You are on page 1of 39

DASAR WAWASAN NEGARA

PENDAHULUAN
Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Digubal oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MPEN II).

Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.

DASAR WAWASAN NEGARA


Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional.

DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.

OBJEKTIF DASAR WAWASAN NEGARA Objektif utama DWN ialah :


* Menggabungkan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara dengan pencapian perpaduan nasional .

Objektif yang lain ialah :


*membina bangsa yang berdaya tahan. *mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. *membangunkan ekonomi berasakan pengetahuan. *meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan. *meningkatkan nilai tambah bagi semua sektor ekonomi.

*menggalakkan pewujudan

masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah.

Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:
* membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi

* menggalakkan pewujudan masyarakat yang

saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah

* mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro * mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi

* membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat

* mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan * meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

Strategi Dasar Wawasan Negara


a) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. b) mempertingkatkan daya saing negara dalam menghadapi cabaran globalisasi

c) membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan [k-ekonomi] d) meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan e) mengukuhkan pembangunan sumber manusia

TERAS PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KE LAPAN

* Dalam tempoh RMKe-7, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara keseluruhan adalah positif walaupun krisis kewangan menyebabkan ekonomi menguncup sebanyak 7.4 peratus pada tahun 1998.

*Pelaksanaan strategi yang sesuai pada masa yang tepat dan secara berkesan adalah penting bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

*Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 akan memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan.

DASAR PERTANIAN NEGARA

Pengenalan
-Dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana

Menteri Malaysia ,DatoMusa Hitam pada 12 Januari 1984 -Garis panduan untuk membantu kerajaan dan sektor swasta mempergiatkan lagi sektor pertanian (sektor kecil tanaman,ternakan, perikanan serta perhutanan)

Dasar Pertanian Negara Pertama


-1984-1991

-panduan bagi pembangunan sektor pertanian.

-Pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian.

Isu semasa
-Tenaga buruh dan sumber tanah yang cukup -Dasar ekonomi yang berkembang -galak kerajaan melabur dengan banyak dalam pembangunan infrastruktur dan pembukaan tanah baru -Tanaman komoditi/ladang (kelapa sawit ,koko, getah)

Objektif
-Memaksimumkan pendapatan daripada

pertanian melalui sumber negara secara cekap. -Menjadi asas kepada pembangunan pertanian.

Strategi
-dibangunkan secara komersial -Menggalakkan perladangan berkelompok -Menggalakkan penyertaan swasta dalam pembangunan pertanian

Dasar Pertanian Negara Kedua


1992-1997 Mengatasai kelemahan DPN 1 -gagal menyekat penurunan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dan guna tenaga -Pembangunan in-situ(pembangunan tanah yang sedia ada)

objektif

-Membentuk sektor pertanian yang dinamik dan cergas. -Pemodenan dan komersialisasi sektor pertanian

strategi
-Penggunaan sumber dengan optimum -Peranan utama sektor swasta -Pengembangan output domestik dan eksport -meningkatkan produktiviti,kecekapan dan persaingan(R&D)

-meningkatkan keluasan tanaman ladang

-pembangunan industri berasas tani (untuk menambah peluang-peluang pekerjaan, menjana pendapatan yang lebih tinggi,dan menambah hasil pertukaran asing negara.).

Isu semasa

-Mengalami perubahan struktur ekonomi: a)Kurang tenaga buruh b)Upah meningkat c)Persaingan sumber tanah dan air d)Krisis kewangan e)inflasi

-Kos import bahan makanan yang tinggi dan liberalisasi perdagangan di bawah rangka kerja AFTA (kawasan perdagangan bebas ASEAN)dan WTO (pertubuhan perdagangan antarabangsa) -mendorong penilaian semula terhadap DPN2

DASAR PERTANIAN NEGARA KE3


-1998-2010

-Mengatasi kelemahan DPN2 -Menangani krisis mata wang dan kemerosotan ekonomi yg dihadapi oleh negara.

cabaran
-bekalan makanan sihat,berkhiasat dan pada harga yang patut. -Mengurangkan penggunaan buruh -Memperkukuh daya saing sektor pertanian -Menyokong perindustrian dan pelaburan luar negara

objektif
-Meningkatkan

kualiti pengeluaran bahan makanan(sekuriti makanan) -Mengukuhkan pertalian dgn sektor lain -Produktiviti dan berdaya saing melalui bioteknologi -menggunakan sumber asli secara mapan -Mewujudkan sumber pertumbuhan yg baru seperti akuakultur dan hidroponik.

strategi
a)Pendekatan perhutani - memberikan penekanan kpd masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. -dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi, justeru, membuka peluang untuk dibangunkan bersama.

manfaat
-mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian yang baru; -membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama

b)Pendekatan berasaskan produk -keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia -Permintaan dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi-strategi pengeluaran pertanian huluan.

Manfaat:
-menggalakkan pengeluaran produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi, -membantu penghasilan perbezaan produk dan bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran tempatan dan antarabangsa.

Teras rancangan malaysia ke 9


-Meningkatkan pengeluaran makanan pertanian ke arah mencapai lebihan perdagangan -Menggalakkan pelaburan swasta dalam usaha -Mengkomersialkan sistem pengeluaran makanan supaya menjadi cekap ,berproduktiviti tinggi berorentasikan pasaran

DISEDIAKAN OLEH :
>_< CHEN SHY WOEI

>_< SUREKKA SREEDHARAN

You might also like