendorong individu mematuhi peraturan tanpa mengira


kesan perbuatannya.

24. Al-Quran merupakan kitab suci terutama bagi penganut-penganut Islam.

25. Bila rakyat dari kumpulan minoriti tidak mendapat hak/peluang yang sama
seperti mereka dari kumpulan majoriti, diskriminasi jenis ini dikenali sebagai
diskriminasi jantina.

26. Ekosentrisme menganggap semua bentuk hidupan mempunyai nilai intrinsik,


iaitu semua hidupan mempunyai hak yang sama seperti manusia.

27. Nilai ‘ren’ dalam Konfusionisme bermaksud sikap menyayangi semua orang
dan kerelaan bermurah hati terhadap orang lain.

28. Dua rukun Islam yang penting ialah bersolat sebanyak lima kali sehari dan
berpuasa selama sebulan.

.../-
7

29. Individu yang bermoral harus memiliki konsep autonomi kerana segala
pertimbangan dan tindakannya hanya dikategorikan sebagai moral jika
mereka dibuat tanpa paksaan dari kuasa luar.

30. Jika anda memilih cara hidup homoseksual, kawan karib anda yang
berpandangan eksistensialisme tidak akan menyalahkan pilihan anda itu.

.../-
8

Bahagian B

Soalan Esei Pendek


(40 markah)

Baca dan analisakan situasi di bawah. Berikan jawapan anda berdasarkan


pengetahuan anda tentang teori-teori moral yang anda pernah pelajari. Tulis
jawapan anda pada buku jawapan yang disediakan.

Rakan anda, Azlan baru sahaja diterima masuk ke salah satu kolej berasrama
penuh. Dia merasa sungguh bernasib baik kerana usahanya dalam pelajaran
telah membolehkannya menuntut di kolej yang terkenal itu.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, anda mendapati Azlan tiba-tiba


menjauhi dirinya dan sering kelihatan muram. Bila anda menanya khabarnya,
Azlan memberitahu anda bahawa dia dianianya oleh pelajar-pelajar ‘seniornya.’
Kegiatan ‘buli’ mereka bukan sahaja membawa kesakitan akibat daripada
kecederaan, malah kepercayaan dirinya turut terjejas. Anda sungguh bersimpati
dengan keadaan Azlan. Azlan tidak tahu apa yang harus dibuat olehnya demi
menyelesaikan masalah itu.

1. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut diambil oleh Azlan
jika anda berpandangan Egoisme? Berikan TIGA sebab yang munasabah
untuk menyokong jawapan anda.

[10 markah]

2. Apa pula pendapat anda jika anda berpandangan Utilitarian? Berikan


DUA faktor yang dapat menjustifikasikan pendapat anda.

[10 markah]

3. Sebagai seorang pelajar yang rasional, Azlan seharusnya bijak menangani


situasi tersebut. Jika anda berada di situasi Azlan, apakah tindakan yang
mungkin anda ambil? Jelaskan jawapan anda menurut pertimbangan
moral yang sesuai.

[10 markah]

.../-
9

4. Apakah yang mendorong berlakunya kes buli dan apakah cara untuk
mengatasinya.

[10 markah]

Kertas soalan tamat

...10/-
Skema Pemarkahan Spesimen Kertas Peperiksaan
Bahagian A

1. A 6. B 11. D 16. B 21. A 26. A

2. B 7. A 12. C 17. B 22. A 27. A

3. A 8. D 13. D 18. A 23. B 28. A

4. D 9. D 14. C 19. B 24. A 29. A

5. B 10. B 15. B 20. A 25. B 30. A

Bahagian B

1. Egoisme ─ Saya tidak akan menghiraukan Azlan walaupun keadaannya


membimbangkan.

a. Egoisme membenarkan individu mementingkan diri sendiri, oleh itu, saya


tidak seharusnya bercampur tangan dalam situasi Azlan.

b. Jika saya melibatkan diri dalam situasi tersebut, saya mungkin akan
ditimpa masalah.

c. Jika saya terlibat dalam situasi Azlan, saya akan membuang masa dalam
hal orang lain.

2. Utilitarian ─ Saya akan membuat pertimbangan moral berdasarkan jumlah


kebaikan atau keburukan yang mungkin terhasil daripada perbuatan saya.
Dalam perkataan lain, saya akan memikirkan sama ada perbuatan saya
memberikan bantuan kepada Azlan akan menghasilkan lebih kebaikan
atau sebaliknya. Jika keputusan saya membantu Azlan akan menghasilkan
lebih kebaikan kepada saya, Azlan serta keluarganya, maka, saya akan
mengambil keputusan melaporkan perkara ‘buli’ kepada autoriti asrama
serta pihak polis.

3. Tindakan yang dipilih adalah berdasarkan pertimbangan utilitarian. Ini kerana


prinsip utilitarian melihat kepada tindakan yang menghasilkan kebaikan
paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak
kepada sejumlah insan yang paling ramai. Penentu kepada pertimbangan
moral ini adalah berasaskan keseronokan dan kesakitan yang wujud
bersamanya. Ini kerana kesakitan dan penderitaan yang dihadapi oleh
mangsa buli menyebabkan mangsa bangkit untuk menanganinya dengan
rasa yakin.
...11/-
Jikalau saya berada di situasi Azlan, meskipun ianya suatu pengalaman
yang menyakitkan, tetapi timbul kepuasan sekiranya saya mampu mengatasi
situasi tersebut demi kesejahteraan hidup saya yang akan datang serta
orang-orang di sekeliling saya.

Masalah buli ini tidak seharusnya membelenggu hidup saya serta mangsa
buli yang lain. Individu yang dibuli harus berani tampil membela diri dan
menangani masalah tersebut dengan bijak. Jikalau mereka tampil untuk
membela diri dan menjadikan isu ini sebagai isu yang perlu diperhatikan
bersama, saya yakin masalah ini akan dapat diatasi dengan sebaiknya.

4. Kes buli berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya kerana:

• Terlalu mengikut perasaan.

• Ingin membalas dendam kesan daripada peristiwa yang pernah dialami.

• Desakan rakan-rakan sebaya untuk membuli.

• Cemburu dan rasa tidak dihormati.

• Mendapat kepuasan dan keseronokan yang optima apabila melihat


kesengsaraan yang dialami oleh orang yang dibuli.

Cara untuk mengatasi masalah buli ialah:

• Para pelajar perlu sentiasa berada dalam kumpulan. Dengan cara ini, ia
akan menyukarkan pembuli untuk menjalankan aktiviti mereka.

• Menjauhkan diri dari kumpulan yang berisiko membuli dan kawasan yang
berisiko mempunyai pembuli.

• Mempelajari seni mempertahankan diri.

• Didikan yang sempurna serta hubungan kekeluargaan yang erat dengan


ibu bapa.

• Peranan jabatan pelajaran negeri.

• Mewujudkan talian hotline, faks atau e-mel untuk melaporkan kes buli
dengan segera.

• Membentuk badan pemantau disiplin.

• Bekerjasama dengan kementerian lain untuk menyedarkan masyarakat


tentang gejala buli dan cara mengatasinya.

...12/-
Huraian markah untuk isi Kaedah pengiraan
SANGAT BAIK 7 – 10 markah
Penyampaian idea yang relevan dan bernas serta
mengemukakan contoh-contoh yang baik (5 isi sudah
memadai)
SEDERHANA 4 – 6 markah
Penyampaian idea sesuai tetapi tidak mencapai tahap
yang memuaskan. Tiada contoh-contoh ataupun
contoh-contoh kurang sesuai.
LEMAH 1 – 3 markah
Penyampaian idea lemah, isi tidak relevan dan bahasa
tersekat-sekat. Tiada contoh.

...13/-

You might also like