You are on page 1of 48

TABLA

DISEDIAKAN OLEH: WAN AMILIA BT. WAN AHMAD ENGKU AMALINA BT. ENGKU YUSOFF

ASAL-USUL TABLA
} Tabla merupakan sepasang drum yang biasa dilihat di Asia Selatan. } Tabla berumur lebih kurang 300 tahun dan telah popular sejak ia wujud. } Tabla digunakan di Negara India, Bangladesh, Pakistan malah di Afganistan. } Tabla popular di Negara Barat sejak 30 atau 40 tahun dahulu.

} Tabla merupakan sejenis alat membranofon. } Ia melibatkan sebuah gendang kecil dipanggil Dayan yang terletak di sebelah kanan dan gendang besar Bayan di sebelah kiri. } Dayan (di sebelah kanan) diperbuat daripada kayu. } Diameter pada permukaan kulit (membran) Dayan lebih kurang 5 inci sehingga 6 inci panjang.

} Dayan boleh ditala (tune), sebahagiannya iaitu dengan meletakkan pes keras pada tompok hitam di tengah-tengah kepalanya. } Ia biasanya ditala kepada sa dalam bahasa Hindi atau do.

} Bayan (di sebelah kiri) diperbuat daripada besi, aluminium, tembaga, keluli atau tanah liat. } Brass yang paling biasa digunakan diperbuat daripada nikel atau plat krom. } Bayan juga mempunyai tompok hitam ditengah kepalanya tetapi tidak boleh ditala } Bayan berfungsi untuk menjelaskan gema bes (bass) pada tabla.

Ciri-ciri Tabla

} Tabla mempunyai tompok besar berwarna hitam pada permukaan rata yang menjadi tempat pukulan. } Tompok hitam ini merupakan campuran antara getah, jelaga dan besi. } Menghasilkan bunyi seperti loceng. } Ia dipercayai berkembang daripada bentuk dram dipanggil Pakhawaj kira-kira 300 tahun dahulu.

Gendang Pakhawaj

BENTUK TABLA

} Masyarakat mengenali tabla secara berpasangan tetapi sebenarnya drum kayu di sebelah kanan sahaja dinamakan tabla atau juga dikenali sebagai Dayan atau Dahina atau Daina. } Dayan dalam bahasa Hindi dan Urdu membawa maksud kanan. } Dram yang lebih besar dikenali sebagai Bayan atau Bahiya atau Bahya atau Duggi. } Bayan bermaksud kiri dan dimainkan di sebelah kiri bagi orang yang righthanded.

Dayan
} Dayan diperbuat daripada kayu rose atau oak yang berlubang. } Permukaan Dayan diperbuat daripada kulit kambing dan disematkan dengan belulang kerbau yang dipanggil gajara disekelilingnya. } 3 permukaan Dayan iaitu chanti atau chat, maidan dan syahi. } Syahi atau tompok hitam dibuat dari campuran karbon hitam, lendir, dan serbuk besi yang dikumpulkan oleh tabla wallas (pembuat) dari sisi landasan kereta api India. } Tabla merupakan sejenis gendang tangan yang sangat halus permukaannya.

} Gajara dipegang oleh kulit penyokong yang di panggil baddhi. } Bahagian paling bawah Dayan dikenali sebagai gedi yang berfungsi untuk menyelaraskan kedudukan gajara. } Blok kayu yang diselit diantara baddhi dipanggil gatta.Gatta berfungsi untuk melaraskan tekanan pada tabla dan mengawal pic pada alat ini. } Dayan ditala dengan mengetuk secara perlahan menarik pinggir membran (gajara) atau mengetuk pasak kayu (gatta) . } Ia biasanya ditala pada not tonik.

Bayan
} Gendang bulat yang lebih besar, yang dipanggil duggi atau bayan mempunyai badan yang diperbuat daripada tanah liat. } tabla moden pula diperbuat daripada logam (nikel bersalut tembaga, loyang, tembaga atau aluminium).

} Bahagian atas ditutup dengan membran kulit seperti Dayan, juga dihiasi dengan tampalan hitam bulat (syahi). } Diameter yang lebih besar daripada dayan dan menghasilkan bunyi bass. } Jari dan tapak tangan digunakan pada kedua-dua gendang untuk menjana nada trabel dan bess yang menghasilkan bunyi perkusi (bol). } Gabungan Dayan dan Bayan boleh menghasilkan bunyi (lebih daripada 20) dan irama bergantung kepada teknik permainannya.

Penukul yang digunakan untuk menala Tabla

TEKNIK BERMAIN TABLA


} Keunikan tabla ialah cara ia dimainkan. } Berbeza dengan alat muzik Barat yang dimainkan mengikut skor bertulis dan irama yang tetap.

Dha

} Dimainkan serentak di kedua-dua belah Tabla.Dha ialah kombinasi antara Ta dan Ga. } Jari telunjuk sebelah kanan mengetuk bahagian Chat. } Pada masa yang sama tiga jari mengetuk antara Syahi dengan Maidan.

Dhin } Dhin terhasil daripada permainan Ga dan Tin.

Ga } Dimainkan pada tangan kiri. } Cara yang biasa dimainkan ialah dengan meletakkan pergelangan tangan di atas permukaan Bayan dan bengkokkan jari pada syahi. } Jari hantu dan jari telunjuk mengetuk maidan iaitu kawasan kulit yang terdedah antara syahi dan chat. Gaya ketukan ini dipanggil khula atau an open stroke perlu dimainkan secara resonan (gema).

Ka } Ka ialah pukulan nonresonant tangan kiri yang biasa dan paling mudah dimainkan. } Hanya satu pukulan ke atas permukaan Bayan dengan telapak tangan dan jari jemari yang rata. Hujung jari lebih sedikit melepasi lingkaran Bayan.Ia seperti bunyi tamparan rata tidak resonan yang dipanggil band.

Na } Dimainkan di sebelah kanan. } Ia dihasikan dengan mengunci dua jari terakhir iaitu jari manis dan jari kelingking pada syahi dan menggunakan jari telunjuk untuk mengetuk chat pada tabla. } Posisi yang betul digambarkan dengan X merentasi dram yang mencerminkan ciri-ciri sebenar resonan yang dihasilkan di setiap sudutnya.Posisi ini dikenalpasti oleh pergelangan jari dengan jari kelingking.Kedudukan jari yang salah akan mengubah posisi X.

Na } Na dibunyikan secara tidak resonan dengan menarik tepi syahi dengan 2 jari terakhir di tangan kanan.

Ta } Ta merupakan pukulan yang biasa digunakan dengan tangan kanan. } Terdapat sekurang-kurangnya 4 cara untuk memainkannya. Tetapi hanya 2 cara yang biasa digunakan mengikut pendekatan Dilli (Delhi) dan pendekatan Purbi. } Cara Dilli dimainkan betul-betul seperti Na iaitu memukul tepat pada lingkaran menggunakan jari telunjuk. } Cara Purbi pula melatakkan 2 jari terakhir sedikit pada syahi dan pukul dengan tepat di dalam maidan menggunakan jari telunjuk.Cara ini lebih dekat dengan Tin cuma Tin dimainkan dengan lebih kuat.

Ti } Ti dihasilkan dengan mengetuk pada tengah syahi menggunakan jari hantu. } Bunyi Ti seakan sama dengan bunyi Tin tetapi ia dibezakan dengan teknik permainan masingmasing.

Ti Ra Ki Ta

} Bol ini dimainkan menggunakan 4 pukulan.Dalam teknik Dilli, stail dicirikan dengan penggunaan jari hantu. } Ti dimainkan dengan memukul di tengah-tengah syahi dengan jari hantu tangan kanan. } Ra dimainkan dengan mengetuk bahagian tengah syahi dengan jari telunjuk tangan kanan. } Ki diketuk dengan tangan kiri dengan tepat seperti Ka. } Ta dimainkan dengan mengetuk hujung syahi menggunakan 2 jari terakhir tangan kanan.

Kaedah Delhi

} Berbeza dengan Gaya Purbi iaitu membawa keluar 3 jari terakhir tangan kanan untuk membunyikan Ti. } Ra pula dimainkan dengan memukul ditengah-tengah syahi dengan jari telunjuk. } Ki dimainkan seperti Ka dan yang terakhir. } Ta dimainkan dengan 3 jari terakhir.

Kaedah Purbi

Ti Ta } Bol ini dihasilkan oleh 2 pukulan.Stail asas Dilli (Delhi) lebih mudah iaitu Ti dihasilkan dengan mengetuk ditengah-tengah syahi menggunakan jari hantu. } Ta pula dihasilkan dengan mengetuk tengahtengah syahi dengan jari telunjuk. Kedua-dua pukulan ini tidak resonan dan harus mempunyai bunyi yang tidak dapat dibezakan antara Ti dan Ta.

} Stail Purbi pula sedikit berbeza.Ti dihasilkan dengan mengetuk tepat menggunakan 3 jari terakhir tangan kanan. } Ta dihasilkan dengan mengetuk tengah syahi menggunakan jari telunjuk. } Terdapat beberapa cara biasa yang dipanggil selain TiTa iaitu TeTe, TeTa atau KiTa.

Tin } Tin ialah ketukan yang resonan pada tangan kanan. Gaya posisi tangan ini seakan sama dengan ketukan Na tetapi lebih lembut dan lebih halus. } Ia terhasil dengan meletakkan jari manis dan jari kelingking secara ringan (lightly) di atas syahi dan menyerang di sempadan antara Syahi dengan Maidan.

Tu } Tu ialah ketukan resonan pada tangan kanan.Permukaannya tidak disenyapkan sepenuhnya tetapi tetap membenarkan bunyi Tu bebas bergema. } Permukaan dram diketuk di tengah-tengah Syahi menggunakan jari telunjuk tangan kanan.Terdapat beberapa variasi dalam sebutannya iaitu Tun, Thu, Thun dan sebagainya.

RENTAK TABLA (TAAL)

} Tal (muzik Hindustani) atau tala (muzik Karnatak) merujuk kepada ukuran masa dan irama dalam muzik India. } Tal atau tala merupakan bit pusingan tertentu dalam dan masa yang pada

mengandungi keseluruhan.

bilangan

diulangi

Muzik Karnatak
} Terdapat beberapa konsep yang dikaitkan dengan tal/tala termasuklah akshara iaitu unit masa terkecil. } Seterusnya ialah anga yang merupakan bahagian tertentu dalam tala.

} Tala yang paling digemari dalam muzik Karnatak dinamakan Aditala yang mempunyai 8 bit. } Tempo dalam muzik Karnatak adalah perlahan (vilambita),

sederhana (Madhya) yang lajunya berganda dua tempoh perlahan, dan cepat (druta) yang lajunya berganda dua tempo sederhana.

Muzik Hindustani
} Terdapat 3 aspek utama untuk menentukan tal : 1) bilangan matra dalam sebuah tal atau pusingan masa (time cycle) 2)pembahagian tal berasaskan tekanan dan tiada tekanan (lack of stress) 3)theka iaitu sukukata yang mewakili timbre-timbre alat drum

Istilah-istilah
} Matra merupakan unit terkecil bagi pengukuran masa atau detik. } Corak matras atau bit yang dipanggil meter dalam muzik Barat sebenarnya dipanggil taal dalam sesebuah lagu dalam muzik India. } Taal atau corak matras terdiri daripada 4 komponen utama iaitu vibhag, tali, khali, dan sam.

12 Klasikal Taal (Muzik India)

Terdapat 12 taal yang terdapat dalam muzik India iaitu : } Teen Taal

CONTOH BACAAN TAAL

Teen Taal mengandungi 16 matras Taal ini dibahagikan kepada 4 bahagian di mana setiap bahagian dipanggil vibhag. setiap vibhag mengandungi 4 matras Matra terkuat dipanggil sam (simbol x menunjukkan kedudukan sam) Matra paling lemah dipanggil khali (simbol 0 menunjukkan khali)

PERANAN DALAM MUZIK HINDUSTANI

} Mengekalkan

tempo

bagi pemain

utama dan

juga sebagai

sokongan bagi melahirkan mud. } Mengiringi upacara perkahwinan kaum India. } Upacara tari-menari semasa perayaan dan juga semasa majlismajlis tertentu. } Mengiringi upacara keagamaan-ritual. } Membantu menguatkan otot,malah dapat menenangkan fikiran sesiapa yang mendengarnya.

You might also like