You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP AMBILAN

JUN 2010) (SEMESTER 2) JPM BMM 3101

NAMA AHLI KUMPULAN:


1) KANAMAH A/P MURUHAN 2) MANJU A/P MURUHAN 3) ANNIE SHANTHI A/P NORIS

PERBEZAAN DI ANTARA SUKATAN PELAJARAN KBSR DAN KSSR MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 DAN 2.

PENGENALAN KBSR

KBSR atau Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.Oleh yang demikian,, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu KurikulumBersepadu Sekolah Rendah.

Nama sahaja yang berubah tetapi Kandungan kurikulum itu masih lagisama seperti sebelumnya. KBSR disemak semula pada tahun 2003.Penyemakan ini kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akandilaksanakan KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).

KSSR

Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dandikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

1.Reka Bentuk Kurikulum Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu:

1.1.Bidang komunikasi, Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungimata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil.Antara objektif penting pembentukan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadapkemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira

1.2.Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral.

1.3.Bidang perkembangan diri individu Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponenKesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni danPendidikan Jasmani.Manakala KSSR terbahagi kepada 6 Tunjang.Tunjang-tunjang KSSR adalah seperti berikut:

1.3.1 Tunjang Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

1.3.2 Tunjang .Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

1.3.3. Perkembangan Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

1.3.4.Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

1.3.5.Tunjang Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

1.3.6. Tunjang Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

2. Bahan Kurikulum.

KBSR menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran.Sukatan pelajaran


dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatusubjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran yang diperincikan daripadaSukatan Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk perancangan

tahunansepanjang tahun yang mengandungi Objektif,Hasil Pembeajaran,aktiviti dan


nilai-nilai.Selain itu dalam KBSR penggunaan buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkanuntuk pengajaran dan pembelajaran.

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu:

2.1 Dokumen Standard. Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaranmereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapatdalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsepdan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.

2.2 Modul Pengajaran. Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaranmanakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahamanterhadap sesuatu isi pembelajaran.

2.3 Modul pembelajaran Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadapsesuatu isi pembelajaran.Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka pakai olehguru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengiradan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira.

RUJUKAN

Noriati A. Rashid. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mohd Nizar Mohd Latib. (2010), Falsafah Pendidikan Kebangsaan Retrived October 9, 2011,from http://www.scribd.com/doc/47760112/FPK Pendekatan-Bersepadu

You might also like