You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KEDUA 2010

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN : : : : 23 APRIL 2010 12.15 petang hingga 1.00 petang BILIK GURU

Pn. Kasmaini bt. Md. Salleh Pn. Iszulaiza Suziana bt. Ismail Cik Aszila bt. Mohd. Ali Pn. Nik Malini bt. Che Hassan En. Mohd. Hizlee Akhman B. Che Abd. Rahman En. Aderemy b. Minhat En. Azzahyiruddin b. Ahyanuddin Cik Noor Arnita bt. Awang Nan HADIR BERSAMA 1. Pn. Hjh. Kas bt. Mohamad (Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan) 1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Pn. Kasmaini mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran dalam mesyuarat Panitia Geografi untuk kali kedua. Turut dialu-alukan kehadiran Pn. Hjh. Kas bt. Mohamad, Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Disahkan oleh: Pn. Iszulaiza Suziana bt. Ismail Disokong oleh: Cik Aszila bt. Mohd. Ali

3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pelaksanaan kerja kursus Tingkatan 3 Guru perlu memastikan setiap pelajar melaksanakan kerja kursus dan akan selesai pada bulan April. Pelajar tingkatan 3 yang bermasalah perlu dikumpulkan dan diminta untuk melaksanakan kerja kursus. 3.2 Kursus Penyediaan Soalan Pn. Kasmaini memberitahu guru supaya menghabiskan silibus untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun kerana soalan adalah setara. Soalan tersebut merangkumi: 1.Tingkatan 1 sehingga Bab 8 2. Tingkatan 2 sehingga Bab 11 3. Tingkatan 3 sehingga Bab 8 1

3.3

Post mortem Ujian Formatif 1 Analisis Ujian Formatif 1 Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 1 A 22 B 70 C 57 D 32 E 100 TH 10 JUM. CALON 291 %LULUS 64.41 GPK 3.42

Analisis Ujian Formatif 1 Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 A 14 B 41 C 64 D 31 E 52 TH 5 JUM. CALON 207 %LULUS 74.26 GPK 3.33

Analisis Ujian Formatif 1 Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 3 A 9 B 27 C 55 D 41 E 79 TH 9 JUM. CALON 220 %LULUS 62.56 GPK 3.7

4. LAPORAN DAN PEMBENTANGAN 4.1 Program Kecemerlangan - Pn. Kasmaini menerangkan Program Kecemerlangan Panitia bagi tahun 2010. Diharap semua guru dapat member kerjasama dalam melaksanakan program tersebut. Program yang dicadangkan ialah: 4.1.1 Latih tubi masa cuti Guru yang terlibat dalam penyediaan soalan ialah: (i) Pn. Nik Malini bt. Che Hassan Tingkatan 1 (ii) En. Mohd. Hizlee Akhman B. Che Abd. Rahman Tingkatan 2 (iii) Pn. Kasmaini bt. Md. Salleh Tingkatan 3 4.1.2 Pertandingan sudut kelas Pertandingan sudut kelas akan diadakan pada bulan Julai. Pertandingan ini untuk menggalakkan pelajar meletakkan maklumat terkini di papan kenyataan kelas terutama di bahagian mata pelajaran Geografi. Pertandinagn ini akan melibatkan semua tingkatan. Klinik Geografi Setiap guru mata pelajaran Geografi dipertanggungjawabkan untuk membantu pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Geografi. Guru akan membantu pelajar untuk lulus dalam mata pelajaran Geografi. Guru perlu membuat analisis soalan untuk mengetahui keutamaan setiap tajuk dalam soalan peperiksaan. Selain itu, kaedah ini akan membantu pelajar membiasakan diri dngan plbagai bentuk soalan.

4.1.3

4.1.4

Teknik menjawab soalan. Pn. Kasmaini mencadangkan supaya mengadakan satu program teknik menjawab soalan untuk membantu pelajar lulus dalam mata pelajaran Geografi. program ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan terutama pelajar Tingkatan 3. Kegiatan selepas PMR. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama kaunsling. Guru yang terlibat ialah guru Tingkatan 3. Setiap guru perlu memberikan cadangan aktiviti kepada Ketua Panitia.

4.1.5

5. HAL-HAL LAIN 5.1 En. Azzahyiruddin b. Ahyanuddin mencadangkan supaya mendapatkan soalan daripada sekolah berasrama . Tujuannya ialah supaya pelajar didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan daripada sekolah lain. 5.2 Kerja kursus Tingkatan 1 belum dilaksanakan kerana belum menerima soalan. Soalan kerja kursus ini berkemungkinan akan diterima pada bulan Ogos atau September. Pelajar cemerlang perlu diberikan perhatian supaya mereka memperoleh A dalam peperiksaan terutama untuk Penilaian Menengah Rendah(PMR) Terdapat sepuluh orang pelajar cemerlang yang telah disenaraikan iaitu: 1.Sen Shui Ping 2. Tan Zhen Ny 3. Akhram Timor 4. Soh Ching Lee 5. Lim Hui Sin 6. Nurhidayah Samsuladi 7. Nurul Azira 8. Chan Poh Fei 9. Soh Ching Lee 10. Jamaludin bin Hakim Pn. Kasmaini mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.000 petang.

5.3

5.4

Disediakan oleh, ___________________________ (CIK NOOR ARNITA BINTI AWANG NAN)

Disemak oleh, _________________________ (PN KASMAINI BT. MD. SALLEH)

You might also like