You are on page 1of 14

SULIT

011

Soalan 1 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Encik Nazim __________ keretanya di hadapan pejabat itu. A B C D menjalankan mendedahkan meninggalkan mempamerkan

Sarjan Rohimi seorang anggota polis yang tegas. ____________ tidak mudah disogok dengan wang. A B C D Beliau Kami Saya Dia

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT

011

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

______________ restoran itu sedang menghidangkan makanan kepada pelanggannya. A B C D Pramugara Pengacara Pengedar Pelayan

Majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu diadakan dengan __________ di sebuah hotel. A B C D bangga berjaya meriah menarik

Rasa buah manggis yang mereka temui di dalam hutan itu sungguh __________. A masam B lunak C pahit D manis

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

011

Sambil menunggu bas di hadapan rumah, Rabiatul berbual-bual dengan Mariam kerana lama tidak ____________. A B C D bersua bercakap bermesra bersalam

Marlia bangun __________ pada setiap pagi kerana rumahnya __________ dari sekolah. A dekatlambat B lambatjauh C awaldekat D awaljauh

Baik Syukrin __________ adiknya memang tangkas bermain senjata. A B C D mahupun meskipun malahan kecuali

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
9

011

Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen ___________ usaha menangani kemalangan di jalan raya. A oleh B sejak C antara D dalam

10

Sepak mula perlawanan itu dilakukan dari __________ padang. A tepi B tengah C bawah D penjuru

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11

Kayu yang berat itu tidak __________ oleh Pak Leman. A dipikul B berpikul C terpikul D memikul

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
12

011

__________ filem seram yang ditayangkan di pawagam itu sungguh menarik. A Jalan mati B Jalan lakon C Jalan cerita D Jalan singkat Emak sedang __________ untuk menyambut tetamu yang datang dari jauh. A bersapu-sapu B berbasuh-basuh C bercantik-cantik D berkemas-kemas

13

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Ramuan yang __________ untuk membuat ubat tradisional itu ialah akar-akar kayu. A memerlukan B diperlukan C diperlu D perlu

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
15

011

Ramesh dimarahi kerana dia __________ apabila ditanya oleh ayahnya tentang kehilangan duit tabung kakaknya. A bermundar-mandir B berteka-teki C berulang-alik D berdolak-dalih

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16

Orang ramai telah menderma beberapa __________ beras kepada mangsa-mangsa banjir itu. A genggam B kampit C buah D bungkus Setelah penat bersawah , nenek berehat di pondok sambil makan _________ sirih. A sekapur B seikat C sehelai D sekeping

17

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

011

18

Kakak menjadi __________ apabila melihat pakaian yang dijual di kedai itu. A rambang mata B mata hati C bidan terjun D mata keranjang

19

Ahmadi tidak menyangka bahawa dia akan mewarisi harta datuknya seperti ___________. A rusa masuk ke kampung B tikus jatuh ke beras C cacing kepanasan D pungguk rindukan bulan

20

Mahadi menutup daun tingkap itu kerana hujan sangat lebat. Pilih perkataan berlawan bagi menutup. A membawa B menolak C membuka D membuang

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
21

011

Kita hendaklah mencegah penyakit ini daripada merebak dan menyusahkan orang ramai. Pilih perkataan seerti bagi mencegah. A menjaga B melawan C mengelak D menghalang

Soalan 22 - 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22

Aziz hanya mengikut perintah ketuanya tanpa pernah membantah.

II Oleh sebab jambatan itu telah roboh, dia terpaksa mengikut jalan jauh. III Pada setiap petang Sabtu, Syahmi mengikut kelas Bahasa Jepun. IV Azlin mengikut jawapan Nora dalam peperiksaan itu. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II, dan III sahaja D I, III, dan IV sahaja

23

Ibu memarahi adik kerana suka memotong cakap orang lain.

II Pekerja-pekerja ladang itu menggunakan mesin untuk memotong rumput. III Encik Gopal memotong getah setiap hari jika keadaan cuaca baik. IV Pemandu dilarang memotong kenderaan lain di selekoh itu. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
24

10

011

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Ibu menyediakan kuih karipap dan air kopi sebagai hidangan minum petang. A Apakah yang disediakan oleh ibu untuk hidangan minum petang? B Bagaimanakah ibu menyediakan kuih karipap dan air kopi untuk hidangan minum petang? C Mengapakah ibu menyediakan kuih karipap dan air kopi untuk hidangan minum petang? D Di manakah ibu menyediakan hidangan minum petang?

25

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah alat pengangkutan yang digunakan oleh penduduk di kawasan pedalaman Sarawak? A Penduduk di kawasan pedalaman Sarawak telah menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih baik. B Alat pengangkutan yang lebih moden digunakan di kawasan pedalaman Sarawak. C Bot panjang digunakan untuk menghubungkan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. D Banyak jalan raya telah dibina di kawasan pedalaman Sarawak.

Soalan 26 - 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26

Cikgu Rohana mengarahkan murid-muridnya beratur terlebih dahulu sebelum memasuki makmal sains. A Cikgu Rohana menyuruh murid-muridnya beratur sebelum memasuki makmal sains. B Cikgu Rohana menyuruh murid-muridnya beratur terlebih dahulu sebelum memasuki makmal sains. C Beliau mengarahkan murid-murid Cikgu Rohana beratur terlebih dahulu sebelum memasuki makmal sains. D Murid-muridnya menyuruh Cikgu Rohana beratur sebelum memasuki makmal sains.

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
27

11

011

Emak sering membeli pelbagai makanan berkhasiat untuk hidangan kami sekeluarga. A B C D Pelbagai makanan berkhasiat sering membeli emak untuk hidangan kami sekeluarga. Kami sekeluarga sering membeli pelbagai makanan berkhasiat untuk hidangan emak. Pelbagai makanan berkhasiat sering dibeli oleh emak untuk hidangan kami sekeluarga. Hidangan untuk kami sekeluarga sering dibeli oleh emak dengan pelbagai makanan berkhasiat.

Soalan 28 30 Pilih ayat yang betul. 28 A B C D 29 Hang Jebat ialah pahlawan Melayu yang paling hebatnya. Encik Safri membeli kereta baharu yang berwarna hijau. Fahmi bersedih maka ibunya meninggal dunia. Mereka-mereka bermain lalu jatuh.

I Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam. II Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat. III Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak kekurangannya. IV Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja

30

I Mereka berbual-bual mengenai kejadian rompakan itu. II Para penonton-penonton memenuhi stadium itu. III Mereka berdua meninggal sekampung. IV Kotak yang berat itu dihempasnya ke tanah. A B C D I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan IV sahaja II dan III sahaja [Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT
Soalan 31 - 35

12

011

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya Pada 5 November 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Ke-15. Tetamu kehormat yang merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Tujuan utama majlis itu diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan muridmurid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2010. Selain itu, muridmurid yang berjaya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum turut dihargai. Majlis itu juga berperanan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Pelbagai jenis hadiah telah disampaikan pada hari itu. Hadiah utama telah disampaikan kepada Azizan bin Ali. Azizan ialah murid terbaik dalam UPSR peringkat kebangsaan pada tahun 2010. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun pada tahun ini juga menerima hadiah masing-masing. Seorang lagi murid, Syaidatul binti Abdullah, telah menerima hadiah khas kerana menjadi juara dalam pertandingan badminton perseorangan bawah 12 tahun peringkat Zon Utara pada tahun 2010. Pemenang pelbagai pertandingan kokurikulum peringkat daerah dan negeri juga menerima hadiah. Persembahan pentas turut diadakan pada hari itu. Kumpulan koir, kumpulan tarian dan beberapa orang murid yang mempersembahkan nyanyian secara solo telah menghiburkan hadirin. Apabila selesai majlis di dewan, Pengarah Pelajaran Negeri menyaksikan pameran hasil kerja murid di pusat sumber sekolah. Kemudian, Pengarah Pelajaran Negeri turut merasmikan pondok bacaan yang kos pembinaannya dibiayai oleh bekas murid sekolah tersebut. Majlis pada hari itu tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Pengarah Pelajaran Negeri memuji segala usaha murni pihak sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya sebagai sekolah yang cemerlang. Laporan disediakan oleh, Hanisah (HANISAH BINTI JAMAL) Ketua Pengarang, Sidang Redaksi Majalah Sekolah, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya. 10 NOVEMBER 2010

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT

13

011

31

Siapakah yang menulis laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya kali ke-15 itu? A Pengarang Majalah B Ketua Pengarang Majalah C Pengarah Pelajaran Negeri D Sidang Redaksi Majalah

32

Sambutan Hari Augerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Jaya diadakan pada A 5 November 2010 B 10 November 2010 C 12 November 2010 D 5 Disember 2010

33

Tujuan majlis itu diadakan untuk A mengharumkan nama serta meningkatkan prestasi sekolah. B mengenang jasa murid-murid sekolah serta menghiburkan tetamu. C memberi anugerah kepada murid-murid serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. D menghargai kejayaan murid-murid serta menjalin silaturahim antara pihak sekolah dengan penjaga.

34

Yang berikut bukan acara pentas yang dipersembahkan kecuali A Lagu solo, tarian dan koir B Tarian, nyanyian dan boria C Koir, boria dan nyanyian duet D Nyanyian, dikir barat dan silap mata

35

Frasa kata merapatkan hubungan dalam petikan bermaksud A mendekati diri orang lain. B menjalin hubungan mesra. C mengeratkan kasih sayang. D memperkukuh persahabatan.

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT

14

011

Soalan 36 40 Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sakit perut serta muntah adalah simpton keracunan makanan yang tidak dapat dielakkan. Andai makanan itu sudah tercemar sama ada pada peringkat penyediaannya atau setelah siap dimasak, kemungkinan kita akan mengalami keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang telah dicemari bakteria. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Lebih teruk lagi keadaan ini memberikan kesan kepada urat saraf yang mengawal pergerakan otot dan kesukaran untuk bernafas hingga membawa maut.

Sebagai pengguna, kita mestilah mengambil tindakan untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terdapat beberapa panduan keselamatan yang perlu dititikberatkan. Kita mestilah mematuhi tarikh luput pada label sesuatu makanan. Sekiranya tarikhnya sudah luput, jangan sekali-kali mengambil makanan tersebut. Selain itu, untuk mengelakkan keracunan makanan, simpan bahan mentah terutama daging, ikan dan makanan laut pada aras beku dalam peti sejuk. Pastikan makanan yang hendak disimpan dibungkus dan ditutup dengan ketat. Makanan yang terhidang hendaklah sentiasa ditutup untuk mengelakkan dihurungi lalat.

Sekiranya kita menyediakan makanan di rumah, peralatan memasak hendaklah bersih sebelum dan selepas digunakan. Jangan menyentuh makanan dengan menggunakan tangan. Gunakanlah senduk atau sudu untuk mengambil makanan. Makanan juga akan cepat basi jika kita menyentuhnya menggunakan tangan.

Jika kita memilih untuk menikmati makanan di luar, pilihlah gerai yang bersih. Makanan yang disediakan hendaklah sentiasa ditutup. Pekerja-pekerja di gerai tersebut haruslah mengutamakan kebersihan. Justeru, kita perlulah bijak merancang dan mengurus makanan yang terbaik. Jika tersilap, kita akan mendapat kemudaratan.

[Lihat halaman sebelah

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

SULIT

15

011

36 Apakah kesan buruk jika mengalami keracunan makanan? A Gagal untuk bernafas B Kesan baik kepada urat saraf C Boleh menyebabkan kematian D Pergerakan otot berjalan lancar

37 Apakah tanda-tanda seseorang itu keracunan makanan? A Mengalami sembelit semasa membuang air besar B Mengalami sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit C Menghadapi kesukaran untuk tidur dengan nyenyak D Menghadapi masalah kegatalan kulit dan keguguran rambut

38 Mengapakah kita perlu bijak merancang dan menguruskan makanan? A Mengurangkan penyakit B Mengekalkan keseimbangan badan C Mendapat tahap kesihatan yang tinggi D Supaya makanan itu tinggi khasiatnya

39 Berikut merupakan cara-cara untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan kecuali A elakkan sentiasa makan di gerai-gerai B memastikan makanan sentiasa ditutup C patuhi tamat tempoh sesuatu makanan D simpan bahan mentah di dalam peti sejuk

40 Perkataan dihurungi dalam petikan bermaksud A diharungi B didatangi C dihinggapi D dikerumuni

KERTAS SOALAN TAMAT

011

2011 Jabatan Pelajaran Sarawak

SULIT

You might also like