You are on page 1of 84

(4.

1) Dinamika dan Apresiasi Bahasa


Diploma In Natural Medicine 1

1. Memahami penggunaan bahasa formal dan bahasa tidak formal dalam bahasa Melayu. 2. Menjelaskan penggunaan kata-kata sapaan dalam kesantunan bahasa. 3. Menghasilkan karya-karya ilmiah untuk bacaan umum.

Diploma In Natural Medicine

Dikenali sebagai variasi bahasa berdasarkan penggunaannya berkaitan dengan situasi tertentu Terbahagi kepada dua iaitu : i. bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. ii. bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Diploma In Natural Medicine

Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Ayat yang gramatis. Mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa Contoh; Anda hendak ke mana?

Diploma In Natural Medicine

Teratur

Lengkap

Disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan sama ada menerusi tulisan mahupun lisan

Mematuhi peraturan sebutan, tatabahasa, imbuhan, binaan serta susunan ayat dan perkataan

Tidak mengandungi kesalahan bahasa

Diploma In Natural Medicine

Bahasa dalam

Bahasa halus

Bahasa Istana

Bahasa diraja yang digunakan khusus dalam perhubungan kebahasaan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka.

Digunakan secara bersopan santun dan penuh beradab, sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal

Diploma In Natural Medicine

bahasa bebas yang tidak mementingkan

semalam.

peraturan bahasa, selain terdapat percampuran kod. Ayat yang tidak gramatis. Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. Contoh: Sorrylah sayang, I tak nampak u

Diploma In Natural Medicine

Bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja Ciri-ciri: tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami golongan tertentu

Contoh: awek, cun, poyo, tangkap relaks,

pheh binget tol la bro, payung la beb..

Diploma In Natural Medicine

Cakap Mulut Susunan ayatnya mudah, ayat yang ringkas, perkataan terpotong-potong. Kadang kala perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam bahasa formal Cth; adik, mama tak suka adik macam tu.. tak baik lokek2 tau.. Bahasa Pasar Disebut juga sebagai bahasa kacukan kerana sifatnya yang bercampur aduk Bahasa pasar terdiri daripada perkataan bahasa Melayu tetapi tidak mematuhi peraturan tatabahasa Cth; duit lu gua bayar depan punya bulan

Diploma In Natural Medicine

Susunan gaya bahasa cakap mulut itu mudah, dengan ayat-ayat yang ringkas dan perkataanperkataan yang terpotong-potong atau tertinggal, misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak, dah untuk sudah, kak untuk kakak dan sebagainya. Kadang-kadang terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat, misalnya kok dan dek, pulak dan jugak.

Diploma In Natural Medicine

10

Bahasa pasar disebut juga bahasa kacukan kerana sememangnya satu sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam hal ini banyak terdapat unsur bahasa-bahasa asing yang digunakan. Bahasa pasar ini ialah bahasa yang terdiri daripada perkataanperkataan bahasa Melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain, seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, dan sebagainya. Contoh bahasa pasar: Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertamapertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja. (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)
Diploma In Natural Medicine 11

Variasi itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan oleh faktor teknikaliaitu idiolek, dialeksebutan, kosa Kepelbagaian bahasa yang ditentukan kepada tiga jenis variasi, bahasa iaitu kawasan Oleh atau bahasa loghat, dialek sosial. kata dan tatabahasa. Dialek Bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Idiolek

Dialek kawasan

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.
Diploma In Natural Medicine 12

Baku
Tujuan rasmi Tiada penutur asli Patuhi peraturan tatabahasa Formal Pelbagai aras Fonemik Alami perancangan Perkataan lengkap, tepat Tiada singkatan Bahasa tersusun Penekanan tentang ketepatan Kejelasan makna

Dialek
Tujuan tidak rasmi Ada penutur asli Tidak patuh peraturan tatabahasa Tidak mementingkan tatabahasa Banyak guna istilah daerah Sebutan tidak tepat atau tidak ikut ejaan Guna unsur kependekan kata Dalam lisan Sistem sapaan berbeza

Diploma In Natural Medicine

13

Pemulukan (menyanjung atau meletakkan baginda pada taraf yang tinggi) Contoh: Duli Yang Dipertuan Pendinaan (merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja) Contoh: patik pacal yang hina,

patik merafakkan sembah, ampun tuanku beribu-ribu ampun

Diploma In Natural Medicine

14

LARAS BAHASA

Diploma In Natural Medicine

15

Laras Laras Laras Laras Laras Laras Laras Laras Laras Laras Laras

Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa

Biasa Iklan / Perniagaan Sains Media Massa Rencana Undang-Undang Agama Sukan Sastera / Kreatif Ekonomi Akademik

Diploma In Natural Medicine

16

Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu. Penggunaan dalam perbualan harian. Tiada istilah khusus. Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat. Kata pinjaman tidak banyak digunakan.
Diploma In Natural Medicine 17

Tidak terdapat istilah teknikal.


Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan. Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
Diploma In Natural Medicine 18

Untuk menyampaikan maklumat berkesan. Pemberitahuan fakta yang jelas amat penting. Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat).

Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif.


Penggunaan bahasa retorik.

Tidak mementingkan tatabahasa.


Menggunakan pernyataan tertentu.
Diploma In Natural Medicine 19

Contoh: - Saya mahukan lebih dari sesuatu yang istimewa, saya mahukan komitmen. Sebidang tanah perumahan terakhir di Taman Dagang. Dengan Kad Berita Harian Buyfly, kami dah merancang mengelilingi dunia.

Diploma In Natural Medicine

20

Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan.
Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta. Ada istilah pinjaman. Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi.
Diploma In Natural Medicine 21

Contoh: Organ digerakkan oleh tisu-tisu yang giat bekerja. Tisu-tisu ini pula dibina daripada selsel hidup yang menjalankan peranan masingmasing. Impuls yang tiba di sinaps akan melalui bahan kimia bagi membolehkan impuls bergerak dalam satu arah sahaja.

Diploma In Natural Medicine

22

Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca. Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
Tiada istilah teknikal dan khusus. Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
Diploma In Natural Medicine 23

Bersifat umum. Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu. Gaya bahasa mudah difahami. Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci.

Diploma In Natural Medicine

24

Contoh : Oleh sebab baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, Proton Satria GTi masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

Diploma In Natural Medicine

25

Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen). Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris. Makna kosa kata berdasarkan intepretasi. Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
Diploma In Natural Medicine 26

Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat. Tiada graf atau gambar. Binaan ayat adalah panjang.
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Diploma In Natural Medicine 27

Membincangkan isu agama. Ada istilah pinjaman. Terdapat petikan.

Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran.

Diploma In Natural Medicine

28

Contoh: Ulama ada mengatakan bahawa sifat maksum itu tidak menghalangi datangnya ujian. Baginda selalu menekankan urusan ketuhanan sehingga bagi Rasulullah, solat adalah saat-saat yang menyenangkannya, puasa adalah penghibur jiwanya.

Diploma In Natural Medicine

29

Menyampaikan maklumat kegiatan sukan. Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas. Ada istilah aktiviti sukan. Kosa kata mudah difahami.

Diploma In Natural Medicine

30

Contoh: Merah Kuning buru bintang dari Brazil. Mafa percaya kehadiran anak asal negeri Hang Tuah oleh diibaratkan seperti sirih pulang ke gagang sekali gus mampu memantapkan skuad Kancil. Empat pasukan teratas zon Amerika Selatan layak automatik manakala skuad kelima perlu menangkis asakan Australia dalam perlawanan playoff untuk ke Jepun danm Korea Selatan.

Diploma In Natural Medicine

31

Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman. Ada istilah khusus tentang sastera. Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa).

Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat.


Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola. Bernada puitis dan bersifat komunikatif.
Diploma In Natural Medicine 32

Contoh: Kringbunyi loceng yang membingitkan telinga memecah keheningan awal pagi nirwana yang nyengat. Malam ni, lepas Isyak, ayah nak ke rumah dia. Nak ajar dia sikit. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Suara sengau ayah berkumandang lagi setelah membatukan diri sejenak. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban. Para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim.

Diploma In Natural Medicine

33

Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi. Ada istilah teknikal ekonomi. Tidak mengutamakan struktur ayat. Gaya bahasa formal. Maklumat jelas dan eksplisit. Fakta berdasarkan bukti data dan statistik.
Diploma In Natural Medicine 34

Contoh: Pihak berkuasa pasaran telah mengenakan status sekuriti bertanda kepada saham dan waran yang mencatatkan kenaikan mendadak dalam dagangan cergas untuk menjaga kepentingan pasaran.

Serangan spekulatif lebih terarah kepada mata wang terlebih nilai dengan begitu ketara.

Diploma In Natural Medicine

35

Bersifat ilmiah, formal dan objektif. Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan). Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi. Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan).

Diploma In Natural Medicine

36

Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian. Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk. Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks. Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.

Diploma In Natural Medicine

37

Laras bahasa amat penting. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran majumundurnya.

Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat. Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.

Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.

Harus tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.

Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. (dicadangkan pada tahap persekolahan lagi)
38

Diploma In Natural Medicine

Teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea.

Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca.

Diploma In Natural Medicine

39

Diploma In Natural Medicine

40

Pemerian
Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Contoh: Harga asal buku itu ialah RM50.00. Harga selepas diskaun ialah RM25.00. (Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas.)

Pemujukan
Menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Contoh: Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan mesra pembeli. Silalah berkunjung ke kedai kami. (Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa.)
Diploma In Natural Medicine 41

Penceritaan Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Contoh: Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba sahaja aku ternampak bayangan yang menyeramkan. (Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah seterusnya.) Pendedahan Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan. Contoh: Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar terlebih dahulu. Mengapakah berlaku hal sedemikian? (Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar boleh merangsang pembacaan. Sebelum melakukan sebarang pekerjaan, daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega.)
Diploma In Natural Medicine 42

Penerangan Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. Contoh: Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan AA44. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memilih Syarikat Penerbangan Cepat. Kami akan memaklumkan masa penerbangan yang baharu sebentar lagi. Sesungguhnya, kami menghargai kesabaran anda. Sekian untuk makluman dan terima kasih. (Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada jadual penerbangan.)
Diploma In Natural Medicine 43

Penghujahan
Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik. Contoh: Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos menjadi keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku, kita tidak dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti. Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut, negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di dalam negara, berbanding dengan langkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar negara. (Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian anak-anak.)

Diploma In Natural Medicine

44

Diploma In Natural Medicine

45

Pemerian
- Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.

Pemujukan
- Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan bahasa.
- Menggunakan aspek bahasa psikologi. - Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan) dan tidak rasional (melibatkan emosi).

Penerangan
- Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik. - Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau pendengar memahami maklumat yang disampaikan. - Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan.

- Menghasilkan gambaran yang realistik.


- Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. - Lazimnya, mengandungi tiga bahagian, iaitu pendahuluan, huraian dan kesimpulan. - Bersifat deskriptif dan informatif.

Diploma In Natural Medicine

46

Penceritaan

Pendedahan - Ada takrifan yang disertai contoh dan perbandingan. - Penghuraian sesuatu topik adalah secara objektif. - Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.

Penghujahan - Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan. - Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit dan jelas. - Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan induksi.
47

- Mengandungi pendahuluan, perkembangan dan peleraian. - Bersifat imaginatif.


- Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana bercirikan ekspresi.

Diploma In Natural Medicine

Cara

atau ragam bahasa itu digunakan khususnya dalam tulisan atau karangan. mengungkapkan iaitu cara bertutur, dan menulis.

Cara

Gaya

bahasa ialah rupa susuk ayat yang digunakan apabila bercakap atau mengarang.

Diploma In Natural Medicine

48

Asonansi
Pengulangan bunyi vokal dalam dua atau lebih dua suku kata.
Dalam pengucapan puisi, perulangan bunyi vokal memberi kesan pada pengucapan. Contoh : Saya serahkan jiwa dan raga kepada negara. Dari darah dari nanah yang punah ranah.

Diploma In Natural Medicine

49

Ulangan bunyi konsonan (biasanya pada awal perkataan yang berurutan) dalam suatu baris atau ayat. Contoh : Dalam memberi dan menerima.. Secantik dan seiras wajah Melisa.

Diploma In Natural Medicine

50

o o

(Puisi)

Pengulangan atau pertentangan bunyi yang sama. Terdapat dalam baris puisi. Contoh :
Gema gangsa Meningkah suasana Seniman tua Hampir dilupa Meneliti lagu Pantulan hati tanpa intonasi..

(Pantun)

Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.
Diploma In Natural Medicine 51

Diksi Melibatkan pemilihan dan susunan perkataan serta ketepatannya dalam menghasilkan penulisan dan percakapan. Lisan dan pertuturan. Metafora Kiasan perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata perbandingan yang disebut perumpamaan. Contoh : kehidupan itu adalah lautan. di dadanya ada gunung.

Diploma In Natural Medicine

52

Bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara suatu objek dengan objek lain yang sebenarnya tidak sama tetapi mempunyai aspek-aspek tertentu yang dianggap sama. Perbandingan peringkat termudah. Contoh : Putih macam kapas. Licin umpama belut

Diploma In Natural Medicine

53

Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda yang bukan manusia ( yang tidak bernyawa)menjadikan seolah-olah boleh bergerak dan bertindak sebagai manusia. Contoh : Pen mata bola itu menari-nari di atas kertas. Angin lembut itu membisikkan pesan kekasih yang jauh. Pohonan rimbun itu melambaikan keriangan.

Diploma In Natural Medicine

54

Penyataan yang berlebih-lebihan, selalunya untuk tujuan menekankan sesuatu pandangan atau idea. Tidak boleh diterima secara literal kerana sifatnya yang berlebih-lebihan. Contoh : Akan kutunggu walaupun seribu tahun lamanya. Jeritannya menggoncang bumi. Lautan api akan kurenangi demi cintaku padamu. Darahnya memancut membasahi bumi ini. Biarpun berkecai tulang di badan tetapi menyerah tidak sekali.

Diploma In Natural Medicine

55

Mengulangi sesuatu perkataan pada suatu baris (terutama puisi) yang boleh menimbulkan kesan keindahan bahasa. Pengulangan terbahagi kepada 2 iaitu : Anafora [ ulang di awal baris ] Efifora [ ulang di akhir baris ]

Contoh : kepiluan itu menggamit memoriku. kepiluan yang tiada kesudahannya..

Diploma In Natural Medicine

56

Terdiri daripada : Peribahasa. Simpulan bahasa. Bidalan Pepatah / Perbilangan Perumpamaan Kata-kata hikmat Cogan kata

Diploma In Natural Medicine

57

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Contoh : Ada udang di sebalik batu. Seperti ikan kena tuba. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Diploma In Natural Medicine

58

Mengikut Za'ba, simpulan bahasa ialah "rangkaian

Terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu: 1. Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin 2. Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Contoh: mandi kerbau, mata duitan 3. Daripada kepercayaan orang ramai. Contoh: harimau berantai, buruk siku 4. Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.
Diploma In Natural Medicine 59

perkataan yang telah tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas berlainan daripada asalnya.

Bidalan ialah peribasaha yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh : Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Diploma In Natural Medicine 60

Mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolaholah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undangundang atau peraturan masyarakat. Contoh : Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Cubit paha iri, paha kanan sakit juga. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Diploma In Natural Medicine 61

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terangterangan. Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut. Contoh perumpaan yang disebut perbandingan seperti katak di bawah tempurung umpama kaca dengan permata bagai pungguk rindukan bulan
Diploma In Natural Medicine 62

Perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yang tinggi. Contoh : Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. -Albert Einstein Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir. Abdullah Ibnu Abbas Baik dan buruk disebabkan oleh fikiran kita sendiri. - William Shakespeare
Diploma In Natural Medicine 63

Ayat pendek atau rangkaian kata yg digunakan sebagai panduan hidup (atau ditulis pada sesuatu). Kata atau ungkapan ringkas yang menarik dan mudah diingat yang mengandungi unsur ideologi, pegangan hidup, perjuangan dan sesuatu organisasi (kempen, pengiklanan). Contoh : Gaya hidup sihat. Bebas tanpa dadah.
Diploma In Natural Medicine 64

Ayat yang berkesan : ayat yang dapat menyampaikan maksud sebenar si penutur atau penulisnya. Tujuan utama : menyatakan sesuatu idea dan memperkembangkan idea itu. Ayat yang berkesan perlu mempunyai : kesatuan, kesepaduan, penekanan, variasi, kesejajaran, dan penalaran.

Diploma In Natural Medicine

65

Kesatuan Gagasan
Semua unsur dalam ayat mempunyai hubungan logikal dengan tujuan ayat itu secara keseluruhannya. Sifat ekonomis sesuatu ayat tidak bergantung kepada bilangan katanya tetapi pada sejauh mana fungsinya bagi pembaca.

Kesepaduan
Jalinan sebahagian daripada ayat dengan bahagian ayat yang lain untuk membina satu teks keseluruhan yang padu.

suatu proses sintaksis yang menghubungkan ayat-ayat dalam sesuatu teks


Kesepaduan dalam penulisan lazimnya ditandai oleh penanda wacana yang boleh dikaji dari segi : - Logik - Waktu - Ruang - Emosi
Diploma In Natural Medicine 66

Kesepaduan Logik
Memperlihatkan perkaitan yang munasabah (logik fikiran antara satu unsur dengan unsur yang lain) dipadukan dengan penanda transisi seperti oleh yang demikian, walau bagaimanapun, namun begitu, dan . Contoh; negara kita kaya dengan sumbersumber semula jadinya. Namun begitu, masalah yang kita hadapi sekarang ialah permintaan yang kecil dan kuasa membeli yang rendah dalam kalangan penduduk kita.
Diploma In Natural Medicine 67

Kesepaduan Waktu
Merujuk kepada perhubungan yang dapat memperlihatkan kesinambungan peristiwa demi peristiwa atau dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain. Kepaduan dapat diwujudkan dengan kata-kata penghubung kemudian, sejak, sebelum itu, dan sebagainya.

Contoh : Masukkan ikan bilis ke dalam kuali yang berisi minyak yang panas. Kacau ikan bilis itu supaya tidak hangus. Selepas itu, masukkan sambal dan kacau ratarata. Tunggu sehingga mendidih. Setelah itu padamkan api dan tuangkan ke dalam piring.

Diploma In Natural Medicine

68

Kesepaduan Ruang
Kaedah yang digunakan untuk menerangkan perkara seperti benda, tempat atau susunan yang dilihat. Kesepaduan digunakan dalam penulisan berbentuk penceritaan; di dalam, di belakang, di atas dan

Contoh : di dalam rumah itu terdapat tiga buah bilik yang agak besar. Di dalam setiap bilik itu terdapat kipas, lampu, dan katil. Di belakang rumah itu pula terdapat sebuah bilik yang agak selesa.
Diploma In Natural Medicine 69

Kesepaduan Emosi
Kesepaduan yang dapat memperlihatkan perkaitan perasaan terhadap sesuatu perkara yang dilalui. Sebagai contoh, dalam penulisan berbentuk penceritaan kepaduan yang sering digunakan ialah seperti perasaan geram, marah, sedih, dan lain-lain.

Contohnya; kucing comot itu telah beberapa kali mencuri ikan yang terletak dia atas meja makan dapurnya. Kali ini, dia tidak akan berdiam diri lagi. Dengan perasaan geram yang terlalu membungkam, dia mengambil penyapu dan membaling ke arah kucing itu.
Diploma In Natural Medicine 70

Penekanan
Diertikan sebagai penyusunan ayat-ayat dalam sesuatu pengucapan atau penulisan dengan cara yang paling sesuai serta mencapai matlamat tertentu.

Variasi
Ialah kepelbagaian ayat dalam penulisan.

Mempelbagaikan pola dan susunan ayat.


Diploma In Natural Medicine 71

Kesejajaran
Penggunaan kata atau frasa yang mendukung fungsi yang sama dalam bentuk gramatis.
Kesejajaran terbentuk daripada kata-kata yang bergantung kepada induk yang sama Jika bentuk kesejajaran ini sering kali digunakan dalam sesuatu ayat, kata-kata tersebut tidak lagi dapat memberi kesan malahan akan menumbulkan kebosanan pula Contoh; baik golongan atasan mahupun rakyat biasa, perlu diadili sekiranya bersalah.

Diploma In Natural Medicine

72

Penalaran
Penggunaan bahasa sebagai alat berfikir, menaakul, memahami, dan mencipta sesuatu konsep Contoh; Ini kehendak Allah, ianya amat diyakini oleh Hj Salleh. Dia bukan tidak kasihan melihat abangnya tetapi arahnya tiada. Dan kalau arahnya tiada, arah anak dan isterinya juga tiada. Tidak kena kalau Hj Salleh hendak mengajar abangnya seperti dia mengajar anak buah pondoknya (Mayat dan keluarga, karya Shahnon Ahmad)

Diploma In Natural Medicine

73

Bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur Penutur bahasa perlu bertutur secara sopan supaya tidak dianggap sebagai orang biadab atau tidak berbudi bahasa Dalam kesantunan bahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yg tersendiri Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggunaan gelaran, rujukan hormat, dan ganti nama. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan atau tidak boleh mengakibatkan salah faham, pertengkaran,dan sebagainya

Diploma In Natural Medicine

74

Gelaran kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Gelaran kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan gelaran kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Gelaran kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.(Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

Diploma In Natural Medicine

75

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

Gelaran Warisan

Diploma In Natural Medicine

76

Gelaran Kurniaan; Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Gabungan Gelaran kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan- Raja Haji Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman
Diploma In Natural Medicine 77

Diploma In Natural Medicine

78

Yang Dipertua Negeri/Perwakilan Negara-negara Asing/Duta Besar/Duta Pesuruhjaya Tinggi


Bil 1 Pangkat/Gelaran Yang Dipertua Negeri Melaka Cara Mengalamatkan Tuan Yang Terutama

2
3 4 5

Yang Dipertua Negeri Sabah


Yang Dipertua Negeri Sarawak Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Duta Besar/Duta/Pesuruhjaya Tinggi

Tuan Yang Terutama


[sama di atas ] [sama di atas] [sama di atas]

Diploma In Natural Medicine

79

Kosa Kata Bentuk Halus; Pengucapan umum-menyampaikan maklumat kepada orang ramai Ciri-ciri pengucapan umum; -Berlaku di tempat awam -Melibatkan bilangan sasaran yang ramai -Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah -komunikasi bermakna

Diploma In Natural Medicine

80

Pengucapan umum yang berkesan; Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak Sentiasa berwaspada terhadap aras kefahaman khalayak tentang sesuatu tajuk Berucap dengan menggunakan paras sikap yang sama dengan khalayak Memberitahu pendengar tentang perkara baru seperti isu semasa Mempengaruhi pendengar agar memberi perhatian yang serius terhadap isu yang dibincangkan

Diploma In Natural Medicine

81

Memberitahu pendengar tentang perkara baru seperti isu semasa Mempengaruhi pendengar agar memberi perhatian yang serius terhadap isu yang dibincangkan

Diploma In Natural Medicine

82

Diploma In Natural Medicine

83

Latihan; Perbezaan bahasa formal dan bahasa tidak formal Nyatakan jenis-jenis retorik

Diploma In Natural Medicine

84

You might also like