You are on page 1of 10

TEKNIK, KAEDAH, PEDAGOGI & ANDRAGOGI

TEKNIK
Kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Contoh, kaedah bercerita maka tekniknya ialah mengawal nada suara, penggunaan bahan yang berkenaan dan kemahiran mengekalkan minat murid. Sebagai kesimpulan, apabila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PERBINCANGAN

PENYELESAIAN MASALAH

TEKNIK

PENYOALAN

DEMONSTRAS I

KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah Tradisional Ia meliputi : Tugasan membaca buku teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula(riview) Ujian,kuiz dan peperiksaan

Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan

Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen

Kaedah penyelesaian masalah Pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut : -Menganalisis dan memahami masalah -Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. -Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. -Membentuk jawapan yang mungkin. -Pilih dan uji penyelesaian alternatif. -Pilih penyelesaian yang sesuai. -Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kaedah Kolaboratif Pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah : - Murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. - Murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. - Ahli kumpulan berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. - Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

You might also like