You are on page 1of 2

Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 11 iaitu kebebasan beragama menjelaskan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan

mengamalkan agamanya dan, tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas untuk semua atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. Selain itu, tiap-tiap agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri dan menubuhkan malah menyelenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat dan memperoleh atau mempunyai harta untuk memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. Di samping itu, Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat

perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Perkara ini juga tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan atau prinsip moral. Kepentingan perkara 11 ialah

mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dalam kehidupan seharian. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi dalam era globalisasi pada masa kini. Selain itu, dalam perkara 12 perlembagaan persekutuan Malaysia menjelaskan tentang hak berkenaan dengan pendidikan iaitu tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-

institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan dan membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. Kepentingan pendidikan kepada golongan muda ialah melalui pendidikan yang berkualiti akan membasmi kemiskinan, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Selain itu, Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial.

You might also like