You are on page 1of 4

Pembelajaran khidmat (servis learning) boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti khidmat sukarela, khidmat komuniti, lawatan sosial

serta pemuliharaan kawasan dan landskap Sejauh manakah pembelajaran khidmat dapat meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) pelajar terutama dalam aspek pembelajaran kendiri, kepimpinan, perundingan dan etika. Jawapan anda hendaklah merujuk kepada aktiviti-aktviti pembelajaran khidmat yang boleh dijalankan di sekolah-sekolah atau di dalam komuniti.

****************************************************************************************************

Jawapan
**************************************************************************************************** Khidmat komuniti ialah salah satu komponen kokurikulum yang boleh dijalankan oleh pelajar dalam konteks pembelajaran iaitu mengiktiraf nilai tambah dengan menambah modul pengajaran dan pembelajaran khidmat komuniti di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bentuk dan cadangan tersebut boleh dijadikan sebagai panduan asas untuk melaksanakan teras khidmat komuniti yang dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Siswa Bakti, Siswa Prihatin, Siswa integrasi dan Siswa Kembara. Teras ini penting agar pelajar dapat memahami konsep khidmat komuniti, kebolehan penyesuaian diri dalam budaya komuniti dan persekitaran baru serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan pengembangan kognitif diri. Tujuan khidmat komuniti dijalankan untuk meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) pelajar terutama dalam aspek seperti pembelajaran kendiri, kemahiran kepimpinan, kemahiran perundingan, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran moral dan etika professional dan kemahiran keusahawanan.

Bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar, aspek kemahiran pembelajaran kendiri penting kerana ia menekankan perkembangan dan cara-cara untuk

meningkatkan konsep kendiri, untuk meningkatkan konsep kendiri pelajar, pelajar digalakkan mengikuti aktiviti seperti Siswa Bakti, aktiviti ini merupakan aktiviti pembelajaran tidak formal yang berasaskan kepada keperluan pelajar mengalami dan memahami sendiri aktiviti-aktiviti pendidikan dalam keadaan sebenar. Aktiviti ini merangkumi kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika moral dan profesional dan kemahiran kepimpinan. Sebagai contoh sekumpulan Bakti Siswa Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program yang berbentuk kebajikan di Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh, Bandar Sri Damansara. Program yang dijalankan selama dua hari iaitu bermula pada 21 Mac hingga 22 Mac 2009. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, melukis dan mereka cipta, sukaneka dan tayangan filem serta sesi pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti membaca buku cerita dan memantau kerja sekolah terhadap kanak-kanak di sana. Selain itu, aktiviti ini juga turut melibatkan golongan warga tua di mana para pelajar beramah mesra dengan mereka sambil bersembang dan bercerita dengan mereka. Aktiviti-aktiviti ini semua dapat mewujudkan jiwa penyayang dan melahirkan sifat bersyukur di kalangan pelajar. Dari segi kemahiran kepimpinan, pelajar boleh menunjukkan kreativiti pemikiran mahasiswa dengan memberi dan menyampaikan idea yang bersifat objektif iaitu menyuarakan semangat perpaduan integriti. Contohnya aktiviti Siswa Integrasi yang dijalankan di awal bulan Ogos tahun 2010 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, saudara Muhammad Afiq bin Baharin dan bersama krewnya telah

bertungkus-lumus menjayakan TEMMASYA 10 sempena pesta Hari Terbuka Kolej Kediaman. Tujuan TEMMASYA 10 dijalankan bagi merealisasikan slogan universiti iaitu Inspiring Creative and Innovative Minds. Aktiviti yang dijalankan seperti wayang Kulit, Ceramah Di Manakah Silapnya Kita?, TEMMASYA Kids, Extreme Games dan sebagainya lagi. Pendedahan aktiviti yang dikendalikan oleh pelajar dalam mendorong mereka untuk mengurus aktiviti dan tugasan yang lebih mencabar setelah tamat pengajian dari institusi mereka. Ia juga dapat melahirkan generasi pemimpin minda kelas pertama, kreatif dan inovatif.

Dari segi kemahiran perundingan, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran dalam penyelesaian masalah yang melibatkan membuat suatu keputusan penting dalam perkara yang hendak dilaksanakan contohnya cadangan mengadakan lawatan ke suatu tempat yang dikunjungi, dalam hal ini pelajar perlu berjumpa dengan pihak tertentu untuk mendapat kebenaran mengadakan lawatan, pelajar juga perlu membuat kertas kerja dengan tujuan yang munasabah dan mengambil kira perkara-perkara penting. Selain itu dalam aktiviti yang melibatkan perjumpaan bersama ahli-ahli jawatankuasa penting bagi menyatakan pendapat dan cadangan secara menyeluruh. Contohnya pada bulan Ogos 2009, Kelab Kembara Rekreasi Unikl-Bmi (Kelab Kerek) telah mengadakan eksplorasi jelajah Sarawak dengan penyertaan seramai 50 orang ahli. Ekplorasi jelajah yang berlangsung selama seminggu membawa kenangan yang lebih bermakna kerana mereka dapat pengalaman menghayati kehidupan masyarakat Borneo dan mengunjungi tempat-tempat tertentu. Jika suatu keputusan dibuat dan dapat dicapai ini dapat melahirkan siswa membantu menjayakan suatu program atau aktiviti yang hendak dirancang bagi masa akan datang. Dari segi kemahiran kerja berpasukan, kerja berpasukan menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Contohnya, pada Jun 2011, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan program Bakti Siswa di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru. Pihaknya membuka peluang kepada pelajar membentuk

pasukan bekerja dalam kumpulan, melalui kerja dalam kumpulan ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan komunikasi dengan masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang bangsa dan budaya. Melalui program seperti ini, ia berjaya membentuk semangat perpaduan, pemuafakatan dan mewujudkan jalinan erat antara pihak UTeM, pelajar dan penduduk setempat. Kebolehan pelajar berkomunikasi dengan peserta komunikasi dari latar budaya yang berbeza dilihat sebagai satu perkara yang penting dalam mewujudkan kemesraan, memelihara dan melestarikan nilai-nilai kemanusiaan, menghormati sistem budaya masyarakat setempat serta pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Dengan adanya kebolehan pelajar berkomunikasi dalam kalangan masyarakat, kemahiran kerja berpasukan dapat membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat, potensi dan kemahiran anggota-anggota kumpulan. Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dari segi kemahiran moral dan etika professional, satu cara dan bentuk perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan. Tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut kemampuan. Contohnya Mac 2009 seramai 104 orang peserta mengikuti Program khidmat Siswa (PROKSIS) anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar (JMK KUO). Kebanyakan peserta menunjukkan disiplin yang positif iaitu mereka telah berkumpul seawal jam 6.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Komited dengan kelancaran perlaksanaan program,

pembahagian tugasan masing-masing seperti membersihkan kandang zirafah, harimau, beruang dan juga kumpulan yang mendapat tugas untuk menyediakan makanan kepada beberapa jenis binatang termasuklah rusa dan spesies monyet. Kebanyakan peserta bertungkus-lumus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing dalam usaha memantapkan diri ke tahap yang lebih baik. Ini membuktikan bahawa nilai-nilai positif kemanusiaan dapat membina personaliti yang bermaruah tinggi, mendapat kepercayaan dan menghormati masyarakat sekeliling dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi. Justeru, pembelajaran khidmat yang dilaksanakan dapat memberi faedah-faedah kepada pelajar kerana ia membantu pelajar membentuk kemahiran insaniah dalam diri mereka. Dengan kemahiran tersebut ia dapat meningkatkan nilai-nilai sahsiah pelajar terutama dalam kemahiran bersosial, mereka juga dapat menimba pengetahuan dan pengalaman yang bermakna terhadap hasil pembelajaran yang telah dipelajari dan mengalami kehidupan sebenar masyarakat sekeliling. Ia juga secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar peka dan prihatin terhadap keadaan alam dan penyesuaian diri dalam budaya dan amalan masyarakat sekeliling. Oleh itu pelaksanaan pembelajaran khidmat patut diteruskan dan dilaksanakan secara proaktif di semua peringkat iaitu di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi awam dan swasta kerana pembelajaran khidmat merupakan salah satu langkah yang efektif dapat mengurang masalah gejala sosial dan memupuk budaya masyarakat penyayang.

You might also like