You are on page 1of 2

Nota disediakan oleh: En. Mohd shukor b.

Mohd Nor SK Bandar Sungai Buaya

A. Bekas tanaman Perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan pasu : a) Saiz pasu b) mempunyai lubang saliran c) Kemas dan menarik d) Ringan dan murah e) Mudah dibersihkan

B. Penyediaan Tanaman Hiasan 1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya. 2. Jika kamu menggunakan pasu tanah liat baharu, rendamkannya di dalam air semalaman supaya air dapat meresap ke dalam rongga halus pasu. Dengan cara ini pasu tidak akan menyerap air daripada medium. Sekiranya menggunakan bekas terpakai, cuci bekas tersebut untuk mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya. 3. Tutup lubang saliran menggunakan batu-batu kecil atau pecahan pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama air siraman. C. Medium penanaman 1. Medium penanaman membekalkan nutrien, kelembapan, dan pengudaraan yang mencukupi untuk keperluan pokok. 2. Medium penanaman terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai. 3. Nisbah campuran ialah 3:2:1. Terdiri daripada 3 bahagian tanah loam, 2 bahagian tanah organik dan 1 bahagian pasir sungai.

4. Langkah menyediakan medium penanaman . i. Sediakan semua medium penanaman dan tapis bahan tersebut secara berasingan ii. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 bahagian tanah loam, 2 bahagian bahan organik, 1 bahagian pasir sungai. iii. Gaul ketiga-tiga bahan tersebut.

Nota disediakan oleh: En. Mohd shukor b. Mohd Nor SK Bandar Sungai Buaya

D. Mengubah anak pokok Langkah mengubah anak pokok. i. Lembabkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum mengubah anak pokok. ii. Masukkan medium ke dalam pasu penanaman sehingga memenuhi tiga perempat bahagian pasu. iii. Buat lubang di tengah-tengan medium di dalam pasu menggunakan sudip tangan. iv. Ubah anak pokok dari bekas semaian. v. Masukkan anak pokok ke dalam lubang semaian tambahkan medium semaian sehingga 2.5 cm dari bibir pasu. vi. Padatkan permukaan medium dengan menggunakan tangan. vii. Siram anak pokok yang baru dipinahkan sehingga medium lembap dan letakkannya di tempat perlindungan selama beberapa hari. viii. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok tersebut secara beransur-ansur kepada matahari. E. Menanam anak pokok di batas. Selain menanam tanaman hiasan di dalam pasu, kamu juga boleh menanam tanaman hiasan di atas batas. Batas dibina setelah selesai kerja menggembur tanah. Langkah-langkah membina batas: i. Tanah digembur dan buat batas setinggi 15 cm hingga 20 cm. Panjang batas bergantung bentuk yang ditetapkan. ii. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas. Langkah menanam anak pokok di batas. iii. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan iv. Ubah anak pokok dari bekas semaian menggunakan sudip tangan. v. Kemudian, masukkan anak pokok ke dalam lobang. vi. Padatkan tanah dengan tangan. vii. Siram anak pokok. viii. Gunakan daun lalang, pelepah kelapa atau jaring. Bagi melindungai anak pokok daripada cahaya matahari. Labelkan batas anak pokok tersebut.

You might also like