Professional Documents
Culture Documents
PROJEK:
KELARAI TAMPUK JANTUNG
TEMPAT
: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL JALAN 3/155A BUKIT JALIL GOLF RESORT 57000 KUALA LUMPUR
TEMPOH ANJURAN
: JUN JULAI 2012 : GURU PELATIH PISMP 2012 (INTERNSHIP IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK) BERSAMA PENTADBIR SK BUKIT JALIL)
1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.
2.0 RASIONAL
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.
OBJEKTIF
i)
Untuk menjadikan laluan tangga utama sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii)
Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
iii)
Menyumbang
tenaga
dan
sebagai
sumbangan
terhadap sekolah. iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini. v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.
Tempoh : Jun Julai 2012 Tempat : Laluan Tangga Utama Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil
4.0 SASARAN
Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Projek Penolong Penyelaras Setiausaha Reka Grafik
: Puan Juriah Bt Jupri : Pn Salmiah Bt Mohd Isa : Encik Kamarul Ariffin Bin Ishak : Muhammad Hanif Bin Abu Bakar : Nurul Izzati Bt Mohamad @ Husin : Nur Hafizza Munirah Bt Hamdan : Nur Zuraidah Bt Abdul Rahman : Nurliana Izzaty Bt Ahmad Shafir
Perkara
8.0 PERANCANGAN PROJEK Bil. 1 2 Aktiviti Perbincangan mengenai idea mural bertemakan kelarai Pembinaan kertas kerja Perbincangan dan pemilihan 2 bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Pemilihan Kata-kata Hikmah yang 3 bersesuaian di laluan tangga utama. 4 Projek dimulakan Bahan dan alatan melukis mural Kertas Dokumentasi Tema Motivasi Kertas Cadangan Bahan Gambar kelarai Kertas kerja Tindakan - Semua guru pelatih - Setiausaha - Pengurus Projek - AJK - Pengerusi Projek - Guru Besar - Semua guru pelatih - Semua guru pelatih - Pengurus projek
9.0 PENUTUP Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Kami berharap projek melukis mural dan kata-kata hikmah ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil.
LAMPIRAN
1. The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires.
Merah
Kuning
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
........................................ (PUAN SALMIAH BT MOHD ISA) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Disahkan oleh:
......................................... (PUAN JURIAH BT JUPRI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur