You are on page 1of 3

PANDANGAN AGAMA YANG BERLAINAN MENGENAI PENDIDIKAN

AGAMA ISLAM Sistem pendidikan tradisional yang berfokuskan Islam dikendalikan di sekolah pondok dan madrasah. Guru yang mengajar di sekolah pondok dan madrasah digelar sebagai tok guru. Tok guru amat disanjung tinggi dan dianggap sebagai rol model serta sering dirujuk bagi menyelesaikan masalah berkaitan agama. Budak pondok akan memberi perhatian sepenuhnya apabila tok guru mengajar. Interaksi antara tok guru dengan murid jarang diadakan kerana ajaran tok guru dipercayai sebagai benar dan tepat sekali. Teknik hafalan digunakan.

AGAMA BUDDHA Pada zaman purba kala, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru. Kriteria kemasukan adalah berasaskan sistem kasta dan dikhaskan untuk djivas sahaja. Seorang guru berupaya untuk mengajar kesemua mata pelajaran. Apabila wujudnya agama Buddha, rumah rahib atau Sangha dijadikan sebagai tempat untuk belajar ajaran Buddha. Sesiapa sahaja boleh masuk ke pusat pembelajaran tersebut termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Rumah-rumah rahib adalah di bawah kawalan dan pengurusan

sekumpulan guru. Kaedah penyampaian yang dijalankan adalah secara lisan sahaja. Murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam Dhamma dan Vinaya.

Mereka dibenarkan membuat penaakulan, kemudian berbahas dan bertengkar serta mengemukakan idea masing-masing mengenai isu yang timbul.

Beberapa teknik penyampaian digunakan oleh guru seperti jadual, ilustrasi dan eksperimen. Mata pelajaran seperti rukun-rukun agama lain, falsafah dan sebagainya turut diajar. Rahib dan rahib perempuan Buddha amat dihormati oleh penganut Buddha.

AGAMA HINDU Seorang guru dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia. Guru diberi penghormatan yang tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa. Seorang guru agama Hindu adalah orang yang paling berilmu dan pakar dari segi kitab suci serta berupaya menunjukkan jalan yang benar dan betul berdasarkan pengalaman, amalan dan celik akal yang tinggi. Guru dianggap sebagai rol model. Guru mempunyai tanggungjawab moral dan profesional untuk membentuk murid menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab melalui disiplin yang ketat. Menggunakan cara hafalan. Apabila guru sudah puas hati, barulah murid boleh menamatkan pengajian. Terdapat dua jenis guru iaitu acharyas dan upadhayas. Jenis guru yang pertama dianggap lebih superior kerana mengajar ilmu berbentuk teori dan amalan berbanding dengan guru kedua yang hanya menyampaikan teori sahaja. Acharyas duduk bersama murid-murid di gurukala (rumah khas yang biasanya terletak di hutan) dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan yang diberikan.

AGAMA SIKH Guru (teacher atau master) diumpamakan sebagai jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Guru adalah pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid-muridnya. Guru-guru Sikh mempunyai ilmu yang lengkap dan komprehensif mengenai kitab-kitab suci.

AGAMA KRISTIAN Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan segala ajaran Kristian lebih daripada dua ribu tahun yang lalu, kemudian diambil alih oleh rasul-rasul (apostles), dan wali-wali (saints). Tanggapan penganut Kristian terhadap peranan serta ciri-ciri personaliti guru mereka: i. Membimbing dan membantu murid untuk melengkapi diri dengan ilmu yang sedang mereka carikan seperti yang terkandung dalam kitab suci. Bukan menjadi tanggungjawab guru untuk membekalkan kesemua ilmu yang hendak dipelajari. Murid perlu berusaha untuk membuat rujukan yang sesuai berdasarkan sumber bahan yang disyorkan. ii. Melindungi murid mereka daripada kumpulan tertentu yang cuba membawa pengaruh negatif atau ajaran sesat. iii. Menunjukkan arah yang tepat agar murid-murid dapat berjumpa dengan jalan yang benar dan betul berpandukan ajaran kitab-kitab suci. Murid diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri berkaitan dengan arah mana yang hendak mereka tujui. Segala kesilapan yang berlaku akan menjadi peringatan. iv. Memberi dorongan yang wajar agar dapat meningkatkan

pencapaian anak murid dari segi carian ilmu kerohanian. Dorongan yang diberi berbentuk kata-kata pujian, kata hikmah dan

sebagainya.

You might also like