You are on page 1of 3

DEFINISI PPBK:

Istilah asalnya dalam bahasa Inggeris ialah Computer Aided Instruction(CAI) atau Computer Based Instruction (CBI). Kedua-dua istilah sering digunakan di US. Di UK pula, Computer Assisted Learning (CAL) atau Computer Based Learning (CBL) di mana kedua-duanya membawa maksud yang sama.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer bermaksud menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada dalam pengajaran, melatih, membimbing dan menilai prestasi pelajar.Dengan menggunakan komputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan Pengajaran.

Pelajar diberi peluang untuk belajar secara interaktif dengan komputer dan tidak membebankan .Ini adalah kerana pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dari satu langkah demi langkah dan boleh mengulangi semula jika tidak difahami tentang sesuatu topik jika tidak difahami.

* Computer Assisted Learning * Computer Assisted Instruction * Computer Based Instruction * Computer Aided Learning * Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar.

Ciri-ciri PPBK:
* Berasaskan individu * Boleh diulang * Bahan disediakan oleh guru * Ramah pengguna * Boleh diubahsuai mengikut tahap murid * Interaktif

JENIS-JENIS PPBK

Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.

Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur

hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara.

Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Pembinaan bahan PPBK Apabila hendak membina bahan PPBK, beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahliahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi.

Menurut Tay Vaughan (1994) ahli kumpulan yang akan membina bahan perisian akan terdiri dari : i) seorang ketua projek, ii) pakar pedagogi, iii) pakar pengaturcara, iv) pakar grafik, v) pakar audio dan vi) pakar video.

Terdapat dua pilihan untuk pembinaan bahan perisian iaitu :

i) bahasa pengatucaraan atau ii) alat pengarangan.

You might also like