You are on page 1of 15

Praktikal 1 : Keperluan asas tumbuhan.

Objektif Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan air.

Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan tanah, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan

membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas.

Penyataan masalah a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? b) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air? c) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Hipotesis Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan memerlukan kesemua elemen ini untuk terus hidup.

Pemboleh ubah malar Jenis tumbuhan yang digunakan Pemboleh ubah dimanipulasi Jenis keperluan tumbuhan Pemboleh ubah bergerak balas Keadaan tumbuhan

Eksperimen A: Bahan/radas i. ii. iii. iv. Tumbuhan berdaun lebar Vaselin Kertas hitam Klip kertas

Prosedur A 1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan yang baik. 2. Vasaelin disapu secara berhati-hati.di beberapa helai daun. Vasaelin disapu pada kedua-dua bahagian daun. 3. Pemerhatian dilakukan terhadap daun yang disapu dengan vaselin pada setiap hari. Perbandingan dilakukan dengan daun yang tidak disapu dengan vaselin. Pemerhatian juga dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Prosedur B 1. Kertas hitam yang dilipat digunting pada satu bahagian. 2. Corak yang sudah digunting seterusnya diklip dan ditinggalkan untuk beberapa hari. 3. Selepas beberapa hari, kertas hitam ditanggalkan dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan keputusan.

Eksperimen B Bahan/radas i. Benih-benih kacang ii. Dua bekas bunga kecil iii. Air iv. Tanah, humus

Prosedur 1. Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam bekas bunga kecil. 2. Kedua-kedua tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari 3. Tumbuhan A disiram air secukupnya pada setiap hari 4. Tumbuhan B tidak disiram air

Eksperimen C: Bahan/radas 1. Biji-biji kacang 2. Dua balang dan dua cawan plastik 3. Tanah, humus 4. Kapas 5. Air

Prosedur A 1. Biji-biji kacang ditanam di dalam balang 2. Tanah pada kedua-dua balang disiram air secukupnya. Udara telah disingkirkan daripada tanah apabila gelembung udara tidak lagi kelihatan. 3. Balang pertama ditutup menyebabkan bekalan udara tidak lagi dibekalkan kepada tumbuhan 4. Balang kedua dibiarkan lembap dengan disiram air pada kadar yang diperlukan.

Prosedur B 1. Kedua-dua cawan diisi dengan air. 2. Kapas diletakkan pada bahagian atas cawan. Biji-biji kacang diletakkan di atas kapas. Ini akan menyebabkan biji kacang sentiasa lembap. 3. Biji kacang dimasukkan ke dalam air pada cawan kedua, seterusnya menyebabkan penyingkiran udara.

4. Kedua-dua cawan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu dan cahaya yang sama.

Keputusan Eksperimen A: Prosedur Pemerhatian Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2: Daun mula layu dan kelihatan kekuningan Hari 3: Daun kelihatan kekuningan yang ketara Hari 4: Daun tidak gugur Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan. Hari 2: Daun tidak menunjukkan perubahan yang ketara Hari 3: Daun mula layu Hari 4: Daun terus gugur Inferens Daun layu - hal ini kerana daun tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk proses tumbesaran - Daun layu - bahagian yang ditutupi kertas hitam menghalang daun mendapat cahaya seterusnya menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis

Eksperimen A, prosedur A: Daun kelihatan kekuningan tetapi tidak gugur

Eksperimen A, prosedur B: Daun layu dan gugur

Eksperimen B: Tumbuhan A Pemerhatian Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Semua benih kacang telah hilang Hari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang hilang Hari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh Inferens - Benih kacang telah hilang. Hal ini adalah disebabkan oleh perkara yang tidak diingini berlaku mungkin dimakan burung.

- Benih kacang telah hilang. Hal ini adalah disebabkan oleh perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin dimakan burung.

Eksperimen B, Tumbuhan A: Benih kacang tidak tumbuh

Eksperimen B, Tumbuhan B: Benih kacang tidak tumbuh

Eksperimen C: Prosedur Pemerhatian Inferens Benih kacang menggunakan udara yang terperangkap dalam balang. - benih kacang dapat tumbuh kerana menggunakan udara yang terperangkap untuk terus hidup sehingga kandungan udara habis Benih kacang tidak dapat tumbuh -kami mengesyaki terdapat pelajar yang mengganggu eksperimen kami. Benih kacang tidak tumbuh. -kerana air yang terdapat dalam cawan mulai kering pada hari ketiga kerana berlaku proses penyejatan Benih kacang tidak tumbuh. -kerana air yang terdapat dalam cawan mulai kering pada hari ketiga kerana berlaku proses penyejatan

Hari 1 : Benih kacang tidak A menunjukkan perubahan (Balang ditutup) Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Semua benih kacang telah mula tumbuh daun dan akar Hari 4 : Semua benih kacang tumbuh dengan sempurna

A (balang tidak ditutup)

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambah Hari 3 : Semua benih kacang telah hilang Hari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang mula kering Hari 4 : Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang mula kering Hari 4 : Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Eksperimen C, prosedur A (balang ditutup):

Eksperimen C, prosedur A (balang tidak ditutup): Benih kacang tidak tumbuh

Semua benih kacang tumbuh dengan sempurna

Eksperimen C, prosedur B:

Eksperimen C, prosedur B:

Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, kami menyimpulkan bahawa tumbuhan memerlukan kesemua keperluan asas ( cahaya matahari, air, udara) untuk proses tumbesaran. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak mendapat keperluan-keperluan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memelihara alam sekitar daripada pencemaran yang akan mengganggu proses tumbesaran tumbuhan.

Perbincangan

1. Eksperimen A, daun yang diselaputi Vaselin telah layu tetapi tidak gugur. Daun yang diklipkan dengan kertas yang digunting setelah beberapa hari, terus gugur. 2. Eksperimen B, biji benih di dalam bekas bunga yang disiram tidak tumbuh kerana biji benih telah hilang, mungkin kerana dimakan burung. Begitu juga dengan bii benih yang tidak disiram. Kami mencadangkan agar eksperimen dijalankan di ruang bersangkar agar burung tidak dapat masuk. 3. Eksperimen C, melalui prosedur A, biji benih yang berada di dalam balang jar yang ditutup dengan kertas hitam tetap bercambah dan terus hidup. Hai ini kerana biji benih tersebut menggunakan udara yang masih terperangkap di dalam balang. Pemerhatian akhir pada biji benih yang berada di dalam balang jar yang tidak ditutup dengan kertas hitam tidak dapat dilakukan kerana biji benih telah hilang. Kami mencadangkan agar eksperimen dijalankan di tempat yang berkunci agar eksperinmen berlaku dengan lancar.

4. Eksperimen C , melalui prosedur B, biji benih tidak dapat tumbuh kerana air kering. Hal ini kerana air terlalu sikit dan ruang meletak cawan terlalu terdedah kepada matahari seterusnya menyebabkan air tersejat pada kadar yang segera. Biji benih pada kapas juga mengecut kerana air pada kapas telah kering. 5. Nutrien asas bagi tumbuhan memerlukan udara, air, cahaya, pottasium and mikroelemen ( iron, zink, magnesuim, dll) 6. Tumbuhan tumbuhan telah diletakkan di kawasan yang cukup cahaya dimana ia dapat dilihat tanpa perlu dikawal oleh pelajar. 7. Tumbuhan memerlukan air. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak mendapat air yang mencukupi untuk hidup. 8. Terdapat pelbagai fungsi air untuk tumbuhan. Antaranya ialah untuk proses transpirasi dimana air digunakan untuk memindahkan mikroelemen yang diperlukan seperti iron. 9. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Ini kerana, cahaya matahari diperlukan untuk membuat makanan semasa proses fotosintesis.

Soalan eksperimen 1: 1. Apakah akan terjadi jika hanya bahagian atas daun diselaputi Vaselin? Atau hanya bahagian bawah? Stomata terletak di bahagian belakang daun. Sekiranya sebelah belakang daun diselaputi Vaseline, maka daun tersebut akan mati kerana daun tersebut tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan berkesan. Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.Dalam bahasa yang mudah, fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanannya sendiri Namun begitu sekiranya hanya bahagian atas daun ditutupi, daun tersebut masih boleh hidup. Stomata tumbuhan darat banyak terdapat pada bahagian bawah daun bertujuan untuk mengurangi penguapan. Hal ini kerana, fotosintesis memerlukan air dan penguapan akan mengurangkan jumlah air. Sebaliknya pula, stomata tumbuhan air banyak terletak di atas daun yang bertujuan untuk mempercepat penguapan.

2. Adakah daun akan terus mati sekiranya Vaselin dibersihkan selepas sehari? Tidak ini adalah kerana tumbuhan akan terus menjalankan proses fotosintesis selepas vaselin dibersihkan.

3. Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun ditutup? (separuh bahagian atas dan separuh bahagian bawah) Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian tidak dilapisi masih boleh melakukan proses fotosistesis. Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan layu.

4. Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan? Buat pemerhatian selama beberapa hari. Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam ditanggalkan, daun akan kembali segar dengan syarat segala keperluan asasnya seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Soalan eksperimen 2: 1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih berbeza digunakan? Ya. Ini kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama,

2. Mungkinkah anda memberikan air yang berlebihan kepada tumbuhan? Berdasarkan keperluan, tanaman tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup. Jika kita memberi terlalu banyak air kepada tumbuhan, beberapa tanda akan dapat dikesan. Antaranya akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

3. Bagaimana petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang mencukupi, tidak cukup air atau terlebih air? Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya, kita boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-ciri berikut: a) Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat. b) Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering.

c) Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

Soalan eksperimen 3:

1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan? Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di jar. Hal ini kerana api

memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan terpadam sekiranya tiada lagi oksigen kerana pembakaran tidak dapat lagi dilakukan. 2. Adakah akan ada masalah kepada petani sekiranya terlalu banyak udara? Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada petani. Bahkan ia mendatangkan manfaat kepada para petani. Contohnya, tiupan angin akan mempercepatkan lagi kadar transpirasi kerana udara yang tepu dengan wap air ditiup ke tempat lain. Dengan ini kehilangan air melalui stoma tidak terganggu. Tiupan angin juga menyegarkan udara yang terdapat di persekitaran tumbuhan serta memperbaharui bekalan karbon dioksida untuk fotosintesis. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang memerlukan angin untuk pendebungaan. Angin membantu memindahkan debunga ke permukaan stigma bunga yang lain. Walaubagaimanapun, udara yang terlalu banyak mungkin akan mendatangkan masalah kepada petani. Tiupan angin yang kencang seperti angin puting beliung akan menumbangkan pokok seterusnya mendatangkan kerugian kepada petani. 3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih yang berbeza digunakan? Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua tumbuhan memerlukan keperluan asas yang sama untuk kekal hidup.

4. Tumbuhan membuat makanan sendiri, tetapi ia tetap memerlukan bekalan mineral. Pilih 3 mineral dan terangkan apa yang berlaku sekiranya tumbuhan tidak mendapat mineral tersebut. Nitrogen Daun menjadi kekuningan, tumbuhan terbantut, tumbuhan kering sebelum matang, daun akan gugur dan tumbuhan akan layu Kalium Fosforus Daun bertompok-tompok, daun berbintik-bintik dan daun berpilin Tumbuhan terbantut, batang menjadi kurus, tumbuhan lambat matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau kebiruan, tanda kekurangan bermula pada daun tua.

5. Haiwan dan tumbuhan perlukan makanan. Berikan dua sebab mengapa haiwan dan tumbuhan perlukan makanan. Makanan merupakan perkara penting dalam kehidupan. Haiwan memerlukan makanan untuk pembekalan tenaga yang berterusan. Karbohidrat, lemak dan protein yang terkandung di dalam makanan membantu membekalkan tenaga kepada hidupan. Makanan juga membantu memanaskan badan haiwan dan membantu tumbesaran. Tumbesaran penting bagi membaiki sel dan tisu. Tumbuhan juga memerlukan makanan dan air untuk tumbesaran. Akar tumbuhan menyerap zat dan air dari tanah. Daun tumbuhan membuat makanan dengan menggunakan cahaya matahari. Makanan penting kepada hidupan untuk terus mengekalkan kewujudan spesisnya.

Rujukan

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Stoma, 7 Februari 2011


2. Lim Teong Kheng, Tai Lung Aik, Mahyudin Ahmad.1991. Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotosintesis, 7 Februari 2011 4. http://www.gardeningknowhow.com/problems/signs-of-plants-affected-by-too-much-water.htm, 7 Februari 2011 5. http://www.gardeningknowhow.com/problems/under-watering.htm, 7 Februari 2011 6. David Applin.2002. Biology. United Kingdom:Nelson thornes.

You might also like