You are on page 1of 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PANDUAN PENTADBIRAN
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

INSTRUMEN
APTITUD AM
TAHUN 4
(IAA_T4)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 INSTRUMEN APTITUD AM 5

3.0 KERANGKA KONSEP PEMBINAAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4 8

4.0 KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4 11

5.0 FORMAT DALAM INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4 11

6.0 CARTA ALIR PENTADBIRAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4 12

7.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP) 13

7.1 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik: 13

7.2 Penyimpanan Dokumen 13

7.3 Dokumen Murid Pindah dan masuk 14

8.0 PERANAN BAHAGIAN 14

8.1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI


(SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) 14

8.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 14

8.3 GURU BESAR 15

8.4 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA


(GBKSM)/ GURU
BIMBINGAN DAN KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN (GBKLD) 15

8.5 GURU 15

Lampiran 1 16

Lampiran 2 17

RUJUKAN 18

2
1.0 PENGENALAN

Ujian Aptitud digunakan untuk meramal kejayaan seseorang di masa akan datang
(Chatterjee, 2007). Aptitud seseorang adalah berbeza antara satu sama lain.
Maklumat daripada ujian ini menunjukkan kebolehan seseorang dalam sesuatu
bidang dan kebolehan mempelajari sesuatu, kebolehan spesifik yang diperlukan
untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau kapasiti seseorang itu untuk berjaya di
dalam bidang yang akan diceburinya. Salkind dan Rashmussen (2007)
mendefinisikan aptitud sebagai ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung
kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu atau kemahiran. Kubiszyn dan
Borich (2003) mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang.
Pelbagai definisi mengenai aptitud ini bolehlah disintesiskan sebagai kebolehan
seseorang individu mempelajari sesuatu dan melakukan sesuatu kemahiran dengan
mudah dan pantas.

Ujian Aptitud ditadbir untuk meramal kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.
Sebagai contoh Scholastic Assessment Test (SAT) yang dahulunya dikenali sebagai
Scholastic Aptitude Test diduduki oleh pelajar Amerika Syarikat sebagai kelayakan
untuk meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi (Gregory, 2007). SAT
menguji kemahiran menaakul matematik, algebra, geometri, kefahaman membaca,
pengetahuan perbendaharaan kata dan kemahiran menulis. Instrumen Aptitud Am
untuk murid Tahun 4 ini menguji aras pemikiran tinggi seperti penyelesaian masalah
dan menaakul. Penyelesaian masalah dan menaakul ini adalah kemahiran berfikir
aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid untuk mereka berjaya dalam bidang yang
akan diceburi di masa akan datang.

Terdapat ramai murid yang berbakat tetapi kurang motivasi untuk ke sekolah dan
tidak berminat untuk belajar (Suppiah, Kamarulzaman Kamaruddin dan rakan-
rakannya, 2009). Antara faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah sekolah
menitikberatkan hanya aspek kognitif. Aspek kecerdasan yang lain seperti
kecerdasan muzik dan kecerdasan naturalis kurang diberikan penekanan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian aptitud ini dapat membantu
guru untuk:
i. mengenal pasti faktor yang menjana atau menghalang perkembangan
kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup
seseorang murid.

3
ii. mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan
murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi,
berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Kaedah
pembelajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah ialah simulasi, main
peranan, persembahan dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang sama,
guru juga boleh mentaksir murid dengan memberikan peneguhan semasa
sesi maklum balas.
iii. membantu meningkatkan keyakinan diri murid. Apabila guru dapat
menyedarkan seseorang murid itu mengenai kecenderungannya dalam
sesuatu jenis kecerdasan, maka murid itu tidak perlu berasa rendah diri jika
mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran.

4
2.0 INSTRUMEN APTITUD AM

Instrumen Aptitud Am menguji kemahiran menyelesaikan masalah numerik,


penaakulan numerik, penaakulan Bahasa Melayu dan penaakulan Bahasa Inggeris.
Instrumen ini ditadbirkan kepada murid Tahun 4 untuk mengetahui kemajuan dalam
pembelajaran yang telah dilalui selama tiga tahun di sekolah. Instrumen ini
dibangunkan adalah bersandarkan kepada teori perkembangan kognitif dan tidak
berdasarkan kurikulum kebangsaan.

Ahli psikologi Eropah telah mengenal pasti asas pembentukan mental dan
hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Ahli kognitif juga telah
membuktikan bahawa manusia dapat mengkaji serta menghuraikan pembentukan
keupayaan mental berkembang dan sumbangan yang boleh diberikan oleh
perkembangan mental dalam setiap tahap perkembangan manusia. Pendapat ini
adalah berbeza dengan pendapat ahli teori pembelajaran tingkah laku. Pakar teori
perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia,
berupaya atau berpotensi besar untuk menggunakan segala keupayaan mental yang
ada. Keupayaan mental ini boleh digunakan untuk melakukan sesuatu tindakan atau
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang


diterima. Justeru, ahli teori perkembangan kognitif memegang prinsip bahawa setiap
orang merupakan ahli fikir yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu
berdasarkan kebolehan masing-masing. Model instrumen ini adalah berdasarkan
Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977). Pada pendapat Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran.

Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977)
perlu difahami sebelum kita membincangkan tahap perkembangan kognitif kanak-
kanak. Konsep-konsep tersebut ialah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan
keseimbangan.

Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau
bertindak dengan cara yang tertentu. Dengan kata lain, skema merupakan model
tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri
dengan persekitaran. Sejak dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa

5
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya ialah gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, dan menggerakkan tangan serta kaki.
Dalam hal ini, skema boleh wujud menerusi gerakan fizikal atau gerakan mental.
Misalnya, skema pegang merupakan struktur kognitif yang menjadikan semua
tindakan berhubung dengan memegang dapat dilakukan. Skema yang ada pada bayi
akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas terhadap persekitarannya.

Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang
sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur
kognitif seseorang. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada seseorang.
Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam persekitarannya,
misalnya pembelajaran cara makan ala Barat, ia biasanya akan menggunakan
pengalaman, pandangan dan mentafsirkan situasi pembelajaran tersebut untuk
menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya. Contohnya, cara
hidangan orang Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah
kiri pinggan makan. Ini dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.

Akomodasi pula adalah suatu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi


berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang belum
lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap perubahan
ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur dua tahun
yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan objek baru kereta
dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap kereta mainan itu.
Dengan kata lain, akomodasi merupakan sesuatu proses psikologi yang berlaku
semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk mengubah struktur
kognitif bagi mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapi.

Adaptasi adalah suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi


untuk disesuaikan dengan persekitaran. Menurut Piaget, adaptasi merupakan proses
perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi berlaku kerana
kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan
persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah
mengubahsuai dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan
tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran
sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.

6
Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.
Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan
semasa proses pengubahsuaian diri, maka seseorang itu tidak lagi perlu
memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran baharu tidak berlaku. Ini
bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi pun belum berubah. Oleh
itu, perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan
keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema sedia
adanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitarannya, keadaan keseimbangan
antaranya dengan persekitaran akan hilang dan lenyap. Dalam keadaan ini, ia harus
mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitaran bagi
memulihkan keseimbangan kemudiannya. Konsep-konsep ini boleh digunakan oleh
guru sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Bahagian seterusnya membincangkan tahap perkembangan mental yang diasaskan
oleh Piaget (Piaget, 1970).

Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan


yang tersendiri. Kanak-kanak dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan
peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah penting bagi
perkembangan peringkat yang berikutnya, kerana ia mempengaruhi perkembangan
di peringkat berikutnya.

Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu
semasa proses perkembangan yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan
kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut
ialah:
i. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)
ii. Tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)
iii. Tahap operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)
iv. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)
Pada tahap sensori motor atau deria motor, Piaget menekankan bayi dapat melihat
objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai sapu tangan
diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di sebalik
sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi
menyebabkan dia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun

7
begitu, deria bayi berkembang dengan cepat dan dengan itu dia dengan cepat
memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula dengan gerak balas.

3.0 KERANGKA KONSEP PEMBINAAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4

Pendekatan

Analisis logikal
Kemahiran
pakar
Teori penaakulan bahasa,
Piaget penaakulan Instrumen
Model asas
(1970) Aptitud Am
matematik dan pembinaan
penyelesaian masalah instrumen Tahun 4
Taksonomi
Bloom bahasa dan
matematik Teori Pengujian
Klasik dan Teori
Pengujian Moden

Rajah 1 : Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen

Pada tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun), kanak-kanak telah mula menguasai
bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Kebolehan menggunakan
lambang sebagai ganti benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada terikat
kepada benda atau kejadian yang berkenaan. Walau bagaimanapun, perkembangan
bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Di samping memperkaya
kefahaman tentang alam maya, kanak-kanak juga bertambah daya untuk
berimaginasi dan berfantasi di dalam dunia berpura-pura pada tahap ini.

Selain itu tumpuan perhatian dan ingatan mereka juga bertambah. Menurut Piaget,
kanak-kanak pada tahap ini berada dalam peringkat praolahan, iaitu mereka masih
belajar untuk mengaitkan perkataan dan lambang dengan cara intuisi dan bukannya
dengan penaakulan. Mereka masih berada pada tahap permulaan pembinaan
konsep, iaitu pada tahap mengkelas benda dan kejadian. Konsep yang dibentuk juga
masih jauh daripada kesempurnaan. Tumpuan perhatian dan ingatan mereka juga
bertambah. Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi
lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam tahap ini, iaitu:

8
i. perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira
ii. melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan
digenaralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil
iii. hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang
kemajuan dan sesuatu objek.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan kepada tiga
fenomena mental yang penting, iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,
ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian kepada
hubungan antara peristiwa-peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan
utama proses kognitif pada tahap ini, iaitu egosentrik, konsep sebab-akibat,
peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.

Pada tahap operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) kanak-kanak telah dapat menguasai
konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Dengan kebolehan
itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan
seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda
sekalipun. Selain itu dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat
menguasai susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pada
peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri tetapi mula beralih
perhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika. Kebolehan
itu menyebabkan kanak-kanak dapat mempertimbangkan saiz dan isi atau saiz dan
berat serentak. Proses pemisahan diri ini membolehkan kanak-kanak memahami
konsep pembalikan kepada keadaan asal. Contohnya air di dalam tabung yang tinggi
dan runcing dan air di dalam tabung yang rendah dan besar jika dituangkan ke
dalam bekas yang lain mempunyai kuantiti air yang sama banyak.

Operasi mental bertugas hanya apabila kanak-kanak mengemukakan keterangan


yang diperoleh secara langsung. Pada tahap ini kanak-kanak dapat menumpukan
perhatian mereka kepada sesuatu bidang dan memahami proses konservasi melalui
kuantiti perturutan proses. Konservasi dirujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk
memahami bahawa bahan akan tetap sama daripada segi bahan, berat dan isi padu
selagi tidak ditambah atau dikurangkan. Pada tahap ini kanak-kanak dapat

9
menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat menyatukan
dua atau lebih kelas dalam satu kelas; reversibility, iaitu satu kemungkinan yang
tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan penggabungan, iaitu
membuat penyampaian dalam pemikiran. Hasil daripada cara penyelesaian yang
berbeza itu dapat menunjukkan keputusan yang sama dan akhirnya mereka telah
dapat memahami identiti sesuatu objek.

Pada tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun) pula, tahap perkembangan
kanak-kanak berada pada peringkat tertinggi. Piaget mempercayai bahawa pada
umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang bermakna, membuat
sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif
manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan
penghuraian pendapat seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan
yang paling nyata ialah pembentukan konsep. Kanak-kanak telah dapat membuat
keputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Pada peringkat
ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan
rasional dengan cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya
menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga
mempunyai kemahiran bahasa iaitu boleh menggunakan lambang dalam pemikiran
mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina konsep yang abstrak pada had-
had tertentu.

Pembangunan Instrumen Aptitud Tahun 4 yang mengukur kemahiran menaakul


bahasa dan menaakul matematik adalah berdasarkan teori Piaget. Pada peringkat
ini kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini kanak-kanak
dapat menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat
menyatukan dua atau lebih kelas dalam satu kelas. Konsep reversibility, iaitu satu
kemungkinan yang tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan
penggabungan (association), iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran.
Kemahiran kognitif inilah yang diperlukan oleh murid yang berumur 10 tahun untuk
melakukan penaakulan dan menyelesaikan masalah.

10
4.0 KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM INSTRUMEN APTITUD AM
TAHUN 4

Kemahiran yang diukur dalam Instrumen Aptitud Am Tahun 4 ialah:

i. Domain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menguji kemahiran menaakul


seperti kemahiran perkataan, konsep verbal dan aplikasi kritikal. Kemahiran
perkataan menguji keterampilan murid mengeja perkataan, memahami
makna perkataan dan menggunakan perkataan dengan betul. Konsep verbal
pula menguji kecekapan murid memahami maksud yang tersirat dalam
sesuatu perkataan. Aplikasi kritikal menguji kemahiran membaca yang
merangkumi kefahaman, menganalisis dan seterusnya membuat kesimpulan
terhadap apa yang telah dibaca.
ii. Domain Matematik pula menguji sistem numerik, penyelesaian masalah,
penaakulan matematik untuk tugasan logik nombor dan membuat persepsi.
Penyelesaian masalah memerlukan murid membuat penaakulan dengan
menganalisis maklumat yang diberikan dalam tugasan. Aspek sistem numerik
memerlukan murid menterjemahkan simbol yang mewakili nombor.
Kemahiran menambah, menolak, membahagi dan mendarab diperlukan
untuk menyelesaikan masalah sistem yang diberikan kepada murid.
Penaakulan matematik pula memerlukan murid menganalisis maklumat yang
diberikan untuk menghasil logik dan membuat persepsi bagi menyelesaikan
masalah matematik.

5.0 FORMAT DALAM INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4

Instrumen Aptitud Am Tahun 4 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa


Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan bagi
instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud
Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur
kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh
ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 4.

11
6.0 CARTA ALIR PENTADBIRAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 4

MAKLUMAT PENTADBIRAN INVENTORI

Masa : sepanjang sesi persekolahan


Murid dikumpulkan Sasaran : Instrumen Aptitud Am Tahun 4 (IAAT4)
Tempat : Sesuai dan kondusif

Edaran inventori dan Pelaksaan Instrumen Aptitud Am Tahun 4 (IAAT4)


borang jawapan

Arahan: Murid hendaklah menjawab di atas borang


jawapan.
Penerangan
Kertas soalan ini tidak boleh diconteng dan perlu
dikembalikan
Penstrukturan: Etika kerahsiaan dan limitasi

Murid menjawab soalan Masa : 1 jam 30 minit mengikut keperluan murid

Pengiraan skor GBKSM/GBKLD akan memeriksa jawapan dan


memberikan skor

Pengisian Skor dalam


Borang Profil GBKSM/GBKLD akan memberikan pentafsiran skor
Psikometrik (BPP) dan menyediakan profil

Pengesahan Guru Besar


Fail Profil Psikometrik (Terhad)
Penyimpanan fail BPP Simpan mengikut urutan nama
Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Rajah 2 : Pentadbiran dan Pengurusan Instrumen Aptitud Am Tahun 4

12
7.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP)

7.1 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik:

7.1.1 Jenis Profil Psikometrik:

a. Profil Individu: Profil Instrumen Aptitud Am Tahun 4


(IAA_T4) seorang pelajar (Borang Profil Psikometrik:
BPP)

b. Profil Umum: Peratusan dapatan Instrumen Aptitud Am


Tahun 4 (IAA_T4) semua murid.

*Penting:

Skor Pentaksiran Psikometrik TIDAK TERMASUK dalam lain-lain


komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Skor tersebut
dilaporkan secara berasingan.

7.2 Penyimpanan Dokumen

Penyimpanan dokumen bermaksud semua Borang Profil Psikometrik


(BPP) iaitu Skor Instrumen Aptitud Am Tahun 4 (IAA_T4) diurus dan
disimpan mengikut ketetapan berikut;

7.2.1 Personalia yang bertanggungjawab: Guru Bimbingan dan


Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)/Guru Bimbingan dan
Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD)

7.2.2 Lokasi penyimpanan: Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

7.2.3 Penyimpanan maklumat: BPP disimpan secara urutan abjad


nama murid mengikut tingkatan (Fail PBS – Pentaksiran
Psikometrik)

7.2.4 Terdapat 2 jenis fail yang perlu disediakan oleh


GBKSM/GBKLD

a. Fail yang mengandungi data utama, Borang Profil


Psikometrik (BPP) dan borang jawapan setiap murid.
b. Fail yang mengandungi graf dan analisis data
Instrumen Aptitud Am Tahun 4 (IAA_T4) (muat turun di
Sistem
e-Profil Kerjaya Murid: ePKM)

13
7.3 Dokumen Murid Pindah dan masuk

Sekiranya terdapat murid yang berpindah masuk atau berpindah keluar


sekolah,
dokumen PBS Psikometrik perlu diurus seperti berikut:

7.3.1 GBKSM/GBKLD menghantar salinan Borang Pentaksiran


Psikometrik (BPP) individu di dalam sampul surat yang
berasingan dengan bahan PBS yang lain.

7.3.2 Surat perlu dilakri dan di alamatkan kepada GBKSM/ GBKLD


sekolah baharu.

7.3.3 Bagi murid yang berpindah masuk, pastikan maklumat


pentaksiran diterima dalam keadaan yang sempurna dan perlu
disimpan di dalam fail PBS Psikometrik di dalam Bilik
Bimbingan dan Kaunseling.

8.0 PERANAN BAHAGIAN

8.1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (SEKTOR PEMBANGUNAN


MURID)

8.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)


dengan dibantu oleh GBKSM/ GBKLD yang telah mengikuti
sesi penataran.

8.1.2 Mengedarkan bahan Instrumen Aptitud Am Tahun 4 (IAAT4)


kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melalui Penolong
Pengarah Pendidikan Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Sektor
Pembangunan Murid.

8.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di


peringkat PPD.

8.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

8.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing


menerima bahan Pentaksiran Psikometrik.

8.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar di PPD


masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik.

8.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah.

14
8.3 GURU BESAR

8.3.1 Mengadakan perbincangan bersamaan GBKSM/GBKLD di


sekolah masing-masing.

8.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai


Pentaksiran Psikometrik.

8.3.3 Memastikan GBKSM/ GBKLD melaksanakan Pentaksiran


Psikometrik berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

8.4 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA


(GBKSM)/ GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING LANTIKAN
DALAMAN (GBKLD)

8.4.1 Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur


pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik.
8.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran
Psikometrik.
8.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran
Psikometrik.
8.4.4 Menyediakan dan menyimpan data Instrumen Aptitud Am
Tahun 4 (IAA_T4).
8.4.5 Mentadbir Instrumen Aptitud Am Tahun 4 (IAA_T4).

8.5 GURU

8.5.1 Menggunakan hasil dapatan Instrumen Aptitud Am Tahun 4


(IAA_T4) yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD
untuk penambahbaikan serta perancangan pengajaran dan
pembelajaran.

8.5.2 Menggunakan hasil dapatan Instrumen Aptitud Am Tahun 4


(IAA_T4) yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD
untuk perkembangan murid.

15
Lampiran 1

Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid

Nama Murid: ………………………………………….

Kelas:

………………………………………....

Tahun: ………………………………………….

Markah
Domain Skor Interpretasi
Penuh

Bahasa Melayu

Kemahiran perkataan 10 > 6 Baik, < 6 Kurang potensi

Kemahiran konsep verbal 15 > 10 Baik, < 10 Kurang potensi


Kemahiran aplikasi kritikal
5 > 4 Baik, < 4 Kurang potensi
(penyelesaian masalah)
Bahasa Inggeris

Word skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential

Verbal concept skills 20 > 15 Good, < 15 Low potential

Critical application skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential

Matematik
Penaakulan matematik untuk
sistem numerik dan logik 7 > 5 Baik, < 5 Kurang potensi
nombor
Penaakulan matematik untuk
membuat persepsi 4 > 3 Baik, < 3 Kurang potensi

Penyelesaian masalah 9 > 7 Baik, < 7 Kurang potensi

16
Lampiran 2

Contoh Borang Profil Kelas

Bil. Catatan
Nama Domain Domain Domain
Murid BM BI Matematik

1 2 3 4 5 6 7 8 9

1 Kemahiran perkataan
2 Kemahiran konsep verbal
3 Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)
4 Word skills
5 Verbal concept skills
6 Critical application skills
7 Penaakulan matematik untuk sistem numerik dan logik nombor
8 Penaakulan matematik untuk membuat persepsi
9 Penyelesaian masalah

Nama Guru Kelas: ………………………………….

Nama Guru Besar: ………………………………….

Tarikh: ………………………………….

17
RUJUKAN

i. Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya. 2005.
Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publication
ii. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Zurihanmi Zakariya. 2005. Psikologi
Kognitif. Johor : Penerbit UTM
iii. Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook. London : Replika Press
iv. Baumrind, D. 1991. Parenting styles and adolescence development. In
encyclopaedia of adolescence learner. R.M. Peterson A.C and Brooks-Gunn,
J.(Eds). New York : Garland
v. Baum, S., Viens, J & Slatin, Barbara. 2005. Multiple Intelligences in the
elementary school. New York : Teachers College Press
vi. Chatterji, M. 2003. Designing and using tools for educational assessment.
USA : Pearson Education
vii. Clark, R.d. dan Shileds, G. 1997. Family communications and deliquency.
Adolescence. 32(125)81-92
viii. Fatanah Mohamed. 2007. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar-pelajar
sekolah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa.
Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
ix. Gardner. H. 1983. Frames of mind: A theory of multiple intelligences. New
York : Basic Books
x. Gregory, R. 2007. Psychological testing : History, Principles and Applications.
5th Edition. Boston : Pearson International Edition.
xi. Guilford, J. P. 1959. Personality. New York : McGraw Hill Book Company
xii. Guilford,J.P.1985. The structure of intellect model. In B.B. Wolman 1st Edition.
Handbook on intelligence : Theories, measurements and applications. New
York : Wiley
xiii. Humphreys, L. G. 1979. The construct of general intelligence. Intelligence 3 :
105-120
xiv. Ibrahim Mohamed Zin. 2007. Membina dan mengesahkan instrumen
pentaksiran kecerdasan pelbagai. Tesis Doktor Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia
xv. Jensen, A. R. 1980. Bias in mental testing. New York : Free Press
xvi. Gagne, R.M. 1977. The Conditions of Learning. Third Edition. New York :
Rinehart & Winston

18
xvii. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur
xviii. Kubiszyn , T & Borich, G. 2003. Educational Testing and Measurement. 7th
ed., Singapore: John Wiley & Sons,Inc.
xix. Murphy, K.R. & Davidshofer, C. O. 1998. Psychological Testing : principles
and applications. 4th edition. New Jersey: Prentice – Hall. New York :
Psychological Cooperation
xx. Piaget, J.1970. Piaget’s Theory. Car Michael’s Manual of Child Psychology,
Vol. 1 (3rd edition). New York : Wiley
xxi. Salkind ,N.J. and Rashmussen, K. 2007. Encyclopaedia of Measurement and
Staistics. 1, London:SAGE Publications, Inc
xxii. Spearman, C. 1927. Nature of intelligence and the principles of cognition.
London : MacMillan
xxiii. Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor,
Ramlan Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah. 2009.
Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kuala Lumpur : Oxford
xxiv. Sternberg, R.J. 1994. Encyclopeadia of human intelligence. New York :
MacMillian Publishing Company
xxv. Tun Mahathir Mohamad . 2009. Merealisasikan wawasan negara. Jabatan
Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
xxvi. Wechsler, D. 1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children-
Revised
xxvii. Wells, D. 2003. Applied Consumer Science. http://myschoolnet.ppk.kpm.my

19

You might also like