You are on page 1of 1

Pengenalan

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan golongan mat rempit yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Salah satu masalah social adalah Mat Rempit. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Individu yang menpunyai perbuatan-perbuatan seperti ini merupakan devian. Maksud individu bersikap devian ialah orang yang berperlakuan tidak mengikut peraturan atau tingkahlaku yang tidak selari dengan kehendak masyarakat di mana individu itu tinggal. Menurut Mc CaGhy (1985) tingkah laku kenakalan adalah tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat. Lemert (1972) pula menerangkan bahawa tingkah laku kenakalan atau devian merupakan pelanggaran norma-norma masyarakat.

You might also like