You are on page 1of 21

1. Jelaskan sumbangan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal manusia. A. Pengenalan (3 markah) 1.

Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan.Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. 2.Zaman prasejarah terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, zaman Mesolitik dan zaman Neolitik. Zaman Neolitik juga dikenali sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru yang wujud kira-kira 7000 SM 3500 SM. Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia. 3.Tamadun merujuk kepada pencapaian atau kemajuan sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam yang berlaku secara berperingkatperingkat mengikut tahap kemampuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. 4. Zaman Neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia. B.Isi-Isi Penting ( 7 isi x 3 m = 21 m ) Sumbangan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal manusia. 1. Memajukan Aspek Teknologi Perkembangan aktiviti pertanian menyebabkan berlaku kemajuan dalam teknologi pertanian. Peralatan seperti tenggala dicipta sekitar 3000 SM untuk membajak tanah pertanian.Selain itu peralatan seperti sabit dan cangkul daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang tinggi. . Penciptaan roda menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan untuk mengangkut hasil pertanian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, peralatan memasak dan sebagainya. Masyarakat Neolitik juga telah berjaya menghasilkan peralatan menenun kain seperti alat pemintas benang untuk membuat pakaian.

Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. 2. Revolusi Pertanian Zaman Neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah terhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktivitivi perdagangan berkonsepkan sistem barter Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti bandar Memphis, Dhilkah dan Thebes. 3. Lahirnya Petempatan Kekal Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia. Petempatan-petempatan kekal bermula di persisiran sungai kerana kawasan tersebut subur untuk kegiatan pertanian dan bekalan makanan. Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka. Petempatan kekal mendorong kepada pertambahan penduduk dan kewujudan institusi sosial (seperti sistem kekeluargaan) yang seterusnya menjadi perintis ke arah kewujudan institusi politik (pemerintahan). Contoh petempatan di Catal Huyuk di Turki dan Jarmo di Utara Iraq.

4. Mengasaskan Kelahiran Sistem Kepercayaan dan Agama Kepercayaan manusia Neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun. Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri beragama. Masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar. Pelbagai amalan ritual telah diadakan bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir, kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contoh, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian mereka akan bertambah berlipat kali ganda. Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi yang juga merupakan kepercayaan masyarakat pada zaman tamadun awal. 5. Pengkhususan kerja Masyarakat pada zaman Neolitik telah mula mempunyai pengkhususan pekerjaan. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik dan menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar. Selain itu, pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti masyarakat zaman Neolitik dan merangsang kepada aktiviti perdagangan serta mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. 6. Membentuk Organisasi Sosial Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan yang semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya.

Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan. Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun. Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. 7. Mewujudkan Instisusi Pemerintahan Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya institusi pemerintahan untuk melahirkan sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerjakerja pembinaan empangan, terusan atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan ini menyebabkan mula munculnya sistem pemerintahan yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial daripada ancaman musuh. 8. Mengasaskan Sistem Tulisan Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan. Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat. 9. Kewujudan Bandar Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan bilangan penduduk yang membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses perbandaran yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.

10.Pertambahan Penduduk Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran dan ancaman lain. Kehidupan sebagai individu dan anggota masyarakat bertambah baik. Keadaan ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk petempatan penduduk yang semakin kompleks seperti membentuk negara kota. C. Kesimpulan (1 markah) Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan pencapaian yang telah dicapai oleh masyarakat zaman Neolitik dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial. Perubahan-perubahan yang dialami oleh masyarakat Neolitik , menjadi perintis kepada kemunculan tamadun-tamadun awal di dunia seperti tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Yunani dan Tamadun Indus.

2. Huraikankan perkembangan aspek perbandaran yang dicapai dalam tamadun Indus. A. Pengenalan (3 m)

1. Pembandaran bermula apabila manusia mula tinggal menetap dan berkumpul di kawasan yang strategik dengan pelbagai kemudahan yang wujud. 2. Derwyler dan Marcus mendefinisikan Bandar ialah suatu unit politik, iaitu suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk. 3. Kajian jelas menunjukkan bahawa masyarakat tamadun Indus memiliki pengetahuan yang tinggi dalam perancangan bandar. 4. Bandar-bandar yang terdapat di tamadun Indus seperti Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. B . Isi-isi Penting (5 x 4 m = 20) 1. Kubu pertahanan a) Kubu dibina di bahagian timur dengan tujuan untuk menghalang serangan musuh dan dijadikan benteng untuk menahan banjir. b) Bahan binaan berkualiti tinggi yang berbentuk blok empat segi. c) Bangunan terletak di sepanjang jalan dan lorong.
2. Sistem jalan raya

a) Jalan raya dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebarnya. b) Jalan-jalan dari utara ke selatan di silang oleh jalan lain pada sudut 90 darjah. c) Blok- blok yang berbentuk berukuran 130 kaki x 65 kaki. 3. Longkang dan sistem pembentungan a) Terdapat sistem pembekalan air dan pembentungan bagi rumah dan tempat mandi awam. b) Air dari rumah dialirkan ke longkang besar melalui longkang-longkang kecil. 7

c) Longkang-longkang tertutup dibina di sepanjang jalan utama. d) Longkang-longkang dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.

4. Kemudahan awam. a) Tempat mandi awam dan tandas awam dibina untuk kegunaan hamba dan buruh. b) Tempat ini terletak di jalan-jalan utama c) Pembinaan kolam mandi berukuran 30 kaki panjang, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam. d) Terdapat tangga untuk ke dasar kolam yang diperbuat daripada batu dan disadur dengan bitumen. e) Gudang besar dibina untuk menyimpan bijiran dan terdapat 27 blok dalam gudang yang dilengkapi saluran perudaraan. 5. Seni bina rumah a) Diperbuat daripada batu bermutu tinggi dan bertingkat dua atau lebih. b) Mempunyai pelan sama, tetapi saiz setiap rumah berbeza. c) Rumah dilengkapi dengan bilik tidur, serambi, sistem pemanas, bilik mandi dan perigi. d) Rumah kongsi bagi buruh dan hamba dibina dalam satu deretan dan mengandungi dua bilik dengan keluasan 20 x 12 kaki. C. Kesimpulan (2m) 8

a) Pembinaan Bandar yang terancang jelas menunjukkan tahap tamadun yang tinggi dicapai oleh masyarakat Indus. b) Hasil pembandaran ini dapat melahirkan pentadbiran dan politik yang kukuh sehingga membawa kemunculan empayar.

3. Bincangkan struktur organisasi sosial dalam tamadun Mesopotamia. A. Pengenalan ( 3 m) 1. Organisasi sosial bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang berbeza dari segi kuasa,kekayaan,gaya hidup pekerjaan dan sebagainya.Organisasi sosial dikatakan wujud sejak zaman Neolitik lagi. 2. Tamadun Mesopotamia wujud lebih kurang 3500 SM yang terletak di antara dua lembah sungai iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.Petempatan di Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria,diikuti oleh orang Babylon dan diteruskan oleh orang Assyria. 3. Terdapat struktur organisasi sosial yang unik bagi tamadun Mesopotamia. B. Isi-Isi Penting( 1. 4 x 5 m = 20 m )

Raja menduduki hirarki tertinggi dalam struktur organisasi sosial .Pemerintahan berbentuk teokrasi iaitu tidak memisahkan unsur keagamaan dengan aspek pemerintahan.Pemerintahan beraja bersifat ketuhanan bermula pada zaman dinasti awal.Raja adalah wakil tuhan dan dipilih oleh tuhan untuk mentadbir sesebuah Bandar.Raja memimpin kerajaan,menjadi ketua pentadbiran,ketua tentera dan ketua agama. 9

2.

3.

4.

Golongan bangsawan menduduki kelas kedua tertinggi dalam masyarakat Mesopotamia.Mereka digelar Amelu.Golongan ini terbahagi kepada pendeta,panglima tentera,gabenor daerah,pembawa alat kebesaran raja,dan penguasa istana. Di bawah golongan bangsawan terdapat golongan pertengahan atau Mushkinu atau ummane. Golongan ini terdiri daripada golongan professional,pedagang,pengusaha bank,doktor,jurutulis istana,dan ahli sains.Mereka adalah rakyat bebas dan mempunyai persatuan sendiri untuk menjaga kebajikan profesion mereka. Golongan paling rendah dalam masyarakat Mesopotamia adalah golongan bawahan yang terdiri daripada petani dan hamba yang digelar Hupshi.Biasanya hamba terdiri daripada orang berhutang, dan tawanan perang.Mereka akan dibebaskan sekiranya patuh kepada tuannya.

C. Kesimpulan ( 2 m) 1. Jelaslah bahawa Tamadun mesopotamia mempunyai struktur organisasi sosia yang kompleks. 2. Organisasi sosial di Mesopotamia menjadi lebih kompleks pada zaman pemerintahan Raja Hammurabi,dengan pengenalan Kod Undang-undang Hammurabi.

4. Bincangkan cara-cara pemerintah di Alam Melayu mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan empayar mereka. A. Pengenalan ( 3 m ) 1. Pemerintah bermaksud satu badan atau organisasi yang dianggotai sebilangan individu yang dilantik atau dipilih mengikut prosedur perundangan bagi menjawat jawatan tertentu untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah negara. 2. Empayar adalah sebuah kerajaan yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai wilayah, negeri atau daerah yang luas.Pemimpin bagi sesebuah empayar biasanya bergelar Maharaja. 3. Secara umumnya sesebuah empayar dibina melalui kegiatan penaklukan. Penubuhan sesebuah empayar juga didorong oleh matlamat seseorang pemerintah. 4. Contoh kerajaan empayar di Alam Melayu ialah kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka. B. Isi-isi Penting ( 5 x 4 m = 20 m ) 1. Kekuatan Ketenteraan 10

a) Mempunyai bilangan tentera yang ramai merupakan satu kelebihan kepada sesebuah empayar. b) Berjaya menguasai negeri-negeri yang kecil dan meluaskan empayar dengan meluas. c) Melaka-mempunyai tentera terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. d)Majapahit-mempunyai tentera yang ramai terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Daha, Wengker, Matahun, Lasem,Pajang dan Kabalan. e)Srivijaya-mempunyai 20,000 tentera terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Kedah Tua, dan negeri-negeri sekitar Segenting Kera. 2. Agama a) Pemerintah menggunakan ajaran agama untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. b)Pemerintah menjadi penaung kepada ajaran agama yang disebarkan di empayar mereka. c)Pemerintah mengaitkan konsep pemerintahan dengan konsep ketuhanan. d)Melaka- pemerintah mengaitkan jurai keturunan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain dan Nabi-Nabi. Raja juga dianggap sebagai bayangan tuhan.

e)Majapahit-menggunakan undang-undang agama hindu dan kitab-kitab agama untuk mengaitkan mereka dengan dewa-dewa agama hindu. f)Srivijaya- Raja-raja menggunakan kekayaan yang diperoleh untuk membiayai pengajian agama, membina kuil dan yayasan agama. 'Tuhan Vatakturah' memainkan peranan untuk memastikan taat setia rakyat kepada raja. 3. Pentadbiran yang teratur a)Memastikan pemerintah dapat menjalankan pemerintahan yang aman. b)Empayar dapat berkembang dengan meluas. c)Melaka- Mengamalkan sistem pemerintahan Pembesar 4 lipatan. d)Majapahit-Kitab Negarakertagama mengandungi maklumat yang menunjukkan Majapahit mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. e)Srivijaya-Inkripsi Telaga Batu menunjukkan Srivijaya mempunyai pentadbiran yang lengkap. 4. Konsep Daulat dan Kesaktian a)Raja dipercayai mempunyai daulat dan kesaktian. Konsep ini dikukuhkan melalui mitos tentang asal usul, jurai keturunan, serta kebolehan fizikal dan kerohaniannya. b)Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia kepada raja dan sesiapa yang 11

menentangnya akan dianggap penderhaka. c)Penderhaka akan ditimpa mudarat atau tulah dalam bentuk sumpahan atau balasan fizikal. d)Melaka-raja-raja digambarkan mempunyai daulat yang menyebabkan berlaku kesan fizikal kepada penderhaka. e)Majapahit- raja-raja dianggap penjelmaan sebagai Dewa Shiva dan Vishnu. f)Srivijaya-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa Amoghapasha Avalokitesvara. 5. Peraturan-peraturan khusus a)Kedudukan dan kebesaran seorang raja dikukuhkan melalui cara-cara berikut iaitu warna, rumah,penggunaan nobat diraja, penggunaan bahasa istana serta alat-alat kebesaran seperti ketur, kendi,kipas dan cogan. b)Melaka- pengunaan kata-kata seperti patik, beta dan lain. Warna kuning hanya untuk raja. c)Majapahit-raja-raja diagungkan melalui syair-syair yang dihasilkan oleh Sri Mudali dan Sudahrma. d)Srivijaya-raja digambarkan jelmaan dewa-dewa.

6. Kebijaksanaan pemimpin a) Perkembangan empayar Melaka berkaitan dengan kebijaksanaan Parameswara yang menjalinkan hubungan dengan kerajaan Cina untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman kerajaan Siam yang memusuhi baginda. . b)Parameswara dapat memberi tumpuan untuk membangunkan Melaka menjadi sebuah empayar . c) Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah Melaka telah menguasai negeri-negeri jiran seperti Dinding, Selangor, Muar, Singapura, Bentan dan Pahang. Dengan menguasai Inderagiri dan Kampar di Sumatera Melaka telah dapat mengawal sumber ekonomi penting untuk perdagangan di pelabuhan Melaka. d) Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah empayar Melaka diperluaskan lagi ke Siak, Rokan, Aru, Patani, Kelantan dan sebagainya. Kesimpulan ( 2 m ) Kejayaan pemerintah di Melaka, Majapahit dan Srivijaya mengekalkan pengaruh dan kekuasaan menyebabkan empayar jajahan yang dikuasai begitu meluas. Hal ini menyebabkan keagungan dan kegemilangan empayar-empayar berkekalan untuk satu tempoh yang agak lama.

12

5. Bincangkan langkah-langkah pengukuhan empayar Rom oleh Agustus Caesar PENGENALAN : (3 markah) 1. Definisi empayar - merujuk dasar pemerintahan kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja yang berkuasa dan berwibawa. - Farmer dalam bukunya Comparative History in Civilization mentakrifkannya sebagai entity-entiti politik yang besar sebagai empayar sejagat kerana dapat menyatukan zon-zon budaya yang luas. - empayar mempunyai wilayah yang luas hasil perluasan kuasa oleh tentera dan pemerintahan yang kukuh. - contoh empayar ialah empayar Yunani dan empayar Maurya. 2. Latar belakang pemerintahan empayar Rom pada zaman Octavius Augustus - merupakan maharaja pertama empayar Rom dari tahun 27 S.M hingga 14 M. - pemerintahan Rom bermula dengan Octavius pada tahun 27 S.M adalah berbentuk kerajaan imperial yang jauh berbeza daripada sistem pemerintahan republik. - untuk menjamin keamanan di alam empayar adalah jelas kepada Augustus bahawa sistem republik lama adalah tidak bersesuaian dengan pemerintahan empayar yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa, adat resam dan budaya.

13

- Augustus telah mewarisi sebuah empayar yang begitu luas yang terbentang dari sempadan uatara Rhine dan Danube ke Pergunungan Atlas dan Gurun Sahara di selatan. Di bahagian barat, Rom menguasai Sepanyol, Afrika Utara sehingga Macedonia, Mesir dan Amenia di bahagian timur. ISI : Langkah langkah pengukuhan Empayar Rom oleh Augustus Caesar (7 isi x 3 m) 1. Prinsip pemusatan kuasa politik - Augustus buat pertama kali menggunakan prinsip pemusatan kuasa politik dan tentera di tangan seorang pemerintah iaitu sistem monarki. - Kerajaan monarki diwujudkan dalam samara bentuk republik lama. (kerajaan empayar yang bertopengkan konsep republik) dan menganggap diri sebagai pemulih kerajaan republik untuk mendapatkan sokongan daripada golongan senatorial dan golongan equestrian. - dua prinsip diisytiharkan sebuah kerajaan haruslah berpunca daripada mandate rakyat dan kuasa politik harus diagih-agihkan kepada semua yang berkebolehan berpolitik. - Konsep perkongsian kuasa terbayang dengan pemulihan Senat yang diberikan tugas-tugas dan tanggungjawab pentadbiran sebahagian provinsi-provinsi empayar. - Oleh itu, Augustus telah berjaya meletakkan suatu asas kerajaan empayar yang wujud hamper 3 kurun dalam sejarah Rom. 2. Pembentukan sistem birokrasi - tujuannya untuk menjalin penerusan dalam pentadbiran dan mengatasi masalah pentadbiran yang bertambah kompleks. - sebuah sistem birokrasi telah diwujudkan yang pegawai-pegawainya bertanggungjawab terus kepada Augustus. - cara birokrasi Augustus adalah tetap dan professional dengan melantik golongan senatiriala iaitu keluarga atasan yang pernah menguasai Senat pada zaman republik. - walaupun Senat masih terlibat dalam pentadbiran, tetapi tugas-tugas dan kuasa pentadbiran yang dianggap strategik dan penting diberikan kepada para pegawai yang dilantik khas oleh Augustus. - amalan ini adalah selaras dengan cita-cita Augustus yang ingin mewujudkan pemusatan kuasa politik, pentadbiran dan ketenteraan dalam sistem kerajaan Rom. 3. Mewujudkan pentadbiran wilayah - terdapat pembahagian provinsi - perlantikan wakil pemerintah atau gabenor - ada undang-undang sendiri d peringkat wilayah - terdapat juga pengurusan sumber 4. Menempatkan koloni-koloni tentera Rom

14

- koloni tentera dibuat di kawasan-kawasan sempadan seperti di Sungai Rhine dan Sungai Danube - tentera legion bertugas untuk mengawal sempadan daripada serangan orang-orang gasar dan mengatasi pemberontakan tempatan. 5. Menyebarkan unsur kebudayaan Rom - penyebaran unsur-unsur kebudayaan Rom ke seluruh empayar Rom - Bandar-bandar yang berbentuk Rom dibina dengan institusi kebudayaan Rom diperkenalkan. - proses ini dikenali sebagai Romanisasi/ Pax Romana. Pax Romana bermaksud Keamanan Rom kerana 200 tahun, keamanan wujud di Rom. - dalam tempoh tersebut, keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku kaum dan bangsa. - dalam jangka waktu itu, kerajaan Rom berkembang sebagai empayar meliputi tiga buah benua, Asia, Utara Afrika dan Eropah. 6. Tawaran hak kewarganegaraan - hak kewarganegaraan Rom ditawarkan kepada penduduk-penduduk tempatan. - mereka yang layak diberi peluang melibatkan diri dalam hal pentadbiran tempatan seperti di peringkat Civitas. 7. Memperkenalkan undang-undang - undang-undang yang berdasarkan prinsip-prinsip keadilan Rom diperkenalkan ke seluruh empayar Rom. 8. Memperkenalkan sistem pengangkutan dan komunikasi - diperkenalkan untuk menghubungkan Rom dengan seluruh empayar. - rangkaian jalan raya dibina untuk memudahkan pentadbiran di peringkat provinsi, mengeratkan hubungan provinsi dengan pemerintahan pusat di Rom dan melicinkan pergerakan tentera Rom ke kawasan yang diancam oleh pemberontakan atau diserang oleh orang gasar. 9. Menjadikan alam semulajadi sebagai sempadan semulajadi - Sungai Rhine dan Danube di bahagian utara dan Pergunungan Atlas serta Gunung Sahara dengan menjajah kawasan sekitarnya. KESIMPULAN (1 MARKAH) - langkah-langkah tersebut menyebabkan Augustus Caesar Berjaya memantapkan empayar Rom dan Berjaya meluaskan empayar Rom.

15

6 . Huraikan aspek pemerintahan dan pentadbiran Negara kota Athens dan Sparta. A. Pengenalan ( 3m ) - Negara Kota Athens terbentuk di utara Yunani yang bermula sebagai kampung kecil adalah sebuah Negara kota Agrarian atau mengutamakan pertanian. Athens diperintah oleh raja dari tahun 1200 S.M hingga 800 S.M. Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. - Negara kota Sparta terletak di wilayah Raconia yang terletak di selatan Greek (Yunani) Kerajaan Sparta mengawal semua aspek kehidupan masyarakatnya berasaskan pemerintahan totalitarian yakni keputusan ditentukan oleh pihak tentera. B. Isi-isi ( 20 m ) Aspek Pemerintahan Athens ( 10 m ) 1. Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi langsung melalui Assembly, Council, Majistret dan Juri. Setiap institusi menyemak yang lain untuk menggelakkan penumpuan kuasa yang berlebihan oleh sesuatu institusi.

16

2. Pemerintah Athens mengamal kepercayaan orang Yunani yang mampu menjalankan pemerintahan sendiri sekiranya diberi peluang mengembangkan kebolehan dan potensi semulajadi. 3. Dewan Perhimpunan - dianggotai oleh semua lelaki Athens yang berumur 21 tahun ke atas - bersidang 3 kali sebulan dan dihadiri 40 000 ahli - ahli-ahli dewan mengubah undang-undang dan dasar Negara, dasar kewangan, cukai dan menerima data. 4. Majlis - dianggotai oleh 500 orang ahli yang terdiri daripada golongan bangsawan dan menjadi ketua atau wakil suku kaum - melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan Negara kota Athens memperkanalkan sistem 10 orang jeneral yang mempunyai kuasa yang luas 5. Kehakiman - terdiri daripada Majistret dan Juri - terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan - melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis - keahlian Juri berbeza mengikut kesalahan

Aspek Pemerintahan Sparta ( 10 m ) 1. mengamalkan pemerintahan bercorak totalitarian dan oligarki. Pemerintahan Sparta diwakili oleh dua orang raja yang dilantik seumur hidup. Setiap orang memantau yang lain. 2. Sistem pemerintahan yang wujud di Sparta lebih bercirikan ketenteraan kerana sering diganggu oleh pemberontak Helots. 3. Dewan Perhimpunan - terdiri daripada semua lelaki yang berusia 30 tahun - bertanggungjawab membentuk Council of Elders yang terdiri daripada 28 orang dewasa untuk membantu raja. - melantik 5 orang Ephors serta melantik pegawai-pegawai awam 4. Majlis Orang Tua - ahli seramai 28 orang bangsawan yang berumur 60 tahun termasuk dua orang raja - dilantik oleh dewan perhimpunan 17

- badan ini menyelia kerja-kerja pentadbiran dan menyediakan cadangan untuk dimajukan oleh Majlis Perhimpunan. 5. Ephors - institusi yang paling berkuasa terdiri daripada 5 orang pegawai - kuasa Ephors mengatasi Dewan Perhimpunan dan Majlis - badan ini menyelia kerja-kerja pentadbiran dan menyediakan cadangan untuk dimajukan oleh Majlis Perhimpunan. 6 . Pemerintahan bercorak autokrasi tentera - disiplin sosial yang ketat, perlindungan polisnya melalui penaklukan dan penindasan penduduk-penduduk bukan warganegara chelots. 7. Organisasi politik bercorak aristokratik - institusi kerajaan dikuasai oleh Ephors dan Majlis C. Kesimpulan ( 2 markah ) - wujudnya Negara kota merupakan asas kesetiaan warganegara sesuatu unit politik - kepentingan individu adalah tertakluk kepada kebajikan Negara kota tersebut sehingga kesemua aspek kehidupan rakyat adalah dipengaruhi oleh Negara kota. - apa-apa yang berkaitan

7. Mengapakah Portugis muncul sebagai kuasa Eropah yang paling awal melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan pada abad ke 15masihi. A. Pengenalan (3 m) 1. Konsep penjelajahan merujuk kepada usaha berjalan,mengelilingi,belayar ke merata-rata tempat untuk tujuan-tujuan tertentu. 2. Penerokaan pula bermaksud usaha menyelidik,menjalani,menempuh dan mengharungi 3. Kuasa-kuasa barat seperti Portugis,Btitish,Sepanyol dan Belanda mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa dorongan politik,ekonomi,dan agama serta sosial. 4. Pelayar Portugis mempunyai beberapa kelebihan untuk muncul sebagai kuasa Eropah pertama keluar melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. B. Isi-isi Penting ( 5 x 4 m = 20 m) 1. Kedudukan ( Geografi) 18

a. Dari segi geografi,Portugal terletak di kawasan tanjung yang menghala dua lautan utama dunia iaitu Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik. b. Rakyat Portugal sangat terdedah dengan aktiviti kelautan sejak kecil.Mereka mahir dengan aktiviti pembuatan kapal,dan mengagak keadaan di laut. 2. Peranan Raja-raja

a. Peranan Putera Henry. i. Seorang tokoh pelayaran Eropah.Menggalakkan pelayaran oleh bangsa Portugis dengan cara menubuhkan sebuah sekolah pelayaran di Sagres, mengambil tenaga pengajar dari Arab yang mahir dalam ilmu pelayaran,dan menghantar saudagar,pelayar dan mubaligh ke seberang laut.

b. Peranan Raja Manuel I i. ii. Pemerintah Portugal ketika itu. Baginda merancang ekspedisi pelayaran ke Timur melampaui Tanjung Harapan.Vasco da Gama dilantik sebagai ketua ekspedisi. Memberi anugerah kepada pelayar yang berjaya kembali ke Portugal.

3. Maklumat daripada pengembara terdahulu. i. ii. iii. iv. 4. Teknologi. a. Perkapalan i. ii. perkembangan model kapal dari Barcas dan Barinels kepada model Caravelas yang mempunyai layar yang lebih sesuaidengan dasar kapal yang kukuh. Caravelas adalah kedap udara dan membawa muatan yang lebih banyak.Tahan hakisan ombak. maklumat daripada pengembaraan orang Viking daripada Eropah utara. Maklumat daripada pengembaraan Ibn Batuttah Maklumat daripada orang Minangkabau dan Fa Hsien dari China. Maklumat daripada Marco Polo( The Travels of Marco Polo)

b. Teknik lukisan peta.

19

i. ii.

perkembangan lukisan peta yang lebih realistik.Kompas magnetik juga digunakan. Astrolab dicipta untuk menentukan latitude dan longitude pelayaran.

5. Sumbangan tokoh-tokoh pelayar Portugis a. sumbangan Vasco da Gama mahir dalam pelayaran dan peperangan b. sumbangan Bartholomew Diaz melakar jalan laut ke Timur dan melakukan pelayaran sejauh 11,000 kilometer ke Tanjung Harapan. C.Kesimpulan ( 2 m) a. Banyak keistimewaan yang dimiliki kuasa Portugis untuk membolehkan mereka muncul sebagai kuasa penjelajah dan peneroka Eropah terawal di dunia barat samada faktor geografi,politik,atau sosial.Selepas Portugis, muncul pula pelayaran oleh kuasa Eropah lain seperti Belanda ,Sepanyol,British dan lain-lain.

8. Bincangkan kegiatan penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh Cheng Ho dan Christopher Columbus. A. Pengenalan ( 3 m ) a) Penjelajahan dan penerokaan adalah satu unsur penting dalam kehidupan manusia bertamadun. b) Penjelajahan sudah mula wujud sejak zaman berzaman tetapi matlamatnya berbeza mengikut zaman. c) Kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang dijalankan oleh kuasa-kuasa yang terdahulu membantu bangsa lain dan sebagai panduan melakukan pelayaran. B. Isi-isi ( 20 m ) Cheng Ho ( 5 x 2 = 10 m ) a) Cheng Ho ialah seorang laksamana China yang terkenal pada zaman Ming. Beliau Merupakan tokoh pelayaran pada zaman pemerintahan Yung Lo.

20

b) Zaman Yung Lo berlaku perkembangan kegiatan maritime orang-orang China. 1414 Cheng Ho mengetuai ekspedisi pelayaran disertai 63 buah kapal perdagangan. Kapal terbesar 440 kaki panjang x 18 kaki lebar. Kapal sederhana 370 kaki panjang x 150 kaki lebar. Kapal kecil kurang daripada 100 kaki. Setiap kapal muatannya 1500 tan. Ekspedisi melibatkan 27, 876 orang termasuk pedagang, pelaut dan askar. c) 1415 M Cheng Ho kembali ke China dengan membawa 2 ekor zirafah yang diperolehi dari duta Malindi di Bengal. Zirafah sebagai hadiah kepada Maharaja Yung Lo. d) Antara 1405 1433 M, China menghantar 7 ekspedisi secara besar-besaran ke kawasan Kepulauan Melayu dan merentasi Lautan Hindi ke India, Sri Lanka hingga Teluk Parsi, Aden dan Pantai Timur Afrika. e) Cheng Ho menyertai pelayaran mengiringi utusan asing ke negara mereka contohnya ke Afrika. f) Matlamat pelayaran : i) Menonjolkan kekuasaan kerajaan Ming di China ke seluruh dunia. ii) Untuk mendapatkan rakan sekutu bagi mengatasi serangan Mongol di bawah pimpinan Tamerlane. iii) Untuk meluaskan perdagangan China dengan bahagian-bahagian lain di dunia.

Christopher Columbus ( 5 x 2 = 10 m ) a) Columbus dilahirkan di Genoa, Itali pada tahun 1451. Beliau merupakan orang yang pertama membawa berita tentang sebuah daratan yang dikenali sebagai Amerika.Beliau mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi. Melalui pembacaan dan kajiannya daripada buku karangan Marco Polo, Columbus berpendapat bumi ini bulat. b) Disebabkan ramai penjelajah Eropah yang cuba mencari jalan senang ke India, China dan Jepun maka beliau berpendapat seharusnya pelayaran hendaklah ke arah Barat iaitu mengelilingi glob. Beliau yakin destinasi itu lebih 5000 km sahaja dari Kepulauan Canary. c) Beliau cuba mendapat sokongan daripada Raja Portugal iaitu Raja John tetapi tidak berjaya. Beliau kemudian meminta sokongan kerajaan Sepanyol.Setelah menunggu selama 4 tahun barulah Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memberi keizinannya serta mebiayai beliau untuk belayar. d) Pada tahun 1492 Columbus berserta dengan 90 kelasi telah belayar dengan kapal Santa Maria, Nina dan Pinta. Columbus telah menyeberangi Lautan

21

Atlantik yang luas namun beliau menggunakan jalan yang mengalami tiupan angin kencang sepanjang tahun yang dipanggil angin dagang. e) Pada 12 Oktober 1492 beliau telah menemui sebahagian Kepulauan Bahamas, iaitu San Salvador dan kemudian beliau menjelajah hingga ke Cuba dan Hispaniola. f) Beliau begitu yakin yang mereka telah sampai ke Kepulauan Hindia dan begitu dekat dengan Jepun. Malangnya kapal Santa Maria telah karam di Pulau Hispaniola. Oleh itu sebahagian daripada anak kapalnya di tinggalkan di tanah jajahan yang baru itu sementara beliau berangkat balik ke Sepanyol dengan 2 buah kapal sahaja. Di Sepanyol, beliau telah dikurniakan Laksamana Lautan Laut dan Wizurai Hindia oleh Raja Sepanyol iaitu Raja Ferdinand. C. Kesimpulan ( 2 m ) Cheng ho dan Christopher Columbus adalah dua tokoh pelayaran terkemuka yang menjalankan kegiatan penerokaan. Kegigihan Cheng Ho ntuk menonjolkan kekuasaan Kerajaan China kepada dunia luar serta untuk meluaskan perdagangan China ke bahagian-bahagian lain di dunia dan keyakinan Christopher Columbus untuk membuktikan pendapatnya tentang bentuk bumi bulat serta terdapat daratan yang bernama Amerika telah menyebabkan mereka menjelajah dan meneroka sehingga memberi manfaat kepada manusia sejagat. Kejayaan mereka juga telah memasyhurkan nama mereka selaras dengan matlamat penerokaan dan penjelajahan mereka iaitu yang dirumuskan sebagai 3 G iaitu Gold, Gospel, dan Glory

22

You might also like