Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Biji benih

Biji benih

Ratings: (0)|Views: 153 |Likes:
Published by REXTERYX

More info:

Published by: REXTERYX on Jan 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/30/2013

pdf

text

original

 
PEMBIAKAN BENIH TUMBUHANPembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang mengikut peredaran masa. Semua organisma yang hidup membiak untuk mempastikan keujudannya didunia tidak pupus. Dari Kaedah Pembiakan paling mudah melalui prosesMITOSIS pada Amoeba sehingga kepada kaedah pembiakan organism kompleks organism akanmenjalani evolusi dalam proses pembiakan. Artikel kali ini membincangkan maklumat khususmenganai pembiakan tumbuh-tumbuhan (Plant Propogation) yang saya pelajari sejak sekolah sehinggake Universiti dan bekerja dalam bidang pertanian.Pada amnya tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara iaitu Cara SEXUAL dan caraASEXUAL . Cara sexual ialah pembiakan melibatkan proses pendebungaan jantan dan betina yangmenghasilkan bijibenih atau spora (Pakis). Kaedah Pembiakan lain bagi tumbuhan iaitu Asexual jugadipanggil sebagai pembiakan tampang (Vegetative) seperti melalui proses keratan, belahan, cantuman,organ-organ khas dan lain-lain. Kaedah pembiakan tampang dapat menghasilkan anak pokok yang tulinmenyerupai pokok induk atau di panggil “ True –to – type”.Pembiakan melalui Biji benihKebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Benih dihasilkan melalui proses pendebungaan dari peringkat pokokmatang, berbunga, bunga kembang sehingga menjadi biji dibantu oleh agen pendebungaan seperti angin, serangga, hermaprodit, air, manusia dsb . Hasil pendebungaan akanterbentuk biji benih yang akan dormant atau bercambah apabila mendapat kesesuaian persekitaran.Pokok yang mengeluarkan benih adalah seperti pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan jugadaripada jenis renek walaupunpokok-pokok ini boleh juga dibiakan secara tampang (vegetative propogation).Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih• Boleh menghasilkan baka-baka baru melalui proses hybrid•Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman•Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok •Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknyaKeburukan Pembiakan Secara Biji Benih•Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy period)•Pokok Mengambil masa yang panjang untuk matang•Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya•Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusimCara pemilihan Biji benihDalam pembiakan biji benih perlu faham apakah cirri-ciri utama dalam pemilihan biji benih. Kesilapanawal dalam pemilihan benih akan merugikan petani terutama dalam penanaman pokok saka seperti buah-buahan, kelapa sawit, getah dan sebagainya kerana jangkamasa untuk menuai sangat lama. Kalau benih kelapa sawit selepas 3 tahun baru dapat tahu potensi hasil, kalau tanaman getah selepas 5-7tahun. Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:a. MatangPilih benih yang matang sahaja untuk ditanam. Benih yang tidak matang akan menyebabkan pertumbuhan pokok tidak cergas diperingkat awal dan kadang-kadang pokok tidak sempat berhasil.Pemerhatian penulis di TKPM Sekijang, Segamat, Johor beberapa kali menjumpai benih timun dan petola yang tidak matang digunakan dan hasilya amat mengecewakan. Timun tumbuh baik selepas 10hari kemudian berhenti pertumbuhan dan berbunga. Kalau petani ingin menggunakan benih sendiri pastikan diambil dari pokokinduk yang benar2 matang dan tidak rosak. b. Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)Benih yang hendak ditanam mesti dipastikanketulenannya dari pihak-pihak yang boleh dipercayai. Jika benih tidak tulen akan merugikan petani seperti benih padi yang telah bercampur dengan benih padi
 
 burung. Varieti MR219 contohnya boleh dibeli dari pembekal yang disahkan oleh pihak berkuasa untuk ketulenannya. Benih kelapa Matag juga merupakan hybrid antara Tagnanan dan MRD/MYD yanghanya 40-50% sahaja yang tulen. Hanya ada dua (2) sahaja pembekal masa kini yang disahkan dalam pembekalan benih kelapa Matag iaitu Jabatan Pertanian dan Estet Jenderak UP Plantation di Perak.c. Berisi, segar dan bersih dari kekotoranBenih yang hendak ditanam perlu berisi, bersih dari kekotoran serta segar. Ini akan mempastikan petanihanya memilih benih yang berkualiti sahaja. Jika ada tanda-tanda kekotoran maka perlu di buangdahulu sperti tanah, batu, pasir yang bercampur dalam benih padi. Elakkan menggunakan benih padiyang ringan kerana pasti banyak hampa dan kurang berisi.d. Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)Biji benih perlu diuji tahap BERNAS dengan menjalankan beberapa ujian dahulu. Benih padicontohnya perlu mencapai tahap kebernasan melebihi 95% keatas untuk menjadikan kepadatantanaman disawah akan dicapai yang akan menentukan bilangan anak pokok (tiller) dan saiz rumpun.Jabatan Pertanian ada menyediakan kemudahan makmal untuk menguji tahap bernas benih tanaman di4 pusat benih tanaman.e. Bebas dari penyakit dan perosak Benih tanaman mesti bebas dari sebarang penyakit atau perosak. Pemeriksaan rapi perlu dibuat pada peringkat awal untuk mempastikan tidak ada serangan atau jangkitan apabila telah ditanam. Terdapat juga agen penyakit yang dipanggil sebagai ‘seed born disease’ yang akan memberi kerosakan padatanaman. Penyakit ini selalu berlaku jika sumber benih memang telah ada penyekit tersebut sepertivirus dan bakteria.Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itudibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benihtidak dapatdisimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpanlama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapanyang rendah. Jika benihdibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan terlalu lama.Percambahan biji benihPercambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya danoksigen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikaldan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benihmengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatantertentu untuk mempercepatkan percambahan.Rawatan percambahan biji benihBiji benih perlu dibuat rawatan percambahan untuk mempastikan benih tersebut dapat cambah sepertidikehendakki. Di Negara-negara maju rawatan biji benih dimestikan utnuk dijalankan sebagai satusyarat. Ada benih yang mempunyai jangkasama dormant yang lama (Tidak mahu cambah) yang lamadan perlu dirawat untuk pecahkan ‘dormancy period’ . Beberapa cara yang dijalankan untuk rawatan bijibenih adalah seperti Perlelasan, Stratifikasi, Vernalisasi dan Pemeraman. Kaedah Pelelasan(scarification) adalah satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuangatau mengikis testa (iaitu kulit bijibenih) dan merendam biji benih dalam asid atau air panas. Ini akan lembutkan kulit tersebut dan proses percambahan akandipercepatkan. Tanpa rawatan ini agak lambat untuk benih bercambah kerana biasanya bibibenih jenisini agak keras dan tebal. Kaedah kedua iaitu Stratifikasi ialah dimana proses melembutkan testa denganmeletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turunnaik. Proses ini membantu melembutkan dan memecah lapisan kulit bijibenih dan mempercepatkan proses percambahan.Kaedah Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk  percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah. Masukkan bijibenih dalam

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->