You are on page 1of 1

Abraham Harold Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York.

Anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Ibu bapa beliau adalah golongan yahudi yang bermigrasi daripada Rusia. Oleh itu, ibu bapa beliau amat menekankan ilmu pendidikan dalam kehidupan mereka. Demi ibu bapanya, beliau belajar bersungguh-sungguh. Beliau melanjutkan pelajaran ke City College of New York dalam bidang perundangan. Kemudian beliau berkahwin dengan Bertha Goodman. Mereka bersama-sama berpindah ke Wisconsin dan menyambung pelajaran di University of Wisconsin. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Pada masa itulah, beliau mula berminat dengan bidang psikologi. Beliau menghabiskan masa dengan Harry Harlow yang terkenal dengan eksperimen spesies monyet dan tingkah lakunya. Beliau mendapat ijazah sarjana musa pada tahun1930, ijazah sarjana pada tahun 1931, dan beliau mendapat ijazah kedoktoran pada tahun1934 dalam bidang psikologi. Selepas tamat belajar beliau pulang ke New York dan berkerja dengan Thorndike di Columbia. Disitu, beliau mula berminat dengan kajian hubungan sesualiti manusia. Beliau mula mengajar sepenuh masa di Brooklyn College. Beliau banyak berhubung dan bertukar pendapat dengan ahli psikologi yang terkenal seperti Adler, Fromm dan Horney Beliau menjadi ahli lembaga bahagian psikologi di Brandeis dari tahun 1951 hingga tahun 1969. Dalam masa itu, beliau bertemu Kurt beliau Goldstein. Ketika itu jugalah beliau mula menekakan kepentingan psikologi humanis. Beliau menghabiskan masa persaraannya di California dan meninggal dunia pada 8 Jun 1970 kerana serangan jantung.

You might also like