You are on page 1of 5

MODUL TERAPI BONEKA

Tajuk Kelas Tempat Tarikh Hari Masa : Merak dan Gagak : 3 mawar : Bilik darjah : 12.02.2011 : Jumaat : 8.00 9.00 pagi : 30 orang. : Di akhir slot ini murid dapat ; 1. Bersoal jawab secara sopan. 2. Berbual dengan sesama rakan menggunakan sebutan yang betul menggunakan boneka. 3. Berlakon menggunakan boneka.

Bilangan Murid Objektif

Alat/ bahan bantu mengajar : Boneka gagak , boneka merak , pentas boneka , pita rakaman, bangkai binatang , komputer, dan pembesar suara.

Pengenalan :

Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan

berkesan.Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

PROSEDUR Set Induksi ( 10 Minit) Guru menyanyikan lagu gagak dengan menggunakan boneka tangan. Murid menyanyi bersama guru sambil membuat aksi. Burung gagak tua hinggap di jendela Langkah 1 (10 Minit) Guru membuat demonstarsi lakonan cerita gagak boneka daripada stoking dan boneka tongkat. Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik. Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik Gagak : Macam mana caranya? ( lampiran 2 ) Lakonan ini terdiri daripada dua watak. Pada mulanya, murid melihat persembahan boneka guru. Contohnya, seekor burung gagak dengan merak bersembang tentang warna badanya Guru berbincang dengan murid mengenai sikap watak watak dalam cerita itu. (lampiran 1)

Langkah 2(15 Minit) Murid bersoal jawab dengan guru mengenai lakonan boneka. Murid berbual tentang perwatakan gagak dan merak. Guru bertanya tentang watak boneka tadi. Contonhya : Kenapa gagak menjadi hitam? : Bagaimana mereka mendapat warna?

Langkah 3 (15 Minit) Dalam kumpulan berempat murid diminta melakonkan watak boneka seperti teks perbualan yang diberi oleh guru. Setiap ahli kumpulan perlu berlakon bergilir-gilir dalam setiap babak. Semasa dua orang berlakon menggunakan boneka dua orang lagi menjadi pencerita untuk lakonan tersebut. Mereka perlu melakon dengan menjiwainya. Murid kumpulan lain diminta memberi komen tentang lakonan rakan mereka. Lakonan boneka diteruskan dengan kumpulan murid lain. Kumpulan yang berlakon dengan baik, di beri hadiah.

Penutup(10 minit) Guru mengadakan sesi kerusi panas dengan menggunakan boneka. Setiap murid diberikan pelbagai jenis boneka merak dan gagak. Guru memilih murid secara rawak untuk menceritakan perwatakan mereka. Guru membuat kesimpulan supaya murid-murid mestilah sabar untuk mendapatkan sesuatu. FALSAFAH 1. Kesabaran sangat penting dalam kehidupan. 2. Cerita yang diberitahu oleh guru akan memberi pengajaran kepada murid. 3. Lagu merupakan medium untuk meluahkan perasaan. 4. Lagu dan boneka tidak boleh dipisahkan daripada dunia kanak-kanak. 5. Boneka memainkan peranan yang penting dalam perkembangkan potensi kanak-kanak dalam aspek fizikal, intelek, emosi dan sosial. 6. Penggunaan boneka melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita. 7. Pendedahan komunikasi melalui memainkan watak boneka. 8. Bercerita merangsang daya imaginasi kanak-kanak. 9. Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. 10. Kerjasama atau tolong menolong adalah suatu perbuatan yang mulia serta baik. 11. Berani Dalam Melakukan Seseuatu Perkara.
3

LAMPIRAN 1 LAGU GAGAK TUA Burung gagak tua hinggap di jendela Nenek sudah tua giginya tinggal dua

Tekdung tekdung tekdung la la la Tekdung tekdung tekdung la la la Tekdung tekdung tekdung la la la Burung gagak tua

LAMPIRAN 2 TEKS : MERAK DENGAN GAGAK

Babak 1 Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik. Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik Gagak : Macam mana caranya? Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis. Gagak : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok. Gagak : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing sungai ini ya! Merak : Baiklah, kau tunggu aku ya!

Babak 2 Merak membawa berus dan warna. Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat. Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri. Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu. Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau.
4

Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya? Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula. Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi. Gagak : Nanti dulu, aku laparlah. Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja.

Babak 3 Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus. Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai. Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu? Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah. Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak) Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila mereka bertemu semula, Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam, sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri.

JENIS BONEKA

Boneka Burung Gagak

Boneka Burung Merak

You might also like