You are on page 1of 5

KOMSAS Istana Menanti Tingkatan 1 Tema Tema novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib ialah semangat

sekumpulan remaja yang peka akansejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mewakiligolongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalamtentang sejarah setempat. Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendirikewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalan a. Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itubanyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara. b. Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa. Masyarakat di Kampung Ulu Seperi, Rembauterdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Mereka hidupbersatu-padu dan saling membantu. Khususnya ketika mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yanghilang di Gunung Datuk. c. Kebijaksanaa pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang. Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agarterselamat daripada serangan musuh. Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikantempat dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentangpenaklukan Portugis dan Inggeris.

Watak dan Perwatakan Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil. Watak sampingan terdiri daripada Ah Seng, Ramasamy, Tuk Ngah, Khairil Anuar, Dolah, Sarjan Mokhtar, Encik Leong, Pak Senik, Encik Karim dan Encik Shanti.

Fadhil -Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah. Dia berusia 15 tahun. Dia suka akan subjeksejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah. Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh. Diaberfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan. Dia bijak merancang denganmenyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak GunungDatuk.Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua. Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-duaorang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk. Ah Seng -Ah Seng ialah kawan baik Fadhil. Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong danPuan Lily. Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas lakudan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit, dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagakseperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari. Suka makan,dia tetap berselera makanmeskipun dalam kesusahan. Contohnya: ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalambilik, dia tetap berselera untuk makan. Ramasamy -Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng. Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng sertamempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu. Dia merupakan anak Encik Shanti dan Puan Mary. Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng, Ramasamy dan kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki. Dia mahu melawan orang-orang jahat itutetapi dihalang oleh Khairil Anuar. Tuk Ngah -Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi, Rembau. Usianya hampir 80 tahun. Beliau sukaberkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara. Beliau banyakpengalaman. Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zamandarurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis. Tuk Ngah masih sihat, kuat dan danbertenaga. Buktinya, beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil, Ah Seng danRamasamy.

Khairil Anuar -Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun. Tubuhnya gempal berani. Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti sematamata untuk mengkaji sejarah lamaitu. Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan, terserempakdengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dariterowong. Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Diaprihatin, bertanggungjawab dan mengambil berat. Meskipun baru mengenali Fadhil, Ah Seng danRamasamy, dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka. Dolah -Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil. Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketaupasukan ke-10, Parti Komunis Malaya(PKM). Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitartahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperolehpengampunan daripada Kerajaan Malaysia.

Pengajaran a. Kita hendaklah mempelajari sejarah kerana melalui sejarah kita akan mengetahui asal-usul sesuatuperkara itu berlaku. Contohnya: Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya kepada Tuk Ngah tentangsejarah setempat dan sejarah negara. Mereka juga meminati subjek sejarah di sekolah. b. Kita haruslah mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman musuh. Contohnya: semasa Perang Naning, orang Rembau turut membantu Dol Said menentang orangInggeris. Mereka akhirnya berjaya dalam peperangan itu. c. Kita hendaklah berani dan gigih untuk memperoleh apa-apa yang diimpikan. Contohnya: sejak kecillagi, Khairil Anuar begitu tertarik dengan sejarah Rembau dan bercita-cita untuk menulis buku tentangsejarah Rembau. Oleh itu, dia gigih mencari maklumat dan menyelidik tempat-tempat sejarah di Rembau.

d. Kita haruslah menghargai kemerdekaan dan mengenang jasa para perjuang terdahulu. Contohnya, jasa- jasa pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajahan, haruslah dikenang sampai bila-bila. e. Kita haruslah berfikir panjang sebelum bertindak. Contohnya, pihak polis yang diketuai oleh SarjanMokhtar berfikir panjang dalam mengatur strategi kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy.

Nilai a. Cinta akan negara. Contohnya: Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya dan mengkaji untukmengetahui sejarah tempatan dan sejarah negara daripada Tuk Ngah. b. Bekerjasama. Contohnya: Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencaridan menyelamatkan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang. c. Berani. Contohnya: Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti. Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untukmengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ. d. Prihatin. Contohnya: Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamtan Fadhil dan rakanrakannyameskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu. e. Kasih sayang. Contohnya: Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anakmereka. Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindakmelaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.

You might also like