You are on page 1of 11

BAHASA MELAYU TAHUN 5

KATA NAMA AM & KATA NAMA KHAS 1. Pak Hashim menebas semak samun itu menggunakan __________. A. sabit B. pisau C. gergaji D. gunting SENANG

2. ___________ itu menerima anugerah pada malam penghargaan tokoh perfileman negara. SEDERHANA A. Peragawan B. Olahragawan C. Seniman D. Bangsawan

3. Ibu membali sepasang kasut berjenama ___________ untuk kakak. A. Rolex B. Acer C. Bata D. Samsung

SUKAR

KATA KERJA

1. Air sungai di kawasan pergunungan itu ___________ deras. A. mengalir B. menyusur C. bergerak D. berjalan

SENANG

2. Nelayan itu ___________ jala untuk menangkap ikan. A. membuang B. membaling C. mencampak D. menebar

SEDERHANA

3. Pasukan bola sepak negara ___________ pemain yang berpengalaman. A. dianggotai B. diikuti C. dibarisi D. disertai

SUKAR

KATA HUBUNG 1. Cikgu Murni agak garang ____________ beliau baik hati. A. sambil B. atau C. tetapi D. lalu SENANG

2. Ramlan dan Ah Chong mula mendekati Ganesh ___________ sikapnya yang tidak lagi meninggi diri. A. manakala B. lantaran C. malahan D. lantas SEDERHANA

3. __________ dia __________ saya, kami tidak tahu-menahu akan kejadian kecurian itu. A. Entah....entah B. Makin....makin C. Baik....baik D. Sedangkan....inikan pula SUKAR

PEMILIHAN AYAT YANG TEPAT SENANG

1. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Buku rujukan ini saya beli di Kedai Buku Dinamik. A. Berapakah harga buku rujukan ini? B. Siapakah yang membeli buku ini? C. Buku rujukan ini kamu yang punya? D. Kamu beli buku rujukan ini di mana?

2. A. Mereka sering bermain layang-layang di waktu petang.

SEDERHANA

B. Oleh kerana terlalu penat, Amir tertidur semasa mengulang kaji pelajaran. C. Beberapa pengawas sedang bertugas di pintu masuk sekolah. D. Firdaus membelikan adiknya sepasang kasut bola.

3. I. Rumah-rumah di atas bukit itu cantik-cantik belaka. II. Ayah menghadiahi ibu seutas jam tangan berjenama Rolex.

SUKAR

III. Sikap suka menabung perlu disemai di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. IV. Bakri tidak hadir ke sekolah kerana demam. A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

AYAT YANG SAMA MAKSUD SENANG

1. Saya tidak suka makan sayur petola kerana rasanya pahit. A. Saya tidak suka makan sayur petola yang pahit.

B. Pada pendapat saya, saya memang tidak gemar akan rasa petola yang pahit. C. Rasa pahit sayur petolalah yang menyebabkan saya tidak suka makan sayur itu. D. Saya tidak suka makan makanan yang pahit seperti sayur petola.

2. Pinggan-pinggan yang baru dicuci oleh ibu telah disusun oleh Farah.

SEDERHANA

A. Ibu telah menyusun pinggan-pinggan yang baru dibersihkan oleh Farah. B. Farah telah menyusun pinggan-pinggan ibu yang baru dibersihkannya. C. Ibu telah menyusun pinggan-pinggan yang baru dicuci oleh Farah. D. Farah telah menyusun pinggan-pinggan yang baru dicuci oleh ibu.

3. Cikgu Siva menyuruh murid-muridnya duduk di tempat masing-masing.

SUKAR

A. Murid-murid, pastikan kamu duduk di tempat masing-masing, kata Cikgu Siva. B. Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing, kata Cikgu Siva. C. Suruh murid-murid duduk di tempat masing-masing, kata Cikgu Siva. D. Murid-murid, sila duduk di tempat yang telah dikhaskan, kata Cikgu Siva.

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Anwaruddin bin Ahmad, No. 9, Lorong Bakawali 1, Taman Stephen, 88200 Kota Kinabalu, Sabah. 30 OKTOBER 1995 Yang diingati saudaraku Nabil, Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan sihat walafiat dan diharapkan saudara dan keluarga saudara lebih-lebih lagi. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Saudara tentu sedar, pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuat persediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya. Cerita saudara tentang musim buah-buahan, mengingatkan saya beberapa kenangan indah ketika berada di kampung saudara tempoh hari. Kita berbual-bual di dalam pondok sambil menunggu buah durian gugur. Sebaik sahaja kedengaran buah durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu. Biasanya ayah saudara yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu, sementara kita masih mencangak di bawah pokoknya. Meskipun ayah saudara sudah tua, namun pendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang mana gugur buahnya. Saudara tentu masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjerit kerana ketakutan dan berlari ke arah ayah saudara. Kalian ketawa kerana geli hati. Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat ketawanya. Kepada saya peristiwa itu cukup mengesankan. Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletak kira-kira empat puluh kilometer dari bandar Semporna. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau. Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pantainya bersih, putih dan menganjur sepanjang 18 kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlah jika pulau ini berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun. Tambahan pula bentuk chaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal. Pulau ini ada legendanya dan legenda itu bukanlah menjadi daya penarik kepada para pelancong itu. Para pelancong lebih gemar memancing, menyelam di dasar laut sambil melihat keindahan karangan laut. Menurut legenda itu, kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah gua besar dikenali dengan nama 'Gua Kubur Penyu'. Dipercayai gua ini menjadi tempat tuju penyu jika ia hendak mati. Apabila sampai waktunya penyu-penyu itu akan berenang memasuki gua tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar? Tiada siapa yang mengetahui hal yang sebenarnya meskipun para penyelam terjumpa dengan timbunan kulit penyu di kawasan itu.

Jika saudara ke sini, akan saya bawa saudara ke pulau ini. Pulau Sipadan menanti saudara. Sampai di sinilah coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaran lain, salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga. Terima kasih. Sahabatmu, _________________ (Anwaruddin b. Ahmad) 1. Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah A. baik B. cekap C. galak D. mudah SENANG

SEDERHANA 2. Apakah maksud frasa 'lebih-lebih lagi' dalam petikan itu? A. Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat. B. Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat. C. Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi. D. Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat. 3. Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan? A. Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer. B. Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut. C. Chaletnya elok dan sewanya pula murah. D. Pelancong datang setelah mendengar legenda itu. SUKAR

4. Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian itu? A. Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur. B. Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur. C. Gelak ketawa kakak yang kuat itu. D. Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa. 5. 'Gua Kubur Penyu' mendapat namanya mungkin sekali kerana A. di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati. B. di situ tempat penyu keluar masuk. C. di situ terjumpanya banyak kulit penyu. D. gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari! Samat : Mestilah. Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu. Eee......ngerinya! Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi. Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai. Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian! Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi? Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu. Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular. Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara! Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali! Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari. Jangan cubacuba nak pukul atau bunuh! Chan : Kenapa? Kamu takut ke? Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula! 1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas? A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal. SENANG

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan A. menakutkan SEDERHANA B. menggemparkan C. menghairankan D. menyeronokkan 3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali A. ular sawa menelan gajah B. ular sawa menelan kambing C. ular sawa menelan ayam D. ular sawa menelan manusia SUKAR

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa? A. Denda sehingga RM3 000 B. Dikenakan hukuman penjara. C. Dihukum penjara dan denda RM3 000 D. Denda RM3 000 atau dihukum penjara.

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana A. hukumannya sangat berat. B. ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi. C. kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa. D. kita boleh dihukum penjara. JAWAPAN

KATA NAMA AM & KATA NAMA KHAS 1. A 2. C 3. C AYAT YANG SAMA MAKSUD 1. C 2. D 3. B KATA KERJA 1. A 2. D 3. C PEMAHAMAN 1. A 2. B 3. D 4. D KATA HUBUNG 1. C 2. B 3. C 1. C 2. B 3. A PEMILIHAN AYAT YANG TEPAT 1. D 2. D 3. B 4. C 5. B 5. C

PENULISAN

BAHAGIAN A Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah. 1.

2.

BAHAGIAN B 1. Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk Aku Sebatang Pensel Kayu. 2. Tulis sebuah karangan cereka yang bertajuk, Pengalaman yang Tidak Dapat Kulupakan. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

BAHAGIAN C Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

1.

2.

You might also like