You are on page 1of 5

LAPORAN TAHUNAN

KELAB BADMINTON
2016

UNIT KOKURIKULUM
LAPORAN TAHUNAN KELAB BADMINTON 2016

1. PENGENALAN

Kelab Badminton tahun 2016 diuruskan oleh lima orang guru yang diketuai
oleh En. Rosmauzan bin Muktar, selaku guru penasihat Kelab Badminton. Aktiviti
atau rancangan tahunan adalah seperti yang dirancangkan berdasarkan tarikh
takwim kokurikulum 2016. Ahli kelab berjumlah 36 orang murid dan ahli
jawatankuasa murid adalah seperti yang berikut:

AHLI JAWATANKUASA TAHUN

PENEGRUSI : Ahmad Fathul Mumin bin Ahmad Hisham 6IQ

N. PENGERUSI : Farah Irdiya bt. Lutpi 6IQ

SETIAUSAHA : Nurin Afiqah bt. Rinozamrudin 6IQ

P. SETIAUSAHA : Anis Nasuha bt. Razali 5IQ

BENDAHARI : Nur Alyia Nabila bt. Samsubahari 6IK

P. BENDAHARI : Nur Alya Nabihah bt. Mohd Hazzil 5IQ

AJK : Muhammad Wafiy bin Muhammad Asyran 6IS

Abdullah Al Haddad bin Zabidi 6IS

Nur Alifah Ilyana bt. Ahmad Yusrizal 6IS

Siti Nur Aqilah bt. Muda 6IK


Muhammad Amirul Amin bin Rozaidi 5IQ

2. AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi Kelab


Badminton ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamatnya iaitu;

(i) Mendedahkan pelajar tentang asas, teknik dan peraturan permainan


badminton.

(ii) Melahirkan pemain yang berpotensi dan berkualiti utk mewakili sekolah.

(iii) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan.

Pertama sekali, kesemua ahli telah diberikan latihan teori mengenai


badminton yang menyediakan pengetahuan tentang permainan ini seperti sejarah
permainan badminton, saiz serta jenis gelanggang dan peraturan permainan.
Kemudian, ahli-ahli diberikan latihan fizikal bagi menyediakan murid-murid untuk
mempelajari kemahiran asas permainan ini. Latihan fizikal yang dimaksudkan ialah
latihan ketangkasan. Guru melatih murid pergerakan yang digunakan dalam
permainan ini.

Setelah murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal, semua ahli diberi
latihan kemahiran asas bermula dengan cara memegang raket sehinggalah cara-
cara membuat servis. Kemahiran asas yang telah diajar adalah seperti berikut:

1. Memegang Raket
3 cara pegangan asas iaitu :
1. pegangan depan(forehand grip)
2. pegangan kilas (backhand grip)
3. pegangan rata (flatgrip)

2.Membuat Servis
2 jenis servis iaitu :
1. Sevis rendah
- Servis rendah depan
- Servis rendah kilas
2. Servis tinggi
- Pukulan hadapan
- Pukulan kilas
- Pukulan lob
- Pukulan smesy

Latihan-latihan kemahiran asas ini disertakan dengan amali latihan secara


perseorangan, berpasangan dan berkumpulan. Bagi murid tahun 5 dan 6 yang telah
mahir dengan kemahiran permainan, murid dibenarkan untuk bermain dalam bentuk
pertandingan.

Setelah segala kemahiran diajar, pertandingan antara ahli dilaksanakan. Terdapat 2


acara iaitu acara perseorangan dan beregu. Murid bermain bersama rakan sealiran
dahulu dan pemenang akan bertanding dengan ahli bagi aliran yang lain.

3. PENILAIAN

Penilaian bagi kesemua ahli dilakukan sepanjang aktiviti latihan kemahiran dan juga
pertandingan. Guru menilai prestasi murid dari masa ke semasa.

You might also like