You are on page 1of 4

Latihan Soalan Objektif Pendidikan Kesihatan

Tingkatan 1: keselamatan (buli, dibuli dan


gangsterisme)

Soalan Objektif

Arahan: Pilih jawapan yang tepat dan jawab semua


soalan

1. Apakah maksud buli.

a. Serangan daripada individu atau kumpulan


terhadap diri kita.
b. serangan daripada dua pihak yang sama
kuasa, yang saling beraksi berbalas.
c. Mengasari individu lain secara samaada dari
segi emosi, mental dan fizikal.
d. Mencemuh rakan sekelas dan individu lain.

2. Kategori buli terdiri daripada..

a. Buli fizikal dan buli verbal.


b. Buli emosi dan mental.
c. Buli emosi dan buli fizikal.
d. Buli fizkal dan buli balik
3. Antara berikut yang manakah dikategorikan
sebagai buli secara fizikal?

a. Mengugut.
b. Mengejek.
c. Mempersenda.
d. Memukul.

4. Maksud gangsterisme adalah.

a. Kegiatan jenayah dalam kegiatan membuli.


b. Kegiatan kumpulan kongsi gelap dalam satu
kegiatan jenayah.
c. Kegiatan tidak bermoral.
d. Kegiatan rakan kongsi dalam jenayah.

5. Berikut merupakan faktor penyebab perbuatan


buli, dibuli dan gangsterisme kecuali..

a. Ingin mendapat kepuasan diri.


b. Ingin menunjukkan kuasa.
c. Pengaruh rakan sebaya.
d. Ingin hidup berdikari.
6. Berikut merupakan kesan buli dan gangsterisme
terhadap mangsa kecuali..

a. Takut untuk ke sekolah.


b. Emosi dan mental terganggu.
c. Berasa berkeyakinan.
d. Berasa rendah diri.

7. Antara berikut yang manakah BUKAN punca kes


buli.

a. Kurang didikan agama.


b. Kurang pemantauan daripada ibu bapa dan
guru.
c. Keluarga yang harmoni dan berkasih sayang.
d. Tidak patuh kepada peraturan dan undang-
undang.

8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku


kes buli di sekolah.

a. Berlari keluar dari sekolah.


b. Mendiamkan diri.
c. Mengajak si pembuli untuk bergaduh.
d. Memberitahu kepada guru atau kaunselor di
sekolah.
9. Mengapakah para pelajar perlu menjauhi gejala
buli di sekolah?

a. Menyebabkan pelajar semakin berkeyakinan.


b. Menyebabkan pelajar tahu apa itu buli.
c. Menyebabkan pelajar terganggu dari segi
pelajarannya di sekolah.
d. Menjadikan pelajar seorang yang tabah.

10. “Seorang individu melakukan gangsterisme di


jalan raya semasa menunggang motosikal”

Berdasarkan petikan di atas, apakah


ketidakpatuhan peraturan yang mungkin individu
tersebut lakukan semasa menunggang motosikal.

a. Memakai topi keledar.


b. Berhenti pada simpang apabila lampu
isyarat berwarna merah.
c. Memotong kenderaan di hadapan apabila
melalui jalan kawasan sekolah.
d. Memberikan lampu signal sebelum
memasuki simpang.

You might also like