You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

1. NAMA

: Persatuan Bahasa Melayu

2. ALAMAT : Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 3. TUJUAN 3.1 Membina dan meningkatkan pemahaman murid dalam bidang yang diceburi. 3.2 - Mengukuhkan persahabatan di kalangan murid di dalam atau di luar sekolah. 3.3 Memberi peluang kepada semua murid mengembangkan bakat. 3.4 Memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

4. KEAHLIAN 4.1 Dibuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 di sekolah ini. 4.2 Ahli Persatuan Bahasa Melayu terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang berminat menganggotai Persatuan Bahasa Melayu.

5. AHLI JAWATANKUASA (AJK) 5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak

dicalonkan sebagai AJK. 5.3 Pemilihan AJK melalui undian. 5.4 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat

perletakan jawatan kepada guru penasihat. 5.5 AJK persatuan hendaklah terdiri daripada:

i. ii. iii. iv. v.

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Kelas

5.6 Guru penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu. 5.7 AJK membantu merancang semua aktiviti.

6. TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI 6.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 90% daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. 6.2- Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan. 6.3 Semua ahli mesti melibatkan diri dalam semua aktiviti persatuan.

7. YURAN

: Perlu mendapat kebenaran guru besar.

8. MESYUARAT AGUNG : Mesyuarat agung adalah mesyuarat penubuhan kelab yang dijalankan pada awal setiap semester. 9. HAL-HAL LAIN 9.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti persatuan masing-masing. 9.2 Ahli-ahli persatuan hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktivitiaktiviti persatuan. 9.3 Ahli-ahli hendaklah bekerjasama dengan guru penasihat dan ahliahli persatuan yang lain.

You might also like