You are on page 1of 26

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Kemahiran mendengar 10. Kemahiran membina hubungan

9. Kemahiran empati

8. Kemahiran penstrukturan

1.0 KEMAHIRAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELIN G


5. Kemahiran melakukan dorongan minima 6. Kemahiran berkomunikasi 7. Kemahiran menyoal

4. Kemahiran membuat refleksi perasaan

3. Kemahiran membuat interpretasi

2. Kemahiran konfontasi 1

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 Kemahiran mendengar

Cara kaunselor menunjukkan kemahiran mendengar Menyatakan semula Menggambarkan semula Memberikan respons

10 kemahiran mendengar Sifat menghormati dan menerima Memahami sudut pandangan klien Menghantar mesej dengan suara yang baik Guna kata-kata pembuka Hantar mesej badan yang baik Parafrasa Refleksi perasaan Kefahaman konteks perbualan Mengurus resisten di peringkat awal Elak perkataan jangan

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.2 Kemahiran membina hubungan

membina suasana alam keliling

suasana terapeutik ruang untuk berkomunikasi penampilan diri ekspresi muka kontak mata cara duduk dalam sesi kaunseling pergerakan tangan dan kaki
3

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.3 Kemahiran empati

Kaunselor cuba memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien

Respons kenyataan terdiri daripada 2 aspek: Aspek kognitif Aspek afektif (perasaan)

Kepentingan Empati Membina hubungan dengan klien Meransang penerokaan diri Menyemak pemahaman dengan klien Memberi sokongan Melincinkan komunikasi Meningkatkan tumpuan Menyekat kaunselor Menggalakkan tindakan klien

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.4 Kemahiran penstrukturan

Dapat membina hubungan yang mesra dengan klien

Berlaku secara formal dan tidak formal

Kaunselor menerangkan peranan dan tanggungjawab

Sesi kaunseling ambil masa 30-45 minit

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

kaedah paling banyak digunakan dalam sesi kaunseling

ikut kesesuai keadaan

KEMAHIRAN MENYOAL

1.5

untuk dapatkan maklumat dengan cepat dan maklumat lanjut

> soalan tertutup (terhad) > soalan terbuka (pincang)

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.6 KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Elak guna perkataan yang sukar klien fahami

Komunikasi bukan lisan o Gerak badan o Kontak mata o Postur badan

o 5 cara hantar komunikasi Mesej lisan Mesej vocal Mesej badan Mesej sentuhan Mesej bentuk aksdi 7

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.7 KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMA

Maksud > respon/ ungkapan ringkas/ pergerakan positif untuk galakkan klien terus bercakap

Memberansangkan klien terus bercerita

1.8 KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI PERASAAN

Sebut semula percakapan klien Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhati gerak tubuh badan klien.

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.9 KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI


Digunakan untuk kaunselor memberi maklumbalas Kepada klien supaya dapat lihat dari sudut berbeza. Buat tafsiran utnuk maksud tersirat dalam mesej Interpretasi dalam bentuk metafora

Bantu klien mentafsir masa hadapan mereka Interpretasi dalam bentuk fantasi

1.10 KEMAHIRAN KONFRONTASI

Hanya dilakukan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor Kaunselor menggunakan nada lembut

Bagi klien satu pandangan berbeza

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM

MEMBANTU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Kecekapan memahami kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling sangat berguna bagi seorang guru. Hal ini penting apabila seseorang guru berhadapan dengan murid yang berada di dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Guruguru yang hendak memberikan khidmat bimbingan/kaunseling yang baik perlu menguasai dan mampu mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling dengan baik terhadap murid/ klien mereka. Keberkesanan penggunaan kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling dapat membantu seseorang guru menjadikan pembelajaran lebih efektif serta sesuai dengan permasalahan murid. Terdapat beberapa kemahiran asas yang sangat penting dan sering dialami dalam kehidupan seharian guru-guru apabila berhadapan dengan pelbagai situasi pembelajaran dalam bilik darjah. Kepentingan kemahiran-kemahiran ini adalah penting bagi para guru untuk menjadikan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan lebih efektif. Antara kemahiran-kemahiran asas tersebut ialah kemahiran mendengar, kemahiran membina hubungan, kemahiran berempati, kemahiran menyoal dan kemahiran berkomunikasi. Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekodrekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif.

10

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.1 Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan berasa lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk diceritakan. Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah murid yang ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap masalah mereka kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia untuk mendengar keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid semasa bercakap juga perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah member tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan murid tersebut. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu, proses mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang guru yang ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya. Seorang guru haruslah berusaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling mereka, Ini juga dapat membantu guru membentuk hubungan yang lebih selesa bersama murid mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien mereka berada di situ. Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu serba sedikit latar belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan ganngguan-gangguan yang datang dari persekitaran seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam hati sendiri seperti bisik-bisik hati sendiri. Pada pandangan saya, keberkesanan kemahiran mendengar dalam sesi kaunseling boleh berlaku sekiranya seseorang guru tidak terlalu mendesak muridnya,

11

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING menjadikan murid tersebut dapat bercerita dalam keadaan santai dan tidak tertekan dengan soalan-soalan yang mengganggu penceritaan murid tersebut. Menurut Jones (2004), terdapat 10 kemahiran mendengar secara aktif dan di antaranya ialah menunjukkan kefahaman konteks perbualan. Guru seharusnya menunjukkan rasa minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi wajah yang sesuai bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan memahami segala yang diceritakan oleh murid.

12

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.2 Kemahiran membina hubungan Dalam sesi kaunseling, kemahiran membina hubungan adalah satu kemahiran yang dapat menjalinkan sifat hormat-menghormati di antara guru dan murid. Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara guru dan murid supaya murid sedia berbincang dengan guru tersebut. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap sesi

perbincangan. Pakar-pakar kaunseling telah merumuskan perkara utama dalam pendekatan kaunseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers ialah memberikan penekanan terhadap tanggungjawab klien untuk mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak ke arah satu keadaan yang dapat menguntungkan dirinya dalam keadaan yang sebenarnya. Dalam sesi kaunseling, seseorang kaunselor haruslah menekankan aspek untuk

menggalakkan klien tersebut memahami persepsi tentang dirinya dengan kenyataan yang ingin dikongsikan. Prinsip dalam pendekatan ini adalah penumpuan kaunselor pada hubungan terkini dan pengalaman yang dicapai dalam perhubungan dengan klien. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Justeru itu, sebagai seorang guru, kemahiran ini boleh diaplikasikan terlebih awal lagi terutama dalam sesi memperkenalkan diri sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran pada awal semester. Namun begitu, kaunselor mahupun guru perlu berhati-hati semasa

menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien tersebut tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.

13

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam kemahiran membina hubungan antaranya ialah membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka guru, kontak mata antara guru dan murid, cara duduk dalam sesi kaunseling, pergerakan tangan dan kaki, senyuman, nada suara guru haruslah bersesuaian dengan keadaaan serta

menggalakkan klien bercakap Pada pendapat saya, setiap tingkah-laku guru memberikan maksud-maksud yang tersendiri. Murid-murid yang berhadapan dengan guru dapat membaca seolaholah guru tersebut telah bersedia dengan perbincangan atau belum. Guru haruslah sentiasa kelihatan yakin di hadapan murid walau dalam apa jua situasi. Ini adalah kerana murid sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap gurunya berbanding ibu bapanya sendiri. Namun begitu, guru juga harus berhati-hati ketika memberi senyuman. Senyuman yang diberikan haruslah sesuai dengan situasi kerana murid akan tersilap memberi interpretasi sekiranya guru silap memberi senyuman.

14

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.3 Kemahiran berempati Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang (Kamus Dewan ) . Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Menurut Jones (1996), perasaan empati membolehkan seseorang memposisikan diri pada kedudukan orang lain dengan melihat sesuatu peristiwa, benda dan situasi daripada dimensi mereka. Pentingnya kemahiran berempati bagi seseorang guru adalah untuk memahami jiwa murid tersebut dengan lebih mendalam. Murid hanya akan bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan berasa selesa apabila berinteraksi dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah memahami emosi murid dengan meletakkan dirinya di tempat murid tersebut. Guru tidak seharusnya cepat menghukum jika murid melakukan sesuatu kesalahan namun mereka haruslah mendengar keluhan murid kerana murid berhak diberi peluang untuk meluahkan pendapat atau masalah mereka. Kepentingan berempati dalam sesi kaunseling dapat memberikan kesan yang positif terhadap sesi kaunseling tersebut antaranya ialah dapat membina hubungan yang baik dengan kilen. Jika seseorang murid merasakan bahawa kaunselor mahupun guru tersebut dapat memahami dirinya, dia akan meluahkan segala permasalahan yang dihadapinya dengan murdah tanpa paksaan. Selain itu, kemahiran berempati juga dapat melancarkan proses komunikasi antara guru dengan murid. Proses ini juga dapat meningkatkan tumpuan kepada isu perbualan. Empati dapat memberikan tumpuan kepada isu penting yang ditimbulkan oleh klien justeru dapat membantu klien dan pembimbing memahami pengalaman, tingkah laku dan emosi klien.

15

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.4 Kemahiran menyoal Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara yang lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara lansung mahupun tidak lansung kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha

menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat yang khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut Adakah kamu tidak menyiapkan kerja sekolah? Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ya atau tidak. Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap perkara yang tidak diperlukan.

16

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan, mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan sahaja. Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? Atau sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda? Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti siapa, apa, di mana dan bagaimana. Pada pendapat saya, kedua-dua jenis soalan ini adalah penting dalam sesi kaunseling. Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka harus menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid. Terdapat segilintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah dimulakan dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup juga dapat menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin menganggap bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut kefahaman guru. Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan lebih panjang dan membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk menggalakkan murid bercerita dengan terperinci. Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh mengganggu proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk terus bercerita dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai dengan keadaan dan menggunakan nada yang bersesuaian.

17

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.5 Kemahiran berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataanperkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor harus menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas. Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas. Bagi seorang guru, kemahiran berkomunikasi haruslah dikuasai untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi yang berkesan tidak kira dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Murid lebih selesa untuk berdamping dan bercerita dengan gurunya sekiranya mereka telah mempunyai hubungan yang erat dan mesra. Oleh itu, seseorang guru haruslah memastikan komunikasi yang baik dijalinkan terlebih dahulu dengan muridmurid agar dapat memudahkan proses interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan bimbingan daripada guru tersebut.

18

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3.0 PENGGUNAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran asas haruslah dikuasai oleh setiap guru untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid. Hal ini juga dapat membantu para guru mengaplikasikan pembelajaran. Pada semester ini saya berpeluang menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di negeri Perlis, sekolah ini mempunyai bilangan murid yang besar. Sebilangan besar ibu-bapa murid di sekolah ini terdiri daripada penjawat awam yang terdiri daripada guru, polis, askar dan lain-lain kakitangan kerajaan. Setelah berkenalan dengan murid-murid di beberapa buah kelas yang saya mengajar, mereka sememangnya lahir daripada keluarga yang agak selesa. Namun terdapat juga sebilangan murid yang lahir daripada keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan. Setiap kali pertama saya masuk ke setiap kelas, saya lebih selesa untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan murid-murid di sekolah ini. Saya lebih selesa memanggil mereka dengan nama timangan mereka supaya keadaan boleh menjadi lebih santai. Perhubungan saya dengan murid juga tidak terlalu terikat kepada guru dan murid semata-mata malah boleh menjadi seperti rakan-rakan pada sesuatu masa. Pada awal perkenalan, saya akan meminta setiap murid memperkenalkan diri dengan memberitahu nama, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik beradik dan tempat tinggal mereka. Perkara ini penting untuk guru ketahui supaya guru dapat mengetahui latar belakang murid dengan lebih mendalam. Sepanjang sesi praktikum saya, buat pertama kali saya dapat mengenali seorang murid yang sangat sensitif di sekolah ini. Ishrar merupakan murid tahun 4 daripada salah sebuah kelas yang saya mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Semasa sesi memperkenalkan diri, saya meminta dia berdiri dan memperkenalkan diri. Perkara yang membuatkan saya terkejut ialah murid ini terus menangis dan mengalirkan air mata. Setelah dipujuk murid ini masih lagi menangis dan enggan setiap kemahiran yang difahami di dalam pengajaran dan

19

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING bercakap untuk memperkenalkan diri. Tanpa memaksa, saya membenarkannya duduk dan meminta murid tersebut supaya bertenang dan berhenti menangis. Perkara ini tidak pernah terjadi terhadap dan agak mengejutkan saya kerana murid tersebut merupakan murid tahun 4 yang agak pintar. Dalam memastikan murid-murid lain berada dalam keadaan selesa, saya pada mulanya mengabaikan murid yang menangis tersebut. Apabila bertanya kepada beberapa orang murid yang lain, mereka mengatakan bahawa murid tersebut memang mengalami masalah kurang keyakinan diri. Dia akan menangis apabila ditanya oleh mana-mana guru terutama guru baru. Ini kerana murid tersebut merasakan bahawa setiap guru baru merupakan seorang yang garang dan tegas. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang murid tersebut, saya berjumpa dengan guru kelasnya dan beberapa orang guru yang mengajar di kelasnya. Guru-guru tersebut menyatakan bahawa murid tersebut mungkin tidak biasa dengan guru baru terutama sekali pada kali pertama masuk ke kelas. Mereka juga mengalami situasi yang sama ketika mula-mula masuk ke kelas tersebut untuk berkenalan dengan murid-murid tersebut. Guru-guru tersebut telah memberi cadangan kepada saya supaya tidak terlalu mendesak murid tersebut dan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih santai. Dalam situasi ini, saya menyedari bahawa kemahiran membina hubungan sangat penting untuk saya mengesuaikan diri dengan murid tersebut. Nada suara yang saya gunakan agak tegas sedikit pada kali pertama masuk ke kelas tersebut. Ini menjadikan murid tersebut merasakan seoalah-olah saya merupakan seorang guru yang garang dan tegas. Pada kali kedua saya masuk ke kelas tersebut untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya membahagikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan. Saya telah membenarkan murid memilih sendiri kumpulan yang mereka rasakan serasi dan selesa untuk memudahkan mereka berinteraksi ketika menjalankan kerja-kerja berkumpulan. Saya dapati murid yang suka menangis tersebut

20

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING telah masuk ke dalam kumpulan pilihannya sendiri dengan gembira. Setelah setiap murid berada di dalam kumpulan masing-masing, saya meminta setiap kumpulan memberikan satu nama yang bersesuaian untuk menamakan kumpulan mereka masing-masing. Setiap ketua kumpulan berdiri dan memberikan nama kumpulan mereka masing-masing. Apabila tiba giliran kumpulan yang terdiri daripada murid bermasalah tersebut, saya meminta murid tersebut berdiri dan memberikan nama kumpulan beliau. Namun hasilnya masih tidak memuaskan kerana murid tersebut terus menangis tanpa berkata apa-apa. Saya terus meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan membiarkan sahaja murid tersebut menangis. Dalam beberapa minit kemudian saya mendapati murid tersebut berhenti menangis dan memberikan tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid yang lain. Sebelum menutup sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut, saya meminta semua murid berdiri untuk menjawab soalan, murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat dibenarkan duduk dan murid yang tidak dapat menjawab dengan tepat perlu berdiri dan terus berusaha untuk mendapatkan jawapan dengan tepat. Saya dapati, teknik ini sangat berkesan kerana murid yang bermasalah tersebut turut serta bersama rakan-rakannya yang lain berlumba-lumba untuk menjawab soalan dengan tepat. Untuk melihat sejauh mana kesungguhannya untuk menjawab soalan yang ditanya, saya membiarkan murid tersebut menjawab soalan-soalan yang akhir dan agak sukar. Murid itu masih lagi berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanya. Kesimpulannya, saya dapati teknik menyoal saya harus bersesuaian dengan keadaan dan masa. Saya mula mengenalpasti kesilapan saya pada awalnya yang menyebabkan murid tersebut menangis adalah terlalu memaksa dia untuk menjawab soalan yang ditanya. Murid tersebut sebenarnya mempunyai semangat persaingan yang tinggi seperti rakan-rakan yang lain. Namun dia kurang keyakinan dan berasa sedikit terancam jika soalan-soalan ditanyakan secara terus kepada dirinya. Pada sesi-

21

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING sesi p&p seterusnya, saya menggunakan teknik yang sama dan hasilnya murid tersebut tidak lagi menangis apabila ditanya dan kelihatan lebih seronok di dalam kelas saya. Kebiasaannya, saya gemar meluangkan masa bersama murid-murid pada waktu rehat. Jika berpeluang, saya akan bersama-sama mereka ketika mereka sedang makan di kantin. Pada waktu ini, saya berusaha mencari peluang untuk beramah mesra bersama murid-murid saya dengan lebih erat. Saya lebih gemar jika murid-murid menganggap saya seperti rakan jika di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak lansung, kemahiran berkomunikasi turut terjalin dengan baik antara saya dan murid-murid tersebut. Saya juga mengambil peluang ini untuk berkomunikasi secara lebih baik bersama Ishrar. Pada pandangan saya, Ishrar merupakan seorang murid yang normal yang suka bermain, bergaul seperti rakan-rakan yang lain. Namun begitu, saya beranggapan bahawa dia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi seperti rakan-rakannya yang lain. Die merasakan dirinya mempunyai kekurangan, ini kerana apabila diminta untuk melakukan kerja-kerja amali, Ishrar sering kali tidak menunjukkan hasil kerjanya walaupun hasil yang dilakukannya sangat baik dan menarik. Sewaktu di dalam kelas, saya sememangnya akan menerapkan unsur-unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan suasana kelas lebih kondusif dan ceria. Setelah beberapa minggu mengajar di kelas tersebut, Ishrar semakin berani untuk bercakap malah semakin berani untuk melakukan tunjuk cara di hadapan kelas. Perkara yang dikatakan oleh guru-guru lain ada kebenarannya kerana apabila lama-kelamaan saya bersama murid-murid di kelas ini, Ishrar tidak lagi menangis malah dapat berinteraksi dengan baik apabila diminta untuk bercakap. Dengan keberkesanan kemahiran-kemahiran tersebut diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maka kemahiran membina hubungan dapat terjaling dengan sendirinya. Murid-murid berasa selasa dengan guru untuk berbincang atau bercakap tentang perkara berkaitan dengan pelajaran mahupun di luar bidang pelajaran.

22

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING Secara kesimpulannya, kemahiran-kemahiran asas kaunseling dapat berlaku atau digunakan secara lansung dan tidak lansung. Jika seseorang guru memahami dengan teliti akan kemahiran-kemahiran dalam kaunseling, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan kondusif dan sebaik mungkin. Hubungan yang baik juga dapat dijalinkan tanpa sebarang halangan antara guru dan murid. Murid akan berasa selesa jika bersama guru tersebut. Mereka juga akan berkongsi masalah dan cerita mereka seperti mereka berkongsi dengan ibu bapa dan rakan-rakan mereka.

23

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.0 REFLEKSI KENDIRI


Tugasan bimbingan dan kaunseling ini merupakan tugasan yang mengaitkan kehidupan seharian guru dalam bilik darjah. Pelbagai situasi dan permasalahan sering terjadi secara lansung dan tidak lansung kepada murid-murid. Justeru itu sebagai seorang guru haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling untuk membantu membimbing murid-murid yang mempunyai masalah dari emosi dan psikologi mereka. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber iaitu buku, internet dan perkonsian ilmu antara kaunselor sekolah dan saya. Tugasa ini memberikan banyak ilmu baru yang bermanfaat kepada diri saya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya dari semasa ke semasa. Pada hakikatnya, situasi yang membelenggu murid-murid lazimnya terjadi di dalam bilik darjah. Tanpa disedari, guru sebenarnya telah menggunakan kemahirankemahiran asas kaunseling secara tidak lansung untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Setelah mempelajari beberapa kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, kemahiran menyoal dan kemahiran berkomunikasi, banyak perkara telah menyedarkan saya tentang cara dan teknik yang betul untuk mengaplikasikan teknik-teknik tersebut dalam situasi sebenar.

24

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.0 RUJUKAN Lee Keok Cheong, E. A. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd Muhd Mansur Abdullah & S.Nordinar Mohd Tamin, (2003). Proses Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sang, M. S. (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Sapora Sipon (2012). Asas Bimbingan Dan Kaunseling. Retrieved From Http://Bimbingandankaunseling.Blogspot.Com/2010/06/Kemahiran-AsasKaunseling.Html

25

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

26

You might also like