You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

PROGRAM : PPG

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK Hasil Pembelajaran Kursus: 1. 2. 3. 4.

SEMESTER : 3 TARIKH TERIMA : 14 JULAI 2012 TARIKH HANTAR :

Menjelaskan konsep pembangunan politik Menyatakan proses dan pembangunan politik di Malaysia Menghuraikan proses kemunculan politik berparti Malaysia Menganalisis bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk Hubungan etnik yang harmonis

Kerja Kusus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2,3 dan 4. Objektif Kerja Kursus Pendek. Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Membuat carian maklumat berkaitan soalan, menganalisis, membanding dan merumus maklumat-maklumat yang diperoleh serta menyatakan kesannya. 2. Menghasilkan penulisan yang jitu berdasarkan kajian yang dijalankan. Tajuk Kerja Kursus Pendek (100%) Pembangunan politik Malaysia menghadapi cabaran besar kerana proses penjajahan, gabungan wilayah dan parti politik yang berbeza. Dengan ini menjadi impian bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur. Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik turut melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan budaya sehingga membawa perubahan sistem politik masyarakat. Secara umum, pembangunan politik berlaku melalui tiga proses iaitu perbezaan struktur politik, sekularisasi budaya politik dan penyertaan politik yang besar oleh rakyat. Politik di Malaysia juga turut terpengaruh dengan konsep kemajmukan etnik dan aspek demografi. Bagi menganalisis pembangunan politik di negara kita, anda dikehendaki menyediakan peta minda mengenai perkembangan parti-parti politik di Malaysia. Buat perbandingan antara faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada aspek kemajmukan etnik dan aspek demografi dalam perkembangan parti-parti politik di Malaysia. Hasilkan satu analisis tentang kepentingan kerjasama antara etnik dalam usaha mewujudkan pembangunan politik yang mantap dan stabil.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (tiga orang sekumpulan) Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan. Tugasan yang dibuat hendaklah merujuk kepada sumber-sumber yang berbeza dan berwibawa seperti buku, majalah jurnal, akhbar, internet dan lain-lain. 5. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut : i. Fon Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau 1.5 spacing iv. Rujukan mengikut format APA v. Lampiran 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 7. Panjang tugasan tidak lebih daripada 15 hingga 20 muka surat. 8. Tugasan ini membawa markah 100%. 9. Pelaksanaan Kerja Kursus hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Edisi Pelajar 10. Anda diminta untuk membuat penulisan refleksi secara individu. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut : i. Pengenalan ii. Isi kandungan - Peta minda - Perbandingan Faktor pemangkin - Analisis kepentingan kerjasama antara etnik iii. Rumusan / Penutup iv. Maklumat sokongan (bahan bacaan dan senarai rujukan) v. Refleksi (individu) 3. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan tajuk-tajuk dalam Pembangunan Politik dalam konteks hubungan Etnik Di Malaysia 4. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan 5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah 6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan coheren Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Markah akan diberi secara kerja berkumpulan berdasarkan kepada tugasan dan refleksi akan dinilai secara individu . Wajaran tugasan adalah 50%. Tugasan disediakan oleh: _______________________ Pn. Hjh. Zubedah binti Abdullah Disahkan oleh: ______________________ Ketua Jabatan Kajian Sosial 1. 2. 3. 4.

You might also like